Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

April 22, 2013

Chocolate Sandwich Cake

Dah lama rasanya tak share pasal resepi kan? Asyik cerita pasal kahwin je. Maklumlah...teruja sngat kan...So hari ni Akma nak share resepi yang mudah dan senang dan yang penting sedap. Cake ni memang sedap dan lembut. sangAt sesuai buat hidangan masa minum petang. Hari tu buat kat rumah untuk jamu anak-anak buah....Diaorang memang suka ! Sekejap je licin! Lagi-lagi ada Nutella kan. Sukalah bebudak tu.  Okaylah...cakap banyak pun tak guna. Jom kita share resepi!

Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
1 tbsp baking powder
175 gm butter
175 gm golden caster sugar (Akma pakai soft brown sugar...pun boleh)
3 biji telur (beaten)
1 tsp esen vanila
2 tbsp milk (Akma guna Dutch Lady Full Cream milk)
Chocolate spread (Akma pakai Nutella...yummy!)
Icing sugar (untuk dusting) and cherries untuk hiasan
Melted butter  dan sedikit tepung untuk grease kan loyang

Cara-cara:
  1. Mula-mula sila panaskan oven 180 darjah Celcius, grease kan loyang pembakar dengan butter dan sprinkle kan sedikit tepung. Rasa nak lagi selamat alas dengan baking paper. 
  2. Ayakkan tepung, serbuk koko dan baking powder dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian masukkan butter, gula, telur (yang dah dipukul tau) dan esen vanila. Pukul adunan sehingga adunan tu jadi smooth dan lembut, then masukkan susu.
  3. Bahagikan adunan menjadi dua bahagian. Pastikan kedua-dua loyang yang anda nak guna tu sama saiznya. Kalau takde 2 loyang yang sama, bakar satu-satu adunan tu. Bakar dalam 25-30 minit.
  4. Bila dah masak, sejukkan cake tadi. Keluarkan dari loyang...lepas tu letakkan chocolate spread kat tengah2..jadi macam sandwich la kan..sesiapa yang suka peanut butter, boleh ganti dengan peanut butter...or maybe fruits jam ke...up to you.
  5. Dah siap, dust kan icing sugar..macam snowy effect gitew...pastu susunkan cherries comel-comel. Tada!!! Sedia untuk dihidang.
Yummylicious!

Okay semua. Selamat mencuba! =) Dah cuba nanti jangan lupa share hasil dengan Akma tau. 

*Pernah bawa cake ni untuk husband...masa tu masih bertunang...dia makan sorang je sebiji cake ni. Huh~

Hugs and kisses, 
Cikmai

0 babbles: