Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

June 30, 2011

Telinga bernanah dan lembap pelajaran?

Hari ni sedang syok mengajar writing kat anak-anak saya di kelas paling hujung suddenly... "Teacher...Kenapa telinga Aqasyaff ada nanah". What??? Okay. Agak nak pitam dan e to the w, w, w, w,w,w,w,w ..ewwwwww~ memang nanah hijau sedang mengalir dan meleleh dengan agak deras. I took him to the sickbay and ask him to clean up that green thingy. Lepas tu baru la aku pekup kan kapas dekat telinga dia. Dia memang selalu menghadapi masalh telinga bernanah ni. Dalam my class je dah 2 kali.

So I went back home and started to Google-ing pasal masalah telinga bernanah ni. Nak tahu juga apa penyebabnya, the complications and how to over come it. Thanks to Infosihat di atas maklumat yang sangat berguna itu. Actually masalah telinga bernanah ni selalu terjadi kepada kanak-kanak dan perlu diatasi seawal yang mungkin. Banyakla faktor penyebab dia *anda boleh baca maklumat di laman sesawang Infosihat*. Dan apa yang menarik minat saya ialah komplikasi yang timbul jika seseorang kanak-kanak itu dijangkiti masalah telinga bernanah ni. Antaranya telinga bernanah yang kronik *stok yang kaler hijau-hijau tu..macam hingus troll*, kurang pendengaran *patutla anak saya yang sorang tu macam tak berapa nak dengar* dan fakta ketiga yang paling menarik minat saya kanak-kanak yang dijangkiti akan lembap dalam pelajaran jika rawatan yang diberikan adalah lewat atau tidak sempurna. Yang ini macam ada betulnya. My pupil ni memang one of the slow learners. Masih tak lepas saringan LINUS. I will keep on reading and study about this problem. Hopefully aku boleh tolong anak murid aku tu.

Eh, nak kongsi gambar dengan korang semua. Tapi takde kena mengena dengan topik telinga yang dibincangkan tadi.

Year 1 is talking about hell??
"It goes up the HELL???" My dear, how did you know that the frog will go up the hell?? Huuu...Berbuih mulut aku cakap it's hill. Tapi buat jugak hell. Sabor jelah~

Okay then. Nak continue buat lesson plan. Daa~

Hugs and kisses,
Cikmai.

June 27, 2011

Pada suatu hari Ahad.....

Yesterday was awesome bebeh! My dearest BFF Cik Dilla datang melawat I..Happy nolks!!!! Lama gellll tak gossip-mossip. Dan semalam telah melepaskan rindu dendam dekat Encik Mic...Aku memang kalau sebulan tu tak pegang mic, sah sah meroyan. Suara bukan nye sodap...lebih kurang macam haram jugaklah..Tapi aku peduli ape...halalkan je...At least hilang sikit serabut otak aku..

My housemate...Diam-diam....hehe...=P
My bff ever..Pasni have to share you with Mr. Bumblebee...uwaaaaa!!!
Me with housemate. Mind the eyebags, please..... 
Pedulikan eyebags saya. kantoi sudah menangis malam-malam. Come on bebeh!!! I'm strong!!! *bercakap sambil kaki ketaq-ketaq..* Thanks korang sebab dah happykan aku. Aku ni pathetic sangat kan? Maklumlah...aku ni kira anak manja..jauh pulak dengan family..Birthday plak sambut sorang-sorang...Nasib ada Cik Dilla dan housemate. Sayang korang. Hugs!!! Oppssss..sorry..terlekat bau masam kat hangpa.Tett !!

Oklah ye. Ada bau masam macam kambing dak? Aku la tu... Busuk nak mampuih. Nak pi mandi dulu. 

Takmo hugs and kiss-kiss korang.. Aku berbau kurang harum. K, bai!

June 26, 2011

Hihi..

Sekali lagi post jakun. First day pakai contact lens...well it's not that bad... Selesa je...

Muka mirip haiwan peliharaan mintak makan...Tak semenggah betul..
 Muka macam nak excited kan? Yelah..contact lens termasuk dalam senarai benda yang aku gerun...So ni actually salah satu therapy yang aku buat nak atasi kegerunan aku. See...dalam dunia ni sebenarnya kita boleh je nak overcome our fears. All you need is mind setting. Tapi untuk pakai braces, errr.......it may take some times kot...Sabar ye Dr. Ferhad. Bukan tak nak pakai but not ready yet. Atau lebih tepat, masih lagi takut....nak betulkan mindset dulu...Lalalalala~

Mode: Batak-batak exciting. Hihi.

Hugs and kisses,
Cikmai.

June 25, 2011

Selamat Hari Lahir Cikmai!!!

Okay. I'm not going to talk about my birthday. It's so lame. Cite benda lain boleh kan? 

Pagi tadi bangun je tido, datang satu angin kus-kus bertiup kencang suruh aku beli contact lens. Lepas je settle keje kat sekolah, terus gerak pergi Giant dengan semangatnya. Yay! Dah beli. Thanks kakak Optometric sebab tolong ajar aku pakai contact lens. Semangat tu penting ye uolsss.....

Wah........balik je rumah, duk blink-blink mata gaya budget comel sambil menyanyi-nyanyi lagu Happy Birthday dalam hati. Contact lens tidak termasuk dalam wishlist. Tapi gatai nak kan... Babe, agak-agak Dollah terpikat tak nanti? Kuangkuangkuang.

Monolog untuk diri sendiri : Selamat hari lahir yang ke tut..tut..tut... Semoga anda akan menjadi insan yang lebih comel dengan memakai contact lens. Selamat maju jaya. 

Mode: Batak gila..Semua orang pun dah pakai contact lens. Lantak. Ada aku kesah?

Hugs and kisses,
Cikmai

June 23, 2011

Eh, esok ke?

Salam semua. Lambat betul nak update blog kan? Sila slap diri sendiri laju-laju. Sumpah aku busy gila. Sekarang pun masih dekat sekolah lagi. 6.50a.m. sampai 6.25 p.m. and still counting. Wah..gila ke apa? Nak dapat APC lettewwww kan? Tidak sama sekali. Bekerja kerana Allah. Aku sedang settlekan worksheets untuk anak-anak aku minggu depan. Minggu ni ada kelas tambahan pulak kan. Haruskah aku menjadi busy di saat hari jadi aku.

Yup....sangat busy sampai tak sedar less than 12 hours lagi aku nak masuk umur 25. Wah....dah suku abad. Dan barulah tersedar dari lamunan nak buat wishlist. Okay, ada benda yang aku nak kali ni:
1) kebaya nyonya kaler silver.
Apa kes kau nyah tiap-tiap birthday nak kebaya nyonya kan? Bukan...kali ni untuk aku pakai masa my very very very very beloved BFF, Cik Fardilla ku..Amboi..banyaknya very...Of course la...seumur hidup saya, saya rasa saya tak pernah jumpa kawan yang betul-betul kawan macam beliau. Babe, can't wait for your day babe.

2) A new handbag. 
Sumpah lama sangat tak beli handbag. Tapi gaji pun ala-ala cukup makan kan.....Survey dulu di Charles and Keith. Drooling jugak handbags kat situ. Maybe warna turquoise menjadi pilihan?

3) Hidup yang tak serabut.
Okay, nak hidup yang sangat tak serabut. Aku serabut. Sekian.

Okaylah....Sekolah pun dah nak tutup. Aku takde kunci..kalau ada, dah lama aku stay sampai esok. Senang.

Okay then. Sekian

Happy birthday to myself.

Hugs korang!!
Cikmai.

June 11, 2011

Sini Ada Hantu?

Whoa! It's kinda gloomy and windy out there. Gelap. Malas nak switch on lampu. Mode macam ni sesuai nak sharing cite seram..............Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee..*buat bunyi macam hantu but more tu bunyi tengah teran berak.

Korang semua pernah tak alami kejadian-kejadian pelik tapi benar? Aku pernah mengalaminya. In fact rase macam hidup aku ni sentiasa diselubungi....MISTERI..*nada host cite Misteri Nusantara. Ada banyak sangat tapi aku pilih yang agak agak seram antara seram-seram yang lain. Kira ni yang paling seram seseramnya la ni..Ey..berape banyak seram daaa...

Kisah Seram 1.
Alkisah....Ni berlaku masa aku study kat UITM dulu. Kolej kediaman biarlah dirahsiakan .Aku adalah seorang yang suka study bila ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tatkala orang study, aku tidoq la wei. Biasanya lepas Maghrib aku dah terbaboom !! Chop !! kalau takde aktiviti dating-mendating la. Tapi memang tidoq awal sebab nak bangun tengah malam dan stay sampai Subuh. So, pada suatu malam yang hening...Sedang aku asyik study *ke siapkan thesis....errr entah..lupa...* sambil bertemankan rakan ku, Joyah dan Temah *bukan nama sebenar*, angin diluar bertiup sepoi-sepoi bahasa berserta dan gerimis mengundang. Tapi boleh dengar la bunyi angin tu. Seram nolks. Aku biasalah tengah focus buat kerja aku while Si Joyah ni memang fokus main game, Si Temah pulak sedang membuka kilang air liur basi... Suasana bilik agak silence dan suddenly....Tuk..tuk..tuk... Pintu bilik diketuk. Aku terus pandang Joyah. Kami tak layan...Kemudian pintu bilik diketuk lagi. Kali ni agak kencang ketukan dia. Aku dan Joyah saling berpandangan. Aku tanya Joyah whether nak buka pintu ke tak. Kami diam. Kemudian makhluk yang ketuk pintu tu duk menangis pulak. Kami tetap tak buka pintu. Mata menjeling ke arah jam. Tepat pukul 3 pagi. Ok..Iman sedikit bergoyah di situ. Bukan berJoyah...tapi bergoyah. Dengan lemah lembut bagai ditiup Sang Bayu, kami pun terus tamatkan apa yang kami tengah buat mase tu..Slow-slow..tanpa menunjukkan rasa takut..Padahal dalam hati...adrenaline mengalir deras!!! Aku mengajak Joyah tidur dengan cara yang paling cool sekali..Walaupun mata ni tak boleh nak pejam dek kerana teringat dengan bunyi tangisan tersebut. Seram bunyinya..Tak boleh nak digambarkan dalam bentuk penulisan. Kalau nak tau, sila tanya sendiri dengan penulis. Tapi seriously, seram. Bunyi die macam jauh...sayup-sayup kedengaran. Teringat orang tua-tua cakap, kalau bunyinya jauh, sayup-sayup..maknanya makhluk itu berada dekat...kalau bunyinya dekat, dia jauh...Siapalah duk kacau kami malam-malam buta tu kan..Sampai sekarang tak tahu siapa yang duk menangis depan bilik aku tu..Kalau nyanyi lagu enjit-enjit semut, takpe jugak..Tahulah aku tu Kak Limah. tettt!

Kisah Seram 2.
Al-kisah berlaku masa aku further study kat Terengganu dulu. Aku duduk berenam di sebuah rumah sewa mewah yang indah lagi permai. *Mata ke atas, tangan di dada* Macam biasa la kan..Aku ni suka study bila orang lain tidoq. Kawan aku, Si Britney Spears *bukan nama sebenar* nak study dengan aku. Aku memang no hal lah kan.  Kami malas nak switch on t.v. sebab malas nak menghadap iklan-iklan cite hantu ni. Tak cool tahu tak? Environmental memang friendly untuk belajar masa tu. (Senyap except bunyi kipas. Agaknya benda ni suka kacau bila keadaan sunyi sepi kot )..Baru je nak cari buku, suddenly..bunyi someting mencakar dinding..Scratchhhhhhhh......adeyh..tak pandai ler nak buat sound effect kat sini...Tapi hangpa tahukan bunyi orang cakar dinding dengan kuku yang tajam?Tahu bukan? Okay..seram. La ni pun berdiri bulu kaki bila ingat balik. Tengok jam pukul 1.30 pagi. Lantas Britney pandang aku sambil buat muka cuak....aku pun terus cakap kat Britney yang malam ni aku tak jadi nak study..mata mengantuk...(wah kagum...study dengan Britney yang pandai cakap Melayu)..So malam tu cuba nak pejamkan mata. Esok pagi barulah Britney tu tanye aku bunyi apakah yang kami dengarr semalam. Aku hanya jawab. Entahlah..Wallahu'alam. Tak berani cakap lebat sebab rumah itu agak spooky dan banyak kejadian pelik. 

Kisah seram 3.
Berlaku lama dahulu di rumah sendiri. Macam biasa aku kalau tak study, akan tidoq lambat....Berinternet la.... Ape lagi kan... Tak ingat masa tu pukul berapa tapi memang senyap la sebab mak dengan abah dah tidoq. Aku je yang masih memfokuskan diri depan screen laptop. Tetibe nampak abah ke tandas. Aku tak tegur la...Normal la kan...kite bangun ke tandas. Selang seminit pastu, mak aku plak bangun nak ke tandas. Aku dengan yakin tanya mak aku nak ke tandas ke? Abah ade kat tandas. Mak aku pun jawab abah kau ade kat bilik tu tengah tido...Okay. abah siapa pulak kat tandas tu kan? Bile masa pulak mak aku kahwin dua? Ok. malas nak pk. Tutup laptop, terus tidoq dengan mak. Ade lagi kejadian pelik kat rumah aku..Tapi malas nak cite satgi nanti korang takmau datang raye rumah aku pulak...Sekian.

Banyak lagi kisah-kisah mistik dalam hidup aku. Cuma malas nak tulis semua. Kejadian ni semua pelik tapi benar. Bukan illusi atau fantasi. Got to go.

Hugs and kisses, 
Cikmai.


He's so sweet

Pada suatu hari yang tenang lagi ceria....

She : B..nak tanya satu soalan boleh?
Him : Boleh..tanyalah..
She : You sayang I tak?
Him : Mestilah sayang sangat.
She : Sayang yang macam mana tu? (Dengan harapan yang menggunung beliau akan jawab sesuatu yang berkaitan dengan masa depan)
Him : Sayang sangat sangat..Rasa nak LEMPANG.

Dang~ Sweet kan? Bukan senang tau nak kena lempang. He is sweet in his own way..sebab tu la aku termelekat dan terus attached to him..Kuangkuangkuang..

Oklah..night all..Dah dua kali good night pun tapi tak tido-tido lagi kan....

Hugs and kisses,
Cikmai


This is No. 2

Fuhhh~ Hari ni adalah hari yang meletihkan. So damn tired! I went shopping with my sister and my lil brother. Bayangkan keluar rumah pukul 8.30 pagi and sampai rumah balik 8.30 malam. Err....12 jam bukan? Destinasi kami biasalah...Jalan TAR dan Sogo. Pencarian baju raya telah bermula!! Hii...

Habis je tawaf kat situ, masing-masing dah sakit kaki..Haruslah sakit..Kalau nak shopping dengan my sis, kena stamina yang tinggi..Naik je kete, my lil bro and my sis berehat....I olss still tak dapat rehat..Driver kena stamina double. Kuangkuangkuang..Sampai je rumah, terus melayan my niece main iPad then baru mandi dan makan. 

Habis je makan....jengjengjeng.....Terus je potong kain yang baru beli tadi...Nak buat baju la....Hilang semua penat sebab semangat nak jahit baju lagi...Baju first dah siap kan. So sekarang baju no. 2 is still in progress. Baru siap potong. Esok kalau sempat nak hantar jahit tepi before pergi wedding my friend tu. Kalau sempat la..If tak sempat, hantar di Gombak je la nampaknya..

Eh, esok nak pakai baju kurung yang first tu..Ngeee~

Okay uolsss...Good night.

Hugs and kisses,
Cikmai.

June 09, 2011

Al-kisah Al-Atok..

It has been nearly a month Atok stays with us. Eh , tapi pagi ni Atok dah balik dah pun. My parents yang hantar Atok balik. Kalau dulu Atok balik sendiri naik bas sebab Atok suka travel sorang-sorang. Tapi sekarang Atok dah tak cukup kuat nak berjalan sorang. Dah tua dah Atok saya..Tahun ni 89 tahun. Lagipun lately ni Atok dah sangat pelupa. Bahaya bukan?

What makes me worried is that Atok is acting kinda weird lately. Risau tau..Ada satu malam tu, pagi buta to be exact, sedang ku enak bermain game..tetiba Atok bangun. Terus dia tanya Cikmai la ni pukul berapa. Then I answered him : Pukul 2 Tok. Tapi takde la nak mention kan  2 pagi ke 2 petang. Of course la tahu 2 pagi sebab gelap kan...Then Atok cakap sempat lagi ni nak solat Asar. Errr......Atok!!!! It's 2 a.m.!!!! Saya cakap kat Atok yang sekarang 2 pagi tok..bukan 2 petang.....Then Atok terus cuba nak buka pintu rumah nak duduk kat luar katanya. Eh risau tau. Mak pun bangun sebab bising-bising kan...Bila Atok dah sedar, he was puzzled for a moment. Then baru lah dia masuk bilik balik and sambung tidur..

Ada yang lagi pelik. Masa went out shopping untuk Atok, dia minta nak boxer. Okay. Belikan Atok boxer kotak-kotak walaupun agak pelik dengan permintaan Atok. Then dia minta nak seluar Jeans. Okay. Yang ini adalah super weird. Abah pun belikan Atok seluar jeans sebab Abah cakap Abah tak nak menyesal kalau tak beli. Manalah tahu kan...Perangai Atok pun dah semakin pelik. 

Dan banyak lagi benda yang Atok dah lupa. Biasalah kan bila dah tua...Kita semua akan lalui perkara yang sama nanti. So Abah pesan kat kami, sabar dan layan je. Nanti nescaya anak kita akan layan kita macam mana kita layan orang tua kita..

Semalam masa tolong Atok packing, dia cakap lepas ni Atok dop mari lagi sini...Sayu juga hati ni dengar bila Atok cakap macam tu. Atok la satu-satunya grandparent yang saya ada. I have no grannies. Ya Allah, berilah peluang lagi untuk saya bertemu dengan Atok. Amin.

Hugs and kisses,
Cikmai.

Eh?

Terkejut tak tengok header baru saya? Hihi..Adalah sedikit bosan dengan header yang lama. Don't worry, this is still my little room yang macam dulu. Ingat negara je ke perlukan transformasi? My blog also need a little transformation.

And I stop the music. Perasan tak? Why? Saje je..nak bagi kamu semua layan video The Old Him tu. Sangat cute tau. Nice colourful vid, nice song and suara Ainul Aishah memang sangat suit dengan lagu tersebut. Saya suka, anda bagaimana pula?

By the way, ada al-kisah yang nak dikongsikan dengan kamu, kamu dan kamu. But sekarang dah lewat malam sangat. I need to sleep. Tunggu esok. Kalau tak sempat esok, lusa okays?

Korang suka tak header baru tu???? Siapa suka, sila angkat tangan macam saye~~~~~ *Mode:Usop Wilcha

Sekian. Hugs and kisses,
Cikmai.

June 08, 2011

Abah with his same old stories..=)

June is synonym with the Father's Day celebration. (I mean instead of my birthday..hihi)  So I'm gonna let my beautiful fingers dancing on my keyboard, sharing stories of my dad.

My family used to have a chat when we are enjoying our meals. I know that it's not a good habit but we used to do it ever since I was a little kid. Things that we chat are jokes and old grandmother stories. Although it were repeated over and over again, nothing can get us bored. So yesterday, when we (my abah (my dad), my mak (my mom), my 'lil brother, my grandfather and I) had our lunch together, we heard a frog croaking from our kitchen.Then my abah started to tell us the stories of the frog, the elephant and the crocodile. The same old stories that my abah used to tell me before. So I'm gonna share you my abah's version of both stories.

1) A story about a frog. 
Why does a frog croaking and had a chubby cheek and a big mouth?My abah said, there is a reason why a frog croak and makes that "ribbit" sounds. He told me that once a upon a time, I mean a very very long time ago, there was a family- a father,a mother and their son- lived happily in the forest. One day, the mother made slices of roasted beef. The smell was so good and it attracted the frog that live under a coconut shell nearby their house. The family was about to had their meal but then it was still too hot. So they decided to had a walk  at their backyard garden while waiting for the meal to get cold. The frog heard them and quickly went to their kitchen to steal that scrumptious roasted beef. The frog took the beef and quickly put it inside its mouth, without knowing that the beef is still too hot!! Then the frog heard a thumping sound approaching the kitchen. It was the family! The frog quickly hide itself inside the cupboard, with the hot beef inside its mouth. It couldn't stand the heat from the beef..so that's why it makes that "ribbit" sound. Just try imagine yourself put something hot inside your mouth.Hmmm..... 

I hate frog. I mean I REALLY hate frog. Ewww~
2) A story about an elephant and a crocodile.
Ever wondered why elephant had a trunk and crocodile had a long mouth? My dad told me that long ago, animals lived harmony in a jungle. One day, the weather became so hot and it occurred a drought. All the animals were craving for water especially the elephant. The elephant couldn't stand the heat anymore. It walked around and found a river which nearly dried. Unfortunately, there was a fierce crocodile lived in the river. Without asking a permission, the elephant drank the water from the river. It angered the crocodile. So the crocodile went mad and it had a fight with the elephant. The crocodile bit the elephant's nose and the elephant screamed in pain. The elephant tried to pull its nose away from the crocodile. They fought until their nose and mouth became lengthy. So that is why until now the elephant has a trunk and crocodile had a long mouth. Hmmm....what do you think?

Well...maybe my abah is right.
I do believe in my dad's stories as I grew up with them. Well abah, your daughter will always be there to listen to your jokes and stories..Even though sometimes it's kinda annoying. But you are the best abah in the world. I'm thankful to have a father like you.Happy father's day. I love you Abah. 

Hugs and kisses,
Cikmai.

June 05, 2011

Akhirnya..

Akhirnya! Kini pasti, ku merasai....cinta yang suci..Hep! Ingat nak nyanyi lagu Kak Nita ke? Motif la kan?? Kuangkuangkuang..Bukan la...nak share kat sini akhirnya berjaya juga saya siapkan baju kurung saya sendiri. Hooray!!!! Lambat siap sebab hari Jumaat dah terpaksa bagi ruang kat Majlis Nikah my cousin..Sabtu pula sibuk dengan her reception. Lepas balik reception tu baru la bertungkus-lumus siapkan baju pertama saya. Dan alhamdulillah..dah siap. 

Maaf. Gambar adalah sedikit bergegar. My niece la yang snap muka auntie dia yang tengah teruja ni..Tet!!
Masa ni tengah tungkus lumus nak siapkan baju sebab saya nak pakai masa reception kawan saya minggu depan nanti. Biarlah kain cotton je pun. I like. Okay, jom close up muka teruja dapat jahit baju sendiri.

Sikit lagi nak siap...sikit je lagi....
See...sangat teruja bukan? Lepas ni terpaksalah kena bahagikan masa antara oven dan mesin jahit. Eh? Hahaha..Weee~ Okay, jom tengok hasil. 

Yay!!!!!
Tadaaa!!!!!! Dah siap pun. Ni kira dah siap sepenuhnya, dah claimed both tangan, badan and leher. Leher tu saya finish it dan kemaskan dengan jahitan mata lalat je. Terpulang pada individu..ada yang buat tulang belut, ada yang letak kun (betul ke ejaan dia ni?Tett!!!), dan ada yang nak cepat, zasss pakai mesin jahit je..Kuangkuangkuang..Nampak senget sikit sebab saya yang berdiri senget. Huahuahua..Mungkin sebab dah teruja sangat la tu...

Nampaknya lepas ni tak payah la saya pening-pening nak hantar baju raya kat mana kan..Jahit sendiri lagi senang hati. Pakai baju hasil jahitan sendiri adalah sangat selesa. Tak kisahlah apa korang nak cakap, tapi I'm proud of myself.

Hugs and kisses,
Cikmai.

Tak sabar!!! Ampun!!

Korang...Ya Allah!! Serious ada benda nak share dengan korang!!! I olss tak sabar uolssss!!! Tapi have to transfer the pictures first.Supposedly share dengan korang semalam lagi. Tapi since semalam busy dengan my cousin's wedding..so kena lah bagi ruang. So kejap lagi la I upload. Baru balik dari having family time ni. Nak mandi and solat dulu. Sat lagi kalau tak letih, I update.

So sekarang ni kita sabor jelah dulu...Daa~

Hugs and kisses,
Cikmai

June 03, 2011

I completed my last M skill!

Dalam hidup ni kita mesti perlu ada visi dan misi. Misi dan visi saya adalah nak menguasai semua kemahiran 3M yang patut ada pada diri saya sebagai seorang perempuan. Okay, perempuan yang asal-usul dari kampung. Mengemas dan memasak, alhamdulillah bukan satu masalah bagi saya. Cuma saya adalah lemah sedikit dalam menjahit. Takat menjahit butang, claimed or buat soft toys..boleh la...But after pergi unofficial class dengan kakak saya, alhamdulillah...Now rasa jahit baju kurung tu bukanlah sesusah mana. Bila dah tahu menjahit, rasa macam tak berbaloi selama ni hantar upah jahit yang sangat mahal. Dekat area rumah saya, upah jahit agak mahal..RM55 untuk baju kurung kain cotton. Mahal bukan?

Well..tada!!!

Still in progress.

Tu belum siap lagi..tengok la gambar tu..tak da pesak lagi.....Sekarang dah siap sambung pesak, kekek and tangan. Tinggal sambung badan dan buat kain je. 

Pesanan buat Nyonya Sepet dan Meena: Lepas ni I tak hantar dah baju dekat u, okay?

Hugs and kisses,