Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

October 23, 2013

Babymoon!!

Pejam celik dah 7 bulan lebih dah bergelar isteri. Rasa macam baru kelmarin je dengar kompang gebung-gebung..Alhamdulillah...I feel so happy and blessed! Thank you Allah.

Oh ya, masa lepas miscarriage hari tu memang plan dengan suami nak pergi second honeymoon memandangkan first honeymoon tak berhasil kan...tapi belum sempat plan second honeymoon, dah pregnant..Jadi terpaksalah cancel honeymoon ke Pulau Sentosa tu...takkan nak naik Transformer's ride tu dengan perut yang ada si manja comel ni kan?

Tapi memandangkan isteri Encik Hafiz tu tengah sangat mengidam nak makan scones, makanya..kami akan ke Cameron Highlands this coming December!! Hotel dah booked! Yahoooo! Second honeymoon katanya... me, husband and my little angel kat dalam my womb ni..hiiii

Sebenarnya dah banyak kali gi Cameron tu...tapi kali ni nak sangat pergi..ntah kenapa..huuuu..
Tak sabar rasanya nak pergi babymoon dengan suami!


Hugs and kisses,
Cikmai

October 19, 2013

Mengidam!

Sekarang ni tengah mengidam sesangat nak makan sesuatu. Daripada hari tu asyik termimpi-mimpi. Nak makan benda kat bawah ni:

Ahhhhhh!!! Drooling!
Scones kat Cameron Highlands. Siap kena ada Cameron Highlands, boleh? Uwaaa! Nak sangat makan ni. Apsal ntah. Malam tadi nak makan roti pisang. Memalam keluar cari roti pisang. Mujur banyak kedai mamak kan....Ni tak dapat la nak keluar pepagi buta ni nak gi cari scones kat Cameron Highlands. Jauh sangatkan...tapi nak jugak yang kat Cameron Highlands. Tak kiraaaaa! 

So ajak suami katanya tunggu December nanti sebab now dia tengah busy. Harap-harap December nanti dia tak busy. Perasaan kalau dah nak tu....haish! Tuhan saje yang tahu. Tapi bersyukur sebab at least dapat bersabar dan tak mengidam apa-apa yang pelik-pelik. Mostly mengidam benda-benda manis ja. Haish...dapat sweet-tooth plak kali ni. Harap-harap masa minum air gula nanti takde apa-apalah ye.

Dah-dah. Jom sambung tido balik...Mimpi makan scones kat Cameron Highlands. Ahaks!

*Malam tadi mimpi pergi bercuti kat Italy. Hahahaha! 


Hugs and kisses,
Cikmai

October 17, 2013

Quickie post.

As Salam semua...
Selamat hari raya aidil adha...Rasanya Aidil Adha tahun ni yang paling tak best sebab kena balik KL on Hari Raya sebab Rabu dah kerja..uwaaaa!
Tak dapat nak lama-lama dengan suami tersayang..tak pelah..tunggu lah cuti sekolah nanti baru jumpa...
Pejam celik esok dah masuk 12 minggu dah..kejap je masa berlalu...tapi tekak ni masih lagi tawar, loya, pahit..semua pun ada...
Hmmmm..cepat-cepatlah hilang loya ni ye...

Hugs and kisses,
Cikmai

October 09, 2013

When we talk about baby...

A baby is a miracle. A precious gift from God, made from the seed of love between husband and wife..Ahhhhhhh! Babies are always cute. They don't need fake lashes, 2 inches make up or maybe lenses to look cute. And they smell so nice!! Always!

I have a new hobby now..browsing through baby pictures and dreaming that mine will be cute and beautiful too. Sebenarnya that's one of the things that the doctor asked me to do...yelah..nak hilangkan rasa trauma dan takut lepas miscarriage kan..So bila tengok gambar baby..rasa semangat je nak mengandung..pastu rasa kuat nak lawan sickness yang melampau ni..boleh?

Anyways, congrats to my bff Puan Dilla kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel last Friday. Acik Akma rasa nak culik awak bawak balik rumah je tau tak sebab awak comel melampau! And your hair is so thick! Hitam berkilat dan sangat cantik! I hope by this time awak dah ada nama dah tau..for the moment, I just call her "Anak dara". Hihi.

Menyesal pula kahwin lewat..kalau tak sure dah anak 2-3 orang dah. Huuu...

*We have been married for 7 months. And I am 10 weeks and 5 days pregnant. Alhamdulillah.. Semoga kali ni ada rezeki dan dipermudahkan..In shaa Allah..*

Hugs and kisses,
Cikmai.






October 03, 2013

Alahan oh alahan!

Alahan oh alahan!
Teruk betul alahan kali ni...
Sentiasa loya...pepagi tu tak payah cakaplah...letak beef steak kat depan mata pun boleh muntah...
Hari-hari naik buntu fikir nak makan apa..semua makanan pun buat tekak ni kembang...
La ni pula timbul bangun malam semata nak muntah.
Bau sabun masa mandi pun boleh mengundang onar..
Make-up memang langsung dah tak boleh nak sentuh...
Macam mana tu?
Harap-harap cepatlah berlalu trimester pertama ni...
Ramai kawan-kawan cakap lepas 3 bulan, in shaa Allah alahan akan hilang dengan sendirinya....
Harap-harap betullah kan?

I look like a zombie everyday. T_T

Hugs and kisses,
Cikmai

October 02, 2013

The second check-up.

Alhamdulillah. Berjaya melepasi check-up yang kedua.
Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap "Eleh...baru check-up kedua dah kecoh..."
Well...saya lain sebab pregnancy yang lepas, saya tewas di check-up kedua.
Lost my baby before the check-up so trauma tu masih ada lagi dalam diri ini.
Saat nak scan, memang takut yang amat. Thanks doctor sebab tolong tenangkan saya. 
Mulut ni tak berhenti membebel "takut...takut...takut..."
Alhamdulillah, check-up kedua berjalan lancar. Baby dah 2.61cm at 9 weeks 3 days dan yang paling penting, buat pertama kalinya dapat tengok heart beat kamu yang sangat laju itu.
Menitis air mata. Syukur, ya Allah.
Walaupun pregnancy kali ni sangat teruk mengalami alahan, tapi bersyukur dengan nikmat yang Allah dah berikan ni.
Semoga hari-hari mendatang Allah akan sentiasa melindungi saya dan kandungan. Sama-sama kita doakan...In shaa Allah.


Hugs and kisses,
Cikmai.

October 01, 2013

Rezeki.

As salam semua. Berhabuk bersin-bersin dah bila buka blog ni.
Lama menyepi sebab banyak benda yang terjadi dan berlaku dengan begitu pantas. 
I lost my baby on 10th June 2013 at 8 weeks. Miscarriage sebab fetus tak develop seperti fetus-fetus biasa. 
Kalau diselamatkan pun, mungkin dia tidak sempurna. Jadi saya lebih redha kalau Allah ambil dia pergi.
Takpe..Allah lebih sayangkan dia. Sedihnya tak terkata. Al-maklumlah...first baby kan...Tapi dapatla merasa sakit macam nak beranak masa gugur tu..ada hikmahnya kan....
I'm okay now...
And alhamdulillah...positive pregnant again. Now 9 weeks +. Harap-harap kali ni ada rezeki saya dan suami.
Doakanlah segala urusan kami dipermudahkan untuk kali ini. 
Alhamdulillah.


Hugs and kisses,
Cikmai

June 08, 2013

Mana satu yang betul ni???

Hari ni ada check up lagi kat Tey Maternity Specialist. Sepatutnya datang this coming Wednesday...tapi sebab dah balik KL dan malas nak menghadap muka boss yang bossy untuk minta cuti..so datang hari ni selepas 3 hari check up. Alhamdulillah...baby develop sikit. Sikit la...Rabu lepas saiz dia 0.55 cm...tadi 0.60cm..Lega bila baby develop walaupun sikit...baru selang 3 hari kan....

Okay..masa first pergi check up nak confirm pregnant ke tak...doktor tanya my last menstrual period bila. So kira doktor kira usia kehamilan ikut tarikh tu la...bila ikut tarikh tu meaning I'm about 9 weeks pregnant. Bila ikut saiz fetus, I'm 6 weeks pregnant. Doktor pula cakap baby terlalu kecil untuk 9 minggu. Ahhh..sudah...mana satu yang betul ni? Balik rumah cepat-cepat tengok calendar period cycle..kira balik.

Kira punya kira punya kira....

Well masa nikah tu bukan tengah 'on heat' katanya,,. So memang tahu dah kan...posisi macam mana pun faham-faham ajelah...lepas tu bila masa subur tu memang tak jumpa suami la pulak... Maklumlah..PJJ...So mesti jadi lepas period yg first after kahwin which is masa April. 

Kalau kira masa first day period tu (5 April) memang la sekarang ni dah 9 minggu..TAPI my period cycle is 35 days. Kadang-kadang terbabas sampai 38 days. So bilanya waktu subur???? Let's say kira period cycle 35 hari..so hari yang ke 21 tu la subur kan? Okay...doktor pulak kira usia kandungan masa first day of my last period. Sebab tak tahu masa bila projek menjadi kan? Tapi kalau fikir balik takkan la masa mula-mula period tu terus jadi baby...tipu la kan? What I did was Akma kira dari hari subur Akma. (Memandai je kan....haha) Hmmm....memang pun sekarang ni mengandung 6 minggu. Saiz baby pun 6 minggu...Tapi takpe..kita tunggu Ahad ni..last scan nak tengok usia sebenar dan berkembang tak anak ibu yang comel ni.

Haih! Confuse betullah. Ada sesiapa yang mengalami pengalaman macam ni????


Hugs and kisses,
Cikmai

June 07, 2013

Difficult time

Well....Akma sekarang ni sedang berdebar-debar..I guess this is the most difficult time kot.

Hurm....tak mahu cakap banyak. Just tunggu je esok. Another checkup at Tey Maternity Clinic.

Sekarang ni berfikir benda-benda yang gembira untuk jadi positif.

Ok then. Will update soon. See ya!



Hugs and kisses,
Cikmai


May 30, 2013

Pregnancy - Week 7

Hello semua! Maaflah tak sempat nak update blog ni. Seriously memang tak sempat nak on lappy. Bila dah kat rumah tu ada je kerja nak buat. Tambahan pula nak jaga 2 ekor kittens yang nakal. Hari-hari kerja bersih cage, buang najis dia...bagi makan..gumpal-gumpal dengan kucing....nasib baik comel kan....Huh~

Anyways...Alhamdulillah....pregnancy dah masuk minggu ke-7 dah. Rasa kejap je sebab end of this week masuk la minggu ke-8 pregnancy which is dah 2 bulan. Alhamdulillah again. Tapi Akma sedikit confuse betul ke yang diri ni sedang mengandung? Sebabnya takda pula rasa nak meloya muntah sana sini. Semua benda pun sedap. Semua bau pun okay. Tak da morning sickness. Ni normal ke? Yelah kan sebabnya bila dalam drama TV mesti perempuan mengandung wek-wek sana sini. Ke tak semua meloya? Ke acane? Hmmm....

Anyways, perut da lebar sikit. Seluar-seluar memang dah tak boleh nak pakai. Maklumlah..dulu kan saiz comel...XS or S. Memanglah dah tak muat kan. Seluar jeans lagi la korban...tak boleh sumbat kan....Semalam terpaksa pakai khakis tu tanpa kancing butang dan zip sikit je. Kalau tak...perut sakit. Tawakkal je pakai..Haha! So tadi belilah maternity punya pants.. *semangatlah konon* Fuhhhh!! Baru selesa. Tulah dia...selera makan membuak-buak...Nasib baik tengah malam bangun tak cari nasi..tapi cari fruits..kalau tak...lagi lah kan..

Well..esok kena gi KK. Minum air gula..awal sangat kan dah kena minum air gula? Ni semua sebab abah ada kencing manis. Jadi...anak dia kena monitor la...Prevention is better than cure kan? OK then...berharap agar pregnancy smooth...takda sebarang komplikasi hendaknya...

*Weekend ni abang balik nak bawa pergi scan. Berdebar-debar!!!

Hugs and Kisses,
Cikmai