Bercakap tentang baby...Ahad lepas Akma and husband pergi intai si comel kat dalam tu...tgh buat apa..husband kata dia tgh main karom...hihi.sebenarnya husband risau sebab masa pergi Desaru hari Jumaat tu Akma terjatuh kat toilet masjid tempat kitaorang berhenti singgah solat..Tapi jatuh dapat tahan dengan lutut. Cik abang dah risau sangat so tu yang terus pergi check tengok baby...
Alhamdulillah....first time dengar denyutan jantung baby...masa scan 9 weeks tu doktor kat KK tak pasang speaker. So tak dengar la bunyi..nampak je jantung....bukan main laju lagi bunyinya .. Lepas tu nampak anak ibu gerak-gerak kepala, kaki dengan tangan bukan main ligat lagi... Alhamdulillah. ..semuanya ok. CRL measurement dalam 11 cm dah...berat dah 180gm dah.. Alhamdulillah again and again... bila nampak baby gerak tu...rasanya adalah saat yang paling indah..paling amazing sepanjang 27 tahun hidup ni.. Subhanallah. .. Alhamdulillah. Nikmat yang paling besar ialah nikmat menjadi ibu...Si ayah lagilah teruja...kejap-kejap nak tengok gambar baby...hihi..
17 weeks and counting.. Gambar tu lah yang ayah nak tengok hari-hari..buah hati ayah dan ibu..Alhamdulillah..double happiness. ♥ |
Hugs and kisses,
Cikmai