Wah...tengok tajuk dah tahukan..nak update alkisah cuti-cuti Malaysia hari tu. Sambung balik entry yang lepas. Okay, lepas je packing dan tertidur sakan, the next day tu pagi-pagi buta dah shoot ke LCCT. Lepas check-in, terus g solat Subuh. Then tunggu flight and off we go.
This is my first time jejakkan kaki di negeri Land Below the Wind ni..ecece...speaking London gitu. Teruja jugak la..But the day before we take-off, great earthquake and tsunami melanda Japan. So dapat berita tentang amaran tsunami di perairan Sabah la...laut bergelora la....macam-macam lagi. Malam sebelum terbang tu, BIL and abah dah tak boleh nak tidur. Yela risau kan...Tapi tiket dah beli...barang dah packing. Anak-anak dah excited..kalau tak pergi macam satu kekecewaan la pulak kan..So before fly, pagi tu (if I'm not mistaken) BIL dah siap call Jabatan Meteorologi (betul ke ni? ke Jabatan Kajicuaca? ntah) Malaysia, asked them about the real situation..and Alhamdulillah he said, InsyaAllah everything will be okay.
So kami teruskan la journey kami. Tapi sampai-sampai je Kota Kinabalu, cuaca memang tidak memuaskan...Hujan lebat. So kami tak dapat jalan-jalan sangat. Saya just online dibilik. Bergolek dan bergelak ketawa bersama nieces and nephews. Kelakar tengok gelagat dieorang main telefon..calling-calling padahal duk bilik sebelah je pun..Connecting room lagi kau..huahuahua.
Since hujan lebat berserta angin kencang, malam tu pun kami duk je kat hotel..makan pun di hotel yang kami menginap tu je. Owh ya, lupa pulak..kami menginap di Sutera Harbour. Mulanya nak menginap di Karambunai..but since kejadian tsunami tu, kami jadi macam cuak as Karambunai memang near to the sea. Huuu~ Tapi. . . . hari-hari berikutnya, cuaca superb. Alhamdulillah. Dapatlah saya menjalankan tugas sebenar saya ikut vacation ni. Tapi terkilan sebab tak dapat pinjam "baby" Encik Boify. Kalau dapat pinjam, sure lagi melets gambar-gambar i nolks. Ambik ko! Perasan di situ.
Okay, overall what I like most kat Sabah is the food!!! Of the course y'all! Hentam makan itu dan ini...Now tengah merana...Aik? Makcik, pakcik, datuk, nenek jerawat dah datang visit saya tanpa diundang. Huahuahua.. saya perlukan cream super power!!! Jerawat's family yang sakit ni, tolonglah visit orang lain pula ye...secepat yang mungkin. Sekian, terima kasih.
Well, kalau nak dibandingkan dengan Sarawak, makan kat Sabah memang bagus!! Tourist guide juga adalah lagi handsome berbanding tourist guide di Sarawak dulu..Auuwww~ cuci mata di situ..Tapi dah kahwin la....ishk...melepas..kuangkuangkuang..
Bercakap tentang shopping-menyopping pulak, Cikmai takde la shopping sakan. Dah cakap kan..tugasan utama is mengambil gambar. So memang tak berapa sempat nak shopping sakan. Lagipun a bit expensive la..Maybe tak pandai tawar-menawar kot..So kepada teman-teman yang tak dapat souvenir, sorry ye. InsyaAllah, ada masa will repeat again..then aim utama baru shopping.
Jom tengok-tengok gambar sekeping dua.
Gambar ni shoot dari tepi jetty je..bayangkan kalau dapat snorkeling...Nikmatnya! |
Ni la Hakim, our tourist guide. Amacam? Handsome tak? |
Pemandangan sekitar hotel..Nak sebiji kapal macam ni, boleh? |
Pasar Philippines. I like the sky. |
For more picture, sila tengok di album at Facebook saya ya. Kalau tak boleh view, sila add Cikmai dulu.
Okaylah nak siap-siap sedia berdating makan ice-cream dengan sayang saya. Will catch you guys later.
Muah, muah korang sume!
0 babbles:
Post a Comment