Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

January 22, 2009

Cerita Dulu-Dulu- Part 3

Semalam saya pergi interview di BK. Well everything went smooth and fine. I was the last candidate. Masa sebelum masuk tu, agak takut la jugak sebab the interviewer quite garang. Sebab saya boleh dengar time dia interview other candidates. Tapi with me, he's ok. We have quite a long chat. And he is smiling. Well that's a good sign I hope. After that went to Sogo and met my sis. We went...shopping!!!And on my way back, kami singgah di rumah Sis Sofia (tauke ronasofia.com) cause my sis nak ambil her Ninewest handbag. I was like ya ampun!!! Sangat banyak bag dalam 3 big,not big huge boxes of handbags!!!!Berpusing-pusing biji mata saya. Huhu~
Anyways, back to the subject. Cerita dulu-dulu. Sebenarnya saya agak menyesal pindah sekolah after form 3. Ask me why? Kalau saya tak pindah, saya ialah antara golongan orang yang bijak pandai dan teacher's pet. Saya pindah just because one reason. Saya tak pandai dan tak faham bahasa Arab. That's why I got B in Arabic for my PMR. Time jawab tu pun saya nangis-nangis. So bila dapat tawaran je, saya terus pindah tanpa berfikir masak-masak. Saya tahu agak terlewat saya nak ke asrama penuh sebab dah pun bulan Julai. Tapi tak mengapa..konon-konon dah tak tahan la belajar Arab. Tapi ibarat lepas mulut buaya, masuk mulut harimau. Saya rasa pindah ke Sains Muar, lagi disaster. Most of them dah nak habis syllabus dah. Maklumlah, saya dari sekolah biasa dan bukan asrama penuh. Seingat saya, untuk add maths sahaja saya tertinggal 3 topic yang ada kait mengait dengan topic yang dah nak last-last tu. Hello..add math kena belajar sendiri. Saya ni suka bersendiri. Dan saya bukanlah seorang yang genius dan cintakan kira-kira. So saya adalah antara golongan yang ketinggalan. No wonder my SPM tak tiptop pun.
Kat SAMURA, saya just normal. Ada pun students my batch yang tak kenal saya. Dahlah saya kena jadi Naqibah. So many challenges bila jadi naqibah especially time saya mula-mula masuk Form5. The truth is, saya tak nak jadi naqibah cause saya bukanlah someone yang baik-baik and from family yang alim-ulamak. Saya ingat lagi..boleh dikatakan setiap ada masa terluang,especially time riadah,penolong ketua naqibah akan datang jumpa saya bagi tazkirah ringkas. Dia adalah my senior time kat previous school dulu. And sampai sekarang saya ingat dia cakap "Kita jadi pemimpin tak semestinya untuk memimpin orang lain je. Kita jadi pemimpin untuk pimpin diri kita ke jalan yang benar. Dan dari situ, kita bolehbetulkan diri kita dan pimpin yang lain supaya dapat membetulkan kesilapan mereka dan tak nak apa yang kita dah buat, berlaku kat orang lain juga". Because of that, saya terima dengan ikhlas jawatan tersebut dan sampai sekarang ayat tu jadi inspirasi saya.
Tapi apa yang membuatkan saya mula sayangkan SAMURA ialah kerana my dormmates. Saya tak rapat dengan my classmates kecuali Emira(i wonder where she is right now). Yang lain..just biasa-biasa je. Saya suka bersendirian. Duduk di meja paling belakang dekat dengan pintu supaya senang saya escape class. Huhuhuhu~ Deep down, saya rindu nak jumpa my dormmates-Farini,Oshi, Manisa, Jimey, Umi, Xipoh and Nomeg. Kamu ingat tak time kita panjat pokok rambutan yang dekat rumah warden tu? Ingat tak kita tangkap ikan and bela dalam bilik?Ingat tak kita jual pau?Masak hotdog dekat dining pastu jual?kita tukar-tukar baju-baju orang lain kat dalam bakul dobi?Dan saya rindu time ada spotcheck Farini akan ckp "Kema ade spotcheck"..Then i know what it means. Kenalah tanggalkan earring saya to make it sepasang only..Thanks for that Farini. Waa....rindu nak buat benda tu lagi...Seriously rindu nak buat kerja gila tu lagi. Rindu korang!!
Anyways, kalau difikirkan balik, ada hikmahnya saya pindah sekolah. Kalau saya tak pindah sekolah, saya tak jumpalah buah hati saya walaupun time kat sekolah dulu saya hanyalah postgirl dia je. Even saya memang ada hati kat dia time tu, tapi saya perlu dan harus lupakan sebab someone sangat sayangkan dia...And that someone is someone that i also love and care. So i just pretend nothing happened and cuba jatuh hati kat someone else. And i did. Mesti peningkan?Nah!Just forget it. Kisah lama and it's complicated! Nak tahu?Sila interview saya, ok?And make sure the interview is at Secret Recipe ataupun Coffee Bean. Hehe.
By the way, saya bersyukur saya pindah sekolah kalau tak, mungkin nasib saya tak macam sekarang ni. Bersyukur I had found you!Dan just remember, Tuhan maha kaya. Dan percayalah, lambat atau cepat, doa kamu semua pasti akan termakbul juga. Just sabar. Bukankah sabar itu separuh daripada iman? Tiada yang lebih besar daripada bersabar.
Oklah better stop right now sebab entry saya dah panjang gila. Saya nak kemas barang sebab nak balik Melaka. My brother needs my help,as always. Nasib baik he's my brother so i can tolerate with him. Tapi mengenangkan kisah lama, geram di buatnya! Oklah. Till then~
Assalamualaikum.

0 babbles: