Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

November 25, 2011

Pengorbanan seorang lelaki.

This is a true story. Cerita benar. 



I went to with-draw some money from the ATM as I need to service my car. Ada seorang lelaki, beratur di depan saya. Saya amati lelaki tersebut dan dari cara beliau saya tahu beliau berumur dalam lingkungan 30-an, seorang suami dan seorang bapa. Menaiki motosikal yang pasti kerana menjinjit sebiji topi keledar. Lagak gaya macam menanti duit hasil titik peluh membanting tulang empat kerat. Lantas beliau memasukkan kad ATM beliau. Dengan berhati-hati beliau menekan dan memasukkan no pin beliau. Lalu saya pun mengalihkan pandangan. Tapi mata ini tak dapat menghalang dari terpandangankan skrin yang terpapar di ATM tersebut. Kelihatan lelaki tersebut cuba mengeluarkan RM10 ringgit dari akaun beliau. Hanya RM10 ringgit. Sejurus kemudian, terpapar di skrin "Baki anda tidak mencukupi untuk transaksi ini". Hati beliau sayu. Beliau merenung mesin tersebut. Beliau kemudian membuka dompetnya sambil menggelengkan kepala. Saya turut jadi sayu. Lalu beliau berlalu dan nampak yang beliau sangat kecewa.

Dalam hati saya tertanya-tanya. Anak beliau sakit? Isteri beliau bersalin kah? Ke hutang ah long? Wallahu'alamHurm...Terus terbayang wajah Abah. Mungkin abah saya juga macam tu dulu. Semua anak-anak bersekolah. Hanya teksi menjadi periuk nasi..si anak hanya tahu meminta itu dan ini. Nasib mak seorang yang tak banyak ragam. 

Ya Allah....besarnya tanggungjawab lelaki..hebatnya pengorbanan seorang lelaki. Rela berlapar demi orang yang disayang, rela tak ganti baju dan seluar demi anak-anak. Okay. Air mata mula menitis. Kita tak nampak pengorbanan mereka. Yang kita nampak, hanya pengorbanan kita. Astaghfirullah...

Ya Allah...peliharalah lelaki-lelaki dalam hidup ku yang aku sayang, yang banyak berkorban untuk aku..Semoga mereka sentiasa dirahmati, dilindungi dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah ya Allah..Amin.

*Insaf sebentar*

Hugs and kisses,
Cikmai

0 babbles: