Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

May 30, 2013

Pregnancy - Week 7

Hello semua! Maaflah tak sempat nak update blog ni. Seriously memang tak sempat nak on lappy. Bila dah kat rumah tu ada je kerja nak buat. Tambahan pula nak jaga 2 ekor kittens yang nakal. Hari-hari kerja bersih cage, buang najis dia...bagi makan..gumpal-gumpal dengan kucing....nasib baik comel kan....Huh~

Anyways...Alhamdulillah....pregnancy dah masuk minggu ke-7 dah. Rasa kejap je sebab end of this week masuk la minggu ke-8 pregnancy which is dah 2 bulan. Alhamdulillah again. Tapi Akma sedikit confuse betul ke yang diri ni sedang mengandung? Sebabnya takda pula rasa nak meloya muntah sana sini. Semua benda pun sedap. Semua bau pun okay. Tak da morning sickness. Ni normal ke? Yelah kan sebabnya bila dalam drama TV mesti perempuan mengandung wek-wek sana sini. Ke tak semua meloya? Ke acane? Hmmm....

Anyways, perut da lebar sikit. Seluar-seluar memang dah tak boleh nak pakai. Maklumlah..dulu kan saiz comel...XS or S. Memanglah dah tak muat kan. Seluar jeans lagi la korban...tak boleh sumbat kan....Semalam terpaksa pakai khakis tu tanpa kancing butang dan zip sikit je. Kalau tak...perut sakit. Tawakkal je pakai..Haha! So tadi belilah maternity punya pants.. *semangatlah konon* Fuhhhh!! Baru selesa. Tulah dia...selera makan membuak-buak...Nasib baik tengah malam bangun tak cari nasi..tapi cari fruits..kalau tak...lagi lah kan..

Well..esok kena gi KK. Minum air gula..awal sangat kan dah kena minum air gula? Ni semua sebab abah ada kencing manis. Jadi...anak dia kena monitor la...Prevention is better than cure kan? OK then...berharap agar pregnancy smooth...takda sebarang komplikasi hendaknya...

*Weekend ni abang balik nak bawa pergi scan. Berdebar-debar!!!

Hugs and Kisses,
Cikmai

May 22, 2013

The first checkup

Tadi lepas sekolah Akma pergi ke KK Ibu dan Anak kat Gombak Setia. Bukan excited nak buka buku tapi sebab hidung ni selsema...badan pun jadi seram sejuk macam demam. So sampai je kat KK, cakap kat nurse...saya demam nak jumpa doktor. Boleh pulak nurse cakap pergi kat KK sebelah. Sini untuk pregnant mom je. Dengan perlahan Akma jawab "saya mengandung". Terus ja nurse tu suruh buka buku. Awal bukan Akma dah ada buku pink? Hihi

Masa kat KK tu tak tau nak buat apa. Macam orang bodoh je.. Mujurlah ada nurse-nurse yang sedia membantu. Tapi kena tanya. Supposedly dia assist la kita yang first timer ni kan? Tapi kena tanya..So mula-mula amik urine, lepas tu timbang berat. Masa timbang berat tu macam tak percaya dah 47 kg berat ni. Last timbang bulan lepas 45kg. Weee! Then cek BP semua...Alhamdulillah...everything was okay. HB ok, BP ok, darah pun cantik....dapat anugerah dari KK...Yayyy!! Alhamdulillah! Sebelum ni kan Akma nya darah tak cantik...HB kurang, BP sgt rendah...bila ada baby ni...semuanya ok. Baby tahu kot mommy jauh dari ayah...hikhik

Tapi one thing yang kena monitor is my asthma. Takpa lah....I'll do anything for you, my baby. :)

Tadi dapat juga tanya doktor tu kenapa perut macam senak semacam. Pastu doktor tu jawab memanglah...awal-awal mengandung...first time pulak tu. Kata doktor uterus kan kecil...Tapi bila dah ada makhluk comel tu..dia kena mengembang...sebab tu rasa senak. Ok doktor. Doktor cakap teruskan amalan diet saya tu. Bagus katanya. Bukannya diet yang saya planning pun..tapi since pregnant ni, memang selera tengok buah-buahan dan sayur. Sebab dia colourful dan sangat cantik dan buatkan Akma sangat nak makan. Pastu tekak macam geli tengok ayam. Ok bai. 

Kepada puan-puan yang first time preggy, cepat-cepatlah buka buku pink kat KK. You'll be happy sebab all the nurses and doktor akan puji anda sebab buka buku awal. Bagus katanya. Walaupun Akma tak plan nak buka buku tadi..tapi Alhamdulillah..buku dah ada. 

*Tak sabar nak tunggu cuti...husband ajak pergi scan baby. 


Hugs and kisses,
Cikmai

May 20, 2013

Surah-surah amalan ketika hamil.

Semalam mak called. Bertanya khabar anak perempuan dia yang duduk sorang-sorang di perantauan-lah-sangat dan sedang mengandung. Berjela-jela pesanan mak. Tapi Akma dengar semua and cuba untuk ingat semua. Pesan utama emak ialah rajin-rajin dan amalkan membaca al-quran. Mak cakap masa mengandung dulu mak rajin baca surah al-fatihah, Yusuf dan Maryam. Thank you mak. Sebab tu la anak mak baik rupa dan akhlak kan? Huuu.. Okay..so far memanglah kita mengaji al-quran hari-hari lepas solat kan? Especially masa lepas solat Maghrib. Tapi buat ibu-ibu yang sedang hamil macam Akma, jomlah kita amalkan surah-surah ni. :)

Picture courtesy from Google.




Hugs and kisses,
Cikmai


Pregnancy week 6.

First of all.....tengok gambar tu...Hello kamu yang comel dalam perut mommy. Hihi

Subhanallah...indahnya!
Ok. Sebab teruja sangat dengan this pregnancy ni kan..semalam duk google la pasal rupa fetus saya dalam tummy ni. Tengok perkembangan..tengok food yang should be taken..Ok jom baca pasal perkembangan fetus kalau kita hamil 6 minggu. Sumber ni Akma amik dari "Babycenter.com.my"

Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga. Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda. Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.

Malam semalam abang called. Abang cakap makhluk comel dalam perut ni will be a girl. Ok. excited terlebih abang ni. Bagi Akma, whether Aminah or Ali, Akma tak kisah. Kita sebagai ibu ni cuma harapkan baby berkembang dan sihat. Itu je. Ya Allah..lindungilah Akma dan kandungan. Amin.

Hugs and kisses,
Cikmai

May 19, 2013

I am a Mom-To-Be ! Alhamdulillah!

Assalamualaikum. Okay. Memang seriously tak tahu nak mula dari mana. You know why? Because I am too excited! And thankful...and happy...and nervous..mixed feelings.

Kan dah mentioned dalam entry lepas yang Akma dah buat UPT on last Tuesday and the result was negative. So semalam lepas balik dari kursus terus ke farmasi untuk test lagi. Before beli tu, I called my BFF. Maklumlah...dia dah berpengalaman..So she said beli yang murah cap Watson pun dah ok. Dan lepas test tu tunggu sekejap. Kadang-kadang line second tu lambat dan blur. So maybe ni silap Akma masa test yang lepas. Tak tunggu lama untuk result dia.

So beli banyak UPT test semalam. Dari yang murah sampai yang digital cap Clearblue pun beli. Kata orang cap Clearblue sangat accurate. Tak kisah la mahal ke tak, tapi sebab nak sangat kepastian dan jawapan kenapa Miss P delay terlalu lama walaupun tanda-tanda macam nak datang ada. Dan perlu jawapan pasti gejala keletihan melampau ni. But I didn't tell my husband sebab husband cakap tak payah check. Bulan 6 nanti baru check. Tapi nak buat macam manakan....dah bini dia degil. Haha!

So pagi tadi bangun pukul 5.30 a.m. terus ke toilet. Nak dapatkan first urine. Pakai yang jenama Watson tu je dulu. Bukan apa...takut negative nanti kecewa. So I waited patiently. Mula-mula satu line je keluar. Dengan hampa keluar toilet menuju ke living hall. Sampai kat depan tv...nak letak test strip tu dalam kotak dia balik..tetiba nampak satu jalur kabur. Excited dah time tu. Makin lama makin nampak the second line tu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Apa-apa pun snap gambar dulu nak tunjuk kat suami yang berada nun jauh di JB.
Second line yang sangat kabur. Owh. Jari masih ada inai ye puan-puan...hiii
Lepas tu nak kepastian lagi..terus grab yang Clearblue digital UPT tu. Dan test lagi sekali. Bukan main lama nak keluar result dia. Orang lagi dah berdebar kan... Hasilnya? Alhamdulillah! Positive juga! Alhamdulillah. 
Alhamdulillah! Syukur!
So terus called husband. Mula-mula dia macam mamai-mamai...bila dengar je "Abang..sayang pregnant". Dia terus normal. Hihi. So husband suruh gi klinik untuk confirmkan. Pstu called mak dan my bff which is mommy-to-be jugak. Excited terlebih kan..

Well..Akma dah pun ke klinik..Mula-mula doktor nak tengok semua UPT yang dah dibuat. Nasib baik ada amik gambar...Ada juga bahan bukti nak tunjuk kat doktor. So tadi pun buat test lagi di klinik..Alhamdulillah I am 6 weeks pregnant. Due date is on January 2014. Kat clearblue tu memang week dia tak sama dengan yang doktor kira. Who cares? Janji dia tulis pregnant. Hihi. Ok. Dah boleh pergi buat buku pink. Yayyy!!!! Semoga Allah melindungi Akma dan kandungan. Amin. Hadiah birthday untuk husband. :)

By the way, bila pergi klinik tadi baru tahu..Doktor cakap kalau Miss P dah delay lebih 7 hari dah sepatutnya kena datang dan buat UPT. Sorry doktor. Tak tau. Husband saya yang suruh jangan check dulu. Hihi. Kepada puan-puan yang dah delay period lebih tujuh hari tu..pastu mengalami simptom macam Akma rasa - letih melampau, perut sakit macam nak period, breast bengkak n sakit, badan panas macam demam tapi tak demam sebenarnya...cepat-cepatlah gi buat UPT. Tapi setiap orang lain tanda-tandanya.

So I am a mommy to be!! Alhamdulillah!

*Husband dah excited terlebih..setiap setengah jam dia called. Hihi.

Hugs and kisses,
Cikmai

May 18, 2013

It's hubby's birthday!

My dear husband, 

My heart is complete with the love that we share. Our love grows more beautiful everyday.  I want you to know that as long as I have you, I have everything I need in the world. 

So, happy 27th birthday to the best husband in the world. I feel so blessed to find a true love in your arms. I feel so proud to have you as my husband. May you blessed with all you ever dreamt of. Be happy and treasure your life with patience. I can't promise I can fix all of your problems but I can promise that you won't have to fix it alone. Forever with you abang. :)

Happy birthday abang sayang. Always and always love you. For eternity. 

Hugs and kisses from your wife,
Cikmai

False alarm ke?

What a tiring and hectic week! Baru balik dari 4 days course pasal Literasi BI 2.0. Penat yang amat sebab kena duduk dan tadah telinga sambil memerah otak berfikir dan kena kejar masa. Seriously penat. 4 hari dari Rabu sampai Sabtu. Terpaksa menyambut hari guru di dalam Ballroom sambil mendengar ceramah. Anyways, Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru yang dah mengajar Akma, cikgu ssekolah tadika, Cikgu Roslah. Cikgu-cikgu di SK Merlimau 1, cikgu-cikgu di SMKA SHARODZ, SM Sains Muar, Pensyarah-pensyarah  di Kolej Matrikulasi, IPG Batu Rakit dan UiTM. Dan tak lupa juga dedikasi ucapan Hari Guru buat diri sendiri. Hihi. 

Ok. Back to the main topic. Seperti biasa bila dah berumah tangga ni...menunggu kedatangan Miss P adalah sangat mendebarkan. Akma dah buat kira-kira sejak bulan 11 tahun lepas. Period cycle adalah 35 hari. Ada satu bulan tu je 30 hari. Guess what? Now dah hari ke 45. Yayyyy! Maksudnya apa? Maksudnya dah 10 hari lewat. Hari-hari menunggu Miss P datang sekarang ni..Tapi so far belum nak datang lagi. Part of me macam nak melompat hip hip hooray. Tapi part of me said no,no,no. Jangan nak suka sangat noooo....

So Selasa lepas, Akma dah buat UPT. Tapi result negative. Adalah sangat hampa ya puan-puan. Semangat bangun tido pepagi..mata half terbuka dah buat UPT. Tapi negative. Rasa pelik dan sesuatu sebab perut dah sakit yang amat sejak 2 minggu lepas. Sakit macam nak datang Miss P. Payudara pun dah bengkak dan adalah sangat sakit especially kalau terkena baju. Rasa ngilu.....Badan plak macam demam..panas memanjang. Tekak pun macam pahit-pahit. Air chocolate juga buat rasa nak mun-mun. Badan pulak sangat letih dan cepat je nak penat-penat melampau. 

Persoalannya adakah ia hanyalah false alarm?????

Bukannya apa sebab dah buat UPT test kan. Husband dah suruh gi klinik and check sebab takut sakit lain. Tapi sebabkan sangat degil..so I ignore it. Sebabnya UPT showed negative result kan...Tapi Akma ada google pasal masalah ni. I mean UPT negative tapi pregnant. Kadang-kadang kandungan hormon hcg dalam air kencing sangat rendah sampai tak leh nak detect. Dan ada kes yang dah 3 bulan pregnant baru tau sebab bila buat UPT negative. Macam mana ni? Nak suka ke nak sedih? huhu

So tadi went to Watson. Called BFF minta pendapat. Maklumlah..BFF dah berpengalaman. Asked her UPT jenama mana yang paling berkesan. So I bought it. Tapi tak buat sekarang la. Husband suruh tunggu sampai bulan 6 which is lagi 2 minggu.

Pernah ke jadi macam ni? I mean UPT negative sebenarnya dah ada little caliph dalam perut? Pernah ke..macam phobia nak buat UPT lagi. 

Agak-agaknya dah sampai turn rezeki saya ke? Harap-harap adalah kan? Sama-samalah kita doa.

Hugs and kisses,
Cikmai

May 14, 2013

Identity Thief

Just got back from a movie treat with Sis Farah. You know, things are getting mess at school with the boss having swing mood, the abundance of workloads...So we need a little time of ourselves to literally escape from those chaos at school. Stress can be harmful, did you know that?

So we chose Identity Thief. What I can say is...OMG!! The movie was so awesome! So hilarious! I was laughing..I think from the beginning of the movie till the end. I just can't handle it! Melissa McCarthy played the role very well...and same goes to Jason Bateman. And so do others casts. Well done guys. You guys really took my stress away. 


I think all the scenes are my favorite. But the most I think was when the real Sandy Patterson chasing another Sandy Patterson by the highway. 

She was trying to run fast..and she's so confident!
She was just like a hobbit! One of the best line was "Oh my god! What are you? A Kenyan?" Hahahaha!

If you need something to trigger your laughing hormone, I think you guys should go and watch this movie. Great movie!!!!!!!


Hugs and kisses,
Cikmai

May 09, 2013

A Letter To My Future Baby

(Disclaimer : When writing this, I am not pregnant. I repeat, NOT PREGNANT)

My dear future baby,

Where are you? I don't know why but I have been thinking about you lately. Maybe because most of my friends are already had babies or maybe because you are something that me and your dad can't resist. Well...it doesn't matter why, but  I just wanted you to know that I am thinking about you yesterday, today and tomorrow. Always.

I was wondering what you will be like. Wondering if you'll be a girl, you have a dimple on your cheek and lashes just like I do..and if you'll be a boy, you'll be good at fishing just like your dad. Maybe you'll be a teacher, maybe you'll like to read and write or maybe you'll love music. Well..whatever you'll be, I know that you're going to be good and smart. I don't know you yet but one thing for sure is that I already love you.

Hmm....I wonder what it will be like to have you in my tummy for 40 weeks, to bring you out to see the world.....to hold you, to kiss you and just to stare at you for hours. I know that you'll be the most beautiful creature I've ever seen that I won't be able to take my eyes off you. I just can't wait for it. I can't wait for the day that I don't have to worry about anything else except you. I know that you are going to change me soon. You are going to change me in a good way. 

Well...I don't have any ideas when to expect you. But that's okay. I just wanted you to know that where ever you are right now, I think about you often. And I pray for you too. I pray that I will me a good mom to you, and my husband will be a good dad too. I pray that you will always see the love between us, and the love that we have for you. 

For the meantime, me and your dad will be enjoying the moment to ourselves.We are laughing a lot, seeking for adventures and experiences. We are learning the lessons that we need to learn before you get here. We just can't wait to meet you someday. We just want you to know that even though we don't know you yet but we are already very much in love with you. 


Love,
Your future Mom.


Hugs and kisses,
Cikmai

Sudah 2 bulan.

8 Mac 2013 - 8 May 2013.

Genap dua bulan Akma bergelar isteri. Tapi masih belum dapat rasa tanggungjawab isteri yang sebenar-benarnya sebab for the moment terpaksa lagi berjauhan dengan suami. Takpe..satu hari nanti pasti akan bersama. In shaa Allah.

Our first kiss. =)
Perjalanan masih jauh. Semoga saya dan suami akan sentiasa sabar dengan dugaan yang sedang kami hadapi sekarang. Doa is the most powerful weapon.

Will always love you abang.
Syukur, Alhamdulillah.

Hugs and kisses,
Cikmai

May 08, 2013

Ini kalilah TUKAR!!

Haha! Baca tajuk macam nak berpolitik kan? Tapi sebenarnya tak okeyh! Yayyy! Dah berjaya tukar template blog...header pun sudah tukar...Badan pun dah lenguh..mata pun dah rabak baca HTML code. Owh ya..Kali ni nak share Tutorial bagi mereka yang masih tak tahu macam mana nak letak post divider yang macam dalam gambar kat bawah ni dalam blog kamu.

Nampak tak yang dalam bulat merah tu?

Okay..let's get started. Mula-mula pergi ke dashboard > template > edit HTML.
Pastu tekan ctrl + f cari kod macam kat bawah ni :

/* Posts

Dah? Pastu pastekan kod ni kat bawah kod yang dicari tadi :

.post{
margin: 0 0 40px 0;
width: 90%;
background: url(LINK IMAGE);
background-repeat: no-repeat;
background-position: bottom center;
margin:.5em 0 1.5em;
padding-bottom:2.5em;
}


Dah? Okay....tulisan biru tu korang edit lah sesuka hati bersesuaian dengan template yang korang guna. Dah siap preview dulu sebelum save tau.

Kalau nak gambar yang sesuai nak buat post divider, cari je kat Google Image...Pastu copy URL gambar tu, tepek kat tulisan merah (LINK IMAGE) tu.

Selamat mencuba.

Hugs and kisses,
Cikmai


May 07, 2013

Rambling

Hai semua!! *sambil lambai-lambai

Sorry for leaving this little room of mine without any update. Maklumlah...mengundikan...jadi busy sikit. *alasan. Haha! Anyways, selesai sudah proses mengundi untuk PRU ke 13. Alhamdulillah. Rasa bangga dapat menunaikan tanggungjawab kepada negara. Ini merupakan kali kedua Akma mengundi untuk PRU. Harap-harap pemimpin yang dah terpilih tu dapat la memimpin dengan betul supaya semua rakyat dapat hidup aman dan makan dengan senangnya. Hihi

Anyways, speaking about makan...I am now tengah berjimat cermat secermat-cermatnya. Saving for husband's birthday present. Terujanya nak celebrate birthday husband! Maklumlah...kenal dengan husband pun sangat singkat masanya...so memanglah tak pernah wish his birthday. First time! Tadi dah survey hadiah beliau...Hmmmmm.....saje je nak buat-buat lupa..kengkonon surprise kan....hihi..

Tapi sekarang ni hati rasa tak aman dan tak senang duduk. Pagi tadi abang called. He is not feeling well. MC plak tu hari ni. Alahai! Ikutan hati tadi lepas sekolah nak amik bas ke Johor. Pastu kul 11 malam nanti balik KL balik...tapi husband tak bagi..Risau sebab husband jarang tak sihat...Ni mesti berjangkit dengan wife dia..Apa boleh buat...sorang kat JB, sorang kat KL...Dapat doa je lah dari jauh....Semoga husband cepat sembuh..Amin.

Hugs and kisses,
Cikmai

May 04, 2013

04 May 2013

Bernikah...berkahwin dengan lelaki yang kita suka, kita sayang, kita cinta adalah merupakan satu kelebihan..

Tapi....

Bercinta dengan suami sendiri selepas bernikah adalah merupakan satu anugerah dan nikmat yang tak ternilai. Syukur Alhamdulillah...

Baru balik dari market. Seronoknya kat kampung sebab dapat ikan yang kita nak. Beli cencaru dengan selar kuning tadi. Hubby's favourite. Tak sabar tunggu abang balik sebab malam ni ada dating. Yayyyy! 


Hugs and kisses,
Cikmai.

May 02, 2013

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =)

Aiyak!! Rasa nak patah pinggang ni angkut barang-barang rumah yang rasanya dah boleh diangkut bawa balik tu. Bukan apa...husband dah bising-bising tanya bila nak start angkut barang....Fuhh! 3 kali trip turun naik tangga...Dengan barang berat lagi...kalau preggy dah boleh gugur dah agaknya. Hish! Simpang!

Hamboi....barang-barang rumah gittew~ Aik???? Cakap bukan main lebat....Macam la dah ada rumah sendiri kan.....FYI, Akma masih belum ada rumah lagi...not yet. Husband cakap settlekan dulu hal transfer ni...dah dapat transfer nanti, dah settle down dan ada rezeki, baru la mencari rumah yang sesuai untuk kami sekeluarga nak bina hidup yang baru together-gether!! Yayyy! Semoga dipermudahkan...Amin. Doakan kami ye.. =)

So tadi kemas-kemas la....ingatkan sikit barangnya..ntah macam mana boleh jadi banyak. Those stuffs memang Akma dah lama beli....Sejak before kahwin lagi. Kayu penyangkut langsir, utility shelves, t.v. rack, lamps, kitchen's stuffs, etc....Macam-macam! Balik keje je meroyan sorang-sorang kat Ikea..Tabur-tabur duit gaji...Bagi kaya Pak cik tokey Ikea tu....Beli la apa-apa yang terasa nak beli.. Akma pula memang suka sesangat mengemas dan deco rumah ni. Memang sangat suka. So adalah sangat bahaya kalau terlepas ke Ikea after working hour...kalau letak bajet untuk shopping, mesti jumlah jadi satu atau dua kali ganda..Benci tau Ikea tu..banyak sangat benda comel mampu milik. Huh! Tapi takpe....Nanti senang la kan...takde la nak bebankan husband nak beli semua benda kan? 

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak? Kalau nak beli sekali gus...ampun...I bukan anak jutawan....I anak  pencen askar je oiii. Hihi.

*Microwave oven je tak sempat nak angkut lg. It's too heavy for me to carry it. :(

Hugs and kisses,
Cikmai

May 01, 2013

Erkkk! Ye ke?

2-3 hari ni Akma rasa macam perut ni cuba nak buat onar pastu nak cari gaduh. Rasa macam masuk angin. I think maybe because sebab tak sihat kan...demam...lepas tu makan tak ikut time..Asyik terbaring je..Dalam bas tadi memang tak tahan. Sampai je terus wek-wek. Pastu dapat melantak...Burpp! Alhamdulillah. Okay balik. Haha. Nampak sangat perut kosong masuk angin. 


Told husband and he thought of baby. Errkkkk! Ye ke??? Haha..Sabar ye abang....masih belum ada rezeki lagi. Let's pray, pray and pray. In shaa Allah...nanti ada rezeki. Amin.  :)


Hugs and kisses,
Cikmai