Alhamdulillah...ibu dah masuk minggu ke 30 pregnancy. Maksudnya dah tak lama lagi dah nak tengok princess comel ibu ni. Ntah ikut rupa ayah..ntah ikut rupa ibu..Nenek cakap kalau ikut rupa ayah mesti kulit cerah macam mat saleh..kalau ikut ibu gelap sikit la kulit awak. Sabar jelah ibu dengan nenek awak tu.
Anyway, sekarang ni mesti awak dah besar kan? Sebab tendangan awak semakin kuat. Ibu dapat rasa setiap waktu tendangan dan gerakan somersault awak tu. Perut ibu pun dah semakin besar. Kalau baby nak tau..ayah awak sangat takut tengok perut ibu. Kalau ayah awak pegang perut ibu mesti dia takut-takut. Katanya perut ibu macam nak meletup! Hihi!
My dear baby,
Please hang on tau. Lagi beberapa minggu je lagi ibu nak jumpa awak. Ibu and ayah love u to the moon and back! Baby take care ye kat dalam tu. Hugssss dari luar perut ibu!
Me at week 30. |
p/s: Esok kena minum air gula untuk second round. Huhhh!
Hugs and kisses,
Cikmai