Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

March 30, 2011

Penceramah yang kerek..

Siri entri bengang. Jadi Mari menulis sambil mengangkang dan bertukar jadi makhluk hijau. *Incredible Hulk*

Al kisah, yang di ceritakan oleh housemate aku masa beliau menonton satu program ceramah "rotibasi" kat TV3. Topik yang dibincangkankan adalah berkenaan sikap dan pemikiran anak melayu. *darah mula nak start naik dah ni*

Kata si penceramah yang kerek ni setelah dipendekkan cerita mak, beliau cakap kalau tanya anak Melayu dah besar nak jadi apa, mesti dieorang jawab nak jadi polis, askar, CIKGU....menjawab dengan nada yang memperlekehkan kerjaya-kerjaya yang telah disebut. Kemudian beliau membandingkan anak Melayu dengan anak Cina * tidak berniat perkauman di sini. Cuma nak mengupas apa yang perlu dikupas* , mereka akan jawab nak jadi remisier, peguam, engineer...Yang bulan-bulan dapat duit berkepuk-kepuk..anak Melayu pulak nak jadi polis........askar........CIKGU............. * dengan nada yang memperlekehkan * Bagi beliau kunun-kunun kerjaya polis, askar atau guru ni macam tak payah nak belajar tinggi-tinggi...gaji pun ntah berapa sen sangat kan....

Don't mess with Teacher Akmar naaa...
Okay, nak focus pasal cikgu je. Almaklumlah kan...aku ni kan pendidik..Maunya tak hangin satu badan bila ada pihak yang memperlekehkan kerjaya suci lagi murni ni. *macam dah tagline minyak masak Seri Murni plak daa*. Kepada penceramah yang kerek tu, dulu hang pa tak pi sekolah ka? Ke hang pa keluaq dari perut mak hang pa, pastu hang pa terus pi mengaji kat Universiti? Anak hang pa pun macam tu jugak ka? Gila hebat. *mata ke atas, tangan ke dada*

Hello bang, semua orang pun pi sekolah. Cuba hang kembangkan sikit otak hang tu.. Dulu masa hang kecik-kecik, hang pi ngaji kat sekolah kan? kan? kan? Kalau tak da cikgu, tak ada lah peguam, engineer ataupun remisier yang dibanggakan tuh kt dalam dunia ni. Cuba hang korek balik memori hang yang dah mungkin berkarat tu, dari mana hang kenai ABC dan 123? Dari cikgu sekolah kan? Betui dak? Lainlah kalau hang lahir-lahir terus siap pakej Sijil SPM yang cemerlang? Gila tipu..

Dan terus terang aku bangga kalau anak murid aku cakap nak jadi cikgu. Sekurang-kurang nya ada yang nak menyambung tugas mendidik ni setelah aku pencen umoq 58 tahun nanti *wah..gila lama lagi nak pencen. Aku ingatkan tahun depan..kuikui* Apa-apa pun, janganlah memandang RM itu...Yang penting niat yang ikhlas. Hang ingat senang ka nak mendidik? 

Bila bercakap tu, hang fikirlah dulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh dah nak undur. Lainlah kalau ada remote macam cerita wayang gambaq Click tuh. Ni tak dak. Pastu dah terlajak. Bengang, memang bengang. Dah..tak mo kupas-kupas panjang lagi..Sat gi aku bertukar jadi Incredible Hulk, suma orang Gombak lari..

Muah muah korang semua.

Hugs and kisses,


Nota kaki: Bagaimana bangsa sendiri nak maju, kalau masih ada yang memperlekehkan kerja yang mulia macam ni?

0 babbles: