Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

June 08, 2012

Ikan kukus...entri hutang

Adoi nya pun...lama gila perap entri ni dalam drafts. Alahai...sorry ye Cik Gia. Nak update la ni. Hewhew~ Okay..Akma memang suka buat ikan kukus ni...Kalau balik keje..gi grocery shopping..tengok kalau ada ikan kerapu, ikan senangin ke...tak pun ikan bawal..Akma memang suka beli untuk kukus. Lagipun mengukus ni senang je....tak payah nak pening-pening menggoreng kan...Tak pakai minyak..agak healthy la bagi yang memang health conscious. Ok..jom kita tengok bahan-bahan nya dulu...tapi macam biasa la...resepi Akma ni takde sukatan...al-maklumlah..masak Mexican style kan...campak-campak aje...

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan ..ikan ape-ape lah yang korang nak buat...senangin ke, bawal ke, kerapu or siakap...ikan kembung tak payahla...tak sedap..
  • Sebiji bawang besar (hiris halus-halus atau bahasa kitchen di- Julienne kan)
  • 2-3 biji Bawang kecik (Julienne)
  • Bawang putih 9ikut la saiz kebesaran ikan tu..kalau ikan sederhana besar, akma guna dalam 4-5 ulas bawang putih)
  • Halia (dalam besar2 ibu jari) di Julienne juga.
  • Sebatang serai (hiris halus)
  • 3-4 helai daun limau purut (racik-racik je)
  • Cili padi (guna ikut banyak mana yang anda mahu..nak pedas guna banyak...tak nak guna sikit..)
  • Cili merah sebiji
  • Carrot sebiji. (optional...tapi akma suka letak carrot)
  • Sebiji tomato.
  • Sedikit air perhan limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam, gula secukupnya.
  • Serbuk perisa sikit (optional)
Ni Akma guna ikan senangin. Ni belum kukus lagi ni...
Cara-cara :

  1. Panaskan air kat periuk pengukus.
  2. Gaul rata garam + gula + serbuk perisa dengan ikan. Akma suka gaul rata dulu bagi rasa tu menyerap masuk ke pelusuk isi ikan tu.
  3. Jangan lupa air perahan limau nipis tu ya.
  4. Tabur rata semua bahan-bahan lain tadi yang dah hiris halus tu atas ikan.
  5. Bila air dah mendidih, letakkan ikan yang dah siap dengan bahan-bahan tadi.
  6. Kukus dalam 15-20 minit. Bila ikan tu dah separuh nak masak, baru Akma masukkan tomato.Tengok-tengok la sampai ikan dah masak. 
  7. Tadaaa! siap untuk dihidang..taburkan daun ketumbar kat atas ikan tu bagi bau lebih harum memikat kalbu.. Gitu kan...


Kalau macam Akma, Akma suka gaul dulu ikan tu dengan garam+ gula dan pak aji tu..pastu simpan dalam peti bagi rasa tu sebati..Pastu baru Akma sediakan bahan-bahan yang lain..Pastu carrot tu Akma suka sesangat potong bunga sebab Akma suka cantik-cantik ni. hihi...oh ya..sesiapa nak try letak asam masin tu pun boleh...

Ok. Baiklah puan-puan semua...opss..dan tuan-tuan kalau ada...selamat mencuba ya...


Hugs and kisses.


June 05, 2012

World of Kids @ Kidzania!

World of kids at Kidzania!!! Yay!!! Haha! Padahal banyak entry tertangguh dalam drafts tapi menggedik nak post hat yang ni dulu kan..Well Sabtu lepas Akma and nieces were having fun at Kidzania, Mutiara Damansara. Memang best...syiokkkkk I tell u! A bit jelly-belly jugak la sebab time zaman kita kecil dulu..mana la ada tempat mainan cam gini kan...Kita duk main layang-layang, gasing, laga biji getah, main getah, rounders...jadi Akma agak jakun melopong jugak la masa pergi Kidzania ni.

Kidzania? Tempat apa tu??? Maybe ada lagi yang tak tau tempat apakah Kidzania ni kan..I can say Kidzania ni is a city especially for kids.lt is an educational and entertainment centre for kids. It is also the first centre of its kind to offer kids from all over the world activities based on the oldest known game. Kids are having fun playing game of role-play like being a fireman, doctors, nurses, hair dresser, journalist, artist, model,pilot at AirAsia, postman at Pos Malaysia and even engineers at TM and TNB uolsss! 

The so called city is awesome! You can find CIMB bank there, TM, radio station, school of fashion, painting school, post office, Sushi King, Marrybrown, KPJ Hospital, college and many more! My nieces, Fatihah and Aliah were so excited! Yelah..masa nak masuk tu macam nak boarding kapal terbang! And the kids dibekalkan dengan cek bernilai 50 kidzo! So sesampai je kat city, kena cash in cek. Dengan duit tu, dieorang having fun la.. Si kakak, Fatihah, memang into art..so she went to painting school, pastu buat jewelleries kat Karatz...Si adik pula, Aliah memang tersangat la nak jadi doctor kan...so she went to college and graduated in Bachelor in Health Science gitu. Pass with flying colours..dapat lima bintang! After graduated, Aliah went to work as a Doctor at KPJ hospital. So bila kerja, the kids dapat la duit kan..boleh shopping kat kedai-kedai kat situ..Ada shopping alley yang boleh jual-beli pakai kidzo! Syokkk! Si kakak pula bila duit dia dah abis, baru la terhegeh-hegeh nak amik ijazah..Pastu passed dengan 4 bintang...hehe. Jadilah nurse yang nursing baby kat hospital. Si kakak tu memang ke arah duniawi betul...ada ke ajak masuk disco! Kat situ ada disco untuk kids tau tak? wahhhh.....

Jomlah semua yang ada anak tu bawak your kids ke Kidzania! Memang best la.. Dia buka 2 sesi. Sesi pagi 10 a.m. to 3 p.m. and sesi petang 4 p.m. to 9 p.m. Oh lupa plak then ada single session 10 a.m. to 5 p.m. And the admission ticket is RM55 to kids aged 4-17...toddlers aged 2-3 RM 35..and adults RM 35. You can find more info about Kidzania here! Jom tengok gambar pula...penat dah nak menaip.

Jelly betul!
Best kan?
Phew! Dah balik tu menyinggah kat kedai Ikan Bakar Cik Merah kat tepi jalan tu...sebab lapar makan dengan lahap! tapi makanan dia tak best pun...Tempat dia ok la....cuci-cuci mata tengok Damansara kan...

From Taiping with love.....
Ok. Dah penat meronggeng...Ahadnya pula majlis tunang cousin. Sabtu and Ahad memang memenatkan! Ok then kengkawan...jangan lupa bawa anak-anak atau anak saudara gi Kidzania tau! Best sesangat!!! Anak saudara happy, mak cik dia lagiii happy! Huahuahua!


Hugs and kisses!

May 30, 2012

Oreo Brownies yang simple dan ringkas :)

Hari ni dalam pukul 4 petang, balik dari kelas tambahan..belum sempat pun masuk rumah, anak-anak saudara dah tanya dah "Cikma!!! Hari ni nak buat cake apa??" Terus tanya dieorang kek semalam dah habis ke? hmmmm...dah licin! Amboi! Hari-hari nak buat cake ke? Kan main lagi ye...Nasib mengkome ni comel-comel. So terus kepala pusing-pusing fikir apa nak buat. Tengok kat dapur, oreo ada lagi. Sebab dah penat sesangat balik keje dari Gombak so fikir nak buat resepi mudah dan ringkas..The kids request Kek Lapis Cadbury tapi penat sangat nak melapis sampai 2 jam. Mak tak larat okeyh~ Maka Akma buat la brownies. Senang..campak-campak je. Resepi pun agak-agak. Apa yang ada, kita try an error...If tak jadi, kita go je la kan...Tak salah kalau mencuba kan.. Tapi Alhamdulillah...first attempt dah jadi..Bila jadi..kena lah share recipe kan? Tak baik tau kedekut-kedekut ni...No,no,no...not my style.. Sharing is caring!! Gitu kan..

Anyways, resepi ni memang senang sesangat! Semua orang pun boleh buat..So macam biasalah...kita  jamu mata dulu...baru jamu recipe...

Ni batter brownies..dia agak likat...tapi jangan risau..confirm jadi.
Dah masuk dalam loyang yang dah di greased dengan butter dan tepung.
Tada!!! Crispy on the surface..soft kat dalam, yummy dan less sweet.
Oreo Brownies.
Bahan - bahan :
  • 125 gm butter dicairkan ( Akma guna buttercup, pastu bahagi dua..guna half je. Pastu cairkan dalam kuali pakai api kecik)
  • 1 cawan gula halus ( Macam biasa la kan...Akma keje nak cepat..guna je gula pasiaq biasa tu pastu kurangkan kuantiti jadi 3/4 cup..tak suka memanis sangat..)
  • 1/3 cawan serbuk koko ( Nak ayak boleh, tak nak pun tak pe..Akma tak ayak pun...jadi je browniesnya )
  • 1/2 cawan tepung gandum (ayak jugak kalau nak)
  • 1/4 teaspoon baking powder ( campur je dalam tepung tu)
  • 2 biji telur
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • A pinch of salt (optional) - Masuk je juga dalam tepung tu.
  • Sebungkus biskut oreo. (buangkan krim, pastu patah-patahkan jadi small pieces..jangan sampai hancur sesangat sudah...)
Cara-cara :
  1. Gaul rata butter (yang dah cair tadi) , gula dan telur and vanilla essence. Pukul sehingga sekata. ( Guna wire whisk secara manual je...tak payah beriya sangat guna electric mixer..asalkan gula hancur dan larut sekata sudey..)
  2. Masukkan koko, tepung (yang dah ada baking powder tadi tau)..teruskan menggaul sampai rata. Tak mau ketul-ketul tu tau.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang 4 segi (Akma guna loyang 4 segi 8 inch)..make sure dah greased ye puan-puan sekalian..
  4. Taburkan biskut oreo tadi ke dalam adunan. Kalau nak tambah kacang pun boleh..Ikut suka hang la...Hang yang buat dia kan..
  5. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celcius. Bakar brownies dalam 20-25 minit.. Jenguk-jenguk la slalu..takut hangus pulak kan..

Tada!!! Sedia dihidang! Mudah dan ringkas bukan? Akma memang suka resepi-resepi yang mudah dan ringkas ni..Oh ya! Boleh juga makan dengan ice-cream vanilla tau.. Lagi-lagi masa baru keluar oven. Slurppp!

Selamat mencuba!

Hugs and kisses!

May 29, 2012

Kek Lapis Kukus Oreo

Salam semua! Petang tadi lepas bawak anak-anak saudara layan McFlurry at McD's, diri ni terasa menggatal pulak nak baking. So pergi la jenguk anak-anak menakan tengah main rollerblade kat luar..tanya diaorang.."Siapa nak cake??!!!" Hmm...apa lagi...semua jawab nak la kan. So bukak kabinet dapur, ada horlicks. Google la resepi yang ada pakai horlicks. So ni la hasil dia Kek Lapis Kukus Oreo. Akma amik resepi ni kat sini. Akma tiru sebijik sejibon resepi ni. Alhamulillah...jadi..Cumanya instead of guna 2 colours, Akma buat guna 4 colours - yellow, blue, green and pink. Bukan apa...the kids ni kalau tengok colourful ni diaorang teruja sikit. By the way, kek ni memang senang sesangat nak buat. Tapi nak melapis tu yang takes time. Tak pe...nak buat sesuatu mesti la kena sabar kan? Lagipun kalau dah minat...apa pun sanggup! Jom cuci mata tengok gambar dulu sebelum berkongsi resepi.

Kek lapis kukus oreo..:)
Alhamdulillah jadi...gebu dan sedang-sedang elok je manisnya..
Jemput makan semua...
Ok..ni resepi Kek Lapis Kukus Oreo yang dijanjikan..

Bahan: 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/3 cawan horlicks (original) 
  • 5 biji telur A 
  • 1/2 cawan gula halus ( Akma guna gula pasir biasa je tadi sebab nak cepat..guna je apa yang ada..jangan membazir naaa...hihi)
  • 200 gm marjerin (Akma pakai butter..lagi sedap)
  • 1/3 cawan susu pekat manis 
  • 1 sudu teh esen vanilla ( Akma letak satu sudu setengah sebab suka bau vanilla..)
  • Pewarna (tak kisah kaler ape korang nak pakai ye..)
  • Biskut oreo secukupnya (dibuang krimnya) . Akma pakai 2 bungkus. :)

Cara-Cara:- 
  1. Panaskan periuk pengukus. 
  2. Sediakan loyang berukuran 6 inci, lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Tapi Akma tak ukur pun loyang brapa inci...tak kuasa..hentam je apa yang ada)
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas, ketepikan. (Akma tak ayak pun..macam biasa..nak cepat..elok je jadi kek nya..don't worry.)
  4. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang dan putih, masukkan telur satu demi satu sambil diputar. Masukkan susu pekat dan putar lagi. 
  5. Masukkan tepung dan putar hingga sebati dan juga esen vanilla. (Sebab Akma tak ayak tepung dengan horlicks, Akma masukkan dulu horlicks pastu baru masuk tepung)
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (ikut la berapa banyak kaler yang nak dilapis. Akma buat 4 bahagian sebab Akma guna 4 colours)
  7. Tuangkan adunan kedalam loyang terlebih dahulu dan susunkan biskut oreo diatasnya, kemudian tutup loyang dengan kertas foil, kukus selama 7-10 minit. 
  8. Ulang proses yang sama sehingga habis adunan. (selang selikan warna dia tau)
  9. Untuk lapisan yang terakhir biarkan kukus lama sikit kira2 1 jam-1 1/2 jam untuk kek masak rata. (Akma kukus dalam 30-40 minit je..okay je jadinya..)


Hasilnya percayalah...Sedap dan gebu. Selamat mencuba kakak-kakak dan adik-adik sekalian..

Ehem..ehem..jemput makan semua...

Credits to Home Sweet Home for the recipe.

* Oppssss...Akma ada hutang satu resepi dengan teman rapat Akma nama Gia...sat naaa..nanti cheq postkan resepi ikan kukus version cheq. Ingat kan cheq naa...*

Hugs and kisses!



Penang -Part 1

Disebabkan mood tengah suam-suam kuku nak update, kita mula dulu dengan part 1. Sebab part 1 ni all about the long journey to Penang. It was Saturday, 26th May, kami bertolak ke Penang dai Seremban. As I told you guys earlier, this is my first time pergi Penang.

It was the three of us - me, my Bff, Puan Dilla as the driver and Tasha, her younger sister. Suami bff tak join sebab ada hal..but dia pergi kemudian naik bus. It was a longgg jouney. Rasanya lama betul tapi tak sampai-sampai..betolak lepas Asar dalam pukul 5 macam tu. Dalam pukul 8 baru sampai RnR Tapah..stop for dinner than continue journey. Satu je Akma kagum dengan RnR tapah..toilet dia super besar..banyak juga RnR yang ada toilet besar macam tu..tapi tak semua..kan best kalau semua tandas macam tu...aman dunia nak membuang..hihi..

Gedebak-gedebuk, gedebak-gedebuk, kami pun sampai ke destinasi jam 11.30 mlm macam tu. Sepanjang jalan macam-macam la gossip kan...cerita hantu je tak berani nak keluar...bak kata orang tua...mulut jangan cabul...kang tak pasal-pasal tak sampai Butterworth kan...lepas sampai tu siapkan dulu hantaran mas kahwin si pengantin..then iron baju siap-siap...pastu terus tido peluk-peluk dengan bff. errr..propa semata ya..

Ok lah...mood baking dah mai ni...rasa nak buat kek baru..Jom google dulu.. nanti Akma sambung lagi ok?

Hugs and kisses!


KL-Seremban-Penang-Melaka

Hello readers Akma yang gohjes-gohjes! How's your day? Akma masih lagi becuti..yeehaa! Seronok betul jadi cikgu ni. Haha! Jangan jelly naaaa....

Anyways, alhamdulillah....Akma telah selamat sampai ke rumah after quite a long journey to Penang. Yay! Bermakna dah lengkap semua negeri dalam Malaysia Akma dah jejakkan kaki. Yayy lagi!!!!Now baru boleh fikir pasal percutian seberang laut! Will update about it soon. It's going to be a long entry but remind me please! La ni nak pi mandi puas-puas...

Hugs and kisses!

May 24, 2012

Hoping, aren't you?

The break-up had really knocked my head so bad. I feel like the world had nearly came to an end. The feeling of being dumped when you had tried so hard to work it out is like being hit by a truck. You can't breathe, you can't even think like a wise woman. You shed your tears and you couldn't dry it. So for the past few months I tried to summarize what are the mistakes that we'd done and might be the reason why we wasted our 6 years old of relationship. Whoever wrote this quotes, I think he should get credit for it.

A woman's loyalty is tested when her man has nothing.
A man's loyalty is tested when he has everything.

And that would be the best reason why we broke up. He had failed the test. I really hope that he will repeat the test again...Soon, I hope.

Dear self, are you still crying? Still hoping? Still have feeling for him? 

Why?

Because he's perfect, you jerk!

God, please help me.

Oh! Please stop hoping! *punching my own face*


Hugs and kisses.

May 21, 2012

Never stop blogging.

Once I thought to stop this blogging things. But then I realized that it won't work. I feel like I'm missing something that I don't know what it is.

Hmm...lame..lame..so lame.. Years of blogging, I only posted 662 entries. What happened to me? Where is my spirit of blogging? Did I lost it when I lost the love of my life? Somebody tell me...

Well..just never stop blogging.

And hey, never stop believing in yourself, Akma. Believe that there will always be sunshine after the rain heavy rain.

Soon you'll see the light. It's just around the corner. 

Smile always!

Hugs and kisses.

Kubah ajaib dan pelamin cantik.

Hello Sunshine! Well as promised, mari berusaha mengeluarkan entry hutang ini dengan gigih menekan keyboard lappy yang dah sangkut-sangkut ni. Banyak huruf yang dah susah nak tekan uolss. Adeyh~ Maklum la lappy old school kan....Pape pun layan kan je lah ye.

Last Thursday Mak Ayu invited me to an event. A Bridal Fair. Well...sepanjang berpacaran *susahnya laaaaa nak tekan huruf b ni....(-_-')* dulu...kehidupan sosial memang agak lame. Hidup hanya dengan family, beliau dan kerja. Urghhh~ so I was like nak gi ke tak, nak gi ke tak. Dah la tidak berteman..Plus, I'm not a well-known blogger. Ada ke orang kenal Cikmai?? Hmmm....harapan la kan..but then, biasalah kan..dari duduk terperuk, menangis, bermasam durja, mari keluar ambil udara dan bersosial. And guess what? It was awesome!

Apa yang awesome nya? Ok...benda ohsem pertama :1) the big white dome. 2) the bunga cantik-cantik dekat bridal fair tu. 3) the ohsem food. 4) first time jejak kaki kat Zebra's square. 5) berjaya pergi dan balik tanpa sesat. Thanks to Mak Ayu sebab the direction adalah sesangat clean & clear! Yay!

Mari merungkai benda ohsem no. 1. The big white dome. Ok at first tengok benda ni rasa macam jakun la pulak kan. Apa tak jakunnya, tengok macam pelampung besaq, dalam ada aircond, lampu kaler-kaler, sejuk, dalam mcm a hall. Pastu duk sibuk bermonolog "benda ni tak bocor ke???" Ok. Mmg jakun kan. First time launched kat Malaysia and we (me and the rest of the guests) adalah insan-insan bertuah dapat merasa suasana event dalam dome ni. Fuyyoooo! Memang nice sesangat. Tabik springgg kat Betadome ni. Teringin jugak nak buat event pakai pelampung gergasi ni. Korang boleh tengok apa benda Betadome tu kat sini.
Ni la dia dome tu..happening sesangat! Ok. Terlopong kejap.

Sejuk kat dalam ni...
Sesampai je di sambut mesra oleh Mak Ayu. Antara orang terawal jugak la kan...daftar-daftar semua..pastu terelopong again. Wahh.....Cantikkkk sesangat! The deco all simple tapi cantik. Menyesal sekejap sebab takda kamera mahal. Uwaaaa...So terpaksalah ambil gambar pakai telephone cabuk cap ayam ni. sob...sob....Niat dihati nak rompak sekuntum dua bunga tu..tapi tak baikkan...so try minta secara berhemah..hihi..mmg la tak boleh kan....orang buat penat-penat, sesadap je nak minta sekuntum dua..Huhu...Pastu the food sedap sesangat. Ayam goreng yang lazat tapi maklumlah...Akma orang Melayu kan..seriously memang tak pandai makan ayam pakai fork & spoon. huhu. So makan pun sikit. Plus malam tu badan tak sedap kan..dah dedau-dedau dah. Alasan...siapa suruh makan nasi before pergi? Kan dah rugi...Padan muka diri sendiri. Whatever pun, tabik spring dekat penganjur sebab sangat creative. So sesiapa yang bakal menjadi merpati dua sejoli tu..pastu masih terkapai-kapai tak sedia apa..takde idea apa..boleh la drop by kat HGMS ni *sila like ye*..jangan risau..pelbagai pakej-pakej menarik yang ditawarkan...rege boleh runding..erkk..pepandai je kan..well seriously, tabik spring jugak dekat penganjur bridal fair yang ohsem ni. Dan for the ohsem food. =)

Seorang perempuan bajet cun a.k.a blogger yg tak femes posing dekat salah satu pelamin ohsem.
Tetiba rasa nak kahwin. aaaa... please doakan dapat calon cepat-cepat okay. chopp...korang pernah pergi ke kat Zebra's Square ni? Tu la first time Akma jejak kaki kat situ. Tempat yang sesuai sangat nak buat majlis. Sediakan duit ye. huhu. Oh ya, kepada yang tak berapa nak tahu kat mana lokasi Zebra's Square ni...dia dekat-dekat dengan Al-Rawsha. Kalau tak sure jugak, silalah menggoogle ye.

Paling suka tengok lampu ni....macam bubbles.
Okay. Dah penat tekan dengan gigih keyboard ni. Entry pun dah panjang sampai 14 muka surat. Hati pun dah panas akibat sukar menekn huruf b, h, m dan k. urghhhh~ Anyways, malam tu memang seronot sebab first time dapat mingle around dengan bloggers. Ok. Jakun. Huahuahua. 

Ok. Gambau last. Layan.

Akma dan Mak Ayu. =)
Nasib ada Mak Ayu..takde la rasa awkward sangat. Lepas ni kalau ada event yang ada makanan sedap, jangan lupa jemput ye. Hikhik. K, selamat malam semua.


Hmm...macam seronok je kahwin. Eh?

Hugs and kisses.


May 20, 2012

Kalah siput sedut!

Nak post entry hutang...tapi malangnya internet tersangatlah lembabnya..kalah siput sedut. Maka nak upload gambar kan main lama lagi kan...Hai..sabar je la.. Tunggu memalam sikit la. 

Ok. Jom maghrib!

Hugs and kisses.