Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

March 29, 2011

How I want to spend my life with him..

Selamat malam semua. Peringatan awal kepada anda, entry ini mungkin entry bercirikan unsur-unsur gedik semasa yang panjang lebar..Jadi silalah sediakan mangkuk ataupun besen plastic kalau-kalau rasa nak muntah sakan after baca entry ini. Intro merapu.

Okay, entry yang lepas I dah habaq kat korang betapa sayangnya I dekat Encik Boipren. Sekarang sambungan al-kisah sayang menyayangi antara satu sama lain. I oll bukan sekadar sayang ja kat boipren I, tapi cinta kasih suka bagai semua ada..*muntah* Sekarang kami tengah mengharap doa-doa kalian agar kami cepat-cepat dipersatukan.. Adalah sangat penting untuk kami mempercepatkan yang haram itu menjadi halal. Dalam erti kata lain, cepat-cepat menikah dan naik pelamin..dan dalam ayat yang mudah nak faham kami dah tak sabaq naaaa......huuuu. Doakan kami.

Dah ada dua intro tapi ape kebendanya sambungan entry tu??Ok, senang cite..bila dua-dua dah mula fikir pasal masa depan, mestilah dah mula rasa nak menjaga satu sama lain, nak menyayangi satu sama lain sampai ke akhir hayat gitu. Terus terang, banyak sangat perbezaan masa kami mula-mula menceburkan diri dalam bidang cinta-cintun ni dengan sekarang. Dulu kalau merajuk tu, tak hengat..Sekarang masing-masing dah cool down, dah more matured mungkin, dah mula fikirkan kebahagiaan yang abadi, InsyaAllah, bukan lagi kegembiraan ketika menonton wayang bersama atau berjumpa di library sambil belajar, sambil minum air. Kepada adik-adik yang bawah umur, sila jangan tiru aksi ini. Bercinta-cintun pun, pelajaran tetap no. 1 ok? Macam kami..pointer tetap steady. Kan sayang? Auwww~ Pastu apenye yang hang nak cita? Adeyh~ Ok, ok...jom layan cita-cita I yang menggunung ni..macam mana I nak spend hidup I yang serba kekurangan ni dengan beliau..

Step 1: Bercinta dengan beliau...Ni al-kisah ketika zaman university dulu..Kehidupan hingusan. Maklumlah kami tak bercinta sakan kat sekolah..I ni kan postman jew..Mana lah boipren nak pandang muka I yang huduh lagi buruk ni..Tet..Okay, step ni kira dah achieved, Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab Allah pertemukan saya dengan dia kembali. Walaupun pada mulanya beliau tidak menegur saya langsung. Tapi akhirnya kami dating-dating juga..Tengok gambar pun dah tau kan..Masa tu mula-mula nak bercinta..Mana buleh nak pegang-pegang tangan...Hep!! Pukui nanti baru tau..

Step 2 : Nak sama-sama berjaya dapat segulung ijazah dan dapat kerja yang bagus-bagus dan dapat tolong family masing-masing. Pada masa yang sama kumpul duit ke arah itu. Alhamdulillah. Tapi kami konvo tak saing la..I konvo dulu and setahun lepas tu boipren plak pakai jubah and amik scroll. Alhamdulillah again..Yang ini pun kira dah selamat. Berdoa siang malam, pasti ada kejayaan. Yang penting jangan putus asa. 


Step 3: K..ka...kah..Kahw...Kahwi...KAHWINNNNNN! Yabedabeduuu! Arghh~ sudah lah kau..gedik nak mam...*muntah darah* Yang ini belum lagi. Tapi insyaAllah..sudah ada bunga-bunga..Cuma tunggu buah aja. Doakan kami..Doa kalian teramatlah penting buat kami. Amin. Doa + usaha = kejayaan, InsyaAllah. Kami memang perlahan-perlahan kayuh sebab kami ada reasons kami tersendiri. The heart has no reasons that  reason does not understand. Understand?

Step 4 : Dapat baby..Yay!!! Lepas kahwin nanti, mestilah nak ada anak, ada zuriat..Ada ke orang yang tak nak anak? Bodoh hang tolak rezeki..Wah...tetiba nak super berangan jap..macam manalah rupa anak I nanti..kalau ikut boipren *InsyaAllah*, chumel sikit..Tapi kalau ikut rupa saya..chumel banyakkkk...kahkah! Just joking. InsyaAllah moga Allah makbulkan doa kami. Amin.

Step 5 : Dah ada anak, of course dah ada family. InsyaAllah, nak spend our precious moments together dengan anak-anak..ecececece...*kahwin pun belum lagi, yang hang nak menggedik lebih-lebih ni pasai apa?* Berangan..Hep, ini bukan berangan der..Ini impian. Setiap orang kan impikan sebuah keluarga yang bahagia...biaq la tak kaya macam Sultan ka, macam Trump ka...Yang penting bahagia. InsyaAllah..Tapi duit penting jugak..kalau tadak duit macam mana nak pi bercuti sakan dengan family? main-main snow ka...Wahhh....teruja..


Step 6 : Penat dh besarkan anak, bermacam-macam dugaan yang kami lalui, kami hantar anak pi mengaji kat kolej. Tak kisahlah, UiTM ka, UTM ka, Kolej swasta ka..Janji dapat segulung Ijazah, mungkin master dan PhD..Haaa...time ni dapat la balik berdua-duaan dengan boipren *insyaAllah kalau ada jodoh. Amin* Yang penting anak-anak mesti berjaya dan lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di menara gading, bukan di gading gajah ataupun mungkin di kampung Gading. Kami pula akan habiskan masa bersama-sama, mendoakan kejayaan anak-anak. Dan of course...sediakan duit kepuk-kepuk untuk pelajaran anak-anak.

Step 7 : Ini memang step yang paling akhir. Nak tua bersama-sama boipren *insyaAllah kalau jadi suami cheq. Amin* Kalau ditakdirkan ke rumah orang-orang tua, kami nak pergi bersma. Nak bangun tiap-tiap pagi   sambil habaq ai-leb-yu dan tengok muka beliau walaupun time tu dah tua, dah berjanggut, dah beruban atau mungkin dah botak..Tapi lelaki ini lah yang saya sayang sampai akhir hayat saya. Yang tetap handsome dalam jiwa dan kalbu saya..Kalau boleh, saya nak mati atas pangkuan beliau..Kalau boleh..Amin..  *nah ambik ko. Muntah darah secara pukal* 

Okay dah merapu sakan dah ni..Nak sambung berangan dalam mimpi. Good nite uolsss.. Muah, muah korang sume.

Hugs and kisses,


*Gambar ehsan dari Encik Google*

0 babbles: