Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

May 20, 2013

Pregnancy week 6.

First of all.....tengok gambar tu...Hello kamu yang comel dalam perut mommy. Hihi

Subhanallah...indahnya!
Ok. Sebab teruja sangat dengan this pregnancy ni kan..semalam duk google la pasal rupa fetus saya dalam tummy ni. Tengok perkembangan..tengok food yang should be taken..Ok jom baca pasal perkembangan fetus kalau kita hamil 6 minggu. Sumber ni Akma amik dari "Babycenter.com.my"

Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga. Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda. Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.

Malam semalam abang called. Abang cakap makhluk comel dalam perut ni will be a girl. Ok. excited terlebih abang ni. Bagi Akma, whether Aminah or Ali, Akma tak kisah. Kita sebagai ibu ni cuma harapkan baby berkembang dan sihat. Itu je. Ya Allah..lindungilah Akma dan kandungan. Amin.

Hugs and kisses,
Cikmai

3 babbles:

Anonymous said...

Alahai comelnya!

Fardilla Fawzi said...

Babe nanti 7 weeks u pergi scan..and you will be excited to see baby's heartbeat...=)

Akmar Amon said...

lagi 4 hari nak 7 weeks. Huhu. Excited!