Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

December 31, 2010

Last day confessions.

Hari ni last day of 2010. Korang buat ape? Celebrate ke malam ni? Kalau anda tanya saya, sudah tentu saya tak celebrate. Tak pernah celebrate new year. It's something yang tak worth it for me. Buang masa buat countdown. Berpeleseran sana-sini. Berkonsert sana-sini. Bergaul bebas sana-sini. Macam takde agama. Bukankah Malaysia sebuah negara Islam?

Sempena hari terakhir ni, saya rasa nak buat confession. So lepas ni boleh masuk tahun baru tanpa semak kepala otak.

Confession 1: Saya tak happy.
Ye. 2010 masih tak dapat happiness yang diidamkan. Saya memang tidak bahagia. Sudah 365 hari saya pretending yang saya happy. Tu semua sebab nak jaga nama baik si dia. Nanti ada pulak yang cakap saya "narcissism". Orang tak tahu macam mana yang saya rasa. Orang tak tahu hujung pangkal cerita, sudah tentu orang akan menyebelahkan dia. Orang tak tahu macam mana saya bersabar. Kalau ikutkan hati....... Tapi fikirkan kebaikan beliau dan sayang akan family beliau, saya tutup cerita dan sabar. Saya sudah penat nak cover beliau. Sekian, terima kasih.

Confession 2: Saya dah tak boleh sabar.
I keep on trying to control my emotions. I read a lot of motivation books. But still, it won't help. Bak kata pepatah, sabar memang ada batasnya. Sudah banyak kali beliau lukakan hati saya. BANYAK KALI means A LOT. Macam hari tu. Saya memang plan nak balik Melaka. Tapi sebab beliau cakap nak jumpa, saya telah stay dan tunggu beliau di area Subang dari pukul 9 malam sampai 1.30 pagi. Beliau telah senyap tanpa berita. At least inform la saya tak dapat datang. Tidaklah saya mati kesejukkan sorang-sorang. Dan esoknya, saya demam. Owh, ini bukan pertama kali beliau perlakukan saya seperti alat mainan beliau. Dan semalam saya call, macam biasa..beliau bergayut tengah-tengah malam. Sebab bila saya call, masuk waiting. Boleh pulak tak nak mengaku kan..Ko ingat aku bodoh ke nyah? Tau lah saya hanya seorang cikgu sekolah rendah dan awak tu engineer. Seriously, tak boleh sabar lagi. Ini juga bukan first time. Dan all I need is explanation. Susah sangat ke nak explain?

Confession 3: Saya hanya berangan.
Ye..lately beliau adalah seorang yang pemarah dan suka mengelak. Beliau macam menyembunyikan something dari saya. Pantang tanya pasal our future, habis kena marah. Sabar jelah...So tahun 2011, ku tak nak berangan lagi. Perlu terima hakikat, beliau sudah berubah. A LOT. Ternyata, walaupun kamu seorang perempuan yang baik pun, kalau kamu tiada rupa, kamu tetap akan dikecewakan. Seperti saya.

Confession 4: Saya sudah penat berkorban.
Memang telah banyak yang saya korbankan. Tak perlulah di ungkit di sini sebab saya memang tak suka. Yang pasti, pengorbanan saya tak berbaloi. Tapi saya tetap terus doakan beliau macam biasa. Dan saya happy dengan kejayaan beliau sekarang. Macam berbaloi berdoa siang malam. Harap beliau tidak lupa diri, tidak lupa agama, tidak lupa daratan. InsyaAllah.

Owh..Perlu bersiap-siap. Nak jumpa parents. Tengok muka dieorang buat saya tenang. Harap-harap tahun baru akan bring me happiness. Hey, saya deserve to be happy like other people.

Peringatan untuk diri sendiri : Jangan beri kepercayaan 100% kepada beliau. Ternyata beliau akan salah gunakan kepercayaan yang diberi.

Nota kaki: Ini bukan pathetic entry. Cuma sudah tidak mahu jadi hipokrit dan keep on pretending kebahagiaan itu ada walaupun sebenarnya tiada. Selamat Tahun Baru semua.

Hugs and kisses,

2 babbles:

bobiedanbad said...

selamat tahun baru 2011..sy pn xcelebrate dik..hope everything wonderfuul next year cheers and smile

Akmar Amon said...

yup..hopefully...