Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

Showing posts with label Dapur Cikmai. Show all posts
Showing posts with label Dapur Cikmai. Show all posts

April 22, 2013

Chocolate Sandwich Cake

Dah lama rasanya tak share pasal resepi kan? Asyik cerita pasal kahwin je. Maklumlah...teruja sngat kan...So hari ni Akma nak share resepi yang mudah dan senang dan yang penting sedap. Cake ni memang sedap dan lembut. sangAt sesuai buat hidangan masa minum petang. Hari tu buat kat rumah untuk jamu anak-anak buah....Diaorang memang suka ! Sekejap je licin! Lagi-lagi ada Nutella kan. Sukalah bebudak tu.  Okaylah...cakap banyak pun tak guna. Jom kita share resepi!

Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
1 tbsp baking powder
175 gm butter
175 gm golden caster sugar (Akma pakai soft brown sugar...pun boleh)
3 biji telur (beaten)
1 tsp esen vanila
2 tbsp milk (Akma guna Dutch Lady Full Cream milk)
Chocolate spread (Akma pakai Nutella...yummy!)
Icing sugar (untuk dusting) and cherries untuk hiasan
Melted butter  dan sedikit tepung untuk grease kan loyang

Cara-cara:
  1. Mula-mula sila panaskan oven 180 darjah Celcius, grease kan loyang pembakar dengan butter dan sprinkle kan sedikit tepung. Rasa nak lagi selamat alas dengan baking paper. 
  2. Ayakkan tepung, serbuk koko dan baking powder dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian masukkan butter, gula, telur (yang dah dipukul tau) dan esen vanila. Pukul adunan sehingga adunan tu jadi smooth dan lembut, then masukkan susu.
  3. Bahagikan adunan menjadi dua bahagian. Pastikan kedua-dua loyang yang anda nak guna tu sama saiznya. Kalau takde 2 loyang yang sama, bakar satu-satu adunan tu. Bakar dalam 25-30 minit.
  4. Bila dah masak, sejukkan cake tadi. Keluarkan dari loyang...lepas tu letakkan chocolate spread kat tengah2..jadi macam sandwich la kan..sesiapa yang suka peanut butter, boleh ganti dengan peanut butter...or maybe fruits jam ke...up to you.
  5. Dah siap, dust kan icing sugar..macam snowy effect gitew...pastu susunkan cherries comel-comel. Tada!!! Sedia untuk dihidang.
Yummylicious!

Okay semua. Selamat mencuba! =) Dah cuba nanti jangan lupa share hasil dengan Akma tau. 

*Pernah bawa cake ni untuk husband...masa tu masih bertunang...dia makan sorang je sebiji cake ni. Huh~

Hugs and kisses, 
Cikmai

June 08, 2012

Ikan kukus...entri hutang

Adoi nya pun...lama gila perap entri ni dalam drafts. Alahai...sorry ye Cik Gia. Nak update la ni. Hewhew~ Okay..Akma memang suka buat ikan kukus ni...Kalau balik keje..gi grocery shopping..tengok kalau ada ikan kerapu, ikan senangin ke...tak pun ikan bawal..Akma memang suka beli untuk kukus. Lagipun mengukus ni senang je....tak payah nak pening-pening menggoreng kan...Tak pakai minyak..agak healthy la bagi yang memang health conscious. Ok..jom kita tengok bahan-bahan nya dulu...tapi macam biasa la...resepi Akma ni takde sukatan...al-maklumlah..masak Mexican style kan...campak-campak aje...

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan ..ikan ape-ape lah yang korang nak buat...senangin ke, bawal ke, kerapu or siakap...ikan kembung tak payahla...tak sedap..
  • Sebiji bawang besar (hiris halus-halus atau bahasa kitchen di- Julienne kan)
  • 2-3 biji Bawang kecik (Julienne)
  • Bawang putih 9ikut la saiz kebesaran ikan tu..kalau ikan sederhana besar, akma guna dalam 4-5 ulas bawang putih)
  • Halia (dalam besar2 ibu jari) di Julienne juga.
  • Sebatang serai (hiris halus)
  • 3-4 helai daun limau purut (racik-racik je)
  • Cili padi (guna ikut banyak mana yang anda mahu..nak pedas guna banyak...tak nak guna sikit..)
  • Cili merah sebiji
  • Carrot sebiji. (optional...tapi akma suka letak carrot)
  • Sebiji tomato.
  • Sedikit air perhan limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam, gula secukupnya.
  • Serbuk perisa sikit (optional)
Ni Akma guna ikan senangin. Ni belum kukus lagi ni...
Cara-cara :

  1. Panaskan air kat periuk pengukus.
  2. Gaul rata garam + gula + serbuk perisa dengan ikan. Akma suka gaul rata dulu bagi rasa tu menyerap masuk ke pelusuk isi ikan tu.
  3. Jangan lupa air perahan limau nipis tu ya.
  4. Tabur rata semua bahan-bahan lain tadi yang dah hiris halus tu atas ikan.
  5. Bila air dah mendidih, letakkan ikan yang dah siap dengan bahan-bahan tadi.
  6. Kukus dalam 15-20 minit. Bila ikan tu dah separuh nak masak, baru Akma masukkan tomato.Tengok-tengok la sampai ikan dah masak. 
  7. Tadaaa! siap untuk dihidang..taburkan daun ketumbar kat atas ikan tu bagi bau lebih harum memikat kalbu.. Gitu kan...


Kalau macam Akma, Akma suka gaul dulu ikan tu dengan garam+ gula dan pak aji tu..pastu simpan dalam peti bagi rasa tu sebati..Pastu baru Akma sediakan bahan-bahan yang lain..Pastu carrot tu Akma suka sesangat potong bunga sebab Akma suka cantik-cantik ni. hihi...oh ya..sesiapa nak try letak asam masin tu pun boleh...

Ok. Baiklah puan-puan semua...opss..dan tuan-tuan kalau ada...selamat mencuba ya...


Hugs and kisses.


May 30, 2012

Oreo Brownies yang simple dan ringkas :)

Hari ni dalam pukul 4 petang, balik dari kelas tambahan..belum sempat pun masuk rumah, anak-anak saudara dah tanya dah "Cikma!!! Hari ni nak buat cake apa??" Terus tanya dieorang kek semalam dah habis ke? hmmmm...dah licin! Amboi! Hari-hari nak buat cake ke? Kan main lagi ye...Nasib mengkome ni comel-comel. So terus kepala pusing-pusing fikir apa nak buat. Tengok kat dapur, oreo ada lagi. Sebab dah penat sesangat balik keje dari Gombak so fikir nak buat resepi mudah dan ringkas..The kids request Kek Lapis Cadbury tapi penat sangat nak melapis sampai 2 jam. Mak tak larat okeyh~ Maka Akma buat la brownies. Senang..campak-campak je. Resepi pun agak-agak. Apa yang ada, kita try an error...If tak jadi, kita go je la kan...Tak salah kalau mencuba kan.. Tapi Alhamdulillah...first attempt dah jadi..Bila jadi..kena lah share recipe kan? Tak baik tau kedekut-kedekut ni...No,no,no...not my style.. Sharing is caring!! Gitu kan..

Anyways, resepi ni memang senang sesangat! Semua orang pun boleh buat..So macam biasalah...kita  jamu mata dulu...baru jamu recipe...

Ni batter brownies..dia agak likat...tapi jangan risau..confirm jadi.
Dah masuk dalam loyang yang dah di greased dengan butter dan tepung.
Tada!!! Crispy on the surface..soft kat dalam, yummy dan less sweet.
Oreo Brownies.
Bahan - bahan :
  • 125 gm butter dicairkan ( Akma guna buttercup, pastu bahagi dua..guna half je. Pastu cairkan dalam kuali pakai api kecik)
  • 1 cawan gula halus ( Macam biasa la kan...Akma keje nak cepat..guna je gula pasiaq biasa tu pastu kurangkan kuantiti jadi 3/4 cup..tak suka memanis sangat..)
  • 1/3 cawan serbuk koko ( Nak ayak boleh, tak nak pun tak pe..Akma tak ayak pun...jadi je browniesnya )
  • 1/2 cawan tepung gandum (ayak jugak kalau nak)
  • 1/4 teaspoon baking powder ( campur je dalam tepung tu)
  • 2 biji telur
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • A pinch of salt (optional) - Masuk je juga dalam tepung tu.
  • Sebungkus biskut oreo. (buangkan krim, pastu patah-patahkan jadi small pieces..jangan sampai hancur sesangat sudah...)
Cara-cara :
  1. Gaul rata butter (yang dah cair tadi) , gula dan telur and vanilla essence. Pukul sehingga sekata. ( Guna wire whisk secara manual je...tak payah beriya sangat guna electric mixer..asalkan gula hancur dan larut sekata sudey..)
  2. Masukkan koko, tepung (yang dah ada baking powder tadi tau)..teruskan menggaul sampai rata. Tak mau ketul-ketul tu tau.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang 4 segi (Akma guna loyang 4 segi 8 inch)..make sure dah greased ye puan-puan sekalian..
  4. Taburkan biskut oreo tadi ke dalam adunan. Kalau nak tambah kacang pun boleh..Ikut suka hang la...Hang yang buat dia kan..
  5. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celcius. Bakar brownies dalam 20-25 minit.. Jenguk-jenguk la slalu..takut hangus pulak kan..

Tada!!! Sedia dihidang! Mudah dan ringkas bukan? Akma memang suka resepi-resepi yang mudah dan ringkas ni..Oh ya! Boleh juga makan dengan ice-cream vanilla tau.. Lagi-lagi masa baru keluar oven. Slurppp!

Selamat mencuba!

Hugs and kisses!

May 29, 2012

Kek Lapis Kukus Oreo

Salam semua! Petang tadi lepas bawak anak-anak saudara layan McFlurry at McD's, diri ni terasa menggatal pulak nak baking. So pergi la jenguk anak-anak menakan tengah main rollerblade kat luar..tanya diaorang.."Siapa nak cake??!!!" Hmm...apa lagi...semua jawab nak la kan. So bukak kabinet dapur, ada horlicks. Google la resepi yang ada pakai horlicks. So ni la hasil dia Kek Lapis Kukus Oreo. Akma amik resepi ni kat sini. Akma tiru sebijik sejibon resepi ni. Alhamulillah...jadi..Cumanya instead of guna 2 colours, Akma buat guna 4 colours - yellow, blue, green and pink. Bukan apa...the kids ni kalau tengok colourful ni diaorang teruja sikit. By the way, kek ni memang senang sesangat nak buat. Tapi nak melapis tu yang takes time. Tak pe...nak buat sesuatu mesti la kena sabar kan? Lagipun kalau dah minat...apa pun sanggup! Jom cuci mata tengok gambar dulu sebelum berkongsi resepi.

Kek lapis kukus oreo..:)
Alhamdulillah jadi...gebu dan sedang-sedang elok je manisnya..
Jemput makan semua...
Ok..ni resepi Kek Lapis Kukus Oreo yang dijanjikan..

Bahan: 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/3 cawan horlicks (original) 
  • 5 biji telur A 
  • 1/2 cawan gula halus ( Akma guna gula pasir biasa je tadi sebab nak cepat..guna je apa yang ada..jangan membazir naaa...hihi)
  • 200 gm marjerin (Akma pakai butter..lagi sedap)
  • 1/3 cawan susu pekat manis 
  • 1 sudu teh esen vanilla ( Akma letak satu sudu setengah sebab suka bau vanilla..)
  • Pewarna (tak kisah kaler ape korang nak pakai ye..)
  • Biskut oreo secukupnya (dibuang krimnya) . Akma pakai 2 bungkus. :)

Cara-Cara:- 
  1. Panaskan periuk pengukus. 
  2. Sediakan loyang berukuran 6 inci, lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Tapi Akma tak ukur pun loyang brapa inci...tak kuasa..hentam je apa yang ada)
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas, ketepikan. (Akma tak ayak pun..macam biasa..nak cepat..elok je jadi kek nya..don't worry.)
  4. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang dan putih, masukkan telur satu demi satu sambil diputar. Masukkan susu pekat dan putar lagi. 
  5. Masukkan tepung dan putar hingga sebati dan juga esen vanilla. (Sebab Akma tak ayak tepung dengan horlicks, Akma masukkan dulu horlicks pastu baru masuk tepung)
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (ikut la berapa banyak kaler yang nak dilapis. Akma buat 4 bahagian sebab Akma guna 4 colours)
  7. Tuangkan adunan kedalam loyang terlebih dahulu dan susunkan biskut oreo diatasnya, kemudian tutup loyang dengan kertas foil, kukus selama 7-10 minit. 
  8. Ulang proses yang sama sehingga habis adunan. (selang selikan warna dia tau)
  9. Untuk lapisan yang terakhir biarkan kukus lama sikit kira2 1 jam-1 1/2 jam untuk kek masak rata. (Akma kukus dalam 30-40 minit je..okay je jadinya..)


Hasilnya percayalah...Sedap dan gebu. Selamat mencuba kakak-kakak dan adik-adik sekalian..

Ehem..ehem..jemput makan semua...

Credits to Home Sweet Home for the recipe.

* Oppssss...Akma ada hutang satu resepi dengan teman rapat Akma nama Gia...sat naaa..nanti cheq postkan resepi ikan kukus version cheq. Ingat kan cheq naa...*

Hugs and kisses!



February 13, 2012

Kek Lapis Coklat Cadbury

Semalam masa Akma tengah baca novel, tetiba teringat dekat kek lapis yang kakak Akma selalu beli dari kawan dia. Kek lapis coklat Cadbury. Memang sedap. Pastu apa lagi la...terus Google resepi dia. Jumpa resepi dekat sini. Apa lagi terus keluar cari bahan dan berkobar-kobar nak buat. Maklumlah kan...ni first time buat kek lapis. Tu yang teruja lebih. So why not kita kongsi resepi sama-sama. Bahan-bahan dia sangat mudah nak dapat dan adunan pun nak sediakan sekejap je.


Bahan-bahan ( Kek berukuran 8 1/2 X 8 1/2" )

16 oz mentega
7 biji telur ayam
100 gm gula halus
180 gm tepung gandum
1/2 tin susu manis/pekat
1 sudu teh vanilla
200 gm horlicks
2 kotak coklat cadbury
Pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.
  3. Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga betu-betul rata dan tepung/horlicks tidak berketul-ketul.
  4. Masukkan 7 sudu makan adunan dan bakar hingga kekuningan.
  5. Bila sudah masak susun coklat cadbury secara rawak dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan.
  6. Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis.
  7. Anda boleh susun coklat selapis demi selapis atau selang selapis. Kalau selang selapis lebihkan coklat.
Akma memang ikut resepi ni 100%, . Cuma Akma pakai loyang kecik dan instead of pakai 7 sudu, Akma pakai 4 sudu je..nak lapis tu nipis. Sebab guna loyang kecik,adunan ada lebih. Dapat la lagi sebiji cake tapi cake yang nombor 2 tu lapis nya sikit je lah...Adunan pun tinggal sikit. Cake ni senang je cumanya nak bakar tu lah...Kena kesabaran yang tinggi. Selapis demi selapis. Tapi percayalah..sedap sesangat dan baunya harum sesangat!

Adunan dia sangat lembut tau...
Melapis kena sabar ye...=)
Sedap sesangat!
Selamat mencuba semua. Rugi kalau tak buat. Sedap!

Recipe credit to atun05.=)

Hugs and kisses,
Cikmai


Madeira Cake

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya Akma tak share resepi kan kat sini? Bukannya apa....tak sempat langsung nak on. *Ok dak alasan?ngeee~

Okay, let's get back to business. Petang tadi baked sebiji cake. Asalnya nak buat Royal Muffin..udah merata cari chocolate chip kat Merlimau ni tak de..so tukar la menu. I baked Madeira cake instead. Cake ni memang sangat mudah. Yang tak pandai pun boleh buat. Dan like always, Akma memang suka oranges..so I used oranges instead of lemon. Resepi original guna lemon...tapi for me orange lagi sedap. However, it's up to u guys. Remember the art of cooking..kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita. Jom kita kongsi resepi!

Bahan-bahan:
Ingredients:

4 oz/ 125 gm butter
6 oz/ 175 gm caster sugar
4 eggs
grated rind of 1 orange (Akma pakai 2 biji sebab suka bila gigit cake tu ada kulit limau..sedap!)
6 oz/ 175 gm flour (sieved dulu ya tepung tu)
1/4 teaspoon of baking powder (original resepi takde..tapi Akma letak baru lah naik gebu)
A pinch of salt.
2 1/2 teaspoon orange flavor (Akma pakai orange sunquick yang kordial tu)


Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sampai kaler dia jadi lighter dan tekstur dia jadi creamy. Pakai mixer tau..kelajuan tu ikut suka..Akma pakai yang paling slow...biar lambat asal selamat. Hehe
  2. Pecahkan telur satu persatu dan teruskan memukul. Masuk kan telur sampai habis keempat-empat biji tu.  Pukul jangan tak pukul. 
  3. Dah sebati semua, masukkan pula kulit limau yang dah di parut tadi tu dan masukkan sunquick tu skali. Dah cantik adunan tu boleh la basuh mixer tu pastu simpan.
  4. Garam dan baking powder tu campur je dalam tepung.
  5. Masukkan tepung sikit sikit dalam adunan tadi. Kacau perlahan-lahan pakai wooden spoon je sampai sebati.
  6. Tuangkan adunan tadi dalam loyang yang dah di grease kan ( greased pakai butter, pastu tabur tepung..confirm tak lekat). Bakar dalam oven suhu 160 degree Celsius dalam 30 minit camtu. Ikut besar loyang anda.  Agak-agak la ya..if rasa dah masak keluarkan dari oven tau. Nanti hangus pula.
  7. Dah sejuk keluarkan dari loyang, hias ikut suka anda. Akma suka tabur gula halus. Snowy effect gitu. 

Method:
  1. Put the butter and caster sugar in a bowl and cream together until light in colour. Beat in the eggs one at a time and add the grated oranges and orange flavor.
  2. Sieve the flour, salt and baking powder together and gently fold into the cake mixture using a wooden spoon.
  3. Pour the prepared cake mixture into a well-greased cake tin and baked at 160 degrees Celsius until nicely brown on the top. 
Hasilnya..tada!!
Tu hiasan cara orang malas...boleh buat honey orange glazed...curah atas cake...sedap jugak!
The smell is so good and the taste? Yummy!
Cake ni memang sedap buat minum petang tau...sesuai sangat...simple dan sedap. Selamat mencuba semua.=)

Hugs and kisses,
Cikmai


December 03, 2011

Menyediakan payung sebelum hujan

Memandangkan Encik Bakal bercadang nak datang letak batu tanda awal tahun depan, probably end of January, maka dalam kepala ni sedang sibuk la nak prepare itu dan ini. Bila cakap pasal E-day, opkos belah perempuan yang nak kena prepare itu dan ini kan. Marilah kita sediakan payung sebelum hujan...

So hari ni telah habiskan sepetang main masak-masak. Mak bagi cadangan bagi apam polka dots as doorgift nanti. Senang sebab saya sendiri boleh buat. So jimat duit di situ. Before this memang dah buat apam polka dots ni...eh, korang dah familiar kan dengan apam ni? ke ada yang tak tahu lagi? ok, these are apam polka dots.

Colourful!!!
Ok..mula-mula mak nak buat design ni..tapi rasa macam common sangat. So me and my sis tried out buat yang ini pula tadi...pakai jam strawberry je..jam chocolate dah abes la plak...

Nak bagi ni as doorgift.=)
Ok tak? Chumel kan? Awww~ sayang nak makan...

So doorgift considered settle! Lagi 2 hari sebelum majlis, saya akan bertungkus lumus ya puan-puan sekalian...Huuu...

Ok then. Nak tidoq.

Hugs and kisses,
Cikmai

August 16, 2011

The Second Week Of Ramadhan

How time flies! Sekejap je rasanya dah masuk minggu ketiga Ramadhan. And I guess it's not that too late to share my 2nd week of Ramadhan journal, right?

Well, minggu kedua Ramadhan banyak dihabiskan di rumah sewa. Macam first week, I banyak ke Bazar. Actually I lebih prefer memasak sendiri menu juadah untuk berbuka. Memang I bukan type yang memilih sangat, but when it comes to food, tekak I ni cerewet sikit. So lebih baik masak sendiri, boleh layan karenah selera ni kan?

Antara menu yang menjadi pilihan mestilah yang pedas dan masam. Asam pedas, sup sayur, sambal ikan, ikan kukus, masak lemak udang dan macam-macam lagi. Tapi menu ikan kukus naik sampai 2 kali last week. My housemate request. Lagi pun bukan susah pun buat ikan kukus ni. Simple and sedap. 

Ikan sebelum di kukus...Nak resepi?
Sebenarnya memasak di rumah adalah sangat memberi kepuasan yang maksima bila waktu berbuka. Tapi tu lah...kesian kat my housemate sebab kena makan apa yang tekak I pilih. But this ikan kukus tak mengecewakan beliau. Well...Ni antara menu berbuka saya last week..Menu orang bujang...

Masak lemak udang, telur dadar dan ikan kukus..
 Dan semalam saya telah masak keuh teow goreng basah. Tekak dah jemu nasi lah tu kan.....

Yummy!!!
Dan minggu ketiga ni rasanya akan banyak Iftar di luar..Well just wait and see. Anyways, kuih raya yang saya order untuk mak dah sampai 4 balang. Teruja rasanya tengok. Tapi sabor je lah~ Eh, duit raya pun dah tukar. Wee~

Owh ya, Sabtu lepas adalah hari yang paling panjang rasanya. Kenapa? Saya ada tragedi sepetang di Subang Jaya. Haih~ Will update it later.

Hugs and kisses,
Cikmai

December 21, 2010

Ikan pun boleh kene chickenpox ke?

Salam semua. Sorry for the not-so-long pause. Sudah dimaklumkan ku ke family vacay last week walaupun chickenpox masih belum berapa nak sembuh. Sudah ku bilang...orang degil memang macam tu. Balik agak kepenatan. Furthermore, ku masih tergaru-garu sana-sini tak ubah seperti kera kena belacan. Tadi pulak makan udang....perghh memang terbaik la manggarunye. Adeyh~

Tadi abah balik dari menjenguk bot die di kuala, sempat abah bawak balik ikan-ikan segar ala-ala segar dari ladang gitu. Ku tengok badan ikan tu dah tak ubah macam badan ku. I guess ikan ni pun diserang  chicken pox macam mak..ber-dot-dot sana-sini. Mintak-mintak le hantaran mak tak kurang. Ahh..melalut dah ni. Eh, jom tengok ikan tu.

Hasil bekas chickenpox kalau anda makan kicap. Sila jangan bayangkan badan aku..
Masa kat Cameron hari tu, me, my mom and my sis were meroyan like crazy bile kiteorang shopping sayur. Memang kereta berbau sayur sungguh. Sayur yang cantik, mantap dan gebu-gebu, warna yang meghijau, ada yang meng-ungu, menguning, me-merah...ahhhhh...Suke,suke...Mak suke!!! Sempat jugak grab sayur bunga bawang. Korang pernah dengar tak sayur ni? Mestilah pernah kan. Ke korang nak tengok jugak sayur tu? Okay,okay..jom tengok.

Ni la die...sayur bunga bawang...Buat bunga tangan masa sanding nanti okay jugak kan??
So hari ni first time ku masak sayur ni. Nyonya yang jual sayur ni hari tu cakap goreng dengan udang sedap.  Maka ku try lah hari ni. Bersungguh mak ku menangkap udang kat bakul ikan dak Eng,si penjual ikan yang famous di sekitar kampung Merlimau ni. Memang sedap. Sayur ni manis ye uolzz! Tambah pulak digoreng dengan udang. Haih..Tadi ku goreng letak udang pastu hirisan capsicum, sos tiram sikit...memang wangi...drooling uolzz! Jom tengok gambo..

Sedap ye uolzz!
My mom dah tak cekup lauk lain dah. Ku pun same. Pastu ape lagi...menggaru macam kanggaru le..... Padan muka ku. Dah tau tak sihat lagi, nak makan jugak udang. Tak pe..sekali-sekala...Dah lama betul tak makan udang. Tadi memang tak tahan sangat dah. So ku bedal je lah..

Nota kaki: Esok nak masak ape ye? Any sugesstion? Hurm....

Hugs and kisses,

December 05, 2010

Hey everyone! It's Sunday!

Happy Sunday everyone. How's your Sunday? Hope you guys had a great weekends with your family and your love one. Mak macam biasa la nolks....duduk kat rumah aje....spending time with my mom.

Early this morning my mom and I went to morning market. Ala....pasar tani gitu. Lama sungguh aku tak jejak kaki kat pasar tani. Aktiviti hari ini telah memborong lazy pants dengan mak. Murah gila babs. RM10 dapat 2 seluar. Haa...tak ke murah tu??? Kain pun berkualiti jugak..sedap pakai buat tidur. So..ape lagi...borong sakan naa...Yay!! Lepas ni tak payah tabur-tabur duit beli seluar tidur kat FOS tu. Mengapa berbelanja lebih, tak gitu?

Owh ye, hari ini aku masak udang. Resepi ni my SIL from Thai yang taught me. Sebab tak de nama, jadi dengan memandai-mandainye aku letak name menu ni Udang Khap Khun Kap.Hihi...Memang agak healthy ye puan-puan menu ni even pedas sikit. Raw vegetables dan udang pun dicelur sahaja. Pastu buat sauce dia. Tanpa minyak gitu...Rasa sedap menu ni bergantung pada sauce yang kita buat. Kena nisbah saucenya, sedapla udang ni.

My lil brother memang suka sangat udang ni. Kalau balik je mesti request aku udang ni. Kalau buat, mesti licin..tak sempat tunggu malam. Sekali makan aje dah korban nolks. Jadi malam ni kenalah aku masak lauk lain untuk adik kesayangan aku ni. Ayam masak merah mungkin? Fuhh...nasib baik ade sorang je adik. Jom layan photo.

Udang Khap Khun Kap...Yummy!!
Meh tengok dekat sikit....

Till then. Take care Sunshines.

Hugs and kisses,

December 02, 2010

From My Kitchen

Salam. Lama bebenor rasanya saya tak post about kitchen-thingy kan? Mak bukannya ape nolks...takkan la setiap kali masak mak nak kena amik gambar..pastu post...nanti bosan pulak korang ni. Ingat mak nak show off ke ape. Berkongsi sekali-sekala bukan kah lebih baik? Tak gitu?

This morning, I woke up and headed straight to the kitchen. Breakfast menu : instant roti canai. Urghh... Saya kalau boleh memang nak elak makan roti canai. Bukannya ape..kalau selalu telan roti canai ni jemu jugaks.

So buka peti sejuk tengok ape yang ade. Otak mula berfikir. So ni la menu brekfast saya pagi tadi. Potato omelet served with baked beans on top. Yummy! memang sedap buat breakfast, tak la heavy sangat tapi mengenyangkan. Nak masak pun kejap je..Sempat la nak buat alas perut suami before he's off to work. Ceh...bercakap macam orang dah kahwin la pulaks. Kuangkuangkuang...

Lunch tadi pulak buat sotong kicap. Mula-mula nak korbankan sotong ni buat kerabu. Tapi setelah menonton cite Sutun malam hari tu, terus tukar menu. Buat la sotong kicap. Sotong kicap ala Cikmai gitu. Hai...spending time in the kitchen can make me go crazy la!! Sangat banyak benda yang boleh dimasak tau. Membuat eksperimen di dapur adalah benda yang sangat cool! Shopping pun cool juga..ngeee~

Okay. Jom cuci mata.

Potato omelet with baked beans on top. Yummy!!

Meh tengok dekat sikit...

Sotong goreng kicap ala Cikmai.

Apa pula juadah minum petang ye? Butter cake or buah Melaka?

Hugs and kisses,

July 24, 2010

Kuih...kuih....

Holla! Happy Saturday everyone! Kuih-kuih........Eh, Cikmai bukan nak menjual kuih la...Hari ini tetibe teruja nak menjamu selera macam harimau ni dengan kuih. Fikir punya fikir, nak buat kuih tradisional la..I'm bored of kuih mat saleh,you know?? Kuangkuangkuang...So, Cikmai menguli la Buah Melaka atau nama lain Onde-onde. Dah makan pun...Kenyang yang teramat...Sampai sekarang rasa tak lapar lagi. Yang penting, mak saya suka!!!!!

Erm...anda tahu kan onde-onde? Impossible tak tahu. Mestilah tahu, bukan? Kata 1 Malaysia.. Actually kuih ni simple je. Takla complicated like chesse cake. That's why I love kueh Melayu so much! Bahan-bahan pun mudah - air pandan ( Cikmai blend daun pandan jadi mcm juice gitu), tepung pulut, dan sedikit kapur (sikit je tau..tak sampai pun setengah sudu teh) and gula Melaka sebagai inti. By the way, bukan kapur kasut or kapur yang cikgu buat tulis kat papan hitam tu. Kapur barus pun bukan. Kapur sireh tu ye......

Aik? Kenapa Cikmai added kapur? Tula rahsia adunan jadi lembut. Dan lagi satu, Cikmai tak suka pakai pewarna hijau. Biarkan warna dia natural from pandan. Hello!! Orang dulu-dulu time zaman Hang Tuah ade ke pewarna hijau???!!!! Oh, I nearly forgot..Dan kelapa parut. Kelapa ni pun pilih yang putih berseri macam iklan gigi tu..Pastu gaulkan dengan garam supaya kelapa tak basi.

Okaylah tak nak bebel panjang. Nak fikir esok nak buat ape pulak. Oh ya, silalah ambil sebiji onde-onde Cikmai. Kuang..kuang..kuang...



Jemput makan. Hehe.

HUgs and kisses,

December 23, 2009

From My Kitchen

Kerabu Pucuk Paku Resepi Cikmai


Bahan-bahan:

2 ikat pucuk paku
3 ulas bawang merah
Cili padi (ikut citarasa anda..If nak pedas, letak la banyak-banyak)
Daun kesum (dihiris halus)
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar pati santan
1 nos onion (dihiris halus)
Sebiji cili merah (dihiris halus)
Sedikit air limau nipis.
Garam, gula, lada hitam secukup rasa.

Cara memasak:
Celurkan pucuk paku terlebih dahulu.
Tumbuk cili padi bersama bawang merah. Masukkan gula dan garam sekali. (if nak kisar pun tak pe)
In a bowl, gaulkan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama daun kesum, kerisik, pati santan, hirisan onion, cili merah, air limau dan lada hitam (secukup rasa). Gaul hingga sebati.
Kemudian gaulkan bersama pucuk paku yang telah dicelur sebentar tadi.

*Pucuk paku tu ikut la citarasa nak banyak mana. Kalau nak letak kerang,isi ikan or perut pun boleh. Lagi sedap kalau letak hirisan bunga kantan. You can modify the recipe according to your taste. Selamat mencuba:)


December 22, 2009

Kerabu Pucuk Paku.

Pagi tadi I sempat ke pasar tani mencari sayur kampung. Tekak ni terasa nak makan sayur kampung pulak. I bought 2 ikat pucuk paku. Kalau di kampung I dekat Kelantan, pucuk paku tak payah beli. Just kena rajin cari je. At first nak buat pucuk paku goreng belacan, but teringin sangat nak makan kerabu. Lagipun I dah lama tak buat kerabu. Buah mangga pun takde, sotong pun takde. Teringat pula tadi ada beli pucuk paku. Hmmm...so I decided to cook kerabu pucuk paku. Kerabu pucuk paku yang I ni buat simple je. Sangat simple. Tak letak pun perut ke, isi ikan or kerang. I ikut selera I and my own resepi. Gunakan bahan yang ada. Tak perlu susah payah nak beli itu dan ini. Tak sampai setengah jam pun dah boleh siap dihidang. Memang sedap. Tak dapat simpan untuk dinner. So dinner ni kenalah masak sayur yang lain. Perhaps sayur goreng je kot. Well..ni la hasil kerabu pucuk paku resepi Cikmai:



Kerabu pucuk paku resepi Cikmai...

Simple and easy yet yummy!!! Anda juga boleh mencubanya sendiri. Mahukan resepi? Just drop me a comment.


August 26, 2009

Juadah Hari Ini...

Let's see the menu that I had prepared for berbuka today....


Kerabu Mangga

Spaghetti served with authentic Malay sauce(yummy!!)

Sweet and Sour fish..

What do you think? Ok..Better go to sleep now. Till then..


August 24, 2009

The Third Day

Assalamualaikum. Firstly, alhamdulillah sebab hari ni dah masuk hari yang ketiga kita berpuasa. Like always, I'm going to write about the menu that i had just now during berbuka. Menu hari ini ialah asam pedas tulang, sayur bayam tumis air, ayam percik, kerabu sotong ala Thai dan popiah. Memandangkan this is my first time buat kerabu sotong, saya nak share dengan all of you. Menu yang lain tu saya dah biasa buat, jadi saya tak perlulah kot nak share resepinya.

Bahan-bahan:

Sotong (saya tak timbang tadi sotong tu berapa kg, saya guna je sotong yang ada. Kamu pandai-pandailah anggarkan sendiri berapa yang kamu nak guna)
1 biji bawang besar, dihiris halus
1 biji tomato, didadu kecil
1 batang serai, dihiris halus
2 biji cili merah, dicincang kasar
7 biji cili padi (Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing)
Segenggam daun ketumbar, dihiris
Gula melaka atau nira (sila cairkan terlebih dahulu)
3 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Garam secukup rasa
Cara memasak:
  1. Celurkan sotong didalam air mendidih selama lebih kurang 3-5 minit(agak-agak la ye bila sotong tu dah masak). Angkat dan toskan airnya. Simpan didalam peti sejuk sementara menyediakan bahan untuk kerabu.
  2. Masukkan sos ikan dan garam kedalam gula melaka yang telah dicairkan tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain beserta sotong dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidang. Untuk pengetahuan semua, kerabu sotong ni sedap dimakan jika sejuk dan kelazatan resepi ini terletak pada gula yang digunakan. Anda tidak akan mendapat hasil yang sama jika menggunakan gula putih.

Senang bukan? Okay, here are some photos that I would like to share with you:


Antara bahan-bahannya

Sotong yang telah dicelurkan...

Hasilnya...

Yummy....

Please note that bahan-bahan yang saya gunakan telah pun saya anggarkan mengikut jumlah sotong dan citarasa saya sendiri. Anda juga boleh mengubahnya mengikut taste anda sendiri. Cooking is an art, remember?Selamat mencuba.:)


Udang 3 Rasa

Oleh kerana ada yang bertanya tentang resepi udang 3 rasa yang saya masak semalam, saya rasa it's better for me to share it in my blog so that semua orang boleh cuba masak.

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo udang (bersaiz sederhana atau besar, tidak perlu buang kulit)

  • 1 inci halia ( dihiris)

  • 1 ulas bawang putih, dihiris ( kalau size seulas garlic tu kecil, guna la 2 ulas)

  • Sebiji bawang besar ( dipotong dadu besar-besar)

  • 2 sudu besar sos tomato

  • 1 sudu besar cili mesin atau cili boh

  • 1 sudu besar pes tom yam

  • 1 sudu besar sos cili

  • 1 1/2 sudu besar sos ikan (boleh didapati di mana-mana kedai)

  • Hirisan capsicum (hijau dan merah)- kalau tak ada capsicum, pakai cili merah and cili hijau pun boleh

  • Sedikit air

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Daun ketumbar untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga garing sedikit dan naik bau.

  2. Kemudian masukkan sos tomato, cili mesin (atau cili boh), sos cili dan pes tomyam, tumis sehingga garing sedikit.

  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa

  4. Masukkan sedikit air (mengikut citarasa anda- kalau nak berkuah sedikit, masuk la air lebih sikit)

  5. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.

  6. Masukkan udang dan gaul sehingga masak. Kemudian masukkan sos ikan.

  7. Masukkan hirisan capsicum (saya suka capsicum tu nampak fresh, so saya masuk last sekali sebab tak nak bagi capsicum tu over-cooked)

  8. Apabila sudah masak, hindangkan di atas pinggan dan tabur daun ketumbar sebagai hiasan

  9. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!


August 23, 2009

The Second Day

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. Masih ada lagi 28 hari sebelum menyambut Aidilfitri. Today's menu: Sup daging cendawan,paprik daging, mee goreng and puding laici as dessert. So sad sebab tak sempat nak ambil picture puding laici saya. Saya baru buat puding tu dalam pukul 5 tadi, so nak masuk dalam fridge still lagi panas. So I just let it cold and nearly 6 o'clock tadi baru pindahkan dalam fridge. And sebab puding tu belum lagi keras, saya letak kat freezer. So bila dah azan, sort of like hectic nak berbuka, terus je potong puding tu and tak ingat nak snap a photo. Next time bila saya buat saya ambil ya? Oh ya, sebenarnya nak cakap...tadi saya buat resepi baru. Yes! Tengok kat tv pagi tadi nampak macam senang sangat. Jadi saya pun cuba. Sebab tak sempat salin resepi, like always, saya pakai agak-agak je la. By the way, cooking is an art, isn't it? Nak tahu apakah resepi baru saya? Sila lihat gambar di bawah:


Tada!!! Udang 3 rasa. Biasa selalu dengar ikan tiga rasa kan? This time udang tiga rasa. Nice!!Nak resepi? Silalah tanya saya. Semacam sudah bosan la asyik makan sambal udang, udang sweet sour, udang goreng asam, and banyak lagilah. Jadi hari ni cuba resepi yang ini. Best la sebab the moment saya rasa, saya pun tak tau nak cakap rasa dia macam mana. It's a combination of pedas, masam and manis. That's why it's 3 rasa. And ada element Thai sikit dalam resepi ni.

Sekarang terasa sangat heaven sebab boleh meneruskan hobby saya tanpa ada halangan. Owh, apakah halangan tersebut. What I mean is that memasak di rumah sendiri YANG SANGAT LENGKAP membuatkan otak saya sangat pantas memikirkan masakan yang akan saya masak. Kejap, masih ada orang lagi ke yang nak masuk kelas memasak saya? Saya semacam busy lah! kalau nak tanya anything, just ring or text me.

Oh ya! Ada satu lagi gambar saya nak share. Pagi tadi one of my nieces, Qistina datang dekat saya, gosok-gosok tangan saya, belai- belai tangan saya then dia cakap " Cik ma...nak main game boleh tak?" Sangat comel, ok?Jadi saya pun memberilah baby lappy saya kat dia. Qistina sangat cerdik. Umur baru nak masuk 3 tahun bulan sembilan ni. Tapi sangat pandai cakap. Dan sangat pandai mengambil hati saya. Dia selalu cakap kat saya "Cik ma..pakwe cik ma handsomela...pakwe kakak tak handsome...". Sangat pandai cakap. Dah boleh eja some words and dah boleh type nama sendiri di laptop. Nak share aksi Qiqi tengah main game di baby lappy saya pagi tadi.

Gaya sangat tidak menahan, okay? Dia tak sedar pun saya snap her photo masa ni. Punyalah khusyuk main game..Oklah..till then


June 22, 2009

Yummy!!

I woke up this morning dengan perut yang sangat lapar. Maklumlah last night tak makan nasi pun. So pagi tadi buat French Omelet tapi version saya. Saya jumpa resepi ni masa saya part two dalam one of the cooking book yang saya baca. Jadi resepi ingat-ingat lupa sebab just go through and tak salin. Lagipun dah lama tak buat. So saya modified jadi Malay version French recipe. This meal sangat sesuai for those yang lapar tapi tak nak makan heavy meal macm nasi lemak or lontong or whatever. Sangat kenyang makan omelet ni sebab dalam omelet ni ade daging and kentang yang dah disaute bersama garlic, onion and black pepper dan dimakan bersama mayonnaise and sauce. Ditambah pula segelas orange juice. Sedap! You guys should try this.

What do you think? Want the recipe? Just ask me! Till then.