Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

November 29, 2011

Next..

Morning. Every time I try to start typing, I keep on asking myself "Where to start?" Well...let's just start with that-next-stage event.

Well...macam tak percaya lagi sebenarnya ni. Masa beli cincin hari tu pun..beliau nampak, beliau terus suka dan beliau terus beli. Bila dengar beliau cakap January, I was like Hooray!!!!! Tapi bila pikiaq balik...woi...sebulan lebih ja lagi ni...sempat kaaaaa????? Make it sempat okay? Masalah utama is sempat kah nak tempah baju ni? La ni tunggu beliau decide kaler. Tengok? Kaler pun takleh nak decide. Ntah ape ape ntah. Haih~

Beliau ni seorang yang sangat-sangat well organized. He is a very good planner. Why? Beliau nak ready dengan semua dulu. Beliau cakap bila dah ready, senang. Beliau cakap je dengan family beliau, terus jalan. Me? Hanya mampu ternganga. Last night we discussed about sape nak amik gambar nanti?I asked him to take the photos.  *Haruslah I nak beliau je yang amikkan gambar kan...Jimat skit uolsss* Then he said "woi...mana boleh si laki-laki menyibuk time tu?"  Okay, he got his point there. Tapi still he can shoot for the outdoor right? Huuu...he said he will asked his friend about that. 

Hectic nak pikiaq barang nak letak atas dulang. Tapi beliau cakap..tunang je pun..kita buat biasa-biasa je sayang. Okay. Take a deep breath. Beliau memang sangat calm. =)

By the way, my sis will be off to Aussie this coming Friday for hols. She said chocolate dia akan sponsor. Okay, choc done! Legaaa...

Nasib la sayang saya tu orang yang sangat calm dan tak kisah dan nak yang bersederhana. Thank you Allah.

Hugs and kisses,
Cikmai

November 28, 2011

List baru?

Sila tengok list SO MUCH TO THINK OF saya itu. Ada pertambahan. Ho yeah!!

Ok, bai!

Hugs and kisses,
Cikmai

Let's wait.

Salam..Nak tahu tak?? I'm at home!!!!!!!!!! Yay! Suka, suka, suka! Tapi..rindula dekat someone tu..Huuuuu...Geds! Last night he called me to discuss something. Waaa! tak aci..beliau dah beli seluar untuk simpanan hari itu. Tapi...memusykilkan kerana perut beliau maju ke dapan dengan agak cepat. Bayangkan masa nak raya hari tu beli seluar dengan beliau, saiz baru 30..Semalam he bought dah saiz 32. Whatt?? Boleh ke simpan? Hope tak membesar lagi la. Tapi xaci, dah beli. Saya baru merangkak nak start beli-belah bulan depan. Sebab..........................January tu macam dah sangat dekat. Memandangkan kain yang kami beli masa pakej pengantin tu nak jadikan hantaran, maka terpaksalah saya membuat baju baru. woi...sempat ke ni? So minggu ni jugak kena pi Jakel. Balik kain terus pi tempah. Oh, silalah kaya cepat. Amin.

Sekarang ni nak pilih kaler baju. Yang hari tu kaler off white...so sesuai la kan buat nikah..tunang ni nak buat kaler2 sikit. Dalam kepala ingat pink or lilac tapi beliau cakap macam pale. Korang ada any suggestion tak? Mak tak pandai la...Huu..

Dan boleh kan beliau je jadi OP masa hari tu? Boleh ke? huuu...

Now kita prepare apa-apa yang patut dulu...let him discuss with his family. Let's wait. 

Hugs and kisses,
Cikmai

November 27, 2011

Tripple happiness.

Hey everyone! Let's summarize my Saturday. Okay...where to start???? Phew! I think it was one of my extraordinary Saturday? Why? I was surrounded by happiness. Alhamdulillah. Syukur.

Wait a sec. I need to take off my lenses. 

Okay. Much better! Let's continue. Where did I stop just now? Ah...happiness! My first happiness : Semalam, 25.11.2011 my best friend, Anez selamat diijab kabulkan. Tahniah sayang!!! You know how much happy I am?? Syukur,syukur,syukur, Alhamdulillah..Unfortunately, I couldn't be there as there're things that need to be settled down before hols started. Keja memang takkan habis..Pui! Tadi struggle redah jammed yang memang menguji kesabaran. 4 jam uolss nak sampai Melaka from KL. Tapi tak kira apa pun yang jadi, Iolss kena datang. If not, akan boleh jadi meroyan untuk sehari dua..probably 3 hari. Sampai je around 4 p.m. , terus salam Ibu (mak pengantin) dan terus naik atas jumpa pasangan mempelai. Peluk je sayang saya tu, terus berjurai-jurai air mata. Air mata rasa bersalah sebab tak dapat datang tengok moment tukar status bercampur dengan ayor mata kegembiraan. Sangat gembira sampai air mata tu keluaq sendiri. Hati tu jadik touching-touching sendiri. Tapi kalau kawan-kawan lain yang kawin, biasa-biasa ja..tak nangis langsung. Tapi hat dua orang ni - Puan Anez dan Puan Dilla betui-betui buat cheq menangis ..  I'm happy for you babe! You look so gorgeous! 2 orang bff yang saya sangat sayang dah jadi bini orang. Tinggal I je. Takpe..sabor naaaa....hiiii..Oh ya, gambo tunggu encik bakal upload nanti.=) 

After the wedding, kami ke pekan cari pisang goreng. Adalah orang tu ngidam nak makan pisang goreng dip in sambal kicap. Beli pisang goreng, terus ke rumah saya. Mak buat kopi dan we had coffee together dengan mak. Abah saya ke kuala..timba air dalam perahu. Maklumlah...musim hujan kan.banyak la air dalam bot abah.So tunggu abah balik and he did something that makes me melted. He bravely said in front of my parents "Yes, we are serious". Phew! 5 tahun tunggu beliau cakap cenggitu. Alhamdulillah.=)

My second happiness is the misunderstanding mystery solved. Recently, our relationship was not that good. I found out something behind my back.Ya,ya,ya...the same thing before. But 4 hours driving from KL to Melaka in car just now somehow, made my day. We clarified everything which gave me a long pause with teary eyes. I was trying to digest everything,trying to relate everything and trying to think. Not just think but thinking rationally. Fikir punya fikir, I came out with my own theory. When it comes to relationship of love, I have to love about 3 things. First each other. Second is memories. Third is OUR RELATIONSHIP. What I mean by the last one is, maybe there are times when we fight, and sometimes we won't even like each other. Biasalahkan bila dah gaduh, semua benda jadi menyampah and sometimes, including the memories also. Rasa macam nak erase the memories and don't even want to think about something that will remind us of each other. But those are the times that we need to love OUR RELATIONSHIP. 5 years and 9 months of relationship to be exact. I love our relationship. It's not easy to build the relationship and came to this far. Bila dah berfikir secara rasional, bukan secara emosional, apologies accepted. He hold my hand *jangan tiru aksi ini* and I know he's sincere. And I know deep down in his heart he said " Let me prove it and let's move on". Tapi tak perlulah beliau luahkan cause it's enough when he said "I really love you". And I'm blessed.

My third happiness is on our way back to KL, kami singgah di Mydin Mall MITC. Beliau nak survey Habib Jewels. Well....even though it's clearance sale, harga agak "gulp". He said maybe kahwin nanti ok la kot mahal-mahal. One thing yang saya suka tentang beliau is beliau akan beli ikut kemampuan beliau. We are not yet planning for the big day. It's only E-day. So we move on and teruskan pencarian. And jumpa dah yang beliau berkenan. Hmm...what I could say is taste beliau is not bad. Selalu lelaki kan akan biarkan perempuan yang pilih. Me? Jenis yang tak memilih. So lebih baik biar beliau je yang pilih. Dan dah beli. What? Yes, dah beli! Untuk merisik dan bertunang. Alhamdulillah. And the date? Probably around January. Paling lambat February. InsyaAllah. And it's not going to be a big event. My parents preferred it to be an event of two family. Probabaly the chef of the day will be me. Mak dah cakap she needs me. Well, masak sikit-sikit, boleh la kot. Jimat belanja masak sendiri. Next is bawa beliau tempah baju untuk buat hantaran. Kain kan dah ada. Since macam tak sempat dah nak hantar baju saya ke tailor, we decided baju yang beli masa pakej murah tu pakai nikah je nanti. Kan dah jimat belanja. weee~ Alhamdulillah. Again, I'm blessed.

So . . . . dalam short list e-day dah boleh potong benda ni dalam list.

Done! (Picture courtesy from Mr. Google)
Dan ini juga.

Done!
Oh, ni bukan warna sebenar. Gambar curik dari Encik Google. Tapi satu ni dah boleh cnsidered done.

Alhamdullilah.

Hugs and kisses,
Cikmai



November 25, 2011

Pengorbanan seorang lelaki.

This is a true story. Cerita benar. 



I went to with-draw some money from the ATM as I need to service my car. Ada seorang lelaki, beratur di depan saya. Saya amati lelaki tersebut dan dari cara beliau saya tahu beliau berumur dalam lingkungan 30-an, seorang suami dan seorang bapa. Menaiki motosikal yang pasti kerana menjinjit sebiji topi keledar. Lagak gaya macam menanti duit hasil titik peluh membanting tulang empat kerat. Lantas beliau memasukkan kad ATM beliau. Dengan berhati-hati beliau menekan dan memasukkan no pin beliau. Lalu saya pun mengalihkan pandangan. Tapi mata ini tak dapat menghalang dari terpandangankan skrin yang terpapar di ATM tersebut. Kelihatan lelaki tersebut cuba mengeluarkan RM10 ringgit dari akaun beliau. Hanya RM10 ringgit. Sejurus kemudian, terpapar di skrin "Baki anda tidak mencukupi untuk transaksi ini". Hati beliau sayu. Beliau merenung mesin tersebut. Beliau kemudian membuka dompetnya sambil menggelengkan kepala. Saya turut jadi sayu. Lalu beliau berlalu dan nampak yang beliau sangat kecewa.

Dalam hati saya tertanya-tanya. Anak beliau sakit? Isteri beliau bersalin kah? Ke hutang ah long? Wallahu'alamHurm...Terus terbayang wajah Abah. Mungkin abah saya juga macam tu dulu. Semua anak-anak bersekolah. Hanya teksi menjadi periuk nasi..si anak hanya tahu meminta itu dan ini. Nasib mak seorang yang tak banyak ragam. 

Ya Allah....besarnya tanggungjawab lelaki..hebatnya pengorbanan seorang lelaki. Rela berlapar demi orang yang disayang, rela tak ganti baju dan seluar demi anak-anak. Okay. Air mata mula menitis. Kita tak nampak pengorbanan mereka. Yang kita nampak, hanya pengorbanan kita. Astaghfirullah...

Ya Allah...peliharalah lelaki-lelaki dalam hidup ku yang aku sayang, yang banyak berkorban untuk aku..Semoga mereka sentiasa dirahmati, dilindungi dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah ya Allah..Amin.

*Insaf sebentar*

Hugs and kisses,
Cikmai

November 23, 2011

Gaji oh gaji...

Sila baca title tajuk tu macam lagu Mana Oh Mana nyanyian Aizat.

Assalamualaikum semua. Selamat hari Rabu. It should be wordless Wednesday today tapi tak kira, nak buat Wordy Wednesday pulak. Boleh? Gitu....

Anyways, sebelum merapu tak tentu pasal, first of all, syukur sangat-sangat sebab Encik Bakal dah confirm. Alhamdulillah. Beliau did promise, anything pasal kahwin let's discuss after he confirmed. Alhamdulillah, ternyata Allah mendengar doa-doa hambanya yang sentiasa berusaha. Amin Ya rabb. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhadulillah. Ya Allah..Hanya Tuhan je yang tahu betapa syukurnya saya. Nak tunggu saya confirm, memang lama la lagi kan...Well government kan. What do you expect? Saya confirmed untuk masa depan. Dapat lah tukau skim pencen kan. Dah, dah. Stop talking about me. Lagi pun it's not about him or me, it's about us.

Alhamdulillah lagi sebab beliau memang dah nampak berusaha ke arah itu. Ahad lepas, beliau dah masuk dalam kedai emas. What a progress. Selalu nak lalu depan pun takut. Takut la kalau-kalau saya duk hentak-hentak kaki kat depan kedai tu. Tapi I'm not like that. He knew it. Saya pun kenal sangat dengan bakal ni..beliau memang takkan tengok sesuatu kalau beliau rasa tak mampu lagi or tak sedia. Bila tak sedia tu memang betul-betul tak sedia...Bukan tak nak tapi beliau perlukan masa..He is so well organized you know. So sensible!Tapi Ahad lepas, bukan saja masuk, tapi...siap suruh saya cuba benda bulat-bulat tu dan tanya saya suka yang mana. Beliau dah ready nak pergi ke next stage katanya..Just wait.

Dan ya, christmas sale buat kami gila. Now baru beliau tahu betapa crazy-nya Christmas sale itu. Dulu tak caye kan...Dan beliau dah setuju nak grab benda itu gaji ini. Saya dah berkenan yang ini..tapi tak tahu la kalau-kalalu boleh bertukar selera last minute kan...
Picture courtesy from Mr. Google.
Dan beliau pula suka yang ini....
Picture courtesy from Mr. Google.
Gaji hari Khamis. Sumpah lama gila nak tunggu. Tu la..Bagi lagi gaji awal..Dah la bulan ni beli hadiah Titine.  Tak pa...esok je. esok...esok..esok...Gaji oh gaji! Oh, bulan depan bonus. Alhamdulillah...boleh beli banyak-banyak sikit. Settlekan benda-benda ni dulu,nanti senang, tak payah nak fikir kata beliau.

Hugs and kisses,
Cikmai

November 22, 2011

D-I-Y box.

Assalamualaikum semua. Amboi..amboi..amboi..kan main lagi haaaa...Duk senyum sampai ke telinga naaaa. Tahniah la pada Team Harimau Muda for hitting the field so well last night. Dan tahniah juga pada semua athletes negara yang berjaya di arena Sukan Sea pada kali ini. 

Hari ni nak kongsi pasal sesuatu yang berguna juga lah actually buat adik-adik kat luar sana yang sama-sama sedang mengikat perut macam Kak Senah ni..As u all know, my handbags agak berlambak juga. Tapi yang di guna pakai, hat tu juga lah...Jadi I couldn't find a place nak letak kat dalam bilik yang serba kekurangan ni. Maklumlah...rumah bujang kan..Saya hanya ada satu meja, satu single bed, a shelf where I put all my pants and shirts, dan almari. Almari pun almari portable yang kain tu. 

Mula-mula ingatkan nak beli kotak atau chest yang cantik-cantik tu just untuk humban segala bag yang ada....Tapi bila pikiaq balik..awat mahai sangat??? Jadi telah merembat sebuah kotak kertas kuning yang isi kertas tu kat sekolah. Memang buruk jugak la kaler dia..nampak bebenor le miskin kan. So.....dengan gigih, jom kita balut kotak tu...


Hasilnya......................Tadaaaa!

Close up sikit....

Kos hanya RM 1.00 sahaja. Beli wrapper yang besar tu yang harga hanya RM0.50 satu di Kaison, Festival City Danau Kota. Kedai tu memang barang-barang dia murah yang amat. Jimat kan? Now baru kemas bilik I...
Kalau nak jimat, boleh aje...Ok, bai.

Hugs and kisses,
Cikmai.

November 21, 2011

All about gambaq!

Frankly speaking, entry bersama gambaq adalah lebih menarik dari entry yang tidak bergambaq. Like people always said "Let the photos do the talking". Hangpa jangan salah faham. Gambaq mana boleh bercakap. Tu dalam cerita P. Ramlee buleh la. Kisah cinta Abang Berahim dan Aini. Hat tu memang gambaq dia buleh keluaq suara...kan? Siap buleh sumpah-sumpah naaa...Takut plak kalau gambaq buleh cakap betui-betui..Naya sat gi. Maksudnya kat sini bila ada gambaq, lagi buleh nak menguatkan atau meng-strong-kan story mory yang hangpa nak share bersama followers tersayang. La ni device 'gigibiru' sedang buat masalah. Jadi banyak gambaq yang tak dapat nak masuk dalam lappy. Maaflah, my phone tak la canggih macam tepon hangpa. Cheq dak pakai Blackberry mahupun Blueberry...cheq duk pakai phone strawberry ja...sob..sob..So nak minta maaf la banyak-banyak sebab kebelakangan ni malas betui nak update blog. Reason sebab gambaq takleh dah upload masuk lappy. Kena hantaq kot email. Bila takdak gambaq, rasa mcm kosong. Tadi baru ja sent gambaq-gambaq last week..send pakai email naaa...Nak bukak email memang cheq malas. La ni rasa nak tidoqqq...


Gambaq sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan entry, tapi ada kena mengena dengan perut cheq yang tengah lapaq ni. Teringat broccoli omelet cheq hari tu.......sedapnya..

Ok, bai semua. See you all again.

Hugs and kisses,
Cikmai

November 12, 2011

Malas ke?

Sneezing! Maklumlah kan blog indah lagi bersawang. Sejak dua menjak ni terasa malas betul nak update. Once terasa macam nak quit blogging. Why? Dah mula rasa life is not that too interesting to be shared with. Atau pun malas. Malas ke aku? Malas ke? Sila nilai diri sendiri.

Ternyata ramai betul yang buat entry pasal 11.11.11 semalam. Me? Duk diam-diam je sambil membaca blog orang. Sebab tau dah ramai bebenor yang akan post entry yesterday. Seronok blogwalking ni. Chop. Korang dah tengok tak video parody Cinta Muka Bulu? Pergh...lawak habis nolks. Kerlassss! Terbahak-bahak ketawa sorang-sorang last night. "Dan pabila kau katakan kau suka BULU." hahahahaha! Jom layan!


Ku rasa berBULU tapi bahagia....hahahahahahahaha!