Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

June 11, 2011

Sini Ada Hantu?

Whoa! It's kinda gloomy and windy out there. Gelap. Malas nak switch on lampu. Mode macam ni sesuai nak sharing cite seram..............Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee..*buat bunyi macam hantu but more tu bunyi tengah teran berak.

Korang semua pernah tak alami kejadian-kejadian pelik tapi benar? Aku pernah mengalaminya. In fact rase macam hidup aku ni sentiasa diselubungi....MISTERI..*nada host cite Misteri Nusantara. Ada banyak sangat tapi aku pilih yang agak agak seram antara seram-seram yang lain. Kira ni yang paling seram seseramnya la ni..Ey..berape banyak seram daaa...

Kisah Seram 1.
Alkisah....Ni berlaku masa aku study kat UITM dulu. Kolej kediaman biarlah dirahsiakan .Aku adalah seorang yang suka study bila ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tatkala orang study, aku tidoq la wei. Biasanya lepas Maghrib aku dah terbaboom !! Chop !! kalau takde aktiviti dating-mendating la. Tapi memang tidoq awal sebab nak bangun tengah malam dan stay sampai Subuh. So, pada suatu malam yang hening...Sedang aku asyik study *ke siapkan thesis....errr entah..lupa...* sambil bertemankan rakan ku, Joyah dan Temah *bukan nama sebenar*, angin diluar bertiup sepoi-sepoi bahasa berserta dan gerimis mengundang. Tapi boleh dengar la bunyi angin tu. Seram nolks. Aku biasalah tengah focus buat kerja aku while Si Joyah ni memang fokus main game, Si Temah pulak sedang membuka kilang air liur basi... Suasana bilik agak silence dan suddenly....Tuk..tuk..tuk... Pintu bilik diketuk. Aku terus pandang Joyah. Kami tak layan...Kemudian pintu bilik diketuk lagi. Kali ni agak kencang ketukan dia. Aku dan Joyah saling berpandangan. Aku tanya Joyah whether nak buka pintu ke tak. Kami diam. Kemudian makhluk yang ketuk pintu tu duk menangis pulak. Kami tetap tak buka pintu. Mata menjeling ke arah jam. Tepat pukul 3 pagi. Ok..Iman sedikit bergoyah di situ. Bukan berJoyah...tapi bergoyah. Dengan lemah lembut bagai ditiup Sang Bayu, kami pun terus tamatkan apa yang kami tengah buat mase tu..Slow-slow..tanpa menunjukkan rasa takut..Padahal dalam hati...adrenaline mengalir deras!!! Aku mengajak Joyah tidur dengan cara yang paling cool sekali..Walaupun mata ni tak boleh nak pejam dek kerana teringat dengan bunyi tangisan tersebut. Seram bunyinya..Tak boleh nak digambarkan dalam bentuk penulisan. Kalau nak tau, sila tanya sendiri dengan penulis. Tapi seriously, seram. Bunyi die macam jauh...sayup-sayup kedengaran. Teringat orang tua-tua cakap, kalau bunyinya jauh, sayup-sayup..maknanya makhluk itu berada dekat...kalau bunyinya dekat, dia jauh...Siapalah duk kacau kami malam-malam buta tu kan..Sampai sekarang tak tahu siapa yang duk menangis depan bilik aku tu..Kalau nyanyi lagu enjit-enjit semut, takpe jugak..Tahulah aku tu Kak Limah. tettt!

Kisah Seram 2.
Al-kisah berlaku masa aku further study kat Terengganu dulu. Aku duduk berenam di sebuah rumah sewa mewah yang indah lagi permai. *Mata ke atas, tangan di dada* Macam biasa la kan..Aku ni suka study bila orang lain tidoq. Kawan aku, Si Britney Spears *bukan nama sebenar* nak study dengan aku. Aku memang no hal lah kan.  Kami malas nak switch on t.v. sebab malas nak menghadap iklan-iklan cite hantu ni. Tak cool tahu tak? Environmental memang friendly untuk belajar masa tu. (Senyap except bunyi kipas. Agaknya benda ni suka kacau bila keadaan sunyi sepi kot )..Baru je nak cari buku, suddenly..bunyi someting mencakar dinding..Scratchhhhhhhh......adeyh..tak pandai ler nak buat sound effect kat sini...Tapi hangpa tahukan bunyi orang cakar dinding dengan kuku yang tajam?Tahu bukan? Okay..seram. La ni pun berdiri bulu kaki bila ingat balik. Tengok jam pukul 1.30 pagi. Lantas Britney pandang aku sambil buat muka cuak....aku pun terus cakap kat Britney yang malam ni aku tak jadi nak study..mata mengantuk...(wah kagum...study dengan Britney yang pandai cakap Melayu)..So malam tu cuba nak pejamkan mata. Esok pagi barulah Britney tu tanye aku bunyi apakah yang kami dengarr semalam. Aku hanya jawab. Entahlah..Wallahu'alam. Tak berani cakap lebat sebab rumah itu agak spooky dan banyak kejadian pelik. 

Kisah seram 3.
Berlaku lama dahulu di rumah sendiri. Macam biasa aku kalau tak study, akan tidoq lambat....Berinternet la.... Ape lagi kan... Tak ingat masa tu pukul berapa tapi memang senyap la sebab mak dengan abah dah tidoq. Aku je yang masih memfokuskan diri depan screen laptop. Tetibe nampak abah ke tandas. Aku tak tegur la...Normal la kan...kite bangun ke tandas. Selang seminit pastu, mak aku plak bangun nak ke tandas. Aku dengan yakin tanya mak aku nak ke tandas ke? Abah ade kat tandas. Mak aku pun jawab abah kau ade kat bilik tu tengah tido...Okay. abah siapa pulak kat tandas tu kan? Bile masa pulak mak aku kahwin dua? Ok. malas nak pk. Tutup laptop, terus tidoq dengan mak. Ade lagi kejadian pelik kat rumah aku..Tapi malas nak cite satgi nanti korang takmau datang raye rumah aku pulak...Sekian.

Banyak lagi kisah-kisah mistik dalam hidup aku. Cuma malas nak tulis semua. Kejadian ni semua pelik tapi benar. Bukan illusi atau fantasi. Got to go.

Hugs and kisses, 
Cikmai.


0 babbles: