Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

Showing posts with label Yabedabeduu~. Show all posts
Showing posts with label Yabedabeduu~. Show all posts

October 23, 2013

Babymoon!!

Pejam celik dah 7 bulan lebih dah bergelar isteri. Rasa macam baru kelmarin je dengar kompang gebung-gebung..Alhamdulillah...I feel so happy and blessed! Thank you Allah.

Oh ya, masa lepas miscarriage hari tu memang plan dengan suami nak pergi second honeymoon memandangkan first honeymoon tak berhasil kan...tapi belum sempat plan second honeymoon, dah pregnant..Jadi terpaksalah cancel honeymoon ke Pulau Sentosa tu...takkan nak naik Transformer's ride tu dengan perut yang ada si manja comel ni kan?

Tapi memandangkan isteri Encik Hafiz tu tengah sangat mengidam nak makan scones, makanya..kami akan ke Cameron Highlands this coming December!! Hotel dah booked! Yahoooo! Second honeymoon katanya... me, husband and my little angel kat dalam my womb ni..hiiii

Sebenarnya dah banyak kali gi Cameron tu...tapi kali ni nak sangat pergi..ntah kenapa..huuuu..
Tak sabar rasanya nak pergi babymoon dengan suami!


Hugs and kisses,
Cikmai

October 19, 2013

Mengidam!

Sekarang ni tengah mengidam sesangat nak makan sesuatu. Daripada hari tu asyik termimpi-mimpi. Nak makan benda kat bawah ni:

Ahhhhhh!!! Drooling!
Scones kat Cameron Highlands. Siap kena ada Cameron Highlands, boleh? Uwaaa! Nak sangat makan ni. Apsal ntah. Malam tadi nak makan roti pisang. Memalam keluar cari roti pisang. Mujur banyak kedai mamak kan....Ni tak dapat la nak keluar pepagi buta ni nak gi cari scones kat Cameron Highlands. Jauh sangatkan...tapi nak jugak yang kat Cameron Highlands. Tak kiraaaaa! 

So ajak suami katanya tunggu December nanti sebab now dia tengah busy. Harap-harap December nanti dia tak busy. Perasaan kalau dah nak tu....haish! Tuhan saje yang tahu. Tapi bersyukur sebab at least dapat bersabar dan tak mengidam apa-apa yang pelik-pelik. Mostly mengidam benda-benda manis ja. Haish...dapat sweet-tooth plak kali ni. Harap-harap masa minum air gula nanti takde apa-apalah ye.

Dah-dah. Jom sambung tido balik...Mimpi makan scones kat Cameron Highlands. Ahaks!

*Malam tadi mimpi pergi bercuti kat Italy. Hahahaha! 


Hugs and kisses,
Cikmai

May 09, 2013

Sudah 2 bulan.

8 Mac 2013 - 8 May 2013.

Genap dua bulan Akma bergelar isteri. Tapi masih belum dapat rasa tanggungjawab isteri yang sebenar-benarnya sebab for the moment terpaksa lagi berjauhan dengan suami. Takpe..satu hari nanti pasti akan bersama. In shaa Allah.

Our first kiss. =)
Perjalanan masih jauh. Semoga saya dan suami akan sentiasa sabar dengan dugaan yang sedang kami hadapi sekarang. Doa is the most powerful weapon.

Will always love you abang.
Syukur, Alhamdulillah.

Hugs and kisses,
Cikmai

May 02, 2013

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =)

Aiyak!! Rasa nak patah pinggang ni angkut barang-barang rumah yang rasanya dah boleh diangkut bawa balik tu. Bukan apa...husband dah bising-bising tanya bila nak start angkut barang....Fuhh! 3 kali trip turun naik tangga...Dengan barang berat lagi...kalau preggy dah boleh gugur dah agaknya. Hish! Simpang!

Hamboi....barang-barang rumah gittew~ Aik???? Cakap bukan main lebat....Macam la dah ada rumah sendiri kan.....FYI, Akma masih belum ada rumah lagi...not yet. Husband cakap settlekan dulu hal transfer ni...dah dapat transfer nanti, dah settle down dan ada rezeki, baru la mencari rumah yang sesuai untuk kami sekeluarga nak bina hidup yang baru together-gether!! Yayyy! Semoga dipermudahkan...Amin. Doakan kami ye.. =)

So tadi kemas-kemas la....ingatkan sikit barangnya..ntah macam mana boleh jadi banyak. Those stuffs memang Akma dah lama beli....Sejak before kahwin lagi. Kayu penyangkut langsir, utility shelves, t.v. rack, lamps, kitchen's stuffs, etc....Macam-macam! Balik keje je meroyan sorang-sorang kat Ikea..Tabur-tabur duit gaji...Bagi kaya Pak cik tokey Ikea tu....Beli la apa-apa yang terasa nak beli.. Akma pula memang suka sesangat mengemas dan deco rumah ni. Memang sangat suka. So adalah sangat bahaya kalau terlepas ke Ikea after working hour...kalau letak bajet untuk shopping, mesti jumlah jadi satu atau dua kali ganda..Benci tau Ikea tu..banyak sangat benda comel mampu milik. Huh! Tapi takpe....Nanti senang la kan...takde la nak bebankan husband nak beli semua benda kan? 

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak? Kalau nak beli sekali gus...ampun...I bukan anak jutawan....I anak  pencen askar je oiii. Hihi.

*Microwave oven je tak sempat nak angkut lg. It's too heavy for me to carry it. :(

Hugs and kisses,
Cikmai

April 15, 2013

Reception

How time flies! I'm now married for a month! Alhamdulillah. Still have a long journey to treasure with husband. Hari ni rasa nak share pasal my reception. Ingatkan nak buat photo sharing secara pukal tapi malangnya akaun FB hubby dah closed kan...jadi tak sempat nak ambil gambar kat FB. So apa yang ada aje lah......

My reception is simple. Macam biasalah....tak de pun yang luar biasa. I was wearing blue turquoise kebaya and hubby like always baju Melayu moden. Yellow cuma hand bouquet. Nak samakan dengan warna tema kan...Turquoise yellow. Mula-mula ramai yang cakap pelik combination kaler ni...but then..baru la orang cakap wedding saya ceria. Itulah yang saya nak..ceria ceria dan ceria. :)Anyways, thanks again to Mentari Kreatif for the baju sanding, pelamin dan make up.

For the reception, saya memang tak cerewet dan tak letak high expectation. Tapi hasil dia...alhamdulillah.. More than I was expected. Walaupun berlaku krisis cake hantaran dan cake pengantin tapi I managed to solve it. Pesanan buat bakal pengantin, sabar dan jangan marah-marah kalau apa yang sudah dirancang, tak menjadi. Tarik nafas dalam-dalam, hembus...istighfar, in shaa Allah ada jalan. Ceh..macam lagu Maher Zain kan. Thanks to Mak Ayu dan Kak Mimi kerana menyelamatkan cake hantaran saya dan Thanks to Kak Hawa kerana menyelamatkan cake pengantin. You guys memang penyelamat ad-hoc. Huuu..Thank you so much!

Ok then. Just nak share some photos yang ada. Tak larat nak menaip.

A simple pelamin by Mentari Kreatif. Terima kasih sebab dapat ikut design yang saya dah bagi. :)
The candy buffet. And Khadijah yang comel.


The rainbow cake yang sedap from Kak Hawa - Lissa and Rayyan. 

Sayang hubby!





Photos creadit from Ahmad Sahuqi and Ezy WedStudio. :)

Hugs and kisses,
Cikmai.

April 05, 2013

8.3.2013

It's not a nice number but it was the most memorable date ever in my life. The day that changed everything. From my title to my life. Alhamdulillah...everything went well as planned. Alhamdulillah again. Baru sekarang dapat masa nak update pasal wedding yang dah hampir sebulan...dah hampir nak sejuk. kuikui. Better late than never, right? 

Anyways, sebelum ni baca blog B2B pasal nikah, and went through saat BFF nikah, cuma rasa gembira dan sedikit excited. Lagi-lagi masa BFF nikah, been wondering kenapa la tangan duk berpeluh. Kenapa nak cemas sangat kan? Padahal yang kena salam dengan Tok Imam ialah bakal suami. Bila dah nikah.....sendiri baru tau kenapa. My hand was cold and sweating. The feeling nak jadi isteri tu hanya Allah je yang tau. Dia punya debar bak ang!!! Tak terkata! Lagi-lagi masa hubby berjabat tangan nak akad nikah. Masih sempat lagi ada suara-suara halus berbisik "Betul ke ni nak kahwin?" Boleh?

Saat husband kena soal dengan Tok Imam pun buat diri berdebar-debar. Hihi.. Bila saat Tok Imam cakap "Aku nikah akan dikau....." Rasa kat dalam living hall tu just ada me, husband and Tok Imam je. Dah tak ingat dah orang lain. Luckily, husband looked so confident at that time. Alhamdulillah...dengan sekali lafaz, saya sah bergelar isteri kepada lelaki yang sangat baik,penyabar dan sanggup tunggu saya, sanggup terima saya seadanya. Alhamdulillah..nikmat Allah yang paling tak ternilai.

Sebelum salam tok imam untuk diijab kabul, husband sempat pandang saya dan kenyit mata. Melting! So sweet la abang!
Oh ya, nak share pelamin nikah. Actually ni pelamin sanding...alihkan kerusi, letakkan bantal dan cute yellow and turquoise cushions nak kenakan dengan tema wedding saya. Walaupun tak serupa exactly macam yang saya nak, tapi it's nice dan comel dan muat kat hall rumah yang kecik tu. Thanks to Mentari Kreatif. Dan thanks to De Classaflora for those cute cushions.



Baju untuk nikah, saya tempah..tak sewa di Mentari Kreatif. Tempah di BAK Tailor. Jahitan sangat kemas, selesa dan harga juga berpatutan. And for the make-up, again, thanks to Mentari Kreatif for sending me a very professional MUA, Sis Faridah. And sorry sis for being a chatter box. My MUA cakap first time dia jumpa pengantin yang tak duduk diam. Boleh plak tengah touch up minta izin nak berak. Haha! But your make up masa malam nikah memang best. Simple as I wish for. Maklumlah...saya memang tak suka make up tebal-tebal sampai nampak lain. Shading pun saya tak bagi dia buat. Tu pasal la muka tembam. Haha. But again, make up Mentari Kreatif memang best. 


Now time for photo sharing!!!


Dan lepas nikah tu...kami buat majlis berinai besar...Terpaksa pakai sanggul lintang okeyh. Sebab permintaan family kita tak boleh kecewakan. Walaupun sanggul lintang tu tak berat tapi sebab dia mencengkam kepala, so sakit sikit. Well...experience kan? Lagi pun kahwin kan sekali je. :)




Ok then. That's all for the solemnization. Alhamdulillah. I'm blessed and happy and happy and happy!

P/S : Kepada B2B especially yang duduk di sekitar Melaka, jenguk-jenguk la Mentari Kreatif ye. Banyak promosi menarik! :)


Hugs and kisses,
Cikmai

March 18, 2013

I'm a WIFE!

Hey everyone! Couldn't say more....I'm a WIFE now to a kind and charming guy!


Alhamdulillah.

I'm blessed!



February 01, 2013

Counting days

Tu diaaaaaa! Bersawang habis dah blog ni. Memang dah takda masa nak update. Maklumlah..tangan ada dua je...macam-macam nak buat kan..lagi-lagi majlis dah semakin dekat ni. Tau-tau je dah tinggal lagi 35 hari nak jadi Puan. Wah...dahsyat! How time flies!!!!!!

Sekarang ni baru boleh bernafas sikit. Alhamdulillah. Persiapan yang berat-berat, alhamdulillah dah kira 80% settle. Hantaran kali ni tempah je. Kan dah cakap memang takda masa nak buat. Idea ada mencurah tapi masa takda pun tak boleh jalan jugak kan? So tempah je dekat De Cassaflora. I bet ramai B2B tau kan kedai ni? Memang gohjes meletop-letop hantaran dia. Masa irma Hasmie and Reza wedding dulu pun dieorang tempah kat sini jugak. So sesiapa B2B area KL yang planning nak kahwin boleh la menjenguk De Cassaflora. Promote gittew kan...

Untuk OP plak, senang je...amik OP masa tunang dulu. My ex-schoolmate. Dia ni pun amik gambar meletop-letop jugak. Try search ezywedstudio.blogspot. Harga berpatutan. Nak promote jugak kat B2B yang lain yang tengah mencari-cari OP. 

Oh ya...untuk close friends, Akma DIY paper bag. Memang jimat dan boleh save duit dengan sangat banyak. So suggest kat B2B boleh buat DIY paper bag ni. Akma buat yang simple je. Sebab masa takda kan...sibuk dengan kerjaya. Tada!!!

Ok. Sekarang ni kan memang tengah femes pakai doily paper ni....rupa-rupanya murah sangat kan..gila..orang da lama tau da. Paper bag coklat tu Akma guna yang orang buat letak pisang goreng tu. Akma buat 200 pcs semuanya. Paper bag tu 100 pcs RM4 je..so 200 pcs RM8.Doily paper 200pcs RM12. Ribbon guna 3 gulung. Satu gulung RM1. Gam RM2.70. RM25.70 da dpt 200 pcs paper bag yang comel. Jimat bukan?  Nak jimat boleh aje.....huuu

So tinggal yang sikit-sikit je lagi. Oh ya. Jom kawan-kawan! Kita save the date!


Hugs and kisses,
Cikmai

November 15, 2012

Countdown


Bangun pagi.

Tengok phone.

Check calendar.

Start mengira.

.
.
.
.
.
.
113 days to go!!!!!!!!

Oh my!


Hugs and kisses,
Cikmai

November 11, 2012

Wedding prep update

Salam semua. Lama betul takde update pasal wedding kan? Maklumlah...tengah sibuk dengan kerja-kerja yang masih belum selesai di sekolah tu. Seriously akhir tahun memang hectic. Rasa macam tak nak cuti sekolah pun ada..haih la..

Anyways...diam tak diam tinggal lebih kurang 3 bulan lebih skit nak ke hari bahagia. Preparation tak berapa best sebab takde mak and abah. Aaaaaaaaaa! Cepatlah mak and abah balik dari Mekah. Nak pergi Nilai. Huhu. Ok. Hari tu kan Akma duk sibuk nak cari make up and pelamin kan? Lepas dah survey online mak andam area Melaka, Akma dah pun booked Mentari Kreatif. Sure B2B or ex-B2B dari Melaka pernah dengar and tahu pasal Mentari Kreatif ni kan...Well pakej dia memang berbaloi-baloi! Deposit paid!! Satu beban dah lega. Alhamdulillah....

Next is invitation card. Pun Alhamdulillah sebab lagi 3 minggu boleh collect. Encik Tunang nak cepat kan...Nak jemput family dia di New Zealand katanya. Yelah nanti mesti dieorang nak prepare itu dan ini. Tapi nasib la ye..kad kahwin dalam BM je...tak buat pun dwi bahasa..Hihi.

So far tu jelah..catering nanti abah yang settlekan...And tinggal goodies bag je. Yahooo!!! Sementara tu, saya kena settlekan dokumen itu dan ini. Semoga Allah permudahkan urusan. InsyaAllah...:)


Hugs and kisses,
Cikmai

October 22, 2012

Double Happiness


Ok. Tarik nafas dalam-dalam..Bismillahirahmanirrahim.

Pagi semua. Hari ni Akma tak keje. Ambil cuti secara adhoc sebab tetiba parents dapat call dari Rayhar saying that mak and abah dapat tempat untuk jadi tetamu Allah tahun ni. Lepas 3 kali memohon dan buat rayuan. Alhamdulillah. Memang syukur sangat-sangat. Perasaan yang tak boleh digambarkan. Kuasa Allah tu memang maha hebat. Berbulan Akma down lepas break up tu...parents also sangat down. Yelah kejadian break-up tu buat mak saya juga turut menangis. Tapi now Allah gantikan segala rasa kecewa tu dengan double happiness. First HE sent me a man yang dapat wipe away my tears. Parents pun turut happy bila ada lelaki yang betul-betul dapat jaga anak dia nanti...bukan sekadar nak toying their feelings and their daughter's feelings. And now mak and abah pula dapat jadi tetamu DIA. See? Allah itu mendengar setiap rintihan hamba-Nya dalam doa tau. Jadi...jangan mengeluh tapi teruskan berdoa dan berdoa. Insha Allah everything will be back to normal. In fact Allah gandakan lagi happiness tu sebab kita dah bersabar dengan ujian yang DIA turunkan kat kita.

Oh ya, memang at first Akma planning nak bertunang masa raya haji. Tapi abah dah ada feeling-feeling tak sempat. Kata abah mana tau abah dengan mak dapat pergi Mekah nanti. Hmmm..memang betul pun. Dah dapat rasa ye abah.. Alhamdulillah majlis dah settle. Tinggal big day je lagi. Abah dah siap pesan-pesan dah apa saya kene buat masa abah takde. Abah dah siap informed kat Tok Imam dan Tok Imam sedia membantu Akma pasal borang-borang semua. Alhamdulillah. Benda baik Allah permudahkan. :)

Alhamdulillah.

Semoga segala urusan mak and abah akan dipermudahkan. Kami anak-anak akan doakan keselamatan mak and abah kat sana. Insha Allah.


Nota kaki : Barang hantaran dah 80% settled. Alhamdulillah. Entry akan menyusul kemudian. Heee~

Hugs and kisses,
Cikmai.

October 18, 2012

Barang hantaran- Part 1

Phew~ Sekarang ni Akma macam tak cukup tangan. So many things to do in so little time. Oh my! If only I had 8 hands....

Ok...minggu ni kalau Encik Tunang tak kerja, beliau bercadang nak datang ke KL sebab kami nak beli barang-barang hantaran..Bukannya apa....sementara duit untuk hantaran dah cukup..kami jalankan aje..

Cadangan lokasi Akma nak ke One Utama (OU). Why? Sebab rasanya OU tu kira macam one stop center. Crabtree & Evelyn ade...Victoria Secret ade...Fiorucci ade..Nine West ade..Coach pun ade..auwwww~ So tak perlu nak pening-pening pergi 2-3 tempat kan? Oh ya...dulang hantaran semakin bertambah ye. At first pihak lelaki nak bagi 7 kan? Now changed to 9 dulang...so I have to give him 11 trays! Oh my! *sambung tulis list sambil kira2 duit dalam wallet.

Hurm....balik raya haji nanti akan ada family meeting..Maka, surat-surat nak minta sponsor itu dan ini perlu disiapkan seberapa cepat yang mungkin!!!! Dan balik raya haji ni memang kena cramped kan few tasks sebab adalah sangat susah nak jumpa Encik Tunang. So nanti on that day nak kena tempah baju nikah, cari kain pasang, cari make up, pelamin, and cari barang bling-bling untuk batal air sembahyang. Okay..kengkonon cuti sangat lama kan? Pffttt~

Doa-doa la Encik Tunang tak keje this coming Sunday. Selagi tak settle, selagi tu la serabut. Serabut takut terguna duit nak beli barang hantaran tu........grrr~

Ok. Daaaa!

Hugs and kisses,
Cikmai

October 12, 2012

What to book first???


Aaaaaaaaaa...tak tahu nak pergi book yang mana satu dulu. MUA? OP? Catering? Pelamin??


Bismillahirahmanirrahim....Pejam mata rapat-rapat! Buka mata perlahan-lahan. Berharap bank notes tetiba jadi berkepuk-kepuk dalam wallet. Fuhhhhhhhhh!


Help me!

Hugs and kisses,
Cikmai

October 09, 2012

D.I.Y Project - Bunga telur (Part 1)


Hello Sunshine!

Berulang-alik Seremban-Gombak then Gombak- Seremban everyday is kinda like my routine dah. Dah rasa dekat Seremban dengan Gombak. Tapi balik kerja memang of course penat sesangat. Sampai rumah dalam 3 o'clock. Then need to prepare dinner. Tapi hari ni adalah hari berehat dari memasak sebabnya in the middle of meeting kat school dpt text from BIL cakap tak payah masak. Ok. Zasss! Mood nak siapkan projek DIY bunga telur untuk bunga pahar Akma dah datang!!! Of course la semangat nak balik laju-laju kan....

Sampai rumah...bergolek-golek dulu...minum-minum dulu...tengok jam dah 4.30 pm. Ok. Da rugi masa kat situ. Cepat-cepat selongkar lubuk bahan-bahan yang Akma perlukan...

Oh ya! Speaking about buat sendiri bunga telur..memang jimat. Akma beli barang-barang unntuk prepare 100 pcs bunga telur total semua RM91.80. What????? Well itulah hakikatnya..dah dapat jimat kat situ, bukan? All I need adalah masa, tenaga dan yang paling penting KERAJINAN. Lagi satu..bila buat sendiri, hati jadi puas sebab dapat ikut tema, ikut citarasa sendiri. 

Mak cakap orang simpan bunga telur kejap je..pastu dieorang buang jugak. Then Akma pula look for something simple, sweet...ikut theme colour...on the way drive balik keje, ilham pun tiba..so untuk bunga telur ni setelah dah abes fikir,Akma buat bunga tisu.Tapi instead of guna tisu yang agak fragile, Akma guna crepe paper. And Akma guna ribbon yang sangat banyak merimbun. Nak buat memang sangat senang. Tapi yang lambat nak cut the papers and the ribbons tu yang ambil masa. 

Petang tadi kena potong-potong kertas and ribbons sebab yang hari tu punya dah abes. Hari tu dapat la 16 bunga telur...tadi pulak dapat buat lagi 4..so total dah ada 20 semuanya. Hooray! Baru 20! Takpe...still have months to go. Harap-harap kerajinan berkekalan la hendaknya...Oh ya...the bunga telur will be like this...

*Gambar di snap dari atas. Tak leh secara keseluruhan. Nanti tak surprise..harap maklum.  
So dalam satu pahar tu nanti akan ada mix bunga putih and biru...ada splashes of yellow sikit. Bunga ni memang kembang semangkuk. Baru siap 16 kuntum hari tu da merimbun satu polystyrene tu...hukhuk.. Maklumlah...minah bunga la katakan..Alahai...seronoknya buat prep nak kahwin ni..hihi.

Nota kaki : Mak called petang tadi informed that CD photos from my e-day dari my OP da sampai. Esok mak bawa datang Seremban. Ho yeahhh! Boleh upload sharing dengan korang!


Hugs and kisses,
Cikmai


October 08, 2012

The short pause.



Hello Sunshine!!!

Ok. Persiapan untuk wedding this coming March terbehenti seminggu. TER okay? huarghhh! Seminggu tak sihat. Terlantar demam berpakej - demam, batuk, selsema. Bila dah heavy batuk....of course la Cik Asthma datang melawat. Uhuk2! Maka, proses pembikinan bunga telur pun terhenti. Bayangkan berapa banyak kuntum yang Akma hutang...adeyh..semua tu nanti nak kena bayar kemudian.

Seriously now rasa everything yang dah dirancang seperti kurang menjadi. Biasalahkan...kita merancang Tuhan yang menentukan....What I mean is kursus kahwin tak dapat nak pergi awal. Penuh dah. Alahai...En. Tunang pula nak jugak pergi sesama. Kalau ikutkan Akma..pergi sendiri-sendiri la kan lebih cepat dan efficient sebab lebih fleksible..well..nak buat macam mana kan...Akma just SYMP (saya yang menurut perintah) so..ikutkan aje..berharap end of November ni akan ada tempat untuk kami. Lepas tu boleh la proceed untuk borang nikah and what so ever.

Oh ya...sepanjang sakit hari tu terbaring..terfikir sesuatu. "Kalau dah jodoh, Allah memang tak tunggu sesaat atau tak lewat sesaat pun"...well it's true. Kami ambil keputusan nak bertunang pun within a week. The preps everything Akma manage to finish it within a week. Dari mana dapat rezeki, masa dan idea...I just don't know...it was all from HIM. Syukur Alhamdulillah. Pastu terfikir ayat yang biasa kita dengar... *cop. nanti Akma share photo masa eday. still tunggu dari OP.

"It's better to marry a man who loves us than a man that we love"

Okay. Memang betul pun. I'm not going to marry lelaki yang saya cinta separuh nak mati. Lelaki yang saya devoted everything to him. Sebab lelaki tu akhirnya jumpa kebahagiaan lain and left me. My En. Tunang is someone yang saya benci yang amat...Tapi sebab dia tak putus-putus cuba untuk tackle hati saya so I said to myself..why not giving him a chance. Sebab sebelum ni memang saya selalu kecil kan hati dia...marah-marah dia..kutuk-kutuk tak ingat....bila pk balik...I'm a woman..a woman can learn to love...well at least hati perempuan akan cair jugak kan...tak macam lelaki..when he said no...pftttt~ Always remember  lelaki tak suka dipaksa. Lesson learned even dulu tak pernah pun paksa sampai kena tunggu 6 tahun. Eh? #Kbye!

Ok..done bebel crappy things. Now tengah fikir my dream pelamin. Ok. Idea dah ada..theme colour dah ada..all I need is the design...tapikan...aci tak kahwin duduk kat bawah je? I mean macam orang dulu-dulu tu...duduk bersila dan bersimpuh? Lenguh tak nanti? huhu..

Of course mak reject kan...bila buat prep nak kahwin ni baru la tahu kena jaga hati semua orang....so Akma dah decide nak something yang simple yet classy. Dan mesti mengikut kaler tema...Perhaps macam ni...

Thanks Mr. Google for the photo.

The flowers will be in yellow and turquoise with spalshes of white. Perhaps daisies and roses..nanti bila nak nikah boleh alihkan kerusi tu dan letak bantal je. well...Akma bukan orang ada-ada nak buat sampai 2 pelamin kan. Ingat..mesti mengikut budget. kat area Melaka kat mana yang boleh dapat tempah pelamin cam gini?

Ok. Enough untuk hari ni. Nak continue survey MUA. Thanks dearie yang dah tolong pastekan link tu. Hugs!!!!

hugs and kisses,
Cikmai


October 02, 2012

I'm a B2B????

Okay..seriously Akma macam tak percaya yang I am now a B2B! *lempang diri sendiri laju-laju. Umur dah lanjut kan..memamng dah wajib kahwin dah...Member-member lain dah beranak -pinak pun..huahuahua.. Now I think I got the feelings yang bloggers B2B lain rasa. Seriously memang excited yg amat. Silap-silap hari bulan takut terbuat aksi excited terlampau kat sini je. Memang banyak benda nak prepare but Akma dah opened a book..kinda like an organizer...da buat flow chart on what to do first...dah buat list on what to buy...what to book..and everything. Not to forget the budget. Jangan tak tau budget honeymoon pun dah siap put aside. Haha. Kalau ikutkan hati nak jangka masa bertunang tu biarlah lama kan...but En. Tunang tak nak lama-lama. Risau katanya. Hikhik. Jadi dengan masa yang singkat..and nak kena penuhkan impian my dream wedding...plus the workloads...I think I'll be dead. Huaaargghhhh!!!!

Ok..tarik nafas dalam-dalam....

Kursus kahwin punya borang dah isi..cumanya nak tunggu En. Tunang fax kan IC photostate..pastu boleh proceed borang n kursus on November. Considered settle la kan..Then baru la selesaikan urusan-urusan borang nikah bagai..HIV test, surat akauan bujang bagai and so on. Memang planned buat by December. Exactly 3 months before nikah kan. Benda-benda documentation tu rasanya tak jadi masalah kalau ikut je seperti yang dirancang. Yang penting kena rigid. Huuu.. *habislah kau En. Tunang....

Sekarang ni tengah struggle buat bunga telur sendiri. Mak kinda puas hati dengan hasil bunga telur yg dibuat. Mak request nak 200 kuntum. Oh mak aiii! Tergeliat tangan I nanti. Setelah berjaya di nego dengan mak...akhirnya mak setuju buat 100 pcs je. Tapi dengan syarat kena blendkan pale turquoise tu dengan white. Ok. No hal asakan 100 pieces. Dah berjanji dengan diri sendiri untuk buat at least 3 kuntum sehari. Kalau rajin lah kan...huiiii! Don't worry mak. Hasilnya akan merimbun. :)

The door gifts? Sis will sponsor insyaAllah. Akma cuma perlu settlekan doorgifts untuk closed friends je...Semuanya dalam 200 pcs. Ok. Idea semua dah ada...just nak tunggu masa nak cari barang-barang tu semua. Thanks to majalah Pengantiin sebab bagi banyak idea! I like! Next is kena cari idea untuk deco guest corner. Jangan tak tau guest book da beli ok. Betapa excited teruja yang melampau kan...haha! Owh..not to forget...the photographer. Da chop kawan Akma nama Ezy. Kalau dia tak mai...siap naaaa! haha.

So far foods for guests and brides and everything..abah will settle it for me. Dah tau dah nak book catering mana. Nanti abah cakap abah gi nego. At first ingatkan catering tu ada providekan pelamin sekali...tapi takde plak. Dia just provide canopy and set up meja pengantin. Alahai...pastu mak andam pun belum book lagi ni. So Akma really need help from other B2B or ex-B2B area Melaka ni...If ada contact mak andam yang memang make up dia bagus..I mean make up yang neutral tak macam tepung gomak tapi still gorgeous..please....share dengan Akma. memang nak kena book dengan pantas sebab for sure March memang melambak wedding. Takkan nak make up sendiri macam masa tunang hari tu? huuuuu...Tolong saya kawan-kawan!!!!

Oh ya...dan baju sanding will be this colour.

Thanks Mr. Google for this photo.
Suka tak? Suka tak? suka tak???Auwwwwww~ suka sangat kaler ni!!!!!! Memandangkan En. Tunang pun kulit putih kan..mixed mat sallehkan....sesuai la kot kaler  ni. Cuma Cik Tunang je adalah gelap sedikit. Tapi tak kira...nak jugak!Lantak.  hihi.

So guys...need contact untuk mak andam and pelamin area Melaka...pleaseeee..nak kena buat survey and nak kena buat short list sepantas yang mungkin. huuuu..sayang korang sesangat!!!


Hugs and kisses,
Cikmai

Long pause.....and I'm officially booked!

Ok. Seriously it's been months since I pause for this blogging thingy. Phew~ 

What's happening to me??? I'm kinda lack of thoughts and ideas to share. I need to get back on track and keep on blogging!!! Oh,anyway... I've got great news to share!

I'm officially booked by my Mr. Right!!! Not that my ex lah! It's someone million times better than that jerk. Deep down I'm thankful to that jerk Mr. Ex because he had open my eyes and my heart to someone better. First he made me cry my hell out...now because of what he did to me..I think that I'm the most luckiest girl ever! 

Guys....I'm engaged! Thank you ALLAH for His blessings! I'm so blessed!

Now I'm working so hard on my dream wedding. Theme colour already chosen. The rest of thing....still working on it. The wedding will be on March so I have few months to go. 

Asked about my theme?

It's going to be like this. 

Thanks Mr. Google for this lovely photo. 
Cute isn't it?


Hugs ans kisses,
Cikmai.

December 07, 2011

Wordless Wednesday #2


Alhamdulillah...Mr. Times, could you please fly faster? #Gatai.

December 05, 2011

Am I ready?

Assalamualaikum semua. Phew~ aik? awal2 entry dah mengeluh ka? Bukan mengeluh tapi penat. Hari ni rasa perjalanan sangat panjang. Seawal pagi dah gerak dari Seremban 2 ke Sikamat..then Sikamat ke Subang, Subang ke Taman Permata, Taman Permata ke Putrajaya, Putrajaya ke KLCC then ke Subang balik then drive back ke Seremban. Jadi jumper kali kedua. Kuangkuangkuang....Ahh..tu semua tak penting, yang penting kami happy!!! 

Happy? Why? Sebab dapat jumpa Maira!!!!! Anak our classmate, Emy. Lama betul tak jumpa Maira..Maira makin comel tau even rambut tetap macam tu. Sampai-sampai je, terus Maira minta dukung..Apa lagi..peluang depan mata kan....Habis Maira kena cium dengan aunty tadi ye...Comel sangat lah awak ni Maira!!! eeee geram tau! Encik bakal pun geram dekat Maira. Dah dalam kete tadi duk sebut rindu kat Maira. Tapi sorry ye bang...Maira tak nak pi kat awak la.....hehe..Thanks Emy for the pisang goreng and keropok lekor...and thanks to your hubby for the Ribena yang kaya dengan Vitamin C tu..hihi..

Lepas jumpa Maira yang comel dan wangi tu, kami straight ke Putrajaya. Heading to Habib Jewels Exhibition. Hari ni last day..manalah tau kan kot-kot ada yang sangkut....memang ramai la pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga duk memilih cincin tadi. Memang harga boleh tahan murah la....So tadi ada yang beliau berkenan, terus beliau grab. Pilihan saya beliau tak berkenan. Kan dah cakap...bab pilih-pilih ni memang serah ke beliau. Huuu...another thing dalam list kat sebelah kanan tu boleh padam. Alhamdulillah..Beli sikit-sikit kan....ikut nasihat kawan-kawan yang dah selamat..

Lepas selesai hal Tuan Habib, kami ke PC Fair pulak..Beliau nak cari printer and photo paper. Siap tunggu lucky draw lagi...Boleh tak mak cik yang duduk belakang kami menang lucky draw??dapat iPad 2 kau!!!! Tahniah Mak Cik Siti Hawa...Lepas hampa dan kecewa tak menang lucky draw, kami pi melantak Pasta sedp dan murah di Milano cafe then we got some Garrets!!! Ho yeah! Tercapai juga hasrat nak treat him Garrets. Alhamdulillah..

Tinggal lebih kurang 2 bulan sebelum we go to the next stage. And probably tinggal approximately a year nak enjoy title Cik. Am I ready? ntahlah...Ishk..takut la pulak kan..hmmm...

Anyways, thank you encik bakal for the Sunday. Memang best gelak dengan hang macam orang gila meroyan dalam keta tadi. hehe!

Hugs and kisses,
Cikmai


December 03, 2011

Menyediakan payung sebelum hujan

Memandangkan Encik Bakal bercadang nak datang letak batu tanda awal tahun depan, probably end of January, maka dalam kepala ni sedang sibuk la nak prepare itu dan ini. Bila cakap pasal E-day, opkos belah perempuan yang nak kena prepare itu dan ini kan. Marilah kita sediakan payung sebelum hujan...

So hari ni telah habiskan sepetang main masak-masak. Mak bagi cadangan bagi apam polka dots as doorgift nanti. Senang sebab saya sendiri boleh buat. So jimat duit di situ. Before this memang dah buat apam polka dots ni...eh, korang dah familiar kan dengan apam ni? ke ada yang tak tahu lagi? ok, these are apam polka dots.

Colourful!!!
Ok..mula-mula mak nak buat design ni..tapi rasa macam common sangat. So me and my sis tried out buat yang ini pula tadi...pakai jam strawberry je..jam chocolate dah abes la plak...

Nak bagi ni as doorgift.=)
Ok tak? Chumel kan? Awww~ sayang nak makan...

So doorgift considered settle! Lagi 2 hari sebelum majlis, saya akan bertungkus lumus ya puan-puan sekalian...Huuu...

Ok then. Nak tidoq.

Hugs and kisses,
Cikmai