Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

March 31, 2011

Bila boipren cakap........................

YES!!! Aku terus macam kera kena belacan meloncat sorang-sorang atas katil macam orang sepastiks sambil memegang inhaler. Manala tau dok tengah syok melompat kegembiraan aku tersesak nafas kang, siapa nak tolong? Siapa? Hang nak mai tolong ka?

Lalalalalalalalalala~ wah..nyanyi sakan nampak? Bukan apa, aku duk berkongsi kegembiraan dengan boipren aku la..Dia happy, aku of course la happy. Happy sangat naa...Satu step, satu impian dah tercapai. Alhamdulillah. Lepas ni apa plak?????????

Arghhh!!! Apa yang duk berkilat sangat nih??? Silau mata aku.. Macam dah dekat je shining-shining diamond tewww.. Auwwww~ Lalalalalalalalalala.. Malam ni nak nyanyi sambil buat lesson plan. Hahahaha.

Sat gi nak tidoq malam ni sambil tersenyum lebar macam ni..hahahaha!
Muah muah korang semua!!

Hugs and kisses,

March 30, 2011

Penceramah yang kerek..

Siri entri bengang. Jadi Mari menulis sambil mengangkang dan bertukar jadi makhluk hijau. *Incredible Hulk*

Al kisah, yang di ceritakan oleh housemate aku masa beliau menonton satu program ceramah "rotibasi" kat TV3. Topik yang dibincangkankan adalah berkenaan sikap dan pemikiran anak melayu. *darah mula nak start naik dah ni*

Kata si penceramah yang kerek ni setelah dipendekkan cerita mak, beliau cakap kalau tanya anak Melayu dah besar nak jadi apa, mesti dieorang jawab nak jadi polis, askar, CIKGU....menjawab dengan nada yang memperlekehkan kerjaya-kerjaya yang telah disebut. Kemudian beliau membandingkan anak Melayu dengan anak Cina * tidak berniat perkauman di sini. Cuma nak mengupas apa yang perlu dikupas* , mereka akan jawab nak jadi remisier, peguam, engineer...Yang bulan-bulan dapat duit berkepuk-kepuk..anak Melayu pulak nak jadi polis........askar........CIKGU............. * dengan nada yang memperlekehkan * Bagi beliau kunun-kunun kerjaya polis, askar atau guru ni macam tak payah nak belajar tinggi-tinggi...gaji pun ntah berapa sen sangat kan....

Don't mess with Teacher Akmar naaa...
Okay, nak focus pasal cikgu je. Almaklumlah kan...aku ni kan pendidik..Maunya tak hangin satu badan bila ada pihak yang memperlekehkan kerjaya suci lagi murni ni. *macam dah tagline minyak masak Seri Murni plak daa*. Kepada penceramah yang kerek tu, dulu hang pa tak pi sekolah ka? Ke hang pa keluaq dari perut mak hang pa, pastu hang pa terus pi mengaji kat Universiti? Anak hang pa pun macam tu jugak ka? Gila hebat. *mata ke atas, tangan ke dada*

Hello bang, semua orang pun pi sekolah. Cuba hang kembangkan sikit otak hang tu.. Dulu masa hang kecik-kecik, hang pi ngaji kat sekolah kan? kan? kan? Kalau tak da cikgu, tak ada lah peguam, engineer ataupun remisier yang dibanggakan tuh kt dalam dunia ni. Cuba hang korek balik memori hang yang dah mungkin berkarat tu, dari mana hang kenai ABC dan 123? Dari cikgu sekolah kan? Betui dak? Lainlah kalau hang lahir-lahir terus siap pakej Sijil SPM yang cemerlang? Gila tipu..

Dan terus terang aku bangga kalau anak murid aku cakap nak jadi cikgu. Sekurang-kurang nya ada yang nak menyambung tugas mendidik ni setelah aku pencen umoq 58 tahun nanti *wah..gila lama lagi nak pencen. Aku ingatkan tahun depan..kuikui* Apa-apa pun, janganlah memandang RM itu...Yang penting niat yang ikhlas. Hang ingat senang ka nak mendidik? 

Bila bercakap tu, hang fikirlah dulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh dah nak undur. Lainlah kalau ada remote macam cerita wayang gambaq Click tuh. Ni tak dak. Pastu dah terlajak. Bengang, memang bengang. Dah..tak mo kupas-kupas panjang lagi..Sat gi aku bertukar jadi Incredible Hulk, suma orang Gombak lari..

Muah muah korang semua.

Hugs and kisses,


Nota kaki: Bagaimana bangsa sendiri nak maju, kalau masih ada yang memperlekehkan kerja yang mulia macam ni?

March 29, 2011

Sumpah aku benci!

Memang niat hati nak update..Tapi tetiba sakit hati. Buduh. Cheq nak tido. Tak mau dah nak kupas-mengupas panjang lebar.

Selamat malam semua. Tak de mood nak muah muah korang malam ni..

I am the chosen one?

One of my BFF will end her single life soon..and I was so damn excited when she chose me as her maid  of honor...Wow! I just couldn't say anything. I'm sort of like speechless. Being chosen to be the maid of honor in a bride's wedding is a tremendous honor and privilege. Thanks babe. I didn't expect that you trust me that much. It will be such a huge responsibility for me when I said YES by the time you proposed me. Being a maid in honor means I will stand with the bride on her most important day of her life and be her righthand through the planning process..Thanks babe. I really appreciate that..*Erm...hopefully you dapat jadi my maid in honor plak nanti.*

And yes, of course the duties of maid of honor are a bit extensive than the duty of the best man. Of course la kan, orang perempuan should have more preparation to do for the wedding than the man. From the pre-wedding event like "treasure hunt" for the dress, go to the spa, meet the dentist, yada yada yada ~ sampailah ke hari kejadian. *Babe, I will throw a bachelorette party for you soon. I mean I should, InsyaAllah*. What most important is, unofficially, my job is to provide emotional support for you, the bride-to-be, to be your confessor and your cheerleader. *sat g cheq pi cari mini skirt menari pom-pom depan you naa...*

Okay, when the excited mode turns me up, mulalah menggedik think on what to wear. Theme: Silver. Well..One of the don'ts of being maid of honor is never ever overshadowed the bride. So, I should choose something look simple, cute and yang sedang-sedang saja. When I browsed through some pictures in Google, I was like whoa...Jawdropped nolks! Do you think I could wear such dresses on my BFF's big day?

Dress 1:
Sumpah comel gila baju ni..

Dress 2:

Wow...simple and ayu nolks..I like...
Wah.....buleh ke dak pakai macam ni, babe? Kalau buleh I pakai dah babe. Huih. Buduh punya soalan. *Slap muka sendiri berkali-kali* Gila ka apa? Sat gi kena bambu dengan mak and abah hang..Mati aku... Badan banyak love bite nyamuk ada hati nak pakai baju lagu ni..Lagipun ni dah terlalu overshadow, okay? Of course la kan pangkah awal-awal.

So, memandangkan I ni orang Melaka, of course I suka sangat dengan kebaya nyonya, bayangkan I pakai hat macam ni plak...

Kebaya nyonya uolss...Sangat kewanitaan..
Uhuk..uhuk..mampuih terbeliak sambil berpusing-pusing bijik mata Dollah, the best man. Sat gi ramai pulak ajak I berjoget lambak..Sudahnya semua kena panah petir. Rosak majlis sayang I. Over nolks. So mari kita fikirkan something yang sopan dan masih lagi mengikut tema..Kalau macam ni pulak....

Wah..adalah sangat jarang pakai baju design macam ni..
Wah...boleh tahan...Simple yet sopan. Dah ikut theme colour gitu. I like. Sesuai tak babe? Tapi apa-apa pun kena tunggu my darling BFF..Kita pi "treasure hunt" baju sama-sama, okays?
*Kalau boipren I nak ikut, buleh dak?Uhuk uhuk*

Sebenarnya baju ni tak la penting sangat pun. What most important is my job to keep you, the bride, sane through the planning process and of course to get you through any of the wedding jitters that might come up. I should make sure that you wont turn out to be the bridezilla on your big day. That's my promise.

Muah muah korang semua.

Hugs and kisses,


P/S to my bff : Babe, our upcoming pre-wedding event go to the spa..Don't forget ya sayang. Hip hip hooray!

Hang kaya, cheq kayap~

Terima kasih Pak Cik Polis traffik sebab dah bagi I surat cinta minggu lepas..Auwww~ Sweet sangat. I memang dah lama tak dapat surat cinta tau. Sukaaaaaa sangat!! (Mata pandang ke atas, tangan di dada)

Peringatan kepada blogger-blogger yang I muah-muah sekalian, jangan buat macam I tau. Nak buat boleh, pandai pandai coverline. Ni kali kedua I dicekup polis traffik. Sebelum ni dengan abang polis. So setelah memberi senyuman yang paling manis di dunia, abang polis kasi lepas dengan satu syarat, bagi no. phone...Tengs~ Abang memang cool...Auww~ Tapi kali kedua ni pak cik polis la plak cekup..Bagi senyuman yang comel gila nak mampus pun, hang jangan harap hang lepas. Sat g kena hambat dengan misai dia.... Korang jangan buat benda ni tau..Buat bila selamat dan pandai cover line..

Kak...lori tu oiiiii.....(Pic courtesy from Google)
Encik boipren cakap " Nasib baik u kena saman je, kalau accident? Macam mana? Mana nak cari gepren comel macam u.." Okay, I ngaku ayat last tu I tambah. Tett!

So tadi dah bayar saman..seb baik dapat pengurangan.. Alhamdulillah. Bertambah duit hang, berkurang duit cheq. Taubat lepas ni nak kena pandai cover line akan cuba tak buat lagi..

Peringatan untuk anda dan diri sendiri. Hati-hati memandu ya. Muah-muah!

Hugs and kisses,

How I want to spend my life with him..

Selamat malam semua. Peringatan awal kepada anda, entry ini mungkin entry bercirikan unsur-unsur gedik semasa yang panjang lebar..Jadi silalah sediakan mangkuk ataupun besen plastic kalau-kalau rasa nak muntah sakan after baca entry ini. Intro merapu.

Okay, entry yang lepas I dah habaq kat korang betapa sayangnya I dekat Encik Boipren. Sekarang sambungan al-kisah sayang menyayangi antara satu sama lain. I oll bukan sekadar sayang ja kat boipren I, tapi cinta kasih suka bagai semua ada..*muntah* Sekarang kami tengah mengharap doa-doa kalian agar kami cepat-cepat dipersatukan.. Adalah sangat penting untuk kami mempercepatkan yang haram itu menjadi halal. Dalam erti kata lain, cepat-cepat menikah dan naik pelamin..dan dalam ayat yang mudah nak faham kami dah tak sabaq naaaa......huuuu. Doakan kami.

Dah ada dua intro tapi ape kebendanya sambungan entry tu??Ok, senang cite..bila dua-dua dah mula fikir pasal masa depan, mestilah dah mula rasa nak menjaga satu sama lain, nak menyayangi satu sama lain sampai ke akhir hayat gitu. Terus terang, banyak sangat perbezaan masa kami mula-mula menceburkan diri dalam bidang cinta-cintun ni dengan sekarang. Dulu kalau merajuk tu, tak hengat..Sekarang masing-masing dah cool down, dah more matured mungkin, dah mula fikirkan kebahagiaan yang abadi, InsyaAllah, bukan lagi kegembiraan ketika menonton wayang bersama atau berjumpa di library sambil belajar, sambil minum air. Kepada adik-adik yang bawah umur, sila jangan tiru aksi ini. Bercinta-cintun pun, pelajaran tetap no. 1 ok? Macam kami..pointer tetap steady. Kan sayang? Auwww~ Pastu apenye yang hang nak cita? Adeyh~ Ok, ok...jom layan cita-cita I yang menggunung ni..macam mana I nak spend hidup I yang serba kekurangan ni dengan beliau..

Step 1: Bercinta dengan beliau...Ni al-kisah ketika zaman university dulu..Kehidupan hingusan. Maklumlah kami tak bercinta sakan kat sekolah..I ni kan postman jew..Mana lah boipren nak pandang muka I yang huduh lagi buruk ni..Tet..Okay, step ni kira dah achieved, Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab Allah pertemukan saya dengan dia kembali. Walaupun pada mulanya beliau tidak menegur saya langsung. Tapi akhirnya kami dating-dating juga..Tengok gambar pun dah tau kan..Masa tu mula-mula nak bercinta..Mana buleh nak pegang-pegang tangan...Hep!! Pukui nanti baru tau..

Step 2 : Nak sama-sama berjaya dapat segulung ijazah dan dapat kerja yang bagus-bagus dan dapat tolong family masing-masing. Pada masa yang sama kumpul duit ke arah itu. Alhamdulillah. Tapi kami konvo tak saing la..I konvo dulu and setahun lepas tu boipren plak pakai jubah and amik scroll. Alhamdulillah again..Yang ini pun kira dah selamat. Berdoa siang malam, pasti ada kejayaan. Yang penting jangan putus asa. 


Step 3: K..ka...kah..Kahw...Kahwi...KAHWINNNNNN! Yabedabeduuu! Arghh~ sudah lah kau..gedik nak mam...*muntah darah* Yang ini belum lagi. Tapi insyaAllah..sudah ada bunga-bunga..Cuma tunggu buah aja. Doakan kami..Doa kalian teramatlah penting buat kami. Amin. Doa + usaha = kejayaan, InsyaAllah. Kami memang perlahan-perlahan kayuh sebab kami ada reasons kami tersendiri. The heart has no reasons that  reason does not understand. Understand?

Step 4 : Dapat baby..Yay!!! Lepas kahwin nanti, mestilah nak ada anak, ada zuriat..Ada ke orang yang tak nak anak? Bodoh hang tolak rezeki..Wah...tetiba nak super berangan jap..macam manalah rupa anak I nanti..kalau ikut boipren *InsyaAllah*, chumel sikit..Tapi kalau ikut rupa saya..chumel banyakkkk...kahkah! Just joking. InsyaAllah moga Allah makbulkan doa kami. Amin.

Step 5 : Dah ada anak, of course dah ada family. InsyaAllah, nak spend our precious moments together dengan anak-anak..ecececece...*kahwin pun belum lagi, yang hang nak menggedik lebih-lebih ni pasai apa?* Berangan..Hep, ini bukan berangan der..Ini impian. Setiap orang kan impikan sebuah keluarga yang bahagia...biaq la tak kaya macam Sultan ka, macam Trump ka...Yang penting bahagia. InsyaAllah..Tapi duit penting jugak..kalau tadak duit macam mana nak pi bercuti sakan dengan family? main-main snow ka...Wahhh....teruja..


Step 6 : Penat dh besarkan anak, bermacam-macam dugaan yang kami lalui, kami hantar anak pi mengaji kat kolej. Tak kisahlah, UiTM ka, UTM ka, Kolej swasta ka..Janji dapat segulung Ijazah, mungkin master dan PhD..Haaa...time ni dapat la balik berdua-duaan dengan boipren *insyaAllah kalau ada jodoh. Amin* Yang penting anak-anak mesti berjaya dan lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di menara gading, bukan di gading gajah ataupun mungkin di kampung Gading. Kami pula akan habiskan masa bersama-sama, mendoakan kejayaan anak-anak. Dan of course...sediakan duit kepuk-kepuk untuk pelajaran anak-anak.

Step 7 : Ini memang step yang paling akhir. Nak tua bersama-sama boipren *insyaAllah kalau jadi suami cheq. Amin* Kalau ditakdirkan ke rumah orang-orang tua, kami nak pergi bersma. Nak bangun tiap-tiap pagi   sambil habaq ai-leb-yu dan tengok muka beliau walaupun time tu dah tua, dah berjanggut, dah beruban atau mungkin dah botak..Tapi lelaki ini lah yang saya sayang sampai akhir hayat saya. Yang tetap handsome dalam jiwa dan kalbu saya..Kalau boleh, saya nak mati atas pangkuan beliau..Kalau boleh..Amin..  *nah ambik ko. Muntah darah secara pukal* 

Okay dah merapu sakan dah ni..Nak sambung berangan dalam mimpi. Good nite uolsss.. Muah, muah korang sume.

Hugs and kisses,


*Gambar ehsan dari Encik Google*

March 28, 2011

Sayang tak?

Saya tidak sihat hari ni. Salbutamol yang saya dah telan buat saya meggigil dan menggeletar ala-ala pesakit Parkinson gitu. Nak menyelit update blog pun amat susah sekali. Pagi-pagi buta dah buat lawatan sosial ke klinik 24-jam. Nasib baik bukak..kalau tak, dah mati kejung atas katil tak dapat bernafas. Jap, haus la pulak. Minum ayaq sattttt......

Okay mai sambung balik. Memandangkan hari ni tak sihat, mode pun jadi gatai-gatai keladi...*aku rase macam hari-hari je aku gatai...* Angin gedik sepoi-sepoi bahasa bertiup kencang, berpusar-pusar dalam badan ni. So amaran untuk korang, entry ini ialah edisi GEDIK y'all~

Korang sayang tak marka korang? Tak kisah la boipren ka, gepren ka, tunang ka, suami ataupun isteri hang. *bukan hak orang lain naaa* Kalau uolll tanye i oll, I oll of course la sayang marka I oll. Hari ni dua kali dah boipren tepon, tanya khabar. Yela..saya kan jauh dengan family, kekgi apa-apa hal, risau pulak dia nanti. Walaupun kami selalu bergaduh manja ala-ala kucing gatai dengan tikus miang gitu, tapi boipren sangat caring ye. Penyayang pulak tu. Handsome, comel, cute..wahh..Sat gi kembang kempis lubang hidung boipren I oll. *U, I tau dah dari mana u inherited such lovely traits. Tettt!* Tapi tu masa level gedik kami dah tahap dewa la kan..kalau tahap ala-ala muat selit celah gigi, gaduh sakan bagai nak tergolek-golek atas rumput macam kucing dengan tikus, masing-masing malaih nak layan. Masing-masing nak menang. Masing-masing keluaq ayat propa yang tak boleh blah langsung..Tapi of the course la kan..kucing lelaki menang bila fight dengan tikus perempuan. Ala...kami gaduh-gaduh manja.. Meeoowww~

Gaduh-gaduh manja ala kucing dengan tikuih dak salah kan? 
Hai...apelah ertinya cinta suci kalau takde gaduh-gaduh manja...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kuku jari tangan kan...Auwwww...Bila dah baik, sweet..sayang sayang bagai...bunga tahi ayam pun wangi...I sayang u, u sayang i...Muah..muah..Hepp!! Gila ka apa?Mana boleh cium-cium. Kahwin dulu naa.....Sat gi kena pukul mak bapak baru tau...

Kawin? Hmmm...memang itulah niat kami..stressed tau nolk. Dah la darling-darling BFF semua nak masuk musim mengawan dah...Pastu semua orang dok tanya soalan cepu emas gangsa berlian bagai "BILA NAK KAHWIN??"..Kami hanya mampu tersenyum-senyum riang ala kerang busuk, dan menjawab dengan yakin dan tenang, InsyaAllah..(mata ke atas, tangan di dada)

Sabaq naa..tengah menyimpan lagi ni..Pagi-pagi lagi boipren dah sms, suruh simpan duit together-together. Auuwww...bertambah gatai diri ini. Apakan daya, ku hanya insan yang lemah. Tett! Tapi memang itulah tujuaan kami. Boipren tengah tunggu masa sesuai nak buat declaration to his fmily. Dup dap dup dap dup dap. Cuak uolsss.....Rasa macam tak layak je..Tapi satu je saya..saya sangat respect dan kagum dengan family beliau. Sangat very the close gitu..Rapat dan yang paling best, loving. Dan yang paling super best, beliau still ada nenek. Tu yang best. Maklumlah...cheq kekurangan belai kasih seorang nenek. Kdang-kadang jeles tengok anak sedara bermanja dengan mak iollss.. Nak nenek jugak, boleh?

Yang paling penting...cheq sayang boipren cheq. Harap-harap kami dapatla live together-gether happily ever after. Macam dalam cite fairytale. Pastu duk dalam istana besaq, naik kereta kuda yang cantik. Kat istana ada taman bunga ada buai, sat gi petang-petang bergurau senda kat taman dengan beliau. Nampak benor menipu..kata Usop sambil menggoyang-goyangkan tangan kanannya..

And they live happily ever after...like in a fairy tale..

Saya sayang boipren saya. Wah staatement gedik berani mati gitu...Korang sayang dak buah hati korang??

Muah muah kat korang!!

Hugs and kisses,


*Heppp...jangan curik doodle saya. Hakcipta terpelihara..*

March 27, 2011

Welcome back, pain.

I never thought that you would come back after months I feel so comfortable without you hurting me. I know that you already there since last 2 days. I can feel it. Ingatkan dah ok lepas few months kau tak datang..Malam tadi terjaga dalam pukul 4 pagi...bergaduh dengan kau. Kau ingat tak sakit ke? Alahai...

Bangun pagi hari ini, kaki dah start mengembang dan sembab. Badan dah mula rasa nak demam. Apa tak nya, penat melayan karenah pentadbir kat tempat keje. Itulah, inilah...stress..Bila stress, makan pun tak menentu. Takde pantang dah. Haih~They don't know what I'm facing right now. I just don't want to tell them cause I don't think I need to tell them. And my family also. Lucky me, they don't read my so called diary. I just don't want my family worried about my condition. *Hopefully*

Selamat pagi kaki bengkak.
Nampaknya kenalah pergi check. Sumpah malas. Nak kena amik darah, check urine. Leceh betul....

Korang tak payah la jeles tengok aku kurus keding. Bersyukur sebab korang sihat. Doakan aku. Aku takut tak sempat kahwin..Uwaaaa~ *sempat menggatai kan...*

Hugs and kisses,

March 22, 2011

Rambut panjang.

Tadi geng cakap dia baru potong rambut. Ringan sikit kepala katanya..Hmm...lama dah tak potong rambut. Rambut pun dah panjang...

Muka pale, baru balik keje..

Ye..rambut saya baby curly di hujung...teringin plak nak buat rebonding bila rambut dah panjang ni...tapi mereka cakap jangan sebab orang pergi buat rambut curly macam ni, ko nak pergi luruskan. Panjang dah rambut. Nak potong ke tak? Lama dah tak ke salon..

Korang.........................Jom dinner?

Hugs and kisses,

Tapi kenapa bukan yang itu?

Hai korang. Sihat? How's your day? How's your school? How's your work? Hopefully everything's fine. Hari ni Cikmai tak ke sekolah. I had a one day course of teaching phonics. Okay, bergulung-gulung lidah I uolss! Lepas ni, I should remove my American accent in my speaking and trying to adapt with British accent. Bukan tak nak..nanti orang cakap Cikmai poyo la pulak kan. And personally, I think that the American accent is more easy and rasa macam ala-ala geds bila speaking y'all! Kuangkuangkuang.

Okay abes dah intro merapu. Hari ni Cikmai ada satu soalan. Kenapa ya, most of the girls, women really like pink? Termasuklah tuan empunya blog ni. Ye, kaler yang sweet, comel, lagi cantik tu...Pink, oh, pink! My bag is pink in colour. And I love that bag so much because it's pink! My bantal busuk is pink, my blankie kaler pink, my phone is pink, pen kesayangan saya (hadiah dari sweetheart) juga berwarna pink. Hari juga telah memakai pink from top to toe. Naseb baik my car tak warna pink. Kalau tak sure sweetheart takmo naik kereta Cikmai.  

Tapi....Kenapa saya suka warna pink???

Satu, sebab saya perempuan. Sejak dari lahir lagi, barang-barang baby girl memang dah sinonim dengan kaler pink kan? Macam alahai...sweet gile kaler pink ni dengan girl. Lembut dan penuh sopan santun. Macam bila perempuan pakai pink je, wah........................comel nye...(perasan diri sendiri comel di situ..ahhh..lantak!). Tapi ada jugak guys yang suka kaler pink nowadays. Kan?

Dua, sebab kaler pink itu sangat comel. Ye, perasan tak kaler pink tu comel? Cikmai kalau nampak benda kaler pink, akan automatically cakap "Wah...comelnye benda ni..sebab dia warna pink!". Sebagai contoh kan....ala..tak payahlah nak contoh-contoh..memang comel dah. Kan?kan?kan? Ngaku jela.....

Tiga, sebab saya seorang perempuan yang comel. Bhahahahahahaha!! Ya Allah, perasaan sungguh. Eeee....comelllllllllllll sangatttt!!!!! (Mata ke atas, tangan di dada)

Ntahlah, bila nampak benda kaler pink terus je jatuh hati. It comes naturally. Cikmai sukaaaa semua benda yang kaler pink..Tapi..ada satu benda ni kan kaler pink jugak la... Dalam dunia reality, benda ni huduh bebenor rasanya. Tak selera..Dah la tu..kotor yang amat. Harammmmmmmmmm....Tapi bila dah jadi  soft toys ka...macam comel gila babs!! Rasa nak beli dan buat koleksi..tapi tak boleh...Benda apa tu? Benda ni ha....

Hep! Jangan curik doodle saya!
Alahai...comel kan? kan? kan? Semua benda pink boleh suka..tapi kenapa bukan yang itu??

Korang suka kaler ape? Muah muah korang sume!

Hugs and kisses,

March 21, 2011

Masuk dalam list..Yeehaa!

Amboi-amboi..list shopping ka? Orang tengah gawat, hang ada pulak masa nak shopping kan??? Hello, I keje penat-penat ni, siang malam, memang nak habiskan duit kat shopping..*sambil mata pandang ke atas dan ke atas, tangan ke dada..* Adeyh~ bukan list shopping la...list itu..Itu tu ape? List itu la..Ape lagi..

Okay, memandangkan sedang berkira-kira ke arah itu, ada la request dari sweetheart dan Cikmai. Tapi list saya baru ada satu. Sweetheart dah ada dua. Yela, perempuan kan kena bagi lebih. 5 berbalas 7, 7 berbalas 9. Jadi dengan tahap laju, cepat je beliau membuat request.

Sweetheart request:

PlayStation 3
Amboi..sakan na.. Nasib baik tak mintak PS4..Tet! ! Orang dulu-dulu tak ada pulak bagi congkak ke, bola sepak takraw ke as hantaran. Kuangkuangkuang..perlulah membanting tulang dan mengumpul duit supaya berkepuk-kepuk sebab sweetheart request ini:

Bolehle teman tumpang main sekali..=p

Boot bola
Haih~ dah nama pun orang lelaki kan...so kalau dah bagi boot bola ni, tak payah la beli kasut yang boleh bawak pergi kerja tu kan? Betul tak? Takkan nak bagi kasut sampai dua? Tapikan..boot bola yang macm mana tu? Adeyh~

Baru dua je requestnya..Tapi dah macam nak sentap hati mak nak..kuikuikui..Okay, jom tengok benda pertama dalam list Cikmai.

Cikmai request:

Mini Diana & Flash - Love Is In The Air
Weewit! Comel gila babs benda ni okay? Mulanya Cikmai request DSLR dan beliau dah mengangguk tanda setuju..but then Cikmai macam lagi tertarik dengan lomo camera ni. Lagipun beliau dah ada D90 kan...buat apa nak ada banyak-banyak..Kira macam abang pakai D90, ayang pakai lomo cam...auuuwww~Abang??Ayang?? Muntah aku.. Jom tengok tahap kecomelan benda ni:
Owh..Idaman..Pengsan sekejap.
Okay, comel bukan? Letak atas dulang...bayangkan...weeeeeee~ Terlebih excited di situ..Jangan excited sekarang..Kumpul duit cepat-cepat. Hmm..Kalau jadi tokey ayam pun bagus jugak nih...Harga ayam tengah naik. Amacam?

Muah muah korang sume!

Hugs and kisses,

March 20, 2011

Siri tonsil dan ice-cream..

As I told you earlier, sweetheart is not feeling well. He still has the fever and for the worst, his tonsil is swollen. I always have a tonsil problem before and present..and whenever it's swollen, doctor will advise me to eat ice-cream. Ye sayang..ice-cream. Bukan ice-cream Malaysia or air batu ye..yang itu a BIG NO NO okay? Ice-cream ni yang creamy tu macam vanilla or maybe chocolate. So I decided to take my sweetheart off to ice-cream dating.

When I asked him out for an ice-cream and told him that my doctor advise me to eat ice-cream, he was like "Really?Serious?" Macam tak percaya gitu. So after Asar, gerak ke rumah beliau..Gombak to Subang dah rasa dekat macam nak pergi Wangsa Maju je..Tet!! Sampai rumah sweetheart, sempat pulak usha anak-anak jiran sebelah yang comel tu..Sempat salam-salam..Alahai...comelnye..Geramssss!

Before off to ice-cream thingy, kami menyinggah di Asasi UIA, hantar Zaffri. Then baru gerak ke Subang Parade. Belum sempat sampai Baskin Robbins, sempat pulak menyinggah KFC..Sweetheart mengidam mashed potatoes. Then baru la ke tempat kejadian. Paksa sweetheart makan ice-cream..bagi sejuk tekak beliau...Huhu~

On our way back, sempat menyinggah di satu lokasi..Buat survey untuk masa depan yang cerah, insyaAllah. Survey survey apa yang patut....Nampaknya sweetheart juga telah berkenan dengan pilihan hati Cikmai. Syukur... Kan dah cakap, Cikmai suka benda yang simple. Pilihan tu lebih kurang yang macam ni la...bukan lebih kurang dah, tapi adalah macam sebijik-sejibon...

Cantek bukan? Simple gitu..

Okay, tak nak cakap lebih-lebih. Nanti mengundang spekulasi. Kami mengamalkan konsep perlahan-perlahan kayuh. Slow and steady, win the race gitu.. Sweetheart tu teliti orangnya...Kuangkuangkuang...Lagipun kan dah cakap, sweetheart suka buat surprise. So..tunggu...kalau ada rezeki, insyaAllah..

Good night korang..Muah muah!!!

Hugs and kisses,

Sabah bah!!

Wah...tengok tajuk dah tahukan..nak update alkisah cuti-cuti Malaysia hari tu. Sambung balik entry yang lepas. Okay, lepas je packing dan tertidur sakan, the next day tu pagi-pagi buta dah shoot ke LCCT. Lepas check-in, terus g solat Subuh. Then tunggu flight and off we go.

This is my first time jejakkan kaki di negeri Land Below the Wind ni..ecece...speaking London gitu. Teruja jugak la..But the day before we take-off, great earthquake and tsunami melanda Japan. So dapat berita tentang amaran tsunami di perairan Sabah la...laut bergelora la....macam-macam lagi. Malam sebelum terbang tu, BIL and abah dah tak boleh nak tidur. Yela risau kan...Tapi tiket dah beli...barang dah packing. Anak-anak dah excited..kalau tak pergi macam satu kekecewaan la pulak kan..So before fly, pagi tu (if I'm not mistaken) BIL dah siap call Jabatan Meteorologi (betul ke ni? ke Jabatan Kajicuaca? ntah) Malaysia, asked them about the real situation..and Alhamdulillah he said, InsyaAllah everything will be okay.

So kami teruskan la journey kami. Tapi sampai-sampai je Kota Kinabalu, cuaca memang tidak memuaskan...Hujan lebat. So kami tak dapat jalan-jalan sangat. Saya just online dibilik. Bergolek dan bergelak ketawa bersama nieces and nephews. Kelakar tengok gelagat dieorang main telefon..calling-calling padahal duk bilik sebelah je pun..Connecting room lagi kau..huahuahua.

Since hujan lebat berserta angin kencang, malam tu pun kami duk je kat hotel..makan pun di hotel yang kami menginap tu je. Owh ya, lupa pulak..kami menginap di Sutera Harbour. Mulanya nak menginap di Karambunai..but since kejadian tsunami tu, kami jadi macam cuak as Karambunai memang near to the sea. Huuu~ Tapi. . . . hari-hari berikutnya, cuaca superb. Alhamdulillah. Dapatlah saya menjalankan tugas sebenar saya ikut vacation ni. Tapi terkilan sebab tak dapat pinjam "baby" Encik Boify. Kalau dapat pinjam, sure lagi melets gambar-gambar i nolks. Ambik ko! Perasan di situ.

Okay, overall what I like most kat Sabah is the food!!! Of the course y'all! Hentam makan itu dan ini...Now tengah merana...Aik? Makcik, pakcik, datuk, nenek jerawat dah datang visit saya tanpa diundang. Huahuahua.. saya perlukan cream super power!!! Jerawat's family yang sakit ni, tolonglah visit orang lain pula ye...secepat yang mungkin. Sekian, terima kasih.

Well, kalau nak dibandingkan dengan Sarawak, makan kat Sabah memang bagus!! Tourist guide juga adalah lagi handsome berbanding tourist guide di Sarawak dulu..Auuwww~ cuci mata di situ..Tapi dah kahwin la....ishk...melepas..kuangkuangkuang..

Bercakap tentang shopping-menyopping pulak, Cikmai takde la shopping sakan. Dah cakap kan..tugasan utama is mengambil gambar. So memang tak berapa sempat nak shopping sakan. Lagipun a bit expensive la..Maybe tak pandai tawar-menawar kot..So kepada teman-teman yang tak dapat souvenir, sorry ye. InsyaAllah, ada masa will repeat again..then aim utama baru shopping.

Jom tengok-tengok gambar sekeping dua.

Gambar ni shoot dari tepi jetty je..bayangkan kalau dapat snorkeling...Nikmatnya!

Ni la Hakim, our tourist guide. Amacam? Handsome tak?
Pemandangan sekitar hotel..Nak sebiji kapal macam ni, boleh?
Pasar Philippines. I like the sky.
For more picture, sila tengok di album at Facebook saya ya. Kalau tak boleh view, sila add Cikmai dulu.

Okaylah nak siap-siap sedia berdating makan ice-cream dengan sayang saya. Will catch you guys later.

Muah, muah korang sume!

Hugs and kisses,

Emosi agak stabil, mungkin?

Ya, tapi belum fully stabil ok? Ini adalah entry sambungan untuk entry Jangan Main Api sebelum ini. Bukannya apa..daripada korang duk syok main dengan api, baiklah korang main dengan benda lain..for example, chocolate ke, duit ke..miahahaha...mata duitan di situ..kuangkuangkuang..

Okay, correction should be made here. It's not that I won't forgive you until when-when(sampai bila-bila.*haha*) tapi...not now. Really, really not now..

Mungkin nanti? Nanti-nanti la..Manalah tau kan..kot-kot lepas ni berjalan-jalan di Wangsa Walk atau mungkin di mana-mana, Cikmai terjumpa maaf tu...haa....then you are forgiven.

Muah muah untuk korang sume! (except kamu)



Hugs and kisses,

March 19, 2011

Alahai...I jadi cair dengan u..

Entry ini sekadar mahu berkongsi feelings yang dah berbunga-bunga ibarat macam seekor kucing yang sedang gatal..Meowwwwwwwwwwwwwwww!!!!

He's not feeling well since last Thursday..So teman beliau ke situ dan ke situ bersama seorang geng beliau..Actually niat yang paling utama ialah nak melawat cinta hati yang demam. Serious, memang risau. So on my way back, he texted me:

Him : Syg, u katne dah? U jgn tinggalkan I eh. Promise? I syg u.

Me : Kat Sri Petaling baru. Jammed...B, I takkan tinggalkan u..I promise syg. U pun jgn tinggalkan       I..promise?

Him : Mestilah b..I syg u..hati-hati driving tu..

*Dang!! Hati telah cair semasa memandu sambil makan roti sapu planta dengan gula* 

I just love him so much. Sedetik Lebih untuk u sayang.

Okay..ade sesiapa yang rasa meluat dan nak muntah?? Meoowwwww!!!

Muah, muah, muah!

Hugs and kisses,


Update bah!

Syuhhhhhhhhhhhh...pergi jauh-jauh angin malas nak update yang sedang berpusar-pusar dalam badan ni. Dey kici, jangan malas boleh tak? Dulu masa baru buat blog, bukan main lagi kan, kalau boleh setiap benda nak update. Bangun tidur, mimpi ape masa tidur, pakai baju baru, beli kasut baru, semua bagai la nak cite kan. La ni, malas gila babs. Ambik ko!

Sebab angin malas sepoi-sepoi bahasa masih lagi berpusar dalam badan ni, so Cikmai rasa kalau boleh nak sumbatkan one week nye update dalam satu entry. Of the course la kalau boleh dan mampu kan. Eh, jangan la risau sebab belum tentu entry ini akan jadik panjang berjela-jela sampai 10 muka surat. Percaya tak? Tet!! *dengan harapan angin malas berhenti berpusar-pusar..Help?*

Okay, school holidays will be the best moments ever in my entire life. Sebab? Sebab Cikmai cuti la..ape lagi...Cuti-cuti pun otak serabut fikir pasal sekolah..ape tak nye...letak nama Cikmai untuk kelas tambahan tahun 6 without asking me first. Dah tentu la vacay ni dah plan dari last year lagi kan...Bulan 5 ni insyaAllah ke Langkawi pulak. So kena save the date. Ape? Ingat kami-kami yang single ni, tak de plan ke? Tak de family ke? Family will always come first lor. Eh, kan nak cite pasal cuti..tak mo serabut otak... weewooo!

Jumaat lepas settle keje, terus je mencabutkan diri balik rumah.. Tapi sebelum sampai ke rumah, sempat pergi jumpa Cik Puan Liyana Alias. Memandangkan Cikmai tak dapat nak menghadirkan diri pada hari kejadian sanding-menyanding, so jumpa sebelum kenduri apa salahnya bukan? Tapi sorry dear, hadiah after this k? Hari tu serious tak sempat.

Okay..sampai je rumah beliau...rasa nak pengsan tengok pelamin, mini pelamin, bunga telur, hantaran..OMGeeeeeeeeeeee!! Cantik and mewah sangat ye uolss! Jeles mak. Paling suka mini pelamin untuk majlis akad nikah.. Sebab dah suka sangat, maka, snapla photo dengan bakal Puan...Dah Puan pun sekarang ye...Tet!

Puan dan Cik.
*Owh..yang tudung biru tu agak tembam dan gundu di situ. Harap maklum.* Wah...yang baju purple tu dah berinai, yang baju biru tu bila lagi? Oppsss.....soalan cepu gangsa gitu. *Yang baju biru tu baru nak sedut-sedut aura..huhu* Lupakan soalan itu...tengok mini pelamin tu, simple dan cantik bukan?Suka!!!! Suka sangat sangat!!! Cikmai memang suka yang simple-simple ni. Tak serabut-makbut gitu..Congrats Puan Liyana. Semoga kekal ke anak cucu, cicit dan akhir hayat. Amin.

Lepas jumpa Puan, saya terus bergegas pulang ke rumah, packing-packing barang..Takutla kan...kot-kot le terbangun tepat2 pada masa, haa....terkentut-kentut la kan nak packing. Masa tu la nak terembat barang orang lain. huahuahua. Lepas packing, kunun-kunun nak berFacebook kejap, haram jadah...ngantuk bangat deh...terus je tidur.Huahuahua..

Lepas tu ape jadi? Haaa...tunggu la ye..nanti update lagi.. Pusaran angin malas ni makin kuat la pulak.Adeyh~ Tadi kan main lagi kan...semangat bagai..tet!

Muah, muah untuk korang semua! I lap u olss!

Hugs and kisses,

March 17, 2011

Jangan Main Api..

To whom who may concern,

ah, senang cite ko la..perempuan keje dekat BESSAR nama Haanim. Jangan harap saya akan maafkan awak. Sampai hujung nafas pun, jangan harap. I think I have the right to do that. Sape suruh hang gatai sangat? Siap pegang tangan bagai kan...nasib la. Ampun ya...teremosi sikit.

Tiada maaf bagi mu.

March 12, 2011

Entry sejuk.

Haih....lain macam je bunyi entry? Sila jangan salah faham..entry ni bukan nak mengupas mana-mana isu yang dah sejuk..tapi sebab cuaca kat sini sejuk..hujan je sejak sampai tadi..dapat pulak amaran gegaran la...tsunami la...haih..risau hati mak nak...tapi insyaAllah..hopefully takde pape...

Oh ya, Cikmai malas nak mengupas tentang keputusan pilihanraya DUN Merlimau hari tu..kan dah cakap ini bukan entry isu yang dah sejuk. Lagipun dah tau dah siapa pemenangnya kan.. So tak payah nak kupas-kupas lagi...

Dah sampai Sabah dah..tapi hati masih serabut..otak masih kusut..jiwa makin kacau..macam-macam yang kena fikirkan...lebih baik le tidur..

Okaylah you olss..minta ampun la asyik post entry pendek je kan....huahuahua..

Okay geng, good night.

Hugs.

Ya Ampun!!!

Ya Allah, ampun!!!sgt lama tak update blog. Tersangatlah busy. Minta ampun ya Kak Siti..dan kepada semua reader yang lain juga. So how are you guys? Sihat? Alhamdulillah..lega dengar kamu semua sihat. Cikmai sihat alhamdulillah..cumanya jari ni masih lagi sakit akibat injured last week. One of my friend said I have to go to the hospital..nak kena x-ray..takut ada patah riuk bagai...kurang pulak hantaran nanti..walaupun hanya jari kelingking, tapi amatlah bermakna..baru ku tahu kenapa Allah ciptakan manusia ada 5 jari setiap tangan..susah nak genggam tangan tau kalau tak de satu jari..Especially nak masa nak putar-memutar stering kereta....huhu...tengoklah nanti bila ada kelapangan, akan ku buat lawatan sosial di HKL..kan dah ckp..sangat busy dan penat..

Panjang bebenor introduction Cikmai ni...sampai terlupa pula nak ckp yang now Cikmai di Kota Kinabalu..so far cuaca ,Mendung dan hujan..terdengar khabar pasal laut bergelora dipersisiran pantai Sabah..doakan kami sekeluarga selamat ya..

Oklah nak solat dan get ready to pusing-pusing bandar KK.

Jumpa malam nanti, insyaAllah..