Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

June 08, 2012

Ikan kukus...entri hutang

Adoi nya pun...lama gila perap entri ni dalam drafts. Alahai...sorry ye Cik Gia. Nak update la ni. Hewhew~ Okay..Akma memang suka buat ikan kukus ni...Kalau balik keje..gi grocery shopping..tengok kalau ada ikan kerapu, ikan senangin ke...tak pun ikan bawal..Akma memang suka beli untuk kukus. Lagipun mengukus ni senang je....tak payah nak pening-pening menggoreng kan...Tak pakai minyak..agak healthy la bagi yang memang health conscious. Ok..jom kita tengok bahan-bahan nya dulu...tapi macam biasa la...resepi Akma ni takde sukatan...al-maklumlah..masak Mexican style kan...campak-campak aje...

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan ..ikan ape-ape lah yang korang nak buat...senangin ke, bawal ke, kerapu or siakap...ikan kembung tak payahla...tak sedap..
  • Sebiji bawang besar (hiris halus-halus atau bahasa kitchen di- Julienne kan)
  • 2-3 biji Bawang kecik (Julienne)
  • Bawang putih 9ikut la saiz kebesaran ikan tu..kalau ikan sederhana besar, akma guna dalam 4-5 ulas bawang putih)
  • Halia (dalam besar2 ibu jari) di Julienne juga.
  • Sebatang serai (hiris halus)
  • 3-4 helai daun limau purut (racik-racik je)
  • Cili padi (guna ikut banyak mana yang anda mahu..nak pedas guna banyak...tak nak guna sikit..)
  • Cili merah sebiji
  • Carrot sebiji. (optional...tapi akma suka letak carrot)
  • Sebiji tomato.
  • Sedikit air perhan limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam, gula secukupnya.
  • Serbuk perisa sikit (optional)
Ni Akma guna ikan senangin. Ni belum kukus lagi ni...
Cara-cara :

  1. Panaskan air kat periuk pengukus.
  2. Gaul rata garam + gula + serbuk perisa dengan ikan. Akma suka gaul rata dulu bagi rasa tu menyerap masuk ke pelusuk isi ikan tu.
  3. Jangan lupa air perahan limau nipis tu ya.
  4. Tabur rata semua bahan-bahan lain tadi yang dah hiris halus tu atas ikan.
  5. Bila air dah mendidih, letakkan ikan yang dah siap dengan bahan-bahan tadi.
  6. Kukus dalam 15-20 minit. Bila ikan tu dah separuh nak masak, baru Akma masukkan tomato.Tengok-tengok la sampai ikan dah masak. 
  7. Tadaaa! siap untuk dihidang..taburkan daun ketumbar kat atas ikan tu bagi bau lebih harum memikat kalbu.. Gitu kan...


Kalau macam Akma, Akma suka gaul dulu ikan tu dengan garam+ gula dan pak aji tu..pastu simpan dalam peti bagi rasa tu sebati..Pastu baru Akma sediakan bahan-bahan yang lain..Pastu carrot tu Akma suka sesangat potong bunga sebab Akma suka cantik-cantik ni. hihi...oh ya..sesiapa nak try letak asam masin tu pun boleh...

Ok. Baiklah puan-puan semua...opss..dan tuan-tuan kalau ada...selamat mencuba ya...


Hugs and kisses.


June 05, 2012

World of Kids @ Kidzania!

World of kids at Kidzania!!! Yay!!! Haha! Padahal banyak entry tertangguh dalam drafts tapi menggedik nak post hat yang ni dulu kan..Well Sabtu lepas Akma and nieces were having fun at Kidzania, Mutiara Damansara. Memang best...syiokkkkk I tell u! A bit jelly-belly jugak la sebab time zaman kita kecil dulu..mana la ada tempat mainan cam gini kan...Kita duk main layang-layang, gasing, laga biji getah, main getah, rounders...jadi Akma agak jakun melopong jugak la masa pergi Kidzania ni.

Kidzania? Tempat apa tu??? Maybe ada lagi yang tak tau tempat apakah Kidzania ni kan..I can say Kidzania ni is a city especially for kids.lt is an educational and entertainment centre for kids. It is also the first centre of its kind to offer kids from all over the world activities based on the oldest known game. Kids are having fun playing game of role-play like being a fireman, doctors, nurses, hair dresser, journalist, artist, model,pilot at AirAsia, postman at Pos Malaysia and even engineers at TM and TNB uolsss! 

The so called city is awesome! You can find CIMB bank there, TM, radio station, school of fashion, painting school, post office, Sushi King, Marrybrown, KPJ Hospital, college and many more! My nieces, Fatihah and Aliah were so excited! Yelah..masa nak masuk tu macam nak boarding kapal terbang! And the kids dibekalkan dengan cek bernilai 50 kidzo! So sesampai je kat city, kena cash in cek. Dengan duit tu, dieorang having fun la.. Si kakak, Fatihah, memang into art..so she went to painting school, pastu buat jewelleries kat Karatz...Si adik pula, Aliah memang tersangat la nak jadi doctor kan...so she went to college and graduated in Bachelor in Health Science gitu. Pass with flying colours..dapat lima bintang! After graduated, Aliah went to work as a Doctor at KPJ hospital. So bila kerja, the kids dapat la duit kan..boleh shopping kat kedai-kedai kat situ..Ada shopping alley yang boleh jual-beli pakai kidzo! Syokkk! Si kakak pula bila duit dia dah abis, baru la terhegeh-hegeh nak amik ijazah..Pastu passed dengan 4 bintang...hehe. Jadilah nurse yang nursing baby kat hospital. Si kakak tu memang ke arah duniawi betul...ada ke ajak masuk disco! Kat situ ada disco untuk kids tau tak? wahhhh.....

Jomlah semua yang ada anak tu bawak your kids ke Kidzania! Memang best la.. Dia buka 2 sesi. Sesi pagi 10 a.m. to 3 p.m. and sesi petang 4 p.m. to 9 p.m. Oh lupa plak then ada single session 10 a.m. to 5 p.m. And the admission ticket is RM55 to kids aged 4-17...toddlers aged 2-3 RM 35..and adults RM 35. You can find more info about Kidzania here! Jom tengok gambar pula...penat dah nak menaip.

Jelly betul!
Best kan?
Phew! Dah balik tu menyinggah kat kedai Ikan Bakar Cik Merah kat tepi jalan tu...sebab lapar makan dengan lahap! tapi makanan dia tak best pun...Tempat dia ok la....cuci-cuci mata tengok Damansara kan...

From Taiping with love.....
Ok. Dah penat meronggeng...Ahadnya pula majlis tunang cousin. Sabtu and Ahad memang memenatkan! Ok then kengkawan...jangan lupa bawa anak-anak atau anak saudara gi Kidzania tau! Best sesangat!!! Anak saudara happy, mak cik dia lagiii happy! Huahuahua!


Hugs and kisses!