Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

June 08, 2012

Ikan kukus...entri hutang

Adoi nya pun...lama gila perap entri ni dalam drafts. Alahai...sorry ye Cik Gia. Nak update la ni. Hewhew~ Okay..Akma memang suka buat ikan kukus ni...Kalau balik keje..gi grocery shopping..tengok kalau ada ikan kerapu, ikan senangin ke...tak pun ikan bawal..Akma memang suka beli untuk kukus. Lagipun mengukus ni senang je....tak payah nak pening-pening menggoreng kan...Tak pakai minyak..agak healthy la bagi yang memang health conscious. Ok..jom kita tengok bahan-bahan nya dulu...tapi macam biasa la...resepi Akma ni takde sukatan...al-maklumlah..masak Mexican style kan...campak-campak aje...

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan ..ikan ape-ape lah yang korang nak buat...senangin ke, bawal ke, kerapu or siakap...ikan kembung tak payahla...tak sedap..
  • Sebiji bawang besar (hiris halus-halus atau bahasa kitchen di- Julienne kan)
  • 2-3 biji Bawang kecik (Julienne)
  • Bawang putih 9ikut la saiz kebesaran ikan tu..kalau ikan sederhana besar, akma guna dalam 4-5 ulas bawang putih)
  • Halia (dalam besar2 ibu jari) di Julienne juga.
  • Sebatang serai (hiris halus)
  • 3-4 helai daun limau purut (racik-racik je)
  • Cili padi (guna ikut banyak mana yang anda mahu..nak pedas guna banyak...tak nak guna sikit..)
  • Cili merah sebiji
  • Carrot sebiji. (optional...tapi akma suka letak carrot)
  • Sebiji tomato.
  • Sedikit air perhan limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam, gula secukupnya.
  • Serbuk perisa sikit (optional)
Ni Akma guna ikan senangin. Ni belum kukus lagi ni...
Cara-cara :

  1. Panaskan air kat periuk pengukus.
  2. Gaul rata garam + gula + serbuk perisa dengan ikan. Akma suka gaul rata dulu bagi rasa tu menyerap masuk ke pelusuk isi ikan tu.
  3. Jangan lupa air perahan limau nipis tu ya.
  4. Tabur rata semua bahan-bahan lain tadi yang dah hiris halus tu atas ikan.
  5. Bila air dah mendidih, letakkan ikan yang dah siap dengan bahan-bahan tadi.
  6. Kukus dalam 15-20 minit. Bila ikan tu dah separuh nak masak, baru Akma masukkan tomato.Tengok-tengok la sampai ikan dah masak. 
  7. Tadaaa! siap untuk dihidang..taburkan daun ketumbar kat atas ikan tu bagi bau lebih harum memikat kalbu.. Gitu kan...


Kalau macam Akma, Akma suka gaul dulu ikan tu dengan garam+ gula dan pak aji tu..pastu simpan dalam peti bagi rasa tu sebati..Pastu baru Akma sediakan bahan-bahan yang lain..Pastu carrot tu Akma suka sesangat potong bunga sebab Akma suka cantik-cantik ni. hihi...oh ya..sesiapa nak try letak asam masin tu pun boleh...

Ok. Baiklah puan-puan semua...opss..dan tuan-tuan kalau ada...selamat mencuba ya...


Hugs and kisses.


0 babbles: