Akmar loves Hafiz who loves Akmar

Daisypath Anniversary tickers

The greatest gift ever

Lilypie First Birthday tickers

FOLLOW MINE..I'LL FOLLOW YOURS!!

July 31, 2011

Selamat berpuasa semua...

Assalalmualaikum semua. Fuhhhh!! Penat sangat. Dating sakan dengan encik bakal. Dari semalam sampai hari ni. Well, bak kata encik bakal....kita dating habis-habisan sebelum puasa. Huuuu..... 

Semalam temankan sayang tintedkan his car...sambil tunggu kereta sambil makan McD. Then lepas ambil kete, makan lagiii.............Makan je kan keje kami. Eh, berat saya dah naik 2 . 5 kg!!!! Sukaaaa!!!! So today, early in the morning, he treated me breakfast buffet at Empire Hotel. Wah!!!!! Hotel tu sangat cantik!!!!!!!! Even kami sampai dah agak lambat, tapi sempat la melantak. Kan dah cakap...keje kami makan je....Hmm..thank you sayang...I tak expect pun nak makan kat situ...I thought kat mamak..Thanks again sayang..So ramantic la you!

After breakfast, teman sayang cari barang untuk bini no. 2 beliau. Went to Brother's Kelana Jaya..sayang beli carpet untuk kereta beliau. Hai...berdating gi kedai aksesori kereta jela nampaknya. Tapi takpe..dah tu yang buat beliau happy. Apa yang penting, sayang saya selesa dengan saya. 

Oh ya, dalam kereta on the way to Kelana Jaya, I asked him whether dah bincang dengan abah pasal kami ke tak..And?? Weee~ Tunggu naaa........ Surprise!!

Ok then. nak mandi. Selamat berpuasa semua. Dan selamat berterawikh.

Hugs and kisses,
Cikmai

July 27, 2011

Wordless Wednesday #1

Because he makes me happy.
Hugs and kisses,
Cikmai

It's just a simple 3 words text.

The text was simple. Only three words. But the effect from those three words make me feel like I'm flying up in the sky with my two invisible wings. Is this something that we call it as LOVE? Huh! Another rhetorical question that you don't have to answer me.  

Well....never had the idea that those three words could drive me insane. I love you too baby. Always, now and forever.

Gosh!!Look at the time. It's quarter to 1 a.m. but I still couldn't close my eyes even though my body needs to be recharged for tomorrow. So I guess I need to force myself to fall asleep. Perhaps counting the imaginary sheep will help me out rather than taking sleeping pills. Hey, I think I managed to stop taking those pills. Night.

Assalamualaikum.

Hugs and kisses,
Cikmai.


July 25, 2011

Surat Cinta?

Assalamualaikum. Mata dah mengantuk sakan tapi ada hati nak post entry. Semangat nak story-mory pasal semalam. Bukannya apa, semalam masing-masing terlebih hormon endorphin. Ya ampun, dari mula naik kereta sampai nak balik, ada je benda yang nak digelakkan. Oh ya, semalam pergi attend our friend's reception. Both the pengantin perempuan and lelaki adalah kawan sekolah kami. So macam tak best la tak gi kan. Kami duk melihat-lihat theme colour. Bukan nak tiru..just nak ilham. We found out that lately ramai bebenor yang buat theme biru yang aqua or turquoise dengan putih. Let's find theme yang lain. Relax..banyak lagi masa...

Selesai attend jemputan, teman bakal gi usha tayar kete beliau. Okay, layankan..Then kami segera ke Jakel Shah Alam. Surprisingly, beliau agak teruja dengan pakej-pakej baju pengantin. Haaa....Baru tau keterujaan cari kain..I tried chiffon kaler sweet purple tu. Orang tu pakaikan kat badan I jadi macam baju. Beliau cakap okay dan cantik...Nah amik kau. baru tahu kejelitaan I. *muntah* Rasa macam tak nak tanggal bila beliau cakap Cantiknya B..Sweet..ahhhh....dan beliau macam nak amik kaler purple itu. Setelah berbincang di dalam kedai,  dan memandangkan beliau nak sekali jalan...Kami decide tak nak membazir..Pakai je kain yang di beli itu. Beliau pun suka kaler kain yang tu. Yay!!! Dah boleh gi tempah!!!

Setelah penat decide mendecide, apa lagi?? Let's Tutti Fruity!!! Lepas makan frozen yogurt tu..kami bertambah sengal. Huuu...topic yang di bincangkan ialah surat cinta. Okay, saya adalah yang tidak bercinta-cintun masa sekolah. Tapi beliau terlibat dalam kancah percintaan budak sekolah ni. So I said to him 'Pandai jugak you tulis surat cinta masa sekolah dulu kan? You memang jiwang eh?' And beliau jawab "Bangang.Aku rasa nak lempang kau sekarang" hahaha! And we burst into a big big laugh. Gagagaga~ Tiap kali kami imbas memori sekolah beliau akan cakap "Apsal la I macam tu dulu.." Dan I hanya mampu gelak guling-guling. Dan I minta beliau sekeping surat cinta since kami tak pernah jiwang-jiwang bersurat ni. Dan jawapan beliau : Bangang kau. Hihi..I suka sangat usik beliau. Tak best la kan kalau relationship tu macam skema je...Ada gila-gila sikit, baru best.

Lepas sakan gelak, beliau minta tolong pilihkan handphone untuk abah beliau. Today is his birthday. Happy birthday Uncle..*sambil ketaq kaki*. Tulah dia beliau..dari present abah beliau sampai ke mama, sampai ke adik-adik, mesti nak I pilihkan. Sampai cake pun I yang kena pilihkan. Hmm...saja nak manja lettewww~ Owh masa beli hadiah abah beliau, kami sempat survey-survey gadget untuk hantaran. Ermm..beliau nak lens camera that will cost me RM7k. Uhuk! I cakap, mahalnya..Biar betik??Sila lempang I laju-laju. Okay, beliau lempang laju-laju secara real. Damn~ Free=free je kena slap kat kedai. huuuu..

Persoalannya di sini..Agaknya melampau tak nak minta Galaxy Tab? *mengada-ngada*

Nak tido la. Ngantuk. Tapi siapa la yang tengah bakar biskut raya ni? Baunya menusuk kalbu betul.

P/S: Pencarian Crabtree & Evelyn di One Utama hari ini tidak berhasil. Benda yang saya nak itu tak ada. Uwaaa!!! Kena try cari tempat lain. Siapa nak sponsor, sila angkat tangan macam saya..Tett!!

Hugs and kisses,
Cikmai.

Because we chose that way...

The brave us.
Decision we made,
The promises...
And the path that we chose....
Me and you together forever..
Long lasting relationship...
Because we are so brave to make the choice
And to take the risk....
To keep it,
To fight for it,
And to work for it.

I love you forever and ever..
It's the eternal one.

Pray for us. InsyaAllah.

Hugs and kisses,
Cikmai

July 24, 2011

Too tired

Hello readers. And...Hi Brianna!!!! Thanks for visiting my blog. Thanks a bunch. Kisses!

By the way,I have so many stories to tell but gosh! I'm too tired. Walking in 3 inches heels for 8 hours was really a disaster.

Well about my wedding plan..hurm....we had a long discussion today and we'll wait after this Eidul Fitr. Got surprise! Hehe.

Hugs and kisses,
Cikmai

Sayang awak sangat-sangat.

Ni apsal kau tak tido lagi ni Senah? Adeyh~ I bukan apa. Dah cuba nak pejamkan mata . . tapi baru je nak pejam teringat kat Encik Bakal. Tadi dia ada call, pakai phone rumah. Kesian dia phone kena barred. Tulah..Siang tadi I mengada-ngada merajuk kan? Siapa suruh? Pastu nak emosi sana sini. Rasa bersalah la tu nak emosi tak tentu pasal. 

Memang tak boleh tahan rindu so tepat jam 2:02 a.m. tadi I grab my phone and dialled his number. Adoi. Rindu la. Beliau dah tidur pun. Manja gitu suara. Now I rasa I dapat dah tido lepas beliau cakap I leb yu B..  

He's the sweetest man ever! Sayang awak sangat-sangat!

Gediknya kau Akma. 

Aura negatif, tolong syuhhh jauh-jauh. Night peeps.

Hugs and kisses,
Cikmai.


Quotes of the day

Terbakar kampung nampak asap..
Terbakar hati, siapa tahu..

(by Karam Singh Walia)

Selamat malam semua. Assalamualaikum.

Hugs and kisses,
Cikmai

July 23, 2011

Emosi agak tak stabil, mungkin?

Assalamualaikum semua. Malam ni I'm alone. Housemate balik kampung. My mom cakap tak payah balik, she's getting better. Mak cakap "Akak kan nak pakai duit..". Okay, terharu di situ. So I stay kat rumah and what else? Googling! I bet most of you are watching football match now. Kan?Tapi sorrylah. langsung takda mood nak tengok. Kalau tengok pun, kena kutuk je nanti. Kan dah cakap. Mood I tak berapa okay ni. Hari ni berselisih faham dengan encik bakal dan upacara rajuk-merajuk telah berlaku sepanjang hari. I memang pantang kalau upacara ni berlaku. Habis semua orang kena bambu dengan I. Baik yang dalm t.v., kat luar t.v., atas t.v., bawah t.v..Dan siapa-siapa terkena tempias, sorry der..I memang tengah emo. Saya telah digesa untuk menyeranai pendek list. Haih! Susah kot. Seminggu fikir. Gila la kau. Tak boleh buat secara slow-slow ke? Dah la busy tahap lapan-belas-tangan-pun-tak-cukup. Dan Encik budget, anda telah potong stim tahu? Kacau la kau ni budget. Benci I ! Baru nak fikir pasal raya dan baju pengapit. Damn.

Kahwin hantaran tak mau banyak. Benda-benda tu boleh beli lepas kahwin. Kan? Tunang pun tak payah nak kalut. Ey, tak nak fikir, boleh tak? Tapi kena jugak!!! 

Okay. Seperti yang I telah cakap mungkin perfume tidak akan ada dalam list. I mean maybe la. Perfume like something common. Nak ganti dengan bath set. Jadi nekad bulan ni nak pergi OU. Nak pergi OU...nak pergi OU...Nak pergi OU...Nak pergi OU. *bercakap ikut nada nak cari kayu dalam cite Labu-Labi* Nak grab 2nd item dalam list tu.

Kasut? Tak nak sepasang dengan handbag, aci kan? Yang tu dah ada dalam kepala. I nak amalkan tiga konsep mudah. Masuk kedai, beli dan blah. Full stop.

Minggu depan nak ajak beliau ke Sogo. Beliau mungkin nak perfume. 

So list pendek saya yang dah ada dalam kepala otak yang serabut ni:
  • Al-quran and telekung.
  • Bath set wangi-wangi 
  • Kasut
  • Handbag and wallet (ni beli lepas dapat bonus. Bukan Jalan Bonus ye Kak Ina. Harap-harap dapat le )
  • Yang lain barang yang boleh di makan. Sebab barang-barang ni cantik. Haha!
Oh ya. Pernah dengar tak telekung Siti Khadijah? I nak yang Siti Khadijah tu. Serious sangat cantik dan kain high quality. Dah jatuh cinta dengan Siti Khadijah. Ada sesiapa nak pergi Kelantan tak? I and family I tak plan nak balik Kelantan dalam masa terdekat ni. Anyone tahu kat KL ni mana ada jual telekung Siti Khadijah tak?

Doorgift kakak cakap nak sponsor.Tapi nak demand, boleh tak? Kak Long telah berkenan bekas telur pewter yang cantik itu. Satu rm20+. Katanya doorgift untuk rombongan.Uhuk-uhuk. Tersedak aku. 

Susahnya nak puaskan hati semua orang. Boboi semput!!

Akma, kau ni dah ready ke belum sebenarnya? Dang! Slap diri sendiri laju-laju. Emo semakin meruncing. Haih makin kerap plak selisih faham dan rajuk-merajuk. Ni yang buat I malas nak fikir tau. Benci.

Sakit kepala yang amat. Nak makan pain killer and nak tergolek. Jangan harap Encik Bakal nak call. Kenapa makin kerap berselisih faham ni? 

Malam ni tak de hug-hug and kiss-kiss. I emo ni. Tolong.

By,
Cikmai.

July 22, 2011

2 minutes entry

Okay. Baru lepas makan sebiji epal. Cukuplah untuk memberi tenaga untuk kelas tonight. Nak update panjang lebar, but I guess I'm not in the mood. Will catch you guys later. Oh ya, tak sempat lagi nak hai hai kat wa_gurlz89 and  CikFantaghiro. Hai to both of you. Muah! Muah!

Hugs and kisses,
Cikmai.

Sentap Hati Mak Nak....

Semalam lepas balik keje, like always, hang out dengan cliques. We were having our late lunch and yang paling penting gossiping! I went back home and had a killing headache! Pening rasa nak pitam gitu. Last Tuesday check doc cakap tekanan darah rendah. Well I guess sebab tu kot rasa macam nak tergolek sekejap. So I called him, tried to tell him about my condition. Okay, panggilan adalah waiting. Sebab tunggu lama sangat dan dah tak tahan...Mulalah I macam nak mengada-ngada. Suddenly he said something yang buat I berfikir sejenak. Bukan saja berfikir, tapi merenungkan apa yang dia cakap. And I hate it bila dia buat I terasa. Dan tak perlulah dikongsi apa yang dia cakap. Tapi seriously, I sentap sekejap. Bukan sekejap. Sampai sekarang kot sentap. Maka dengan rasminya, I telah mengambil keputusan untuk tidak lagi mahu berusaha apa-apa. Sekian. Emo.

Hugs and kisses,
Cikmai.

July 19, 2011

Tailor la pulak...

Kain dah beli. Fabric beaded chiffon. Tapi kaler dia I tak tau nak describe macam mana. Kat kedai tengok macam off white.Pastu kat rumah tengok macam kaler white wine tu. I pun confuse. Harap-harap encik bakal suka sebab both of my parents suka. Abah yang suruh ambil yang tu. Mak pun berkenan yang tu. Design classic katanya..Susah betul nak decide beli kain. Tapi kan part yang paling best masa nak nego harga kain tu. Kain tu semeter 3 rats lebih la..tu yang terpapar kat situ la kan..tapi setelah beramah mesra dengan manager kedai tu dan dia offer amik kain tu sekali dengan pakej baju melayu lelaki and lining sekali and total dia sangat berpatutan..Wow!! Bak kata Manager tu...just to make you happy, I kasi u harga ini. Haha. Dapat free sampin lagi..Nape tak dapat free selendang yang lawa tu? Mengada! Bagi betis nak paha pulak kan??

The question is boleh tak if baju tunang tu dipakai semula masa nikah yang tahun depan depan tu? Agak-agak ada orang akan perasan tak? Atau tak pernah dibuat orang?? Kuikuikui. Memang budget la kau ni Senah! Ingatkan masa nikah or resepsi *yang tak tahu bila lagi* nak pakai baju kain lace Solstiss tu ke...tak pun Korean lace..tapi mahal bebenor harganya. Tapi Korean lace tu lembut je... dah, dah. Sila jangan berangan. Sila beli ikut kemampuan.

Okay, belum pape kau dah cari baju kan? Bukan apa..nak hantar gi tailor tu takes time bukan? Sementara baju kat tailor, boleh settle other things. Sementara settle-settle tu, tup tup dah tahun depan kan? Bak kata encik bakal kita simpan...hihi.

Okay. Jadi misi sekarang ialah mencari tailor yang best dan harga yang berpatutan. Takut plak baju jadi tak sedap dipakai dan harga terlebih dari budget. Cik Anes kita dah offer nak teman cari tailor. Weee!! Thanks babe! Harap-harap misi tercapai.

Nota kaki: Apsal la jerawat makin banyak ni? Haih~ Hilang keyakinan..

Hugs and kisses,
Cikmai.



Hari ni duk membelek-belek blog I ni. Ya Allah..Baru perasan. Akma, kau dah ketinggalan ke ape? Atau mungkin kau tak sedar diri? 

.
.
.
.
.
.
.

Nampak tak 2010 tu??

 Wishlist untuk 2010? Gilaaaa. Okay, okay..will update it soon. Kuangkuangkuang..

Hugs and kisses,
Cikmai.

OMG!!!!

Telah terjumpa satu blog yang designnya sama seakan-akan macam saya. Okay. Pitam sekejap. 

Hugs and kisses,
Cikmai.

July 18, 2011

Mixed Feelings

Assalamualaikum. Mom is not feeling well lately. Last Saturday, she was laying on the bed like for the whole day. She didn't eat and she vomited. I'm so worried!!!

But...........Despite from being so worried, I'm quite happy when..well you know...But I don't know how to react..It's a mixed of feelings. 

And today I met him before I went back home. We had a short discussion about the colour. And luckily, he is not that cerewet-sana-sini guy. Thank god. Beliau sangat calm. And I still have less than an hour to finalize the colour before I purchase that particular thing.

Well, if you ask me, I think white with a blend of cream will be nice. And the design? Baju kurung modern. It's so classic, kan? And my dad really like that cream one. Hmmmm...And what about sayang saya? He is the type of i-tak-kisah-sayang.... Haih~ Ni baru nak cari kain........

I dream of a white wedding with splashes of pastels colours..Damn!! I've gone too far! sorry for that.

Tapi..mak is not feeling well...I can't be too happy... Dugaannnnn.........

Eh, boleh kan kami nak buat surprise?

Hugs and kisses,
Cikmai.

July 16, 2011

Merangkak-rangkak .

Happy Saturday peeps! Phew~ It seems like this is the first chilling Saturday I had after months. Today I don't have any extra classes so I can online on my bed!!! Lama betul tak rasa lapang sikit macam ni. Seriously dah berapa bulan I tak rasa Saturday. 

Malam semalam after extra class, shoot ke Platinum Walk..Join the ex-SAMURA having a steamboat buffet dinner. Agak terlambat sebab mereka start makan at 8.30 p.m. and I arrived at 10.30 p.m. But better late than never! Thanks Daong and Azim kerana telah berkongsi makanan dengan I. Dan Nuar juga kerana telah berkongsi minuman dengan saya..Dan thanks to my baby for the ice-cream. Ehh..I memang muka tak malu kan? Sampai je terus melantak..Free plak tu. Thanks kawan-kawan for allowing me..Hukhuk!

Oh, ya! Last Thursday he came and we went out for dinner together. And the serious talk began. Now he's serious to make it happen next year. Biar betul??? What makes him ready?Bukan apa.....I ni tak ready la...Bukan tak ready ape..It just that...alahai..Financial semput-semput ala motor kapcai haaa.....Mana nak cekau 10k tahun depan? Adeyh~ Whatever it is, my sis said I don't have to worry that much sebabnya kakak cakap kan boleh guna 'duit itu' untuk di spend. But still kena cari juga 10k. Adeyh~ again. So I think I'll apply for loan lepas dapat pergerakan gaji Julai ni. Alhamdulillah. Dapat dah surat pergerakan gaji. Rezeki nak tut..tut..tut...kot. Nasib la keje gomen. Senang la sikit nak buat loan. Kuangkuangkuang...

Orang lain macam senang je nak tut..tut...Macam naik kapal terbang. I oll ni masih lagi merangkak-rangkak.. Hmm...Maybe nilah kot orang cakap dugaan.........................

Oklah, cau cin cau!

Hugs and kisses,
Cikmai.


July 12, 2011

Sunday Picnic + Photoshoot- Part 4

Assalamualaikum everyone. Fuhhh...Lama gila tak jenguk-jenguk blog ni. Like always alasan yang typical..malas I nak state kat sini. Korang semua tentu dah tahu kan? Eh...No lah.... Bukan sibuk pasal BERSIH ya...tapi sibuk pasal KOTOR. Kuangkuangkuang..Ada ke? Malas nak berbicara pasal isu itu. 

By the way, rasanya lepas ni Sunday will be our dating day kot. Or should I say Sunday will be his sweet day? Whatever...Beliau akan transform *ala-ala Autobot..Transform!!! gitu...* menjadi makhluk yang sweet. last Sunday we planned to go to Floria but then he said his dad want to follow. Malangnya abah still tidur masa I sampai rumah beliau. Sebab abah still asleep I cakap kat boify, tak payah pergi...Better tunggu abah. Nanti abah merajuk macam mana kan? *perasan....macam la abah kau kan? Joyah betul..* 

So plan changed. We bought KFC and had the sweetest Sunday picnic ever. Tengok-tengok pemandangan tasik...ada yang sedang berjogging..ada yang sedang bergurau senda..Kami?...spending time together..bercerita pasal kehidupan, pasal masa hadapan...berkongsi masalah, berkongsi cerita suka duka..It was the best moment ever bila he holds my hands *okay, sila jangan tiru aksi ini*  and telling me not to worry, telling me to be patience..and telling me that he loves me so much. It was like takde orang lain kat tasik tu except us. Dan saya rasa itulah maksud sebenar dating. Rasa relief..rasa tenang...rasa happy...Alhamdulillah. 

Oh ya. Gambar photo-shoot hari tu dah siap. The photographer is my Sayang. Ada sesiapa nak tempah, feel free to dropped by. Nanti I tell him. Hep, chop! Tempah amik gambar je..pre-wed ke....Tempah dia tak boleh. I punya. huuu...









Errr..macam pelik la bila senyum nampak gigi...Tula...degil tak nak pakai braces, sapa suruh?
Talent : Cikmai
Photographer : Zaffan Zaini

So amacam? Ok tak gambar-gambar yang sayang saya snap? Rasa-rasa nak buat pre-wed, bagitau na...I tolong promote sayang I yang baru nak menceburkan diri dalam bidang ni...

Anyways, nak dinner dulu. Catch you guys later. 

Hugs and kisses,
Cikmai.

July 04, 2011

The-two-of-us day out!

Yesterday was marvelous. It's like recalling back our sweet memories back in college. Dating for movie and McDonald's! And like always, Transformers adalah awesome uollssss. Walaupun taklah se-awesome Transformers yang lepas-lepas, tapi still awesome. I like like like like like like Sam Witwicky, Optimus, Bumblebee...Ahh.. All the cars are drooling me! Encik Baby, nak satu car mcm Bumblebee tu..boleh? 

Oh, semalam juga ada photoshoot. Agak tak best photoshoot semalam. Satu pakai selendang loose yang I memang tak selesa itu. Nak posing-posing pun tak selesa. Bukan saja tak selesa tapi tak suka. Nak buat macam mana kehendak photog. Dua, tak sempat touch up sana sini sebab nak kejar tengok movie. Dapat bayangkan tak eyebag tersembul keluar macam bola golf? Mak tak larat. Ok. Lepas ni akan ada photoshoot yang kedua. Perlu lebih bersedia dan selesa. Which mean kena tambah koleksi make up dan baju. Sekian.

Selepas mengharungi sesi photography-yang-tak-berapa-best itu, I guess the rest of my day turned out to be so lucky! We headed to Sunway Pyramid. Semalam sumpah ramai gila umat dekat Sunway Pyramid. Nak cari parking pun susah. Sampai kat TGV lagi down. Memang hancur, punah, berkecai harapan nak jumpa Optimus. Sedang bercadang-cadang nak tengok cerita lain, out of nowhere datang sorang Chinese guy offer tiket kat kami. Okay, you sangat angle okay, Mr. Chinese guy. He bought 4 tickets tapi lagi 2 org tu tak dapat datang. So dia jual tiket kat kami. Dan guess what?? It's couple sit uolsssss!!!!!! Boify cakap rezeki saya nak sangat tengok Transformers. Dan masa tengah beratur tengok tiket tu, ada isi survey TakafulMotor.com. Sempat buat lucky draw. And seumur hidup, tak pernah menang lucky draw..and semalam menang two movie passes at any TGV. Dapat lagi 2 tiket movie!!!Wah!!! Rezeki berlipat ganda! Alhamdulillah. Thank you Allah. After movie yang awesome tu terus isi perut dengan GCB at McD's. Again, thank you Allah untuk rezeki GCB. Dan terima kasih sayang, kerana telah merialisasikan impian I. *ayat sembilu..rasa nak lempang diri sendiri laju-laju. 

On our way back, telah menyinggah rumah Shali. Congrats to Shazli and wife for the newborn baby Zayyan Umar. Sedapnya nama..Zayyan..macam Zaffan la pulak kan? hehe. Oklah. Will upload the piccas later.

Nota kaki: Kosmo hari ni, page 40, artis rap snoop dogg bercadang nak jual hot dog. Ok. Ini kelakar. Hahahahahahahahahaha!