Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

August 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Salam semua. I'm sure every each of you are busy updating an entry about your raya celebrataion kan? Fuh!!! Memang letih gilaaaa kan? Since yesterday bertungkus lumus here and there nak buat last prep before lebaran. Lagi pula semalam my family was having a "family barbeque party"..Penat tak boleh nak cakap. Tapi that tiredness seems fading away bila saat kami sekeluarga buat takbir malam tadi. Rasa macam eh? dah besar rupanya keluarga I..bila masa la agaknya bercambah jadi besar macam ni....huuu..

Well kemeriahan lagi terasa bila saat bermaaf-maafan pagi tadi. Like always, every year I akan tahan and control supaya I will not have a teary eyes. Konon-konon tough la tu kan...Bukan tak nak nangis tapi takut kalau dah start nangis nanti tak boleh nak berhenti...Berdrama pulak nanti lagi susah......gituu...ayat cover..pape jelah kan...

Lepas maaf-bermaafan, tibalah masa yang dinanti....duit raya session!!! Tahun ni tahun yang paling uhuk-uhuk~ Tak dapat duit raya!!!!!!! Chop..just dapat satu je..nasib dapat..beginilah nasib orang dah keje kan...sob..sob...Tapi.....takpe....yang paling best was bila anak-anak saudara beratur macam train nak duit raya dari auntie dieorang yang sorang ni..Dari yang besar sampai yang kecik..Yang kelakar si kecik-kecik tu...bila nak bagi duit raya dieorang cakap "Dah ada dah..." wah.....untung la kalau semua macam tu..satu angpau je dah cukup..tu yang rasa nak bagi sampai 4 angpau tu...huuu...

Lepas beraya sakan dengan family members, barulah bergerak ke rumah saudara mara. One thing bila raya ni is perut sangat suka la meragam.....boleh katakan almost every year meragam. Dah tu toilet kat rumah mak ni ada satu je...hah! jenuh la kau tunggu turn, amik nombor semata nak berak. Kalau rasa tak tahan sangat, kena start enjin...shoot ke rumah abang..nasib baik dekat. Memang kecoh la berebut toilet setiap tahun...Tapi tu yang seronok tu...Tak kira besar kecik, berebut nak memerut!!! Ahaks!!!

Oklah...jom layan sekeping dua gambar..

My family..dah besau rupenye..(chop, abang I sorang takde..jadi Mr. Photog)
The only duit raya for this year..Alhamdulillah.
Ok then. selamat hari raya semua. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau pernah terkasar bahasa, terkutuk, termengumpat, terkata...Maaf zahir dan batin. To all bloggers yang duduk area Melaka, meh la datang rumah..pintu pagau terbukak besau dan luas untuk korang semua. 

Oh ya, esok bakal nak datang!!! Weee~

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Hugs and kisses,
Cikmai

August 26, 2011

Salam. Dari sehari ke sehari nak cuba untuk post an entry tapi akhirnya..end up with nothing. Sometimes rasa macam loser jugak la bila buka blog sendiri, click kat new post but then just stared and do nothing. Macam nak suruh tamatkan kisah blog je...chop!!!mengarut dah aku ni...

Well, let's get back to our business. Yesterday I had an Iftar with my BFF Cik Dilla. Memang lately ni rasa macam akan kehilangan a bff so kalau boleh nak every day spend time with her. Walaupun cuaca macam tak mengizinkan tapi I redah jugak sebab semangat yang berkobar-kobar. Lagipun I nak tau the exact silver yang beliau nakkan tu..Maklumlah..tak lama lagi I akan ada kerjaya terbaru..jadi pengapit. weee....Cik Dilla, mana ada wajah I berseri..Tak mau la I seri sekarang..I nak seri tahun depan.....boleh tak??? You yang berseri babe. Seri pegantin tu lain tau uolsss..

Oh,bercerita tentang hal pengapit ni...sekejap lagi akan keluar dengan encik bakal. InsyaAllah nak menamatkan misi Lord the RING peringkat satu. Baru peringkat satu ye uols...masih banyak lagi perengkat yang nak kena go through. Ok then. Nak siap-siap dah ni.

Eh, dah nak raya la kan?

Hugs and kisses,
Cikmai.

August 25, 2011

Update, update!

Well...when you have too many things to be shared, you will end up sharing nothing. And it's true. I really don't have time to finish what I've started. Does it show that I'm a busy career woman? *ewww~puke!!!* But seriously, I'm too busy. Not just busy, but also tired!!! And I couldn't argue more because it's Ramadhan. 

And hey, guess what? Today was the third day I walk to school. And it takes me about 15-20 minutes to arrive. It's not that bad actually, walking to school early in the morning and get some fresh morning air!! And I guess I can live without my car. Seriously, it's not that bad. I started to love walking instead of driving. Boleh exercise what..hee....Kelassss ko Jah!

Oh, I went out to Alpha Angle just now with my friend. And I bought a pair of shoes. I fell in love with its colours, the comfort and the most important is the price!!!!! 

I just love it!!
Don't you just adore the colour? I know..I know that the colour is so not into my family theme colour for this year..Urghh! Like I care. It's my shoes.=)

You like it?

Good night everyone!

Hugs and kisses,
Cikmai



August 21, 2011

Quotes of the day - Part 3

A stranger stabs you in the front,
A friend stabs you in the back,
A boyfriend stabs you in the heart,
But best friends only poke you with straws.


I say : What about soulmate?

Good night everyone.

Hugs and kisses,
Cikmai

August 20, 2011

Kisah reusable bag.

Picture courtesy from Mr. Google.
Plastic or paper? I choose paper, of course!

Alkisah, Rabu lepas telah ke Jalan TAR bersama housemate. I nak cari tudung raya mak. MasyaAllah...ramai sungguh umat manusia kat situ. Biasalah kan..sibuk membuat persiapan nak sambut lebaran. Sejak di station lrt dah packed dah. Mula-mula nak park kete kat stesen Taman Melati. Ya ampun!!! Penuh gell! Terus drive ke stesen Gombak. Alhamdulillah..ada parking! Parked kete terus jalan laju-laju! Bukan apa...teruja nak naik kenderaan awam. Sejak berkenderaan ni, jarang dah naik tren. 

Berjalan-jalan di Jalan TAR sampai lembik urat saraf kaki. Tapi dapat la apa yang di cari. Syok jalan-jalan kat bazar, tudung mak pun dah beli..al-mata ni terpandang kat sepasang kurung cotton. Erm....cantik! Dan yang paling penting it's on budget. RM50 only. Owh..sebelum jauh bercerita, nak bagitau lately, I memang suka bawak shopping bag. Senang. Tak payah bersusah payah angkut sampai 2,3,4 atau 5 plastic bag! Lagipun kita kan tengah nak save the earth. *amboi statement..Kelassss ko Jah ! *So sepanjang pembelian kat situ memang tak dapat lagi plastic bag. Tapi yang jadi bahan tak puas was when nak purchase baju kurung hijau tersebut. Pekerja dia Mek Indon tu tetap berkeras nak bagi plastic bag.

Me : Takpe kak. Masuk je dalam bag ni. Saya tak nak plastic bag.
She : Nggak boleh adik...Mesti letak dalam plastik dulu.
Me : Tapi kak..saya tak nak plastic.
She : Nggak boleh. Kalau membeli mesti ada plastiknya.
Me : Tapi saya tak nak. Kesian bumi nanti.
She : Aduh...ambil aja. Kalau nggak mahu, balik nanti boleh di buang.
Me : Taknak lah kak.....(degil betul Indon ni. Memang tak menghargai alam sekitar)

Then terus je dia masuk dalam plastic.Haish! Geram betul! Mentang-mentang kau bukan rakyat Malaysia...Geram!!!!!! Macam mana rakyat Malaysia nak support kempen bumi hijau kalau ada sesetengah penjual yang macam ni? Bayangkan kalau orang macam ni masih ramai? 

Urghh~ apalah salahnya sama-sama support niat murni ni. Sekarang ni I kena sentiasa ingat to take my reusable bag where ever I go. Korang pun support jugak tau. Sayang korang!


Hugs and kisses,
Cikmai.

August 17, 2011

Sepetang Di Subang Jaya

Peringatan : Ini ialah entry simpan. Biasalahkan . . . orang kalau dah rajin sangat-sangat...memang suka penuhkan inbox memory. Well last Saturday, after I finished my extra class, I headed straight to Subang. The story was like this. Hajat di hati bakal nak make-up kereta beliau di Kajang. Maklumlah..nak raya kan..So he already asked the workshop and it takes approximately 4 days to finish everything. Jadi dalam masa his car kat bengkel, I bagi beliau pakai my car since my workplace is not that far. Salah. Sangat dekat sebenarnya my workplace dengan rumah. Rumah encik bakal pula jauh nak ke office. Mula-mula beliau nak drive kereta abah beliau je..But then I said better no. At least kena ada kereta kat rumah..manalah tau kan abah beliau ada emergency ke, apa ke...Then beliau setuju nak pakai my car..

As I said lepas kelas tambahan terus ke rumah beliau. Sebab it was Saturday dan malas nak harung jam di Federal, saya lalu NPE. Lepas je tol Taman Medan, my phone rang...It's him telling that his car won't start. Err...kenapa lepas I dah lepas tol baru nak cakap? Sampai rumah beliau, both of us meng-Google why car won't start. And mostly the answer is flat battery. Hah! Ape lagi??? Both of us berlagak macam mekanik la kan..Sudahnya panggil mekanik depan rumah..Dah start pakai jumper start pun tak boleh. So the junior mekanik tu suruh tolak gi bengkel. So kena tunggu kepas berbuka. Okay. Memang beliau sangat risau. Sudahnya I kena paksa berbuka di rumah beliau.

Lepas berbuka * Thanks auntie * datanglah beberapa orang mekanik to push the car. And then tak lama lepas tu, beliau balik lalu mengambil kunci spare. Saya teman beliau ke bengkel semula..And guess what? Kereta boleh start, okeyh? Sepetang tunggu, bermacam-macam benda yang dah try. Boleh tak??? Sebenarnya nak pakai KUNCI SPARE???? dang!!!!  huh~ Sabor jelah..Kunci ori tak leh pakai sebab cip dekat kunci tu dah hilang. Hah..memosah la pulak nak mencari. Then auntie cakap maybe auntie dah tersapu kot...I said to him that manalah tau kan..Jumi si chubby tu dah makan......

Lepas went through saat-saat yang tense di rumah beliau.......kami spent time di Old Town sambil menikmati coffee. berbual tentang "hari itu". Hmm.... Sayang awak wahai encik bakal.

Me vs Him...=)
Our treat after seharian bersabar.


Hugs and kisses,
Cikmai

August 16, 2011

The Second Week Of Ramadhan

How time flies! Sekejap je rasanya dah masuk minggu ketiga Ramadhan. And I guess it's not that too late to share my 2nd week of Ramadhan journal, right?

Well, minggu kedua Ramadhan banyak dihabiskan di rumah sewa. Macam first week, I banyak ke Bazar. Actually I lebih prefer memasak sendiri menu juadah untuk berbuka. Memang I bukan type yang memilih sangat, but when it comes to food, tekak I ni cerewet sikit. So lebih baik masak sendiri, boleh layan karenah selera ni kan?

Antara menu yang menjadi pilihan mestilah yang pedas dan masam. Asam pedas, sup sayur, sambal ikan, ikan kukus, masak lemak udang dan macam-macam lagi. Tapi menu ikan kukus naik sampai 2 kali last week. My housemate request. Lagi pun bukan susah pun buat ikan kukus ni. Simple and sedap. 

Ikan sebelum di kukus...Nak resepi?
Sebenarnya memasak di rumah adalah sangat memberi kepuasan yang maksima bila waktu berbuka. Tapi tu lah...kesian kat my housemate sebab kena makan apa yang tekak I pilih. But this ikan kukus tak mengecewakan beliau. Well...Ni antara menu berbuka saya last week..Menu orang bujang...

Masak lemak udang, telur dadar dan ikan kukus..
 Dan semalam saya telah masak keuh teow goreng basah. Tekak dah jemu nasi lah tu kan.....

Yummy!!!
Dan minggu ketiga ni rasanya akan banyak Iftar di luar..Well just wait and see. Anyways, kuih raya yang saya order untuk mak dah sampai 4 balang. Teruja rasanya tengok. Tapi sabor je lah~ Eh, duit raya pun dah tukar. Wee~

Owh ya, Sabtu lepas adalah hari yang paling panjang rasanya. Kenapa? Saya ada tragedi sepetang di Subang Jaya. Haih~ Will update it later.

Hugs and kisses,
Cikmai

August 15, 2011

Quotes of the day - Part 2

Cikmai's Quote of the day :

You will find happiness in your relationship when you put yourself in his shoes. 

5 years and still counting. I love him every now and then. =)

Hugs and kisses,
Cikmai.

August 14, 2011

Well....

I will update my 2nd week of Ramadhan journal later. I still have Sunday to be treasured in few hours. So let's just wait. 

Oh, by the way, he already downloaded a wedding checklist from Mr.Google. Ask me??Nahhh~  How I wish I could be so particular like him.. But I'm sorry honey..I just can't stop myself from being unexpected and messy. Derr~ T_T

Hugs and kisses,
Cikmai

August 12, 2011

Foundation??

Yuhuuu!!! Uolss tengah buat apa tu? Puasa dak? Alhamdulillah...hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 12 ! Sekejap sangat masa berlalu kan? Bahang raya pun dah makin terasa. Cuma dekat radio masih belum lagi kedengaran lagu raya...Sat lagi bila dah putaq lagu raya, confirm dah rasa macam dekat sangat nak raya.

By the way, balik kerja tadi hampir-hampir dah nak ke Jalan TAR. But then sebab takde orang yang nak mengular, maka niat terus terbatal. Then I headed to Giant Batu Caves. Niat di hati mencari bahan basah nak masak. And I was about to park my car and suddenly my phone rang. It's the Mr. Postman. Yay!! My parcel arrived already nolks~ Original Naturactor Foundation yang I order tu dah sampai!!! Maka, beli barang cepat-cepat, and bergegas pergi ambil barang tersebut at my school's postguard. Bukan apa, tak sabar nak test conteng-conteng kat muka. Kuangkuangkuang.

So balik rumah terus cuci muka bersih-bersih. And before apply that foundation, I terfikir nak apply my UV Face Milk SPF 50+ dulu. Kenapa? Well, sekarang ni kan sangat panas...so our skin need a protection. So sebab takut muka jadi oily *sila note yang kulit saya jenis yang berminyak *  baik la kita cuba try test dulu kan? 

Lepas ratakan sunblock all over my face, I apply that Original Naturactor Foundation. I ratakan pakai damped puff supaya tak capuk-capuk and it will last longer. After apply that foundation, I finished it dengan my compact. Well, it is advisable to finish it with loose powder..tapi my skin ni super sensitive...bedak ni je yang boleh pakai kat my face..It's a compact powder from Bodyshop. And...I love the result. Tak berminyak and looks natural. Thanks Syafiqah for introducing me to this foundation. Jom tengok hasil. By the way, mind the tudung and baju....kan main conteng-conteng muka dalam rumah...So I just grab apa yang ada kat sekeliling to cover my aurat.

Tak oily kan? 
Ok. Just mind the eyebag.
Sukaaa...boleh conteng-conteng muka masa raya nanti!!! Ok then. Nak ke dapur pulak. Today's menu mask lemak udang campur kacang panjang, ikan kukus (again...well my housemate request) and telur dadar...Korang berbuka apa?

Hugs and kisses,
Cikmai


August 11, 2011

OMG!!!! Kawan-kawan bloggers!!!

My dear rakan Bloggers,
Actually I was about to go to bed when I accidentally *ayat nak sedapkan hati* log in my FB account. And I read this thing from one of my friend. Maybe this thing dah lama or maybe dah ramai orang tau..but me, as a new blogger *ceh..perasan ko Jah!* atau dalam bahasa ringkas outdated *Ok, fine. Whatever.* sekadar mahu berkongsi maklumat. Thanks to my friend Eazy for sharing this status. Status beliau berbunyi begini:

ADA SATU HIDDEN WEBSITE YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA..
PERHATIAN !!!
1. cuba anda buka mane-mane blog kawan anda....
contoh : aaaaa.blogspot.com
2. kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tapi dengan membuang huruf 's' pada perkataan blogspot
contoh : aaaa.blogpot.com
...
Apa yang terjadi?
Licik betul mereka ni....

Saya telah cuba dan.....Ya Allah memang licik mereka ni... 

Selamat malam semua. Assalamualaikum.

Hugs and kisses,
Cikmai

I telah decide to let go the offer even they will pay me RM500 per hour. Let say the photo-shooting takes 2 hour then I will be paid RM1k. * Biji mata dah bertukar jadi RM *Menggelepur sebenarnya but then Encik Bakal say DON'T so it means DON'T. 

Baiklah. Sumpah, otak kering gila. Puas dah perah dari balik sekolah tadi nak update. Tapi I end up blur bila staring at my laptop screen. Tu la jadinya when you have abundance of memories kept in your inbox tapi you were too lazy to update. Ok. Takde idea. Iklan kejap.

Take care , Garnier.

Kelasss ko Jah! Iklan Garnier...Gitu...Kuangkuangkuang...

Hugs and kisses,
Cikmai


August 09, 2011

I miss you

This entry is dedicated especially for my beloved BFF, Cik Fardilla Fawzi.

Babe, u fikir rindu u je? Rindu i ni? Lama gila babs kot tak jumpa u...Rindu gell!!!!! Bila lah nak berbuka puasa together-gether ni....

Hugs and kisses,
Cikmai.

August 08, 2011

Monday is Mad-day!

I have nothing much to say to summarize my Monday. It was so bad, so sad and so mad!!!! I never felt such a long journey from my hometown to KL. It was terrible.

But towards the evening it's getting better. Brilliant I should say. Thanks to Mr. Boify.

Hugs and kisses,
Cikmai

August 07, 2011

Rezeki untuk tabung kahwin?

Salam. Seharian tak online and bukak FB melambak notifications. Huu..And check inbox PM..ada offer to be model bertudung. Dan I akan di bayar. Err...Mari berfikir sekejap. Kalau ikutkan, ini salah satu lubang untuk I tambahkan tabung kahwin. Tapi...tak biasa nak posing-posing depan orang. 

Lagipun.....Encik Sayang tak bagi. Dan saya ialah yang menurut perintah. Good bye golden opportunity..Hope to see you again next time.

Hugs and kisses,
Cikmai

August 06, 2011

5th Ramadan Moment.

Good morning everyone. Dah sahur? Mesti uolss makan yang best-best. Jeles mak~ I just makan energy bar je sebab terlewat bangun dan macam tak sempat nak masak-masak sana sini. After all, a feeling of happiness has overcome everything right now! So I'm not hungry. In a few hours, I'll be back to my hometown. Yippie!!!! *Over excited*

Yesterday, I went to break the fast with my love. A bit tiring but I'm happy. The journey was a bit hectic as well. I had to drive from Gombak to Bukit Jalil to meet Shazli and then heading to Bangsar to fetch him. But it doesn't matter as I love him so much! *ha..mula lah tu...*

Our destination was The Curve. Walaupun jalan jam macam tuttt tapi kami berjaya sampai awal. Jalan-jalan here and there, went to perform Asar prayer and then baru gerak ke lokasi kejadian. He already made a reservation at Little Penang Cafe. When we arrived, we were a bit cuak as his name was not in the reservation list. I could hear he spelled out his name so many times. Ok. Menguji kesabaran di situ. 

Akhirnya!! Ada rupanya. Nak tau kenapa sebab takde? Well take a look at this. 

Zassan?
Haha! Hampir tergolek2. Patutla takde nama. Nama Zaffan tapi orang tu tulih Zassan. And then he keep on asking me " Sayang, 'f'' I bunyi macam 's' ke? Then dia asyikla demonstrate sebutan f,f,f,f,f,f,f depan I. Haruslah I tergelak. Comel ok? Then I said to him " You mesti ada adik kembar nama Hassan kan?" Hahahahahahaha!!!! Then he said " Nanti I nak letak nama anak I Hassan, Bassan, Tassan..." Semua "ssan" kat belakang. Hahahaha! So comellah you! Bergurau sambil tunggu food. Even makanan sampai taklah lambat sangat tapi kami sempat mensnap picture secara curi-curi. *bajet papa & mamarazi lah kan?

Muka tak puas hati Encik Zassan. Eh, Zaffan? Zassan? Hihi.
Masa bila ntah I buat muka cenggini time cakap?? Eh, baju kurung? Kelas ko Jah~

Lepas makan dengan tahap melampau,kami membawa badan dan perut kami yang tegang ke surau untuk Solat Maghrib pula. Err.....kenyang gila! Melantak macam ada 4 orang di situ. Oh ya, Pai tee dia sedap!!!! Suka!

After Maghrib prayer, like always la merayau mencari kasut itu. Ada jumpa dan beliau suka kasut Renoma itu tapi tiada saiz. Sumpah, yang itu sangat cantik. Tapi sayang size yillek bebeh. Design yang lain semua panjang-panjang muncungnya. Macam freak nak letak dalam dulang hantaran.  Sayang cakap, kita pergi tempat lain. I ok je... Then he said "Sayang....cepatlah pilihkan hadiah untuk mama. I tak tahu..." Owh, hampir terlupa misi sebenar sebab terlalu excited nak win-win kan? Tett! So kami meround satu The Curve, at last di Metrojaya juga jumpa hasil. I harap auntie suka. Happy birthday auntie yang cantik. Lepas pilih his mama's birthday present, beliau nak beli baju melayu la pulak kan...Even though kaki dah sengal-sengal akibat berjalan pakai kasut 3 inches *bukan wedges tapi HEELS*, tapi sebab semangat nak raya, ku gagahkan jua. So I picked a few baju yang memang I tau taste dia. I mean jenis kain yang beliau suka, poket jatuh ke tak jatuh, itu dan ini...And beliau dah jatuh hati dengan kaler yg itu...Bahu muat ngam-ngam tapi seluar dan lengan baju agak senteng dalam setengah inci. Maklumlah encik Sayang ni tinggi lampai orangnye. Tapi sebab dah berkenan, beliau sambar juga. Tapi beliau  minta I tolong kecikkan sikit claim tu.Well, no prob bebeh. nanti I nak siapkan jahit baju raya I, I buat sekali baju u k? Just nak cari benang sesuai je..

