Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

December 31, 2008

Pengorbanan

Assalamualaikum..

Ini adalah luahan hati saya. Kadangkala saya terfikir..adakah sesuatu pengorbanan itu akan dihargai? Adakah pengorbanan itu sesuatu yang berbaloi dan akan mendapat balasan yang sepatutnya? Buat masa sekarang saya tak tahu akan kebenaran dan erti sebuah pengorbanan itu. Life is short. We make it shorter by wasting time. Ada terselit kebenaran dalam quotation tersebut. Ya, saya dapat rasakannya. Saya rasa saya dah menghabiskan masa muda saya di dapur dan take care of kids. Bak kata abang saya, saya dah patut berkahwin sekarang, maklumlah dah pandai jaga baby, masak apatah lagi. Nasib baik saya ada kakak yang prihatin yang sentiasa memahami dan akan membawa saya bercuti untuk berehat. Tapi belum pun habis bercuti, dah ada yang menelefon saya tanya bila saya akan balik ke rumah saya di Melaka. Maklumlah..nak menghantar isteri dan anak-anak ke rumah saya. Dan bila mereka di rumah, sudah tentunya saya tak menang tangan menguruskan rumah tangga. Si isteri hanya duduk berehat. Tempat tidur pun orang kemaskan. Baju pun orang basuhkan. Makan pun orang masakkan. Anak pun orang tengokkan. Apalagi yang dia nak buat..betul tak? Dan orang yang nak menguruskannya ialah saya. Takkan lah saya nak biarkan emak saya yang dah tak berapa sihat menguruskan semuanya. Dan sebab itulah saya senang berada di Seremban. Dapatlah saya keluar dan bershopping. Saya sepatutnya sudah dapat pekerjaan yang tetap. Orang asyik bertanya mengapa saya tak bekerja lagi. Bukan saya tak nak bekerja. Saya nak keluar rumah pun susah. Nak update blog pun kena curi-curi. Apatah lagi nak keluar untuk mencari rezeki. Saya ada dapat banyak interview dan peluang pekerjaan. Tapi saya harus lupakan demi kepentingan orang lain. Hidup saya sangat complicated. Orang lain menganggap hidup saya bebas dan menarik tapi sebenarnya tak. Saya pun dah biasa di gelar "bibik" oleh adik-beradik saya sendiri. Bahkan kadang-kadang anak saudara saya terpanggil saya "bibik". But then saya bangga sebab saya pandai buat semua house chores walaupun saya masih muda. Tapi kadang-kadang saya sedih kenapa ada orang pandang rendah kepada orang gaji ataupun maid?
Hari ini saya nak hantar resume saya di Open University. Tapi terpaksa lupakan niat saya sebab kakak saya mintak tolong jaga anak dia. Dia tak berapa sihat. Saya ni ada ke orang pernah tanya sihat ke tak. Walaupun saya demam sekalipun, saya tetap gagahkan diri saya membuat kerja sampailah badan saya berpeluh dan demam pun kebah dengan sendiri. Kalau rehat pun dalam setengah jam, kemudian kerja balik. Lately saya memang kerap demam dan lemah-lemah sebab saya menghidap sejenis penyakit. Walaupun tak severe tapi bila di biarkan, ia akan bertambah buruk. Perlukah saya merahsiakan sakit saya dari keluarga saya? Kalau saya bagitahu pun, abah saya akan menganggap ia sesuatu yang nonsense. Sebab saya pernah sekali bagi tahu dengan bersahaja tapi itulah jawapannya. "Abah tak suka dengar sakit-sakit ni".
Mungkin ini adalah dugaan dari Allah untuk melihat ketabahan iman saya sebagai hambanya. Sesekali saya mengalirkan air mata selepas bersolat. Yelah hanya air mata sahaja yang dapat memberi saya kekuatan selain berdoa kepada yang Maha Esa.
Saya rasa hidup saya sangat kosong. Walaupun saya ada teman lelaki, tapi kadang-kadang dia tak suka mendengar apa yang saya rasa. Bila saya cerita dia akan cakap saya merepek. Saya dah korbankan segalanya untuk dia dan apa yang saya harapkan dari dia hanyalah sedikit waktu untuk saya berkongsi kedukaan dengan dia. Saya harap dia akan jadi my shoulder to cry. Tapi nampaknya dia sibuk dan jarang ada masa untuk dengar rintihan saya. Jadi, di depan dia saya terpaksa pura-pura seperti saya tiada masalah. Maka sekarang saya lebih senang menangis sendiri. Hanya diri sendiri yang faham konflik yang dirasai..
Till then~

0 babbles: