Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

May 20, 2012

Kalah siput sedut!

Nak post entry hutang...tapi malangnya internet tersangatlah lembabnya..kalah siput sedut. Maka nak upload gambar kan main lama lagi kan...Hai..sabar je la.. Tunggu memalam sikit la. 

Ok. Jom maghrib!

Hugs and kisses.

May 19, 2012

Tolonglah tidur!

Bila malam datang pastu Akma cuba paksa mata untuk tidur tapi mata tak mahu nak lelap...Akma selalu terfikirkan sesuatu. Then mesti teringat benda tu. Benda lain tak teringat pulak. Alahai...nasib la bukan Khamis malam Jumaat. Benda ni kalau terfikir mesti nak jengah-jengah bawah katil. Pantang dengar bunyi skit. Mulalah melilau-lilau mata dalam gelap nak tengok benda ape.

Korang nak tengok ke benda ape yang tengah difikirkan ni? hmm....tak payah la...sat gi korang plak tak leh tidur....Akma pun seram nak tepek gambar die kat sini. Kang satgi terbayang dia golek-golek...aihh..simpang!!! Dalam banyak-banyak kaum dia, hat dia ni la yang paling seram. Padahal dia simple je kot. Macam gula-gula. Tapi sumpah meremang bulu roma.

Ya Allah. Lelapkan lah mata ni. Dah baca doa tidur banyak kali dah ni....Jangan fikir lagi, boleh tak?

Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut. Amin.

Assalamualaikum.

Hugs and kisses.


May 18, 2012

Avengers Maniac.


The second post of the day. Phew~ I know it's a bit too late tapi Akma nak jugak cakappppppppp... SUKA SESANGAT  tengok The Avengers. Guess how many times I watch the movie? Yes dude...3 times. Memang tersangat ohsem nya cerita tersebut sampai if ada yang ajak tengok for the fourth time pun Iolsss sanggup.

Alahai...hero teman kecik kenot la pulak gambar nya....Cer teka..cer teka sape? Haaaaa....Bukan Nick Fury la..tu ha...yang hensem lagi gohjes..siapa lagi kalau bukan the vintage Captain America. huahuahua. Ishk....drooling betul tengok Captain. Terbeliak bijik mata. 

Ok bai. Nak gi cari captain iolss..

Hugs and kisses.

Ahhhh-chooooooo!

Terbersin-bersin. Sangat berhabuk okay blog ni.

Salam semua. Phew~ sumpah lama gila Akma tak update this little room of mine kan? Busy will not be the reason this time. Well....it just that Akma tengah try to locate back my latitude, back in reality. It's not that easy tau nak heal orang putus cinta ni. Kesihatan pun tak menentu...I mean susah sesangat. Lainlah kalau lelaki kan? Happy je memanjang...ye dak? Well don't worry. After all upside down situation, Alhamdulillah and InsyaAllah Akma will be fine as always. Doakan la Akma bertemu jodoh yang kekal abadi...gitewww~

Hmmm...cakap kat diri sendiri depan cermin kan main lagi kan....Sumpah tak mau kahwin bagai....Puiii dengan diri sendiri. Malam semalam pergi this event, terus membuka mata dan selera untuk kahwin semula..Eh? Kejap nak kejap tak nak. Apa kes kan? Tapi sumpah seriously. Last night memang ohsemmmm! The dome.the deco..the pelamin..the FOOD!!! Well everything. Thanks to Mak Ayu for inviting me. Nanti Akma hapdet ye....nak menghaplod gambauuuu dulu.

Picture courtesy from Mr. Google.
Well last night on my way back home from Zebra's Square tu...sampai la dekat traffic light yang Akma selalu lalu masa nak balik keje. Well lampu isyarat tu rosak sejak petangnya..Tetiba masa lalu tu terfikir....setiap kali balik keje, mesti akan berhenti kat lampu isyarat ni pastu akan ada seorang pak cik buta baru balik kerja ni akan tunggu kereta berhenti untuk melintas. Bukan sekali dua Akma jumpa pak cik ni...boleh dikatakan almost everyday jumpa. So macam mana lah pak cik tu melintas kan? Ada ke orang nak tolong dia? Kalau ada lampu isyarat pun ada je yang tak berhenti especially motor. Kesian pak cik tu. Semoga Allah selamatkan pak cik buta tu. Amin.

Kepada yang lain...tolonglah prihatin ye kalau ada orang nak melintas..lagi-lagi orang kurang upaya. 


Hugs and kisses!


February 13, 2012

Kek Lapis Coklat Cadbury

Semalam masa Akma tengah baca novel, tetiba teringat dekat kek lapis yang kakak Akma selalu beli dari kawan dia. Kek lapis coklat Cadbury. Memang sedap. Pastu apa lagi la...terus Google resepi dia. Jumpa resepi dekat sini. Apa lagi terus keluar cari bahan dan berkobar-kobar nak buat. Maklumlah kan...ni first time buat kek lapis. Tu yang teruja lebih. So why not kita kongsi resepi sama-sama. Bahan-bahan dia sangat mudah nak dapat dan adunan pun nak sediakan sekejap je.


Bahan-bahan ( Kek berukuran 8 1/2 X 8 1/2" )

16 oz mentega
7 biji telur ayam
100 gm gula halus
180 gm tepung gandum
1/2 tin susu manis/pekat
1 sudu teh vanilla
200 gm horlicks
2 kotak coklat cadbury
Pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.
  3. Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga betu-betul rata dan tepung/horlicks tidak berketul-ketul.
  4. Masukkan 7 sudu makan adunan dan bakar hingga kekuningan.
  5. Bila sudah masak susun coklat cadbury secara rawak dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan.
  6. Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis.
  7. Anda boleh susun coklat selapis demi selapis atau selang selapis. Kalau selang selapis lebihkan coklat.
Akma memang ikut resepi ni 100%, . Cuma Akma pakai loyang kecik dan instead of pakai 7 sudu, Akma pakai 4 sudu je..nak lapis tu nipis. Sebab guna loyang kecik,adunan ada lebih. Dapat la lagi sebiji cake tapi cake yang nombor 2 tu lapis nya sikit je lah...Adunan pun tinggal sikit. Cake ni senang je cumanya nak bakar tu lah...Kena kesabaran yang tinggi. Selapis demi selapis. Tapi percayalah..sedap sesangat dan baunya harum sesangat!

Adunan dia sangat lembut tau...
Melapis kena sabar ye...=)
Sedap sesangat!
Selamat mencuba semua. Rugi kalau tak buat. Sedap!

Recipe credit to atun05.=)

Hugs and kisses,
Cikmai


Madeira Cake

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya Akma tak share resepi kan kat sini? Bukannya apa....tak sempat langsung nak on. *Ok dak alasan?ngeee~

Okay, let's get back to business. Petang tadi baked sebiji cake. Asalnya nak buat Royal Muffin..udah merata cari chocolate chip kat Merlimau ni tak de..so tukar la menu. I baked Madeira cake instead. Cake ni memang sangat mudah. Yang tak pandai pun boleh buat. Dan like always, Akma memang suka oranges..so I used oranges instead of lemon. Resepi original guna lemon...tapi for me orange lagi sedap. However, it's up to u guys. Remember the art of cooking..kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita. Jom kita kongsi resepi!

Bahan-bahan:
Ingredients:

4 oz/ 125 gm butter
6 oz/ 175 gm caster sugar
4 eggs
grated rind of 1 orange (Akma pakai 2 biji sebab suka bila gigit cake tu ada kulit limau..sedap!)
6 oz/ 175 gm flour (sieved dulu ya tepung tu)
1/4 teaspoon of baking powder (original resepi takde..tapi Akma letak baru lah naik gebu)
A pinch of salt.
2 1/2 teaspoon orange flavor (Akma pakai orange sunquick yang kordial tu)


Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sampai kaler dia jadi lighter dan tekstur dia jadi creamy. Pakai mixer tau..kelajuan tu ikut suka..Akma pakai yang paling slow...biar lambat asal selamat. Hehe
  2. Pecahkan telur satu persatu dan teruskan memukul. Masuk kan telur sampai habis keempat-empat biji tu.  Pukul jangan tak pukul. 
  3. Dah sebati semua, masukkan pula kulit limau yang dah di parut tadi tu dan masukkan sunquick tu skali. Dah cantik adunan tu boleh la basuh mixer tu pastu simpan.
  4. Garam dan baking powder tu campur je dalam tepung.
  5. Masukkan tepung sikit sikit dalam adunan tadi. Kacau perlahan-lahan pakai wooden spoon je sampai sebati.
  6. Tuangkan adunan tadi dalam loyang yang dah di grease kan ( greased pakai butter, pastu tabur tepung..confirm tak lekat). Bakar dalam oven suhu 160 degree Celsius dalam 30 minit camtu. Ikut besar loyang anda.  Agak-agak la ya..if rasa dah masak keluarkan dari oven tau. Nanti hangus pula.
  7. Dah sejuk keluarkan dari loyang, hias ikut suka anda. Akma suka tabur gula halus. Snowy effect gitu. 

Method:
  1. Put the butter and caster sugar in a bowl and cream together until light in colour. Beat in the eggs one at a time and add the grated oranges and orange flavor.
  2. Sieve the flour, salt and baking powder together and gently fold into the cake mixture using a wooden spoon.
  3. Pour the prepared cake mixture into a well-greased cake tin and baked at 160 degrees Celsius until nicely brown on the top. 
Hasilnya..tada!!
Tu hiasan cara orang malas...boleh buat honey orange glazed...curah atas cake...sedap jugak!
The smell is so good and the taste? Yummy!
Cake ni memang sedap buat minum petang tau...sesuai sangat...simple dan sedap. Selamat mencuba semua.=)

Hugs and kisses,
Cikmai


The long pause..

Phew~ It has been such a long pause since my last entry. I feel like giving up blogging for the moment. The thing is I just don't know why I was so lazy to at least view my blog just for a second. But then again, here I am....updating this little room of mine after being away for a month.

By the way, I was just discharged from the ward last week. It was allergic reaction that brought me there. Not that ordinary allergic reaction but the serious one. It not only attack my skin, but my lung and my heart also. I thought I was dead. But Alhamdulillah..hey, I'm back in action!

4 days admitted in a 3rd class government hospital had granted me with such a great experience! Who said that hospital is lousy? The toilets are clean. as well as the shower.....The nurses are all kind. They took care of me really well. But let's not talk about the meal. It's general hospital that we're talking about uolss...And the only thing that I can consume was vegetables. What more important is..........the male doctors are all good looking, by the way. They treated me so well...I'm talking about the doctors...the male doctors...Gatai naaaa! haha! Memang pun....kan kena gatal2!

Macam mana boleh kena? Ni semua gara-gara makan sardin. Tak sampai setengah jam telan sardin, badan terus naik bintat-bintat yang looked like gegata. Tapi masa tu belum lagi menyerang organ dalaman. Gatal-gatal macam ni la..tu gambo kat bawah tu......

Ni tangan ye...Harap maklum.
Ha...naik macam ni la..penuh kat badan...muka ada sikit-sikit. Tapi tak terus gi klinik. Tunggu esok paginya...tu pun if teruk sesangat. So the next morning, pergi sekolah like always...konon-konon kuat boleh menahan gatal kan....Tapi dah naik teruk....so minta permission untuk ke klinik. I went to Klinik ampang kat Wangsa Maju...recommended by my friend..katanya bagus kalau pasal kulit-kulit ni..Sampai je sana, sebab tak tahan sangat, minta doctor bagi injection. Lepas je inject kat punggung, dalam sepuluh minit macam tu, pitam kat klinik....dah la sorang-sorang kan...terima kasihlah dekat sesiapa yang dah tolong angkat Cik Akma ye...ngeeee~ Dah gi klinik, kata doctor sebab kan protein combination yang salah...badan saya dah allergic kat protein untuk jangka masa ni. Racun sardin masih ada dalam badan....So balik je dari klinik, tidur dulu kat sekolah sebab tak larat nak drive balik.

Disebabkan Cik Akma ni terkenal dengan kedegilannya, balik tu makan pulak ayam goreng.. Protein bukan?  Yela..apa guna doctor bagi ubat kan? Lepas makan ayam, kita tengok hasil dia....Tada!!!

Ni tangan saya ye...=)
Start dah melecur-lecur badan. Nafas pun dah semakin semput-semput ala siput sedut. Lepas makan ayam goreng, makan ubat terus tidoqqqq....Malam tu bangun, badan still macam kat atas tu...Tapi muka tak naik lagi.....So ingat tak de pape la kan....Makan malam macam biasa..pastu makan ubat..terus nak tido sebab kata doctor ubat tu akan buatkan saya sleepy yang amat. Tapiiiiiiiiiiiii dang~ tak boleh tido langsung ye uolsss...Bukan sahaja tak leh tido...malahan tak boleh nak bernafas. Jantung dah laju sesangat. So I got up from my bed, bukak lampu dan tengok badan....SubhanaAllah! Muka dah tak macam muka...macam kat gambar bawah ni..

Hep! ni bukan chicken wings! ni tangan saya.
Ya Allah..gatal sesangatttttt! Satu badan termasuk muka jadi macam ni. Tapi kat bawah kulit, berdenyut-denyut sakit. Bisa....Dengan sesak nafas...badan kebas menggigil...Dalam kepala tak ingat pape except hospital. Terus amik baju, seluar dan tudung....seluar biru, baju pink, tudung coklat ye uolss....Boleh bayangkan tak? Sambil drive terfikir ni aku ni nak mati dah ke....Tapi terus gagah drive sampai GH. Dah smpai GH daftar kat ICU sendiri..called boyfriend pun die tak layan...pastu teringat nak message Mak Ayu..In case jadi pape, dah sempat bagitau kat orang kan..lepas je texted Mak Ayu, rasa macam nak pitam dah...cakap kat hospital attendant tu..Encik, saya rasa saya ni nak pitam...kau...abes je ayat, terus pitam...sedar2 doctor tengah cucuk jarum ubat,dah ada atas katil, sambil ada bantuan oksigen...hmmm..Biasalahkan....Cik Akma kan pesakit asma yang kronik...dah dkat dh tu..akma, asma....haih~

Masuk ubar every 4 hours..kalau kronik, sejam sekali cucuk ubat...
So kenalah saya warded 4 hari. Tu pun mintak doctor nak balik even paru-paru masih bengkak lagi...Tapi malam pertama tu memang macam nak mati dah...especially pagi tu...my heart beat sangat laju sampai machine tu berbunyi-bunyi. Memang sangat pengalaman! Thanks to my besties Kak Farah sebab uruskan hal warded saya...Maklumlah...duk sorang-sorang kat bandar...takde sedara mara plak tu kat sana....Suami pun takde....eh?

Tadi gi check up lagi...so far paru-paru dah kurang bengkaknya. Alhamdulillah. Rabu ni kembali bertugas, insyaAllah. My next check up will be on 27th Feb ni....buat test sekali...

Moral of the story is be careful with sardine. Jangan ingat allergic tu perkara biasa...Boleh bawa maut kalau dah serang organ dalam macam saya.

Hugs and kisses,
Cikmai.

January 10, 2012

I went for a movie with my clique just now. And guess what??? We had Mr. Holmes to cheer us up after such a long and tired day at school. Actually we planned to watch it with another movie next week after our paycheck.it's kinda movie marathon..but since tomorrow is the last day of Holmes show, we had no choice.*At least I have a reason to hang out after school...=p

Well..Mr. Holmes didn't let us down. I like the story, I mean I'm into such movie. It keeps me wondering what will happen next. And please don't ask me about my heartbeat...dupdapdupdapdupdap! >>>sounds of my heartbeat. 

The story? It was fantastically,fabulously awesome! Mr Holmes is a very wise man with humor. Wonder if I could find a guy like him one day. Okay, don't go too far. Someone please wake me up. But seriously, every scenes in the story makes my heart pound and deadly laughing at the same time. The best scene was inside the train and the scene where Mr. Holmes was riding a pony, instead of a horse. Oh my gosh!! he's so cute and I just couldn't stop laughing!!! Now I'm giggling..i'm imagining the scene! heeeee~

But the ending? I just don't know why Mr. Holmes was still alive after he jumped from that building with that high? 

Hugs and kisses,
Cikmai.


January 03, 2012

Afraid

Love.
That four letters word can give me a package of mixed feelings.
Happy,sad,worry,afraid,shock,crazy,mad,yada,yada,yada.....
Among all, worry and afraid are the worst.
Right now................
I'm so damn worry and afraid to lose someone that I love.
Pray for everything will be back to normal.

Hugs and kisses,
Cikmai.

January 01, 2012

Selamat Tahun Baru!!

It's so long since my last entry. Almaklumlah..sekolah dah nak start. So keje opkos le melambak. Semalam baru je hari orentasi tahun 1...macam-macam ragam. Tunggu lah Rabu nanti....Jangan kena cuci tahi masa hari fisrt sudah....xmo jadi macam tahun lepas..kuangkuangkuang...

Oh ya, happy new year semua!!! Mesti ramai umat masyarakat duk sibuk mengupdate resolusi untuk tahun ni kan..Wahhh!!Kelas ko Maria! Aku ni masih ditakuk lamakah? haih lah...ape ek azam baru aku tahun depan? Hmm..nak jadi bini Abang Aaron Aziz  la...bini no. 2, boleh tak? Opkos le tak boleh kan....Dalam mimpi je lah dik non oiiii...Tapi tu la....tak boleh la nak fikir sebab buat masa sekarang ni, takde ade ape dalam kepala ni...sebab terlalu banyak kerja nak kena settle kan...

Well like always,he's the first person who wish me new year. Sharp at 00:00 tadi. Laju je kan...saje la tu nak memang award sape wish dulu....tau dah.. Recently, kami tak berapa nak ngam..gaduh kan...huahuahua..Tapi entahlah...makin bergaduh makin sayang pulak..Kalau lah ditakdirkan we are meant to be macam yang kami dah rancang..nampaknya this is the longest and the hardest relationship I've ever had...Oklah..nak sambung tiidoq. Jumpa esok naaa.....Babai!

Hugs and kisses,
Cikmai