Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

Showing posts with label Oopppss... Show all posts
Showing posts with label Oopppss... Show all posts

April 19, 2013

The first lesson

Okay, let's just keep the honeymoon entry rest in the inbox for a while.When I feel like wanna blog in English it means I have something that keep on disturbing my emotions that I need to let it out and get it off from my chest.  Being married for 41 days had already gave me one lesson. One unbelievable lesson. 

"Always look at the good side of other people even if they didn't do the same thing to you. When the situation is getting tight, just leave it to HIM. Accept it as a trial to make you strong and even more stronger. Ignore those that can make you suffer but never ever turn your back on them. Remember, ALWAYS look at the good things in them. Pay no attention to their bad side, put it away. I believe that a mountain of prayers with the ray of hope, everything is going to be just fine. In shaa Allah"

Husband is my everything now. He knows his wife so well and more importantly, he knew the things that going on between us. Some people love to exaggerate things just for fun. Maybe they need more attention or maybe they should help themselves to get out from the sea of jealousy. Well I don't know. Allah knows best. 

The lesson was unbelievable.

Close my eyes, take a deep breath and exhale. I'll be fine. Things are going to be just fine. Time will heal everything. Good night everyone.

Hugs and kisses,
Cikmai

May 19, 2012

Tolonglah tidur!

Bila malam datang pastu Akma cuba paksa mata untuk tidur tapi mata tak mahu nak lelap...Akma selalu terfikirkan sesuatu. Then mesti teringat benda tu. Benda lain tak teringat pulak. Alahai...nasib la bukan Khamis malam Jumaat. Benda ni kalau terfikir mesti nak jengah-jengah bawah katil. Pantang dengar bunyi skit. Mulalah melilau-lilau mata dalam gelap nak tengok benda ape.

Korang nak tengok ke benda ape yang tengah difikirkan ni? hmm....tak payah la...sat gi korang plak tak leh tidur....Akma pun seram nak tepek gambar die kat sini. Kang satgi terbayang dia golek-golek...aihh..simpang!!! Dalam banyak-banyak kaum dia, hat dia ni la yang paling seram. Padahal dia simple je kot. Macam gula-gula. Tapi sumpah meremang bulu roma.

Ya Allah. Lelapkan lah mata ni. Dah baca doa tidur banyak kali dah ni....Jangan fikir lagi, boleh tak?

Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut. Amin.

Assalamualaikum.

Hugs and kisses.


December 17, 2011

The first Malaysian Gay Marriage.

Last night when I couldn't fall asleep, I browsed through some blogs..Phew! Rasanya dah famous dah cite ni. Iolsss tak tau nak komen ape..The first Malaysian gay marriage ever in Dublin. Nauzubillah..

Korang kenal tak dengan Ariff Alfian? Siapa makhluk ni? Well he's a Malaysian medical student sponsored by Petronas yang telah dikatakan hilang dalam dunia gay beliau...Lagi nak baca cerita klik sini atau sini.

Uolsss layan je la sekeping dua gambar..Rasa nak muntah tengok nye..

Wah...dah kahwin..Jeles uolsss!!!!Kuangkuangkuang..
Cograts uolsss!!! *Mata ke atas, tangan di dada*
Siap pakai baju melayu gitu.....Kerlassss ko Ariff! Segak bergaya. Kuangkuangkuang...Ya Allah!! Nak kiamat sangat dah ni.

Pssstttt.....gohjes-gohjes sekalian..amalan kite dah cukup ke?

Credits to Aku Anak Pahang dan RotiKaya.

Hugs and kisses,
Cikmai

Just be yourself.

What? A copycat? Like seriously? Just like in the picture below, eh?

Picture courtesy from Mr. Google.

Hurm...Let's see..Copycat. Someone who copies another person's attitudes, hobbies, IDEAS, etc. Jeng,jeng,jeng!!!!!Looks like someone out there is being a copycat... I browsed through one of my not-so-buddy's blog and I was jaw-dropped. It's like reading, looking, seeing, entering my own blog! Gosh! They just look the same! The colourful fonts...the black background...and the same size of fonts...the way that the wishlist is written..they are all the same with mine. Iolsss boleh pitam akibat terkejut monyet!

And that's the reason why I changed the look of my shabby little ramblings box. I just downloaded it from the internet. Senang, mudah, berkesan nolks! Walaupun tak le meletops sangat macam yang dulu tapi still gohjessss ye datin-datin sekalian!! Gitu...Lagipun dah tentu-tentu ramai makhluk dalam dunia ni pakai template cam gini kan? Takde la nanti nak meroyan sangat kan? Buat penat je perah otak pakai juicer bagai nak dapat idea gitu gini..last-last ade jugak yang seketul sama kan? Ampunnn!! Pitam sepuluh saat!

I just don't understand with that type of person. Perlukah tiru sebijik sejibon dengan blog iolsss?? Tak elok tau...Nanti iolsss babap baru tau...Nak kena babap ke? 

Pesanan iolss untuk datin-datin gohjes sekalian...Please la be yourself. Tak rugi pun..

Kepada makhluk itu...cantik sangat blog kau nolks! *Mata ke atas, tangan di dada* Bye...cau cin cau...Zassss!



Hugs and kisses,
Cikmai.





December 16, 2011

A wide smile.

Hey guys...I shouldn't be that sad..It is Friday dude! Or should I say Flyday? Yay!!
Furthermore, just because things aren't good now, doesn't mean they will be that way forever..
Right? So smile!
And as long as I can spend all my money to shop, I'll be fine then. Ho yeah!♥

Hugs and kisses,
Cikmai.

November 12, 2011

Malas ke?

Sneezing! Maklumlah kan blog indah lagi bersawang. Sejak dua menjak ni terasa malas betul nak update. Once terasa macam nak quit blogging. Why? Dah mula rasa life is not that too interesting to be shared with. Atau pun malas. Malas ke aku? Malas ke? Sila nilai diri sendiri.

Ternyata ramai betul yang buat entry pasal 11.11.11 semalam. Me? Duk diam-diam je sambil membaca blog orang. Sebab tau dah ramai bebenor yang akan post entry yesterday. Seronok blogwalking ni. Chop. Korang dah tengok tak video parody Cinta Muka Bulu? Pergh...lawak habis nolks. Kerlassss! Terbahak-bahak ketawa sorang-sorang last night. "Dan pabila kau katakan kau suka BULU." hahahahaha! Jom layan!


Ku rasa berBULU tapi bahagia....hahahahahahahaha!


October 14, 2011

Hurmm....

Okay. I bought a tudung. Tudung yang orang sekarang duk ramai pakai tu...tapi I masih lagi nak mencuba-cuba pakai. Rasa macam muka ni tak berapa sesuai pakai this kind of tudung. Or maybe I rasa tak biasa kot. 

Bila pakai rasa macam lebih tua dari my biological age. 


Nampak tua..haih~ Ok, eyebag macam orang tak tidur 10 tahun. malas nak layan. daa~

Hugs and kisses,
Cikmai.

October 11, 2011

Quickie

Well, when you are in the mood of blogging, sometimes you just need few minutes to post an entry. You know what? I really wanna to ramble few things that keep mingling inside my mind right now. How I wish I have times to dance my pretty fingers on my shabby keyboard. Damn! I need 25 hours a day instead of 24!!! Boleh tak macam tu?

I have stacks of workloads that need to be settled within this week. And I miss my family so much right now. Nak balik kampung pun tak de masa...apantah lagi nak update blog. You understand how busy I am? Kalah Perdana Menteri kan? Ok then, I have class after this. Will catch up with you guys later on after this. 

Miss you guys so much! 

Footnote: I think I'm getting stronger la..Thank You Allah.=)

Hugs and kisses,
Cikmai.

August 14, 2011

Well....

I will update my 2nd week of Ramadhan journal later. I still have Sunday to be treasured in few hours. So let's just wait. 

Oh, by the way, he already downloaded a wedding checklist from Mr.Google. Ask me??Nahhh~  How I wish I could be so particular like him.. But I'm sorry honey..I just can't stop myself from being unexpected and messy. Derr~ T_T

Hugs and kisses,
Cikmai

August 07, 2011

Rezeki untuk tabung kahwin?

Salam. Seharian tak online and bukak FB melambak notifications. Huu..And check inbox PM..ada offer to be model bertudung. Dan I akan di bayar. Err...Mari berfikir sekejap. Kalau ikutkan, ini salah satu lubang untuk I tambahkan tabung kahwin. Tapi...tak biasa nak posing-posing depan orang. 

Lagipun.....Encik Sayang tak bagi. Dan saya ialah yang menurut perintah. Good bye golden opportunity..Hope to see you again next time.

Hugs and kisses,
Cikmai

July 19, 2011

Hari ni duk membelek-belek blog I ni. Ya Allah..Baru perasan. Akma, kau dah ketinggalan ke ape? Atau mungkin kau tak sedar diri? 

.
.
.
.
.
.
.

Nampak tak 2010 tu??

 Wishlist untuk 2010? Gilaaaa. Okay, okay..will update it soon. Kuangkuangkuang..

Hugs and kisses,
Cikmai.

OMG!!!!

Telah terjumpa satu blog yang designnya sama seakan-akan macam saya. Okay. Pitam sekejap. 

Hugs and kisses,
Cikmai.

June 26, 2011

Hihi..

Sekali lagi post jakun. First day pakai contact lens...well it's not that bad... Selesa je...

Muka mirip haiwan peliharaan mintak makan...Tak semenggah betul..
 Muka macam nak excited kan? Yelah..contact lens termasuk dalam senarai benda yang aku gerun...So ni actually salah satu therapy yang aku buat nak atasi kegerunan aku. See...dalam dunia ni sebenarnya kita boleh je nak overcome our fears. All you need is mind setting. Tapi untuk pakai braces, errr.......it may take some times kot...Sabar ye Dr. Ferhad. Bukan tak nak pakai but not ready yet. Atau lebih tepat, masih lagi takut....nak betulkan mindset dulu...Lalalalala~

Mode: Batak-batak exciting. Hihi.

Hugs and kisses,
Cikmai.

June 25, 2011

Selamat Hari Lahir Cikmai!!!

Okay. I'm not going to talk about my birthday. It's so lame. Cite benda lain boleh kan? 

Pagi tadi bangun je tido, datang satu angin kus-kus bertiup kencang suruh aku beli contact lens. Lepas je settle keje kat sekolah, terus gerak pergi Giant dengan semangatnya. Yay! Dah beli. Thanks kakak Optometric sebab tolong ajar aku pakai contact lens. Semangat tu penting ye uolsss.....

Wah........balik je rumah, duk blink-blink mata gaya budget comel sambil menyanyi-nyanyi lagu Happy Birthday dalam hati. Contact lens tidak termasuk dalam wishlist. Tapi gatai nak kan... Babe, agak-agak Dollah terpikat tak nanti? Kuangkuangkuang.

Monolog untuk diri sendiri : Selamat hari lahir yang ke tut..tut..tut... Semoga anda akan menjadi insan yang lebih comel dengan memakai contact lens. Selamat maju jaya. 

Mode: Batak gila..Semua orang pun dah pakai contact lens. Lantak. Ada aku kesah?

Hugs and kisses,
Cikmai

May 31, 2011

Tak baik buat begitu tau...

Hai semua. Malam ni nak turn on mode Cik Joyah. So nak tukar kejap nama jadi Cik Joyah, boleh? Macam over la pulak kan...hihi. Tapi adalah terasa macam nak bergossip sikit..sikit je tau uolsss..Bukan nak mengata atau membuka aib seseorang..tapi benda ni berlaku ye dik non...Walaupun terkena tempias, tapi memang sentap hati mak nak...

Sometimes I feel like the world is getting more weird every each day. So many unthinkable and unexpected things happened, like every day I guess. Okay, malas nak bagi intro panjang lebar. Sat gi merapu plak kang.Let just straight to the point. Adalah perempuan ni, I malas tau nak describe her lebih-lebih..Tapi jenis yang kalau dah suka kat laki tu, kalau dah aim kat laki tu, tak kira boyfriend orang ke, suami orang ke....dia sapu!!!!! Bukan hanya sekali buat macam ni. Lebih dari sekali. Pernah jumpa tak spesies macam ni? Pernah tak? Pernah tak?

Kadang-kadang I kesian tau kat perempuan yang macam ni. Like tak de ke laki lain selain suami orang dan bapa orang? Dah desperate sangat ke? Dan laki tu sudah pangkat bapak dah dengan hang. Sedaq la diri tu. Berdosa tau meruntuhkan rumah tangga orang lagi-lagi yang dah 25 years of marriage. Yang si suami pun satu. Dok pi layan tu buat apa. Kalau niat adalah ikhlas, takkan sorokkan mistress anda tu. See...geram ni.

Tapi yang cheq pelik kan...Ada je laki yang syok kat perempuan yang cheq maksudkan tersebut..tapi sebab laki tu poket agak kurang mungkin, perempuan tu tak layan..Tula masalahnya perempuan sekarang ni. Memanglah duit tu penting, tapi janganlah sampai runtuhkan one happy family. Kau pakai guna-guna ke ape? Tett!!

Kadang-kadang terfikir kenapa la kan sesetengah perempuan pandang poket laki then tak kira la laki tu dah berkeluarga ke apa...Dia ngurat jugak. Tak mananya laki tu akan tersangkut kalau tak digoda kan? Kalau takda angin takkan pokok boleh bergoyang? Kan?

Yelah...I admit that memang duit tu penting. Tapi duit takleh dibawa masuk dalam kubur. Ke hang nak pakai make-up M.A.C masa kapan? Astaghfirullah. Cheq ingat lagi masa mula-mula couple dengan boipren cheq. Kami susah sama-sama. Maklumlah..masing-masing belajar. Dan bila dah kerja pun, kami masih merangkak-rangkak dan bersusah payah sama-sama. Yang penting sama-sama berdoa untuk our relationship. Boipren cheq bukan ada duit kepuk-kepuk. Tapi bukan itu yang buat cheq suka dia. Cheq suka dia sebab diri dia yang sentiasa berusaha dan sangat family man. Hai...tak nak la cite pasal boipren cheq pulak. Melalut dah ni.

Sambung balik. Well...Janganlah sebabkan duit, kita ni sebagai kaum perempuan sanggup nak robohkan rumah tangga orang. Kalau dah tau dan dah memang terang lagi bersuluh laki tu dah berkeluarga hang tetap goda dia dan jalinkan hubungan sulit, kenapa..Think about it. Yelah kan...hang dah pernah pun jumpa wife dia semua, anak-anak dia....kalau benda ni jadi kat ayah hang macam mana? Apa perasaan hang? Apa perasaan mak hang? Macam tu la perasaan si isteri dan anak-anak tu.

Kalau lelaki yang syok kat hang tu duit ala-ala semput, bagilah peluang kat laki tu. Dia mungkin lebih ikhlas dari laki-laki yang lain. Janganlah asyik pandang rendah kat laki yang macam tu. Bukan nak sebelahkan mana-mana pihak. Tapi just nak buka sikit mind kawan cheq yang sorang tu. Bila kita bagi peluang kat laki yang ikhlas suka kat kita, dia mesti akan berusaha nak majukan diri dia. Dan kita cuma perlu bagi semangat dan support dia. Kan sweet realtionship yang susah sama-sama, senang sama-sama. Takkan nak sentiasa senang je? Bukan life namanya kalau sentiasa senang. Kalau hidup sebab duit, sampai bila? La ni hang dah buat auntie tu suffer, hang tak rasa bersalah ke? Sudah-sudah la...Kalau betul hang ikhlas, hang bersemuka dengan je wife laki tu. Ni tak..bila nak jumpa, hang takut. Pastu sorok-sorok.. Apa benda tu?? Haih~ Geram tau..rasa nak cekik je perempuan tu and cakap "Ko boleh tak berhenti kacau rumah tangga orang????"

Just remember that life is like a wheel. Esok lusa kalau terkena kat keluarga hang, baru hang tau langit ni tinggi ke rendah. Ok then. Cakap banyak tak guna. Jom tido!!!



Hugs and kisses,

April 24, 2011

Syhhhh..malaikat lalu.

Have you ever encountered with a sudden silence when everybody is busy chatting here and there?

Of course pernah kan? Well...dulu masa kat sekolah dulu especially when the teachers were not in the class, murid akan ya ampun..bising bangat deh!

Tengah masing-masing duk syok berbual kosong, suddenly class jadi senyap. Sunyi sepi untuk 5saat. Bila abes je 5 saat, ada la makhluk yang akan speak out : Malaikat lalu wei...nak tumpang pergi syurga.

Ya Allah. Ampun. Kalaulah begitu mudah untuk ke syurga, mesti tak kan ada cabaran pancaroba duniawi. Just tunggu malaikat lalu dan tumpang terus ke heaven. Tak perlu bersih dan sucikan hati, top up ibadat...jalan short cut ke syurga. Boleh ke macam tu? Dah tentu-tentu tak boleh.

So friends, jangan main-main dengan dosa pahala, syurga dan neraka. Well, aku bukanlah alim ulama' nak bagi ceramah agama kat sini, tapi sebagai seorang Islam, apalah salahnya memberi peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.

Kalau kita tengok sekarang ni, macam-macam dah jadi..Perkara yang sangat terang lagi bersuluh.

Pasangan XY dan XY..
Pasangan XX dan XX.
Astaghfirullah..apa nak jadi dengan dunia sekarang ni? Dahla lelaki makin pupus, nafsu pun dah songsang. Macam mana? Terpaksalah si perempuan bertukar jantina semata nak memikat gadis yang masih solo, kepingin seorang "lelaki". Sebab aku tak tahu apa yang mendorong mereka jadi macam ni, aku tak nak cakap banyak. Sat gi kena pukui dengan peng baru hang tau. Tapi cerita cinta songsang ni memang dah banyak. Korang..tak takut ke Allah turunkan bala macam kaum Nabi Luth? Na'uzubillah..mintaklah dijauhkan.

Gambar sekadar hiasan...
Yang dengan dah bertukar jantina nye....Yang XX dah jadi XY, XY dah jadi XX......Yang ni pun dah jadi petunjuk akhir zaman....


Dengan gaya bertudung yang dah macam seakan-akan meniru gaya seorang sister. Yang gambar bawah ni pun sama..konon-konon ala Hana Tajima. Siapa tu? Dah macam rahib la pulak. Plus, lemas aku tengok..macam nak tarik-tarik je tudung tu. Konon-konon cantik la tu...Celah mana ntah cantiknye...

Gambar sekadar hiasan
Dan macam-macam lagi hal...Korang..dah nak akhir zaman ni. Macam-macam dah Allah turunkan petunjuk. Tak takut ke? Jomla kita banyakkan pahala. Peringatan untuk diri sendiri juga yang dalam perjalanan mencari sinar cahaya dan hidayah.

So, jangan la tunggu malaikat lalu pastu korang nak tumpang. Okay?

Sayang korang!

Hugs and kisses,


*Pictures courtesy from Google*

April 17, 2011

Futsal cum Reunion

Night people. Damn. Look at the time, it's already half past three in the morning. I should greet "morning" instead of night. So, morning people. Wah...a post early in the morning after a long pause isn't that bad actually. Pat on my very own shoulder, Good job! Ok, done with my crappy intro.

I just came back from a futsal cum our so called reunion at the Sports Planet.Takla ramai sangat umat SAMURA yang datang..but I could say 98% of us are guys!! Damn! Baru berperasaan nak main sekali dengan harapan ramai le girls yang attend. But sadly, I was the only girl there. Girls...meh la bersukannnnn!!! Fuh! Naseb baik dalam half an hour later, my ex-dorm mate, Jimey a.k.a. Suraya came with her unexpected ehem-ehem. Congrats Jimey...tak sangka uollsss! Happy tengok kawan happy!!

So just now like always la kan...boipren came and fetch me.. He fetched me lepas beliau balik dari Pavi..macam biasa la, bersosial di rumah bakal while waiting for the clock to struck at 10 p.m. Having dinner with him...Sayang, nanti nak mama buat ikan masin macam tu lagi tau..Pastu mengidam nak makan ikan keli mama macam hari tu..Eh, tak malu hang kan??demanding gitteww~

Sampai sana, like always, orang-orang yang saya selalu jumpa tatkala reunion. But the most thing yang buat cheq mencair macam jemur buttercup kat tengah panas is he couldn't take his eyes from me..Bila tanya, u tengok apa, dia jawab "Tengok u la..geram".. Then he said "Nape you macam lain eh sekarang?"

Hah!! Amik kau! Cuak secara tiga kali ganda. Then I answered "Why?" Nak tahu dia jawab apa??? "You makin comel. Apsal eh?"

Dang~ sila slap saya meh sekarang!! Lalalalalalala~

Tu je nak cite...Ada lagi sebenarnya..tapi mata dah ngantuk...gedik tak nolks? Miahahaha..Lantak! Kau hado??!!

Hugs and kisses,

March 30, 2011

Penceramah yang kerek..

Siri entri bengang. Jadi Mari menulis sambil mengangkang dan bertukar jadi makhluk hijau. *Incredible Hulk*

Al kisah, yang di ceritakan oleh housemate aku masa beliau menonton satu program ceramah "rotibasi" kat TV3. Topik yang dibincangkankan adalah berkenaan sikap dan pemikiran anak melayu. *darah mula nak start naik dah ni*

Kata si penceramah yang kerek ni setelah dipendekkan cerita mak, beliau cakap kalau tanya anak Melayu dah besar nak jadi apa, mesti dieorang jawab nak jadi polis, askar, CIKGU....menjawab dengan nada yang memperlekehkan kerjaya-kerjaya yang telah disebut. Kemudian beliau membandingkan anak Melayu dengan anak Cina * tidak berniat perkauman di sini. Cuma nak mengupas apa yang perlu dikupas* , mereka akan jawab nak jadi remisier, peguam, engineer...Yang bulan-bulan dapat duit berkepuk-kepuk..anak Melayu pulak nak jadi polis........askar........CIKGU............. * dengan nada yang memperlekehkan * Bagi beliau kunun-kunun kerjaya polis, askar atau guru ni macam tak payah nak belajar tinggi-tinggi...gaji pun ntah berapa sen sangat kan....

Don't mess with Teacher Akmar naaa...
Okay, nak focus pasal cikgu je. Almaklumlah kan...aku ni kan pendidik..Maunya tak hangin satu badan bila ada pihak yang memperlekehkan kerjaya suci lagi murni ni. *macam dah tagline minyak masak Seri Murni plak daa*. Kepada penceramah yang kerek tu, dulu hang pa tak pi sekolah ka? Ke hang pa keluaq dari perut mak hang pa, pastu hang pa terus pi mengaji kat Universiti? Anak hang pa pun macam tu jugak ka? Gila hebat. *mata ke atas, tangan ke dada*

Hello bang, semua orang pun pi sekolah. Cuba hang kembangkan sikit otak hang tu.. Dulu masa hang kecik-kecik, hang pi ngaji kat sekolah kan? kan? kan? Kalau tak da cikgu, tak ada lah peguam, engineer ataupun remisier yang dibanggakan tuh kt dalam dunia ni. Cuba hang korek balik memori hang yang dah mungkin berkarat tu, dari mana hang kenai ABC dan 123? Dari cikgu sekolah kan? Betui dak? Lainlah kalau hang lahir-lahir terus siap pakej Sijil SPM yang cemerlang? Gila tipu..

Dan terus terang aku bangga kalau anak murid aku cakap nak jadi cikgu. Sekurang-kurang nya ada yang nak menyambung tugas mendidik ni setelah aku pencen umoq 58 tahun nanti *wah..gila lama lagi nak pencen. Aku ingatkan tahun depan..kuikui* Apa-apa pun, janganlah memandang RM itu...Yang penting niat yang ikhlas. Hang ingat senang ka nak mendidik? 

Bila bercakap tu, hang fikirlah dulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh dah nak undur. Lainlah kalau ada remote macam cerita wayang gambaq Click tuh. Ni tak dak. Pastu dah terlajak. Bengang, memang bengang. Dah..tak mo kupas-kupas panjang lagi..Sat gi aku bertukar jadi Incredible Hulk, suma orang Gombak lari..

Muah muah korang semua.

Hugs and kisses,


Nota kaki: Bagaimana bangsa sendiri nak maju, kalau masih ada yang memperlekehkan kerja yang mulia macam ni?

March 29, 2011

I am the chosen one?

One of my BFF will end her single life soon..and I was so damn excited when she chose me as her maid  of honor...Wow! I just couldn't say anything. I'm sort of like speechless. Being chosen to be the maid of honor in a bride's wedding is a tremendous honor and privilege. Thanks babe. I didn't expect that you trust me that much. It will be such a huge responsibility for me when I said YES by the time you proposed me. Being a maid in honor means I will stand with the bride on her most important day of her life and be her righthand through the planning process..Thanks babe. I really appreciate that..*Erm...hopefully you dapat jadi my maid in honor plak nanti.*

And yes, of course the duties of maid of honor are a bit extensive than the duty of the best man. Of course la kan, orang perempuan should have more preparation to do for the wedding than the man. From the pre-wedding event like "treasure hunt" for the dress, go to the spa, meet the dentist, yada yada yada ~ sampailah ke hari kejadian. *Babe, I will throw a bachelorette party for you soon. I mean I should, InsyaAllah*. What most important is, unofficially, my job is to provide emotional support for you, the bride-to-be, to be your confessor and your cheerleader. *sat g cheq pi cari mini skirt menari pom-pom depan you naa...*

Okay, when the excited mode turns me up, mulalah menggedik think on what to wear. Theme: Silver. Well..One of the don'ts of being maid of honor is never ever overshadowed the bride. So, I should choose something look simple, cute and yang sedang-sedang saja. When I browsed through some pictures in Google, I was like whoa...Jawdropped nolks! Do you think I could wear such dresses on my BFF's big day?

Dress 1:
Sumpah comel gila baju ni..

Dress 2:

Wow...simple and ayu nolks..I like...
Wah.....buleh ke dak pakai macam ni, babe? Kalau buleh I pakai dah babe. Huih. Buduh punya soalan. *Slap muka sendiri berkali-kali* Gila ka apa? Sat gi kena bambu dengan mak and abah hang..Mati aku... Badan banyak love bite nyamuk ada hati nak pakai baju lagu ni..Lagipun ni dah terlalu overshadow, okay? Of course la kan pangkah awal-awal.

So, memandangkan I ni orang Melaka, of course I suka sangat dengan kebaya nyonya, bayangkan I pakai hat macam ni plak...

Kebaya nyonya uolss...Sangat kewanitaan..
Uhuk..uhuk..mampuih terbeliak sambil berpusing-pusing bijik mata Dollah, the best man. Sat gi ramai pulak ajak I berjoget lambak..Sudahnya semua kena panah petir. Rosak majlis sayang I. Over nolks. So mari kita fikirkan something yang sopan dan masih lagi mengikut tema..Kalau macam ni pulak....

Wah..adalah sangat jarang pakai baju design macam ni..
Wah...boleh tahan...Simple yet sopan. Dah ikut theme colour gitu. I like. Sesuai tak babe? Tapi apa-apa pun kena tunggu my darling BFF..Kita pi "treasure hunt" baju sama-sama, okays?
*Kalau boipren I nak ikut, buleh dak?Uhuk uhuk*

Sebenarnya baju ni tak la penting sangat pun. What most important is my job to keep you, the bride, sane through the planning process and of course to get you through any of the wedding jitters that might come up. I should make sure that you wont turn out to be the bridezilla on your big day. That's my promise.

Muah muah korang semua.

Hugs and kisses,


P/S to my bff : Babe, our upcoming pre-wedding event go to the spa..Don't forget ya sayang. Hip hip hooray!

How I want to spend my life with him..

Selamat malam semua. Peringatan awal kepada anda, entry ini mungkin entry bercirikan unsur-unsur gedik semasa yang panjang lebar..Jadi silalah sediakan mangkuk ataupun besen plastic kalau-kalau rasa nak muntah sakan after baca entry ini. Intro merapu.

Okay, entry yang lepas I dah habaq kat korang betapa sayangnya I dekat Encik Boipren. Sekarang sambungan al-kisah sayang menyayangi antara satu sama lain. I oll bukan sekadar sayang ja kat boipren I, tapi cinta kasih suka bagai semua ada..*muntah* Sekarang kami tengah mengharap doa-doa kalian agar kami cepat-cepat dipersatukan.. Adalah sangat penting untuk kami mempercepatkan yang haram itu menjadi halal. Dalam erti kata lain, cepat-cepat menikah dan naik pelamin..dan dalam ayat yang mudah nak faham kami dah tak sabaq naaaa......huuuu. Doakan kami.

Dah ada dua intro tapi ape kebendanya sambungan entry tu??Ok, senang cite..bila dua-dua dah mula fikir pasal masa depan, mestilah dah mula rasa nak menjaga satu sama lain, nak menyayangi satu sama lain sampai ke akhir hayat gitu. Terus terang, banyak sangat perbezaan masa kami mula-mula menceburkan diri dalam bidang cinta-cintun ni dengan sekarang. Dulu kalau merajuk tu, tak hengat..Sekarang masing-masing dah cool down, dah more matured mungkin, dah mula fikirkan kebahagiaan yang abadi, InsyaAllah, bukan lagi kegembiraan ketika menonton wayang bersama atau berjumpa di library sambil belajar, sambil minum air. Kepada adik-adik yang bawah umur, sila jangan tiru aksi ini. Bercinta-cintun pun, pelajaran tetap no. 1 ok? Macam kami..pointer tetap steady. Kan sayang? Auwww~ Pastu apenye yang hang nak cita? Adeyh~ Ok, ok...jom layan cita-cita I yang menggunung ni..macam mana I nak spend hidup I yang serba kekurangan ni dengan beliau..

Step 1: Bercinta dengan beliau...Ni al-kisah ketika zaman university dulu..Kehidupan hingusan. Maklumlah kami tak bercinta sakan kat sekolah..I ni kan postman jew..Mana lah boipren nak pandang muka I yang huduh lagi buruk ni..Tet..Okay, step ni kira dah achieved, Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab Allah pertemukan saya dengan dia kembali. Walaupun pada mulanya beliau tidak menegur saya langsung. Tapi akhirnya kami dating-dating juga..Tengok gambar pun dah tau kan..Masa tu mula-mula nak bercinta..Mana buleh nak pegang-pegang tangan...Hep!! Pukui nanti baru tau..

Step 2 : Nak sama-sama berjaya dapat segulung ijazah dan dapat kerja yang bagus-bagus dan dapat tolong family masing-masing. Pada masa yang sama kumpul duit ke arah itu. Alhamdulillah. Tapi kami konvo tak saing la..I konvo dulu and setahun lepas tu boipren plak pakai jubah and amik scroll. Alhamdulillah again..Yang ini pun kira dah selamat. Berdoa siang malam, pasti ada kejayaan. Yang penting jangan putus asa. 


Step 3: K..ka...kah..Kahw...Kahwi...KAHWINNNNNN! Yabedabeduuu! Arghh~ sudah lah kau..gedik nak mam...*muntah darah* Yang ini belum lagi. Tapi insyaAllah..sudah ada bunga-bunga..Cuma tunggu buah aja. Doakan kami..Doa kalian teramatlah penting buat kami. Amin. Doa + usaha = kejayaan, InsyaAllah. Kami memang perlahan-perlahan kayuh sebab kami ada reasons kami tersendiri. The heart has no reasons that  reason does not understand. Understand?

Step 4 : Dapat baby..Yay!!! Lepas kahwin nanti, mestilah nak ada anak, ada zuriat..Ada ke orang yang tak nak anak? Bodoh hang tolak rezeki..Wah...tetiba nak super berangan jap..macam manalah rupa anak I nanti..kalau ikut boipren *InsyaAllah*, chumel sikit..Tapi kalau ikut rupa saya..chumel banyakkkk...kahkah! Just joking. InsyaAllah moga Allah makbulkan doa kami. Amin.

Step 5 : Dah ada anak, of course dah ada family. InsyaAllah, nak spend our precious moments together dengan anak-anak..ecececece...*kahwin pun belum lagi, yang hang nak menggedik lebih-lebih ni pasai apa?* Berangan..Hep, ini bukan berangan der..Ini impian. Setiap orang kan impikan sebuah keluarga yang bahagia...biaq la tak kaya macam Sultan ka, macam Trump ka...Yang penting bahagia. InsyaAllah..Tapi duit penting jugak..kalau tadak duit macam mana nak pi bercuti sakan dengan family? main-main snow ka...Wahhh....teruja..


Step 6 : Penat dh besarkan anak, bermacam-macam dugaan yang kami lalui, kami hantar anak pi mengaji kat kolej. Tak kisahlah, UiTM ka, UTM ka, Kolej swasta ka..Janji dapat segulung Ijazah, mungkin master dan PhD..Haaa...time ni dapat la balik berdua-duaan dengan boipren *insyaAllah kalau ada jodoh. Amin* Yang penting anak-anak mesti berjaya dan lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di menara gading, bukan di gading gajah ataupun mungkin di kampung Gading. Kami pula akan habiskan masa bersama-sama, mendoakan kejayaan anak-anak. Dan of course...sediakan duit kepuk-kepuk untuk pelajaran anak-anak.

Step 7 : Ini memang step yang paling akhir. Nak tua bersama-sama boipren *insyaAllah kalau jadi suami cheq. Amin* Kalau ditakdirkan ke rumah orang-orang tua, kami nak pergi bersma. Nak bangun tiap-tiap pagi   sambil habaq ai-leb-yu dan tengok muka beliau walaupun time tu dah tua, dah berjanggut, dah beruban atau mungkin dah botak..Tapi lelaki ini lah yang saya sayang sampai akhir hayat saya. Yang tetap handsome dalam jiwa dan kalbu saya..Kalau boleh, saya nak mati atas pangkuan beliau..Kalau boleh..Amin..  *nah ambik ko. Muntah darah secara pukal* 

Okay dah merapu sakan dah ni..Nak sambung berangan dalam mimpi. Good nite uolsss.. Muah, muah korang sume.

Hugs and kisses,


*Gambar ehsan dari Encik Google*