Ok, kesimpulannya, pencarian kasut, belt and wallet telah gagal. Baby, kita pi Metrojaya kat Mid Valley plak next week, okay? Tak pe, sayang saya cakap tahun depan tu lama lagi. Eh, ye ke? Huuu~

Dan lagi satu berita tergempar. Beliau telah melaporkan bahawa abah beliau adalah seorang yang mengikut adat. Sama juga seperti abah saya. Jadi kemungkinan untuk bertunang dahulu adalah tinggi. Tapi kami pula adalah spesis yang tak sabar dan berjimat cermat * bukan kedekut * jadi mahu sekali jalan. Hurmm.. Semakin complicated di situ. Kita tengok nanti keputusannya. Sekian.

Nak recharge sekejap then terus gerak balik. 

Hugs and kisses,
Cikmai.

August 04, 2011

Only one word to describe how I feel right now.
.
.
.
.
.
Worried
.
.
.
.
.

Assalamualaikum.


Hugs and kisses,
Cikmai.

August 03, 2011

Kain duyung? Kain kipas?

Okay..I'm now having my recess. What I do?? Googling for the design untuk hari itu. Well...like I said before I like it to be simple yet stunning. I pilih kurung moden. 

Mungkinkah yang ini?? Tapi I tak suka kain dia la nolks~
Yang ini pula? Hmmm......
Well....baju senang je nk design..Kain tu...I tak gemar kain kembang payung...Maybe kain kipas belakang or kain duyung? Chop...kain duyung tu sama ke macam kain kembang payung? Ke lain?

Okay, lepas raya baru hantar..Or to be exact lepas bayar road tax and insurance keta....

Eh, kaler baju gambar yang second tu macam kalaer baju kami je......err....Macam aje ok...Tapi tak sama.

Hugs and kisses,
Cikmai


August 02, 2011

600th entry..

Dear us, don't think too much about it. I'm sure that Allah will show us the way and will open the easiest path for us to make it happen. InsyaAllah. All we need is PRAY.

Footnote: This is my 600th entry. And I'm still blogging.. =)

Hugs and kisses,
Cikmai

August 01, 2011

Hold dulu..

Hai semua. Salam Ramadhan. I just came back from 2nd day terawih. Alhamdulillah. What I love most about Ramadhan is the ibadah. Time ni la orang berlumba-lumba tambahkan saham akhirat. Tak ketinggalan juga I yang masih banyak kekurangan ni. Bukan selalu dapat solat sunat terawih ni. Time-time macam ni lah nak kejar. Bukan ke begitu kawan-kawan?

Oh ya ! I guess macam dah confirmed, insyaAllah..sukaaaaaa.. wee~ But sayang cakap next year is a long way to go. So everything from tempah baju, bakal suruh hold dulu. We need the exact date. Like I said, wait after raya okay... Dup dap dup dap...

Hari ni bakal ajak berbuka di rumah beliau..I refused. Well, I sangat segan okay nak berbuka di rumah beliau sebab mesti akan makan bersama all his family members. I mean ALL. Bila ALL haruslah ada abah beliau. Okay sangat malu. Memang before ni selalu makan kat rumah beliau but without his dad. Ada his mama je dan adik-adik. Oh ya, sayang saya punya mama adalah sangat cantik. *iklan* Huuuu...Tak dapat bayangkan kalau abah beliau ada sekali. Ingat lagi masa beliau konvo and after konvo, gi minum and I didn't say a word...segan punya pasal.....Nak cakap terima kasih uncle sebab hantar kat airport pun segan semacam. Cakap pun terketar-ketar. Adeyh~

So sekarang ni terfikir...macam mana nanti bila nak tut tut? Macam mana nak hilangkan rasa segan ni? Belum lagi dengan saudara-mara beliau. Saudara di Muar and nenek beliau di Muar I dah jumpa and like dah 2-3 times la..Tu pun time raya je...Yang lain? I seriously segan and malu sangat-sangat. Yelah, I ni banyak lagi kekurangan diri. Tu yang buat segan tu...Lagi pun mak selalu pesan, kita ni orang Melayu kena la jaga adab dan sopan santun. Dan I berpegang pada yang itu. 

Macam mana nak hilangkan rasa segan ni?

Hugs and kisses,
Cikmai.