Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

August 10, 2009

Sakit

Petang tadi saya ke klinik. Pergi bersama Abg. Hanif and Kak Ina. Kondisi tidak berapa baik. Mengalami kesukaran bernafas. Owh..sila jangan ada tanggapan yang salah. Although itu ialah salah satu simptom, tapi saya bebas dari virus tersebut, InsyaAllah. Saya ke klinik sebab......macam biasalah asthma.
Melangkah masuk ke bilik doktor, saya duduk dengan tenang even keadaan sebenar saya sangat sukar nak bernafas. Perbualan yang paling common antara seorang pesakit dan seorang doktor.
Cik Akma, apa masalah cik?
Ermm.....saya ada asthma. Rasa macam susah nak bernafas since 2 hari lepas
Selalu ke kena asthma?
Erm...hari tu masa camping ada sekali. Tapi tak severe.
Bulan June? Bulan May?Bulan April?
Errrr....tak ingat la doktor.
Ok, pusing belakang.

Seperti biasa, doktor memeriksa pernafasan saya. And suddenly doktor tu macam nak marah.

Awak dah tahu asthma kenapa sekarang baru nak datang?
Err..(sambil membuat muka blur seakan-akan tidak faham)
Awak tahu tak saluran pernafasan awak dah sangat bengkak dan menyebabkan ia terlalu sempit?
Err...(tak dapat kawal muka blur sebab sudah terlalu sakit akibat tak boleh bernafas)
Sekarang ni awak masuk bilik rawatan, saya bagi awak nebulizer.

Saya tersangat sudah familiar dengan nebulizer. Semasa di UiTM dulu, pernah saya on sendiri and operate benda tu sendiri disebabkan sudah kerap menggunakan nebulizer. After finished, jumpa balik doktor mendapat ceramah, like always.
Owh ya, maka terbatal la sudah puasa saya sebab doktor suruh saya makan and makan ubat untuk buka saluran pernafasan or pendek kata untuk meredakan bengkak di saluran pernafasan saya. Eh, sebelum terlupa, saya nak share satu gambar dengan kamu semua. Gambar ni was taken weeks ago but tak sempat nak upload. Gambar ni diambil masa pergi ronda-ronda Terengganu dengan cikgu-cikgu KPLI yang lain menaiki kereta sewa. Ini ialah pantai yang berdekatan dengan Maktab saya.


Sangat nyaman bukan? dan juga sangat panas.. Chop..saya dah gelap..


0 babbles: