Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

January 06, 2010

This and That

Sudah 4 hari semester baru bermula. Semua orang semacam masih dalam swing mood. Me too. Percutian yang agak panjang memang memberi kesan yang sangat mendalam. Wah~bunyi macam mahu holidays lagi. I wish I could. Tapi tak bolehlah bukan. Hari ni sangat telah membuang masa dan tenaga untuk bersiap-siap ke class tapi at the end lecturer tak de. Struggle datang awal sebab class Ilmu Pendidikan combine dengan Unit Pemulihan. Jadi class semacam packed jugak. Maka kerusi dan meja tak cukup. Kenalah datang awal untuk pinjam kerusi and meja dari class sebelah. Dah berpeluh-peluh angkat meja and kerusi and dah sejam tunggu lecturer...suddenly..Class dismiss. Lecturer tak de. Sangat membuang masa lah bukan? Haih~
Oh ya! Sekarang ni saya sedang menghitung hari untuk ke Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Tak tahulah dicelah mana sekolah tersebut. Weekend ni baru nak pergi tengok sekolah tersebut. Dengan harapan sekolah tersebut tidaklah jauh sangat dari rumah sewa. Oh ya! Saya juga dah patut mempelajari dialek Terengganu untuk memudahkan my communication with students and their parents,kan? Dah, dah! Jangan terlalu risau. Nanti bertambah pening kepala.

Sekarang ni sana sini bercakap pasal relationship- engagement and marriage. I browsed through Facebook, most of my friends had changed their relationship status. From in a relationship to engaged or married to...Dah macam semua berlumba-lumba mahu kahwin. Apakah? Sekarang ni sudah tiba musim mengawan kah?

Oh ya. Bercakap tentang musim mengawan, tadi balik sekolah ada sebiji lagi telur ayam kat depan rumah. Masuk telur yang tadi tu dah 5 biji dah telur ayam ada kat rumah ni. Pelik. Yang jadi pelik is boleh pulak ayam tu alihkan telur dia kat atas tembok yang tinggi. And sebelum balik rumah tadi, singgah beli lunch kat warung tu. On the way back ke kereta ada ayam tengah megeram (betulke ejaan ni?) telur. Wah..ayam pun sangat productive. Sana sini bertelur. Senanglah bukan? Tak payahla ke kedai untuk beli telur. Tak sabar nak tunggu telur tu menetas. Nanti mesti cute anak-anak ayam tu kan?

Okaylah. Mahu mandi. Catch you guys later. Till then.

0 babbles: