Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

June 05, 2011

Akhirnya..

Akhirnya! Kini pasti, ku merasai....cinta yang suci..Hep! Ingat nak nyanyi lagu Kak Nita ke? Motif la kan?? Kuangkuangkuang..Bukan la...nak share kat sini akhirnya berjaya juga saya siapkan baju kurung saya sendiri. Hooray!!!! Lambat siap sebab hari Jumaat dah terpaksa bagi ruang kat Majlis Nikah my cousin..Sabtu pula sibuk dengan her reception. Lepas balik reception tu baru la bertungkus-lumus siapkan baju pertama saya. Dan alhamdulillah..dah siap. 

Maaf. Gambar adalah sedikit bergegar. My niece la yang snap muka auntie dia yang tengah teruja ni..Tet!!
Masa ni tengah tungkus lumus nak siapkan baju sebab saya nak pakai masa reception kawan saya minggu depan nanti. Biarlah kain cotton je pun. I like. Okay, jom close up muka teruja dapat jahit baju sendiri.

Sikit lagi nak siap...sikit je lagi....
See...sangat teruja bukan? Lepas ni terpaksalah kena bahagikan masa antara oven dan mesin jahit. Eh? Hahaha..Weee~ Okay, jom tengok hasil. 

Yay!!!!!
Tadaaa!!!!!! Dah siap pun. Ni kira dah siap sepenuhnya, dah claimed both tangan, badan and leher. Leher tu saya finish it dan kemaskan dengan jahitan mata lalat je. Terpulang pada individu..ada yang buat tulang belut, ada yang letak kun (betul ke ejaan dia ni?Tett!!!), dan ada yang nak cepat, zasss pakai mesin jahit je..Kuangkuangkuang..Nampak senget sikit sebab saya yang berdiri senget. Huahuahua..Mungkin sebab dah teruja sangat la tu...

Nampaknya lepas ni tak payah la saya pening-pening nak hantar baju raya kat mana kan..Jahit sendiri lagi senang hati. Pakai baju hasil jahitan sendiri adalah sangat selesa. Tak kisahlah apa korang nak cakap, tapi I'm proud of myself.

Hugs and kisses,
Cikmai.

0 babbles: