September 06, 2009
Extra??
September 05, 2009
Two Is Better Than One
September 03, 2009
Killing Me Softly
Saya letih. Lebih baik diam diri dan menjaga hati saya sendiri. Bukankah itu lebih baik walaupun tidak happy? dah. Tidak mahu fikir lagi pasal semua ni. Serabut kepala saya.
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjaga, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati"
August 26, 2009
Juadah Hari Ini...
Spaghetti served with authentic Malay sauce(yummy!!)
Sweet and Sour fish..
What do you think? Ok..Better go to sleep now. Till then..
Eternity
August 24, 2009
The Third Day
Bahan-bahan:
Sotong (saya tak timbang tadi sotong tu berapa kg, saya guna je sotong yang ada. Kamu pandai-pandailah anggarkan sendiri berapa yang kamu nak guna)
1 biji bawang besar, dihiris halus
1 biji tomato, didadu kecil
1 batang serai, dihiris halus
2 biji cili merah, dicincang kasar
7 biji cili padi (Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing)
Segenggam daun ketumbar, dihiris
Gula melaka atau nira (sila cairkan terlebih dahulu)
3 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Garam secukup rasa
- Celurkan sotong didalam air mendidih selama lebih kurang 3-5 minit(agak-agak la ye bila sotong tu dah masak). Angkat dan toskan airnya. Simpan didalam peti sejuk sementara menyediakan bahan untuk kerabu.
- Masukkan sos ikan dan garam kedalam gula melaka yang telah dicairkan tadi. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain beserta sotong dan gaulkan sehingga sebati.
- Sedia untuk dihidang. Untuk pengetahuan semua, kerabu sotong ni sedap dimakan jika sejuk dan kelazatan resepi ini terletak pada gula yang digunakan. Anda tidak akan mendapat hasil yang sama jika menggunakan gula putih.
Senang bukan? Okay, here are some photos that I would like to share with you:
Antara bahan-bahannya
Sotong yang telah dicelurkan...
Hasilnya...
Yummy....
Please note that bahan-bahan yang saya gunakan telah pun saya anggarkan mengikut jumlah sotong dan citarasa saya sendiri. Anda juga boleh mengubahnya mengikut taste anda sendiri. Cooking is an art, remember?Selamat mencuba.:)
Udang 3 Rasa
- 1/2 kilo udang (bersaiz sederhana atau besar, tidak perlu buang kulit)
- 1 inci halia ( dihiris)
- 1 ulas bawang putih, dihiris ( kalau size seulas garlic tu kecil, guna la 2 ulas)
- Sebiji bawang besar ( dipotong dadu besar-besar)
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar cili mesin atau cili boh
- 1 sudu besar pes tom yam
- 1 sudu besar sos cili
- 1 1/2 sudu besar sos ikan (boleh didapati di mana-mana kedai)
- Hirisan capsicum (hijau dan merah)- kalau tak ada capsicum, pakai cili merah and cili hijau pun boleh
- Sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun ketumbar untuk hiasan
Cara memasak:
- Tumiskan bawang putih dan halia sehingga garing sedikit dan naik bau.
- Kemudian masukkan sos tomato, cili mesin (atau cili boh), sos cili dan pes tomyam, tumis sehingga garing sedikit.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Masukkan sedikit air (mengikut citarasa anda- kalau nak berkuah sedikit, masuk la air lebih sikit)
- Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.
- Masukkan udang dan gaul sehingga masak. Kemudian masukkan sos ikan.
- Masukkan hirisan capsicum (saya suka capsicum tu nampak fresh, so saya masuk last sekali sebab tak nak bagi capsicum tu over-cooked)
- Apabila sudah masak, hindangkan di atas pinggan dan tabur daun ketumbar sebagai hiasan
- Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba!
August 23, 2009
The Second Day
Tada!!! Udang 3 rasa. Biasa selalu dengar ikan tiga rasa kan? This time udang tiga rasa. Nice!!Nak resepi? Silalah tanya saya. Semacam sudah bosan la asyik makan sambal udang, udang sweet sour, udang goreng asam, and banyak lagilah. Jadi hari ni cuba resepi yang ini. Best la sebab the moment saya rasa, saya pun tak tau nak cakap rasa dia macam mana. It's a combination of pedas, masam and manis. That's why it's 3 rasa. And ada element Thai sikit dalam resepi ni.
Sekarang terasa sangat heaven sebab boleh meneruskan hobby saya tanpa ada halangan. Owh, apakah halangan tersebut. What I mean is that memasak di rumah sendiri YANG SANGAT LENGKAP membuatkan otak saya sangat pantas memikirkan masakan yang akan saya masak. Kejap, masih ada orang lagi ke yang nak masuk kelas memasak saya? Saya semacam busy lah! kalau nak tanya anything, just ring or text me.
Oh ya! Ada satu lagi gambar saya nak share. Pagi tadi one of my nieces, Qistina datang dekat saya, gosok-gosok tangan saya, belai- belai tangan saya then dia cakap " Cik ma...nak main game boleh tak?" Sangat comel, ok?Jadi saya pun memberilah baby lappy saya kat dia. Qistina sangat cerdik. Umur baru nak masuk 3 tahun bulan sembilan ni. Tapi sangat pandai cakap. Dan sangat pandai mengambil hati saya. Dia selalu cakap kat saya "Cik ma..pakwe cik ma handsomela...pakwe kakak tak handsome...". Sangat pandai cakap. Dah boleh eja some words and dah boleh type nama sendiri di laptop. Nak share aksi Qiqi tengah main game di baby lappy saya pagi tadi.
Gaya sangat tidak menahan, okay? Dia tak sedar pun saya snap her photo masa ni. Punyalah khusyuk main game..Oklah..till then
August 22, 2009
Holy Ramadhan
August 21, 2009
Holiday???
Till then.










