Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

August 24, 2009

Udang 3 Rasa

Oleh kerana ada yang bertanya tentang resepi udang 3 rasa yang saya masak semalam, saya rasa it's better for me to share it in my blog so that semua orang boleh cuba masak.

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo udang (bersaiz sederhana atau besar, tidak perlu buang kulit)

  • 1 inci halia ( dihiris)

  • 1 ulas bawang putih, dihiris ( kalau size seulas garlic tu kecil, guna la 2 ulas)

  • Sebiji bawang besar ( dipotong dadu besar-besar)

  • 2 sudu besar sos tomato

  • 1 sudu besar cili mesin atau cili boh

  • 1 sudu besar pes tom yam

  • 1 sudu besar sos cili

  • 1 1/2 sudu besar sos ikan (boleh didapati di mana-mana kedai)

  • Hirisan capsicum (hijau dan merah)- kalau tak ada capsicum, pakai cili merah and cili hijau pun boleh

  • Sedikit air

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Daun ketumbar untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga garing sedikit dan naik bau.

  2. Kemudian masukkan sos tomato, cili mesin (atau cili boh), sos cili dan pes tomyam, tumis sehingga garing sedikit.

  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa

  4. Masukkan sedikit air (mengikut citarasa anda- kalau nak berkuah sedikit, masuk la air lebih sikit)

  5. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.

  6. Masukkan udang dan gaul sehingga masak. Kemudian masukkan sos ikan.

  7. Masukkan hirisan capsicum (saya suka capsicum tu nampak fresh, so saya masuk last sekali sebab tak nak bagi capsicum tu over-cooked)

  8. Apabila sudah masak, hindangkan di atas pinggan dan tabur daun ketumbar sebagai hiasan

  9. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!