Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

August 24, 2009

The Third Day

Assalamualaikum. Firstly, alhamdulillah sebab hari ni dah masuk hari yang ketiga kita berpuasa. Like always, I'm going to write about the menu that i had just now during berbuka. Menu hari ini ialah asam pedas tulang, sayur bayam tumis air, ayam percik, kerabu sotong ala Thai dan popiah. Memandangkan this is my first time buat kerabu sotong, saya nak share dengan all of you. Menu yang lain tu saya dah biasa buat, jadi saya tak perlulah kot nak share resepinya.

Bahan-bahan:

Sotong (saya tak timbang tadi sotong tu berapa kg, saya guna je sotong yang ada. Kamu pandai-pandailah anggarkan sendiri berapa yang kamu nak guna)
1 biji bawang besar, dihiris halus
1 biji tomato, didadu kecil
1 batang serai, dihiris halus
2 biji cili merah, dicincang kasar
7 biji cili padi (Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing)
Segenggam daun ketumbar, dihiris
Gula melaka atau nira (sila cairkan terlebih dahulu)
3 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Garam secukup rasa
Cara memasak:
  1. Celurkan sotong didalam air mendidih selama lebih kurang 3-5 minit(agak-agak la ye bila sotong tu dah masak). Angkat dan toskan airnya. Simpan didalam peti sejuk sementara menyediakan bahan untuk kerabu.
  2. Masukkan sos ikan dan garam kedalam gula melaka yang telah dicairkan tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain beserta sotong dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidang. Untuk pengetahuan semua, kerabu sotong ni sedap dimakan jika sejuk dan kelazatan resepi ini terletak pada gula yang digunakan. Anda tidak akan mendapat hasil yang sama jika menggunakan gula putih.

Senang bukan? Okay, here are some photos that I would like to share with you:


Antara bahan-bahannya

Sotong yang telah dicelurkan...

Hasilnya...

Yummy....

Please note that bahan-bahan yang saya gunakan telah pun saya anggarkan mengikut jumlah sotong dan citarasa saya sendiri. Anda juga boleh mengubahnya mengikut taste anda sendiri. Cooking is an art, remember?Selamat mencuba.:)


0 babbles: