Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

July 21, 2014

Hannah oh Hannah!

Bila pagi dengan petang je dah pandai mengamuk nak keluar jenjalan. Memang hakak kawasan sungguh.

My little omunchkin! 

Bluek! 
Kengkonon macam da besar sangat lah tu kan.. Pada hal baru 3 bulan. 

Hannah oh Hannah! 

Hugs and kisses, 
Cikmai


July 06, 2014

3 months old Hannah.

How time flies. My princess now is 3 months old. Semakin bijak, semakin aktif. Dah besar anak mommy ni.

By the way, it's Ramadhan now. Rasa sangat bersyukur sebab segala tok nenek hantu syaitan dah kena ikat. And Hannah? YES! No more nangis ketakutan menggigil-gigil. Kesian Hannah almost every second bila ternampak benda tu dia akan menangis sekuat hati. Sisters and brothers suruh pergi check dengan pakar takut ada sakit. Colic to be exact.

And yes. I went to see the paediatrician for the second time.  Double confirmation sebab ramai yang tak puas hati and ada yang tak berapa nak percaya dengan gangguan benda ghaib ni.

So baby Hannah buat check up and health screening again. Dari jantung sampai ke otak sampai ke perut hati mata hidung telinga kerongkong..semua sekali lah pakar di Hospital Pantai checked. And again, the result?Baby is healthy. Very healthy. With no colic.

Kadang-kadang sukar kita nak percaya tapi kena percaya jugak.

Hannah loves camera very much.  Like a doll.♥
My cutie pie! 
Mommy loves you to the moon and back sayang!


Hugs and kisses,
Cikmai

June 03, 2014

Hannah and vaccination.

Alhamdulillah. ..selesai sudah check up pertama Hannah semalam. Mommy berdebar to the max sebab Hannah nak kena cucuk. Maklumlah anak dara yang sorang ni sangat manja.

Kejap je Hannah dah 2 bulan. Hannah first checkup memang start at 2 months sebab ikut dalam baby record book Hannah. Memang before Hannah lahir lagi me and my husband plan nak checkup Hannah at private instead of KK. Bukan nak kondem ke apa sebab me myself pun kakitangan awam...tapi husband macam dah serik dengan government hospital or any KK sejak dari peristiwa baby tak gerak..lepas tu sambung pula Hannah kena warded sebab jaundice. Warded kat Hospital government setengah jam je..lepas tu husband angkut bawa ke Pantai Hospital. Tak nak cerita sebab apa. Sakit hati. Actually sama je dengan checkup di KK cumanya di private ni every 2 months instead of sebulan sekali..tapi nak g sebulan sekali pun boleh..

Sepatutnya Hannah check up di KPJ dengan paed Hannah sejak lahir, Dr. Aziz. Tapi memandangkan ada kat kampung lagi..mommy pun bawa Hannah ke Pantai Hospital since kat situ pun Hannah ada paed juga sebab jaundice hari tu kan..So semalam macam biasa Hannah suntik vaksin macam di KK plus 2 vaksin tambahan Pneumococcal vaccine dengan Rotavirus. Haaa..tu la bezanya KK dengan private. Ada dose tambahan yang KK tak bekalkan and you won't get it there. Memang a bit pricy tapi untuk anak kan..mestilah kita nak yang terbaik. Before this masa pregnant ada tanya doktor dan nurse di KK dieorang cakap tak payah amik pun Pneumococcal dengan rotavirus. Tak penting katanya. Tapi lepas menggoogle dan terbaca kisah permegian permata hati Erina tu...terus je nak proceed. Actually terpulang pada individu..tepuk dada tanya selera kan.

Mommy and Hannah. ♥
 Mommy semalam berdebar sebab Hannah ni memang tak boleh usik. Confirm melalak kuat. Nasib baik checkup kat private ni timbang tak payah buka baju semua. Kalau tak..pengsan. Semalam ingatkan Hannah akan menangis dengan jayanya..tapi Alhamdulillah. ..Hannah nangis kejap je. Good girl la baby mommy ni!
Hannah baru lepas cucuk.
Lepas balik je terus tuam bekas injection Hannah di paha kiri dan kanan. Tak nak jadi kematu sebab takut Hannah demam. Paed pesan semalam baby akan demam kalau bekas injections tu keras. Dan doktor pun suruh suap ubat demam within 24 hours even baby xde demam. So setiap kali tukar diapers Hannah, mommy tuam bekas injection dan suap ubat demam every 6 hours. Setiap kali tu la mommy check temperature Hannah..Alhamdulillah so far Hannah tak demam. Strong girl la baby mommy ni walaupun lahir tak cukup bulan.

Selesai. ..
Alhamdulillah. Selesai untuk yang 2 bulan. Lepas ni tunggu Hannah 4 bulan pula. Tapi lepas ni in shaa Allah akan ke KPJ balik. Thanks Datin Dr. Arthi from Pantai Hospital sebab treat baby Hannah so well. So total bill Hannah semalam :

DaPT/Polio/HIB  & Hepatitis B vaccine : RM50
Pneumococcal vaccine : RM210
Rotavirus vaccine : RM 130
Consultation : RM150
Total : RM540

Anak kan anugerah dan amanah dari Allah..so for sure ada bahagian rezeki untuk anak kan..Jadi mommy akan beri yang terbaik untuk Hannah. In shaa Allah.


Hugs and kisses,
Cikmai

May 30, 2014

My Little Love!

My kasih, my sayang, my buah hati, my cinta, my all!
I can't describe how much love I have for her.
Love u so much my little love!

Hannah day 59.

Hannah is growing up so fast!


Hugs and kisses,
Cikmai

April 28, 2014

Bila ayah babysit Hannah. ...

Al-kisah pada suatu malam..Hannah terjaga nak susu. Biasalahkan..si ibu memang alert. So nak bangun siap-siapkan susu Hannah..Akma kejutkan suami untuk pujuk Hannah yg tengah nangis. Hannah ni kalau nangis nak susu suara dia kuat ya Allah. Memang panic semua orang!

Sebelum siapkan susu Hannah..Hannah dah calm down dah..ibu dia dah tepuk-tepuk...Husband amik Hannah memang Hannah dah diam dah....maka si ibu pun pergilah siapkan susu Hannah when suddenly.....

Uwaaaaaaaaaa!

Hannah menangis menggigil2.  Masuk bilik tengok husband tengah dukung Hannah. Rasa macam nak marah..I asked my husband what happened to Hannah. Guess what he said?

"Hannah nangis..abang nak pujuk Hannah abang bagi pek abang...ingatkan Hannah diam tapi dia terus jerit kuat"...

Okayyyyyyyy! Bagi pek abang...pun boleh! Terus tak jadi nak marah. Terus ketawa. Hihi.

Haih lahhhh ayah Hannah..

My husband and Hannah. Anak first, isteri second.


Hugs and kisses,
Cikmai

April 23, 2014

Alhamdulillah. .dah 21 hari jadi ibu. So far alhamdulillah. .Hannah tak banyak ragamnya. Cuma menangis kalau lambat bagi susu je. Kuat sangat menyusu. Berat Hannah pun dah naik 3.1kg.

Aaaaa...Hannah oh Hannah! Kalau Hannah tidur memang tak boleh buat keje lain. Keje nak mengadap muka comel dia je. Huuuu.

Ibu loves you so much Hannah!  To the moon and back!  ♥♥♥

My sweetheart!


Hugs and kisses,
Cikmai

April 11, 2014

I am a mom!

Alhamdulillah.  Lepas 35 minggu 5 hari bawa perut,  akhirnya tanggal 2 April 2014 Akma dah selamat melahirkan seorang puteri comel putih gebu. Alhamdulillah.

Introducing baby girl Akma,  my little princess Nur Hannah binti Muhammad Hafizudeen.

Baby Hannah day 1.

Hannah lahir tak cukup hari. Akma kena emergency ceaser sebab baby dah terbelit tali pusat. Mula-mula doktor nak induce tapi doktor tak nak amik risiko sebab kalau induce belum tentu sakit tu akan datang immediately. Baby kat dalam perut pula semakin terbelit. So kenalah emergency operation.

Perasaan masa nak masuk bilik bedah tu hanya Allah saja yang tahu. Yelah...kita tengah happy2 breakfast makan mee hailam tetiba doktor datang cakap kita nak masuk OT sekarang sbb baby heart rate makin tak cantik. Erkkk! Rasa longlai kaki. Macam-macam fikir. Yelah..perut nak kena belah kan...Masa tu pukul 8.30 a.m. terus cecepat call husband. I said "Abang...sayang nak kena operate. NOW!" Husband pun macam kilat datang. Nak sign borang2 operation bagai. Nasib baik tempat keje husband tak jauh dari KPJ. Masuk OT dalam pukul 9.15 a.m. 9.46 a.m. baby dah lahir. Alhamdulillah.  Oh ya nak share few pics masa dalam OT. Thanks to doktor pakar bius, Dr. Baha for the pictures. Moment yang paling best sepanjang hampir 28 tahun hidup.

Moment of happiness! Alhamdulillah. 

Hari ni my little princess dah berusia 10 hari. Semoga Hannah menjadi anak yang solehah dan sentiasa dilindungi. Amin. Ibu sayang Hannah! ♥ ♥ ♥

Hugs and kisses,
Cikmai

February 23, 2014

My dear baby,

Alhamdulillah...ibu dah masuk minggu ke 30 pregnancy. Maksudnya dah tak lama lagi dah nak tengok princess comel ibu ni. Ntah ikut rupa ayah..ntah ikut rupa ibu..Nenek cakap kalau ikut rupa ayah mesti kulit cerah macam mat saleh..kalau ikut ibu gelap sikit la kulit awak. Sabar jelah ibu dengan nenek awak tu.

Anyway, sekarang ni mesti awak dah besar kan? Sebab tendangan awak semakin kuat.  Ibu dapat rasa setiap waktu tendangan dan gerakan somersault awak tu. Perut ibu pun dah semakin besar. Kalau baby nak tau..ayah awak sangat takut tengok perut ibu. Kalau ayah awak pegang perut ibu mesti dia takut-takut. Katanya perut ibu macam nak meletup! Hihi!

My dear baby,

Please hang on tau. Lagi beberapa minggu je lagi ibu nak jumpa awak. Ibu and ayah love u to the moon and back! Baby take care ye kat dalam tu. Hugssss dari luar perut ibu!

Me at week 30.

p/s: Esok kena minum air gula untuk second round. Huhhh!


Hugs and kisses,
Cikmai

February 06, 2014

Bila kehidupan semakin sibuk....

Nak update blog pun tak sempat..Ye. Kehidupan baru ni semakin busy. Sekolah baru means jawatan baru. Dan workloads bkn double dah tapi tripple! Phew!

Anyways lama tak share cerita pasal pregnancy kan? Alhamdulillah. .everything is fine. Cumanya berat mak budak je yang bertambah secara pukal.. before pregnant berat 45 kg. Now dah masuk 7 bulan berat dah 59 kg. Dah naik 14 kilo. Pengsan! Hope lepas bersalin dapat jadi slim balik nooo....

Tadi check up pun baby okay.. Alhamdulillah. ..baby dah 1.27 kg..saiz dia besar lebih 6 hari dari usia kandungan sebenar. Baby pun aktif..doktor tengah scan nak tengok jantung dia..dia boleh tendang doktor. Ketawa doktor tu..hihi. Pandai anak ibu ni kan... :)

Oklah..mak buyung ni dah tak larat nak menaip lama-lama..nanti sambung lagi noooo...

Baby dengan mak baby membesar bagaikan johan.


Hug and kisses,
Cikmai

November 26, 2013

Double happiness. ♥

Akhirnya lepas ni tak payah nak pening-pening jawab soalan sama dari suami setiap hari. "Sayang. .dah dapat tukar ke belum?" Hihi. Alhamdulillah. ..penantian telah pun berakhir...ececece...Alhamdulillah..dapat tukar dan berpindah ke Johor...yayyyy! Dapat tidur kat celah ketiak abang hari-hari! Tak payah meroyan peluk bantal malam-malam lagi.... Alhamdulillah. .rezeki baby nak duduk dgn ayah dia...nak dgr suara ayah dia hari-hari...♥

Bercakap tentang baby...Ahad lepas Akma and husband pergi intai si comel kat dalam tu...tgh buat apa..husband kata dia tgh main karom...hihi.sebenarnya husband risau sebab masa pergi Desaru hari Jumaat tu Akma terjatuh kat toilet masjid tempat kitaorang berhenti singgah solat..Tapi jatuh dapat tahan dengan lutut. Cik abang dah risau sangat so tu yang terus pergi check tengok baby...

Alhamdulillah....first time dengar denyutan jantung baby...masa scan 9 weeks tu doktor kat KK tak pasang speaker. So tak dengar la bunyi..nampak je jantung....bukan main laju lagi bunyinya .. Lepas tu nampak anak ibu gerak-gerak kepala, kaki dengan tangan bukan main ligat lagi... Alhamdulillah. ..semuanya ok. CRL measurement dalam 11 cm dah...berat dah 180gm dah.. Alhamdulillah again and again... bila nampak baby gerak tu...rasanya adalah saat yang paling indah..paling amazing sepanjang 27 tahun hidup ni.. Subhanallah. .. Alhamdulillah. Nikmat yang paling besar ialah nikmat menjadi ibu...Si ayah lagilah teruja...kejap-kejap nak tengok gambar baby...hihi..

17 weeks and counting..

Gambar tu lah yang ayah nak tengok hari-hari..buah hati ayah dan ibu..Alhamdulillah..double happiness. ♥

Hugs and kisses,
Cikmai