Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

February 03, 2013

Family Trip - Day 2 Legoland

Wah.....kalau dah TER-rajin tu..sehari sekali mesti nak post entry kan...Cer kalau malas? 3 bulan pun belum tentu ada update. Hihi.

Anyways, nak sambung pasal entry trip yang basi. I bet mesti ramai yang dah jejak kaki kat Legoland kan? The first Legoland in Asia. Situated at Nusajaya, Johor....Well...so far best!! Tapi Legoland adalah sangat panas! Maybe kawasan baru kot. Saya mencadangkan buat atap macam kat USS tu sebab nanti takla panas sangat..Pastu kalau hujan tak la basah lencun. hihi. Demand kan.

Pastu Legoland ni best nak posing-posing amik gambor dengan lego-lego yang cantik tu. Contoh macam ni...Dinosour ni huge dan comel!!! Ntah berapa banyak lego la yang dieorang guna kan?


Ride-ride dia pulak mostly sesuai untuk kanak-kanak. Hari tu naik 2 ride je Dragon dengan yang air-air tu..Ape benda ntah nama dia. Syok jugak!!! Dah nama ride kan..hihi. Pastu barang-barang souvenirs kat kedai dia tersangatlah comel dan boleh tahan mahal. Tapi yang best boleh bayar pakai Singapore dollar! So apa lagi....borong keychain la. Hehe. So mission nak clearkan duit Singapore tercapai di Legoland. Memang seronok! So nanti nak ajak husband gi plak! Maklumlah kan....husband duk JB...hihi. Legoland best!!!!!

Basah lencun naik ride but it was fun!!!!
Ok, bai. Nak sambung buat bunga telur. 

* Acik sebelah umah ni baking plak. Bau dia mengganggu betul.. Haish!

Hugs and kisses,
Cikmai



February 02, 2013

Family trip - Day 1 Singapore

Hai semua! Hari ni Akma tak nak update anything pasal wedding prep sebab takda progress so far. Tapi nak update pasal trip yang dah basi dah. Haha! Trip yang sangat awesome walaupun habis duit 4 angka. Haish! Nak kahwin pun masih lagi nak berjimba kan....memang tak sedar diri sungguh.

First day of the trip jenjalan kat JPO dulu...Hmmm..tak terasa nak shopping kat situ..Dah bosan sebab dah berkali-kali pergi. And most of the barang still macam sama masa pergi last month. Just grab blouse je. Pastu duduk makan chocolate. 

The next day ialah hari yang best. We were off to Singapore!!!!! First stop is The Universal Studio Singapore. Seriously memanglah awesome. Sampai ja sana..tak tau mana nak tuju. semua benda nak test. Sampai nak ambik gambor bebanyak pun rasa rugi masa. Sampai nak gi makan pun berfikir banyak kali..sudahnya take away dan makan sambil berjalan, sambil beratur tunggu turn naik ride.. * Sila jangan tiru aksi ini* 

Oh ye,saya dan my lil bro ada satu mission masa mula melangkah masuk ke pintu gerbang USS tu. Mission USS katanya. haha..Our mission is the Transformer's Ride. Adalah gigih ye beratur hampir 2 jam tapi berbaloi-baloi! Aaaaaa...memang best sesangat ride tu! Feeling macam Autobots sekejapHihi! Another attraction yang best Light,Camera, Action, Galactica Ride, Human Ride and The mummy Ride. And Shrek town paling cantik!!!!!Best best!! Nanti nak ajak husband pergi lagi sekali USS pas nikah ni. Yahooo!!!

Lepas habis meronda, bershopping souvenirs, berpenat kat USS, we were off to Orchard Road for shopping!!!!! Akma tukar duit dapat la 250 dollar. Tapi seriously tak rugi. Singapore best shopping sebab masa tu tengah Christmas eve kan...So sale memang menggila! Bossini blouse yag gohjes ala Muslimah-lah-sangat just 20 dollar je. Mission kat Orchard road is nak habiskan semua Sing dollar yang ada dalam wallet. Yelah...esoknya da kat Malaysia da tak leh guna kan..tapi dah beli banyak baju pun...still ada baki dalam 40 dollar. Aiyooo...bawak jelah balik kan......

Ok..da penat nak taip pepanjang. Let the photos do the talking.


Tak sah kalau tak amik gambar melekap cam cicak.

Tak sah jugak kalau tak amik gambar kat globe.
Me and my lil bro at Orchard Road.
At Shrek's Town. *Saya memang mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.
Aunt is 27 y/o and the niece is 13 y/o. Yes, she's tall.
At Sesame's Street kingdom!
Me and my nieces, Aliah and Fatihah.
Happy face sebab dapat shopping. Hihi.
Jom kite gi lagi sekali USS!

Hugs and kisses,
Cikmai



February 01, 2013

Counting days

Tu diaaaaaa! Bersawang habis dah blog ni. Memang dah takda masa nak update. Maklumlah..tangan ada dua je...macam-macam nak buat kan..lagi-lagi majlis dah semakin dekat ni. Tau-tau je dah tinggal lagi 35 hari nak jadi Puan. Wah...dahsyat! How time flies!!!!!!

Sekarang ni baru boleh bernafas sikit. Alhamdulillah. Persiapan yang berat-berat, alhamdulillah dah kira 80% settle. Hantaran kali ni tempah je. Kan dah cakap memang takda masa nak buat. Idea ada mencurah tapi masa takda pun tak boleh jalan jugak kan? So tempah je dekat De Cassaflora. I bet ramai B2B tau kan kedai ni? Memang gohjes meletop-letop hantaran dia. Masa irma Hasmie and Reza wedding dulu pun dieorang tempah kat sini jugak. So sesiapa B2B area KL yang planning nak kahwin boleh la menjenguk De Cassaflora. Promote gittew kan...

Untuk OP plak, senang je...amik OP masa tunang dulu. My ex-schoolmate. Dia ni pun amik gambar meletop-letop jugak. Try search ezywedstudio.blogspot. Harga berpatutan. Nak promote jugak kat B2B yang lain yang tengah mencari-cari OP. 

Oh ya...untuk close friends, Akma DIY paper bag. Memang jimat dan boleh save duit dengan sangat banyak. So suggest kat B2B boleh buat DIY paper bag ni. Akma buat yang simple je. Sebab masa takda kan...sibuk dengan kerjaya. Tada!!!

Ok. Sekarang ni kan memang tengah femes pakai doily paper ni....rupa-rupanya murah sangat kan..gila..orang da lama tau da. Paper bag coklat tu Akma guna yang orang buat letak pisang goreng tu. Akma buat 200 pcs semuanya. Paper bag tu 100 pcs RM4 je..so 200 pcs RM8.Doily paper 200pcs RM12. Ribbon guna 3 gulung. Satu gulung RM1. Gam RM2.70. RM25.70 da dpt 200 pcs paper bag yang comel. Jimat bukan?  Nak jimat boleh aje.....huuu

So tinggal yang sikit-sikit je lagi. Oh ya. Jom kawan-kawan! Kita save the date!


Hugs and kisses,
Cikmai