Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

August 20, 2011

Kisah reusable bag.

Picture courtesy from Mr. Google.
Plastic or paper? I choose paper, of course!

Alkisah, Rabu lepas telah ke Jalan TAR bersama housemate. I nak cari tudung raya mak. MasyaAllah...ramai sungguh umat manusia kat situ. Biasalah kan..sibuk membuat persiapan nak sambut lebaran. Sejak di station lrt dah packed dah. Mula-mula nak park kete kat stesen Taman Melati. Ya ampun!!! Penuh gell! Terus drive ke stesen Gombak. Alhamdulillah..ada parking! Parked kete terus jalan laju-laju! Bukan apa...teruja nak naik kenderaan awam. Sejak berkenderaan ni, jarang dah naik tren. 

Berjalan-jalan di Jalan TAR sampai lembik urat saraf kaki. Tapi dapat la apa yang di cari. Syok jalan-jalan kat bazar, tudung mak pun dah beli..al-mata ni terpandang kat sepasang kurung cotton. Erm....cantik! Dan yang paling penting it's on budget. RM50 only. Owh..sebelum jauh bercerita, nak bagitau lately, I memang suka bawak shopping bag. Senang. Tak payah bersusah payah angkut sampai 2,3,4 atau 5 plastic bag! Lagipun kita kan tengah nak save the earth. *amboi statement..Kelassss ko Jah ! *So sepanjang pembelian kat situ memang tak dapat lagi plastic bag. Tapi yang jadi bahan tak puas was when nak purchase baju kurung hijau tersebut. Pekerja dia Mek Indon tu tetap berkeras nak bagi plastic bag.

Me : Takpe kak. Masuk je dalam bag ni. Saya tak nak plastic bag.
She : Nggak boleh adik...Mesti letak dalam plastik dulu.
Me : Tapi kak..saya tak nak plastic.
She : Nggak boleh. Kalau membeli mesti ada plastiknya.
Me : Tapi saya tak nak. Kesian bumi nanti.
She : Aduh...ambil aja. Kalau nggak mahu, balik nanti boleh di buang.
Me : Taknak lah kak.....(degil betul Indon ni. Memang tak menghargai alam sekitar)

Then terus je dia masuk dalam plastic.Haish! Geram betul! Mentang-mentang kau bukan rakyat Malaysia...Geram!!!!!! Macam mana rakyat Malaysia nak support kempen bumi hijau kalau ada sesetengah penjual yang macam ni? Bayangkan kalau orang macam ni masih ramai? 

Urghh~ apalah salahnya sama-sama support niat murni ni. Sekarang ni I kena sentiasa ingat to take my reusable bag where ever I go. Korang pun support jugak tau. Sayang korang!


Hugs and kisses,
Cikmai.

0 babbles